• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUKUM MENUNAIKAN HAJI BAGI PESAKIT 'YANG MENJALANI RAWATAN HEMODIALISIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HUKUM MENUNAIKAN HAJI BAGI PESAKIT 'YANG MENJALANI RAWATAN HEMODIALISIS"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

HUKUM MENUNAIKAN HAJI

BAGI PESAKIT 'YANG MENJALANI

RAWATAN HEMODIALISIS

Oleh:

Razi bin Hassan (Jakim)

Abstrak

Allah SWT telah memfardukan ibadah haji ke atas semua orang Islam pada akhir tahun kesembilan Hijrah sebagaimana firman-Nya (surah Ali Imran 3:97) yang bermaksud: "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya". Ibadat haji yang merupakan muktamar tahunan terbesar adalah satu simbol kesatuan, perpaduan dan persaudaraan sejagat yang telah terjalin semenjak berabad-a bad lamanya. Sebagaimana ibadah yang lain, ibadah haji

juga mempunyai syarat-syarat yang terdiri daripada beberapa perkara antaranya berkemampuan dari aspek kesihatan (istita'ah). Melaksanakan ibadah haji merupakan tanggungjawab berat kerana is mencakupi ibadat badaniah iaitu memerlukan kesihatan tubuh badan kerana para jamaah haji terpaksa melalui berbagai-bagai ujian, kesulitan, kesusahan dan cubaan sewaktu melakukan ibadat tersebut. Para ulama bersepakat menyatakan hukum wajib tidak akan tertanggung ke atas seseorang lelaki dan wanita selagi syarat "istita'ah" atau 'kemampuan' belum diperolehi. Oleh yang demikian, artikel ini akan cuba mengupas dengan lebih mendalam berkaitan dengan Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Proses Hemodialisis serta fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal LIgama Islam.

(2)

LATAR BELAKANG

Pihak perubatan Tabung Haji yang diketuai oleh Dr Hj. Shuhaimi bin Ismail telah mengemukakan isu ini di Muzakarah Haji Peringkat Kebangssan kali ke 23 pada 20-22 April 2007 bertempat di Selesa Beach Resort, Port Dickson.

Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan oleh beliau, hampir separuh daripada 14000 rakyat Malaysia yang menjalani proses hemodialisis adalah dari kalangan umat Islam. Tiap-tiap tahun seramai 30-50 pesakit ini memohon untuk pergi menunaikan haji dalam masa yang sama masalah sentiasa berlaku ke atas pesakit hemodialisis. Sebagai contoh pada tahun 1427H, terdapat lima jemaah yang melebihi kuota yang ditetapkan untuk pesakit yang memerlukan hemodialisis (30 orang) termasuk dua orang kes CAPD berjaya masuk ke Tanah Suci. Secara tidak langsung, pihak hospital tidak dapat melayani pesakit luar kerana pesakit tempatan juga mengalami kekurangan mesin untuk perkhidmatan ini. Sebagai makluman, pesakit dialisis akan menjalani paling kurang 3 kali proses hemodialisis dalam masa satu minggu.

Beberapa faktor telah dikenal pasti sebab-sebab pihak hospital tidak dapat melayani pesakit luar, antaranya:

i. Pertambahan pesakit buah pinggang bagi warga tempatan sebanyak 60% di Tanah Suci.

ii. Mesin Hemodialisis tidak mencukupi di Tanah Suci.

iii. Kekurangan tenaga mahir untuk mengendali mesin hemodialisis.

iv. Banyak mesin sudah dicemari dengan virus Hepatitis.

v. Kerajaan Arab Saudi tidak boleh menampung lagi pesakit dari luar.

vi. Kerajaan Arab Saudi tidak boleh memberi jaminan berapa pesakit akan mendapat perkhidmatan ini dan bila akan dapat di sediakan kemudahan-kemudahan ini.

(3)

HUKUM HAJI BAGI PESAKIT YANG MENJALANI HEMODIALISIS

Kesihatan kerajaan Arab Saudi khasnya, tidak menggalakkan bahkan tidak membenarkan pesakit-pesakit yang memerlukan perkhidmatan hemodialisis di negara ini datang menunaikan haji. Walaubagaimanapun,surat rasmi belum lagi dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

DALIL DAN HUJJAH

Ibadat haji merupakan rukun Islam yang kelima. Hukumnya ialah fardhu ain ke atas setiap orang Islam yang mukallaf dan mampu. Firman Allah SWT:

196 : o .741

aU

a11

.i

A -

s

i

I I 9'

"I-

9

Maksudnya:

Dan sempunakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah SWT Sabda Nabi SAW:

j

,11 ,1 4.1N ji

OLC)1 sl

y

owl

Maksudnya: Didirikan Islam itu di atas lima rukun: Pengakuan bahawa Hada tuhan melainkan Allah SWT dan bahawasanya Muhammad SAW itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan .haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan

Sebagai tetamu Allah, jemaah haji perlu mempersiapkan diri secukupnya, sama ada dari aspek roh, jasad, aqli dan emosi. Tanpa persediaan yang rapi, kemuliaan yang Allah sediakan mungkin tidak dihargai sebaik-baiknya serta tidak diperolehi sepenuhnya. Haji juga merupakan ibadah badaniyyah. Hampir semua amalan samada rukun atau wajib haji memerlukan kekuatan dan ketahanan yang tinggi. Kekuatan dan ketahanan berkait rapat dengan faktor kesihatan dan usia.

(4)

Islam secara prinsipnya tidaklah memberatkan umatnya terhadap sesuatu perkara melainkan sekadar yang termampu. Demikian juga, kewajipan menunaikan haji yang terikat dengan syarat-syarat yang khusus, salah satu daripadanya ialah berkemampuan untuk menunaikannya. Firman Allah SWT:

4:1 ; L., .Z31 L5i;

97 :v∎ o.s- Li I

Maksudnya: dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya

Berdasarkan ayat di atas, al-Istitaah merupakan salah satu daripada syarat-syarat wajib haji berdasarkan Ijma' muslimin. Di antara aspek yang dibincangkan oleh para fuqaha mengenai bentuk dan batas kemampuan bagi seseorang mengerjakan ibadah haji ialah dari aspek fizikal.

Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh telah memperincikan pandangan imam-imam mazahib, antaranya':

i. Mengikut pandangan fuqaha Hanafiyyah keupayaan meliputi tiga aspek iaitu fizikal, harta dan keselamatan. Kemampuan fizikal ialah sihat tubuh badan. Oleh itu tidak wajib haji bagi mereka yang sakit, tidak berupaya, lumpuh, mati sebelah tubuh, orang buta, walaupun mempunyai pemandu begitu juga dengan orang tua yang tidak boleh duduk tetap di atas kenderaan. Allah SWT telah meletakkan kemampuan sebagai syarat untuk diwajibkan haji antaranya ialah mempunyai tubuh badan yang sihat dan terhindar daripada segala kesakitan yang boleh menghalang daripda melakukan perkara yang perlu dalam masa merantau untuk mengerjakan haji.

ii. Keupayaan mengikut pandangan fuqaha Malikiyyah diasaskan kepada tiga perkara antaranya ialah kekuatan tubuh. Kekuatan tubuh badan membolehkan seseorang itu sampai ke Mekah secara biasa samada berjalan kaki atau berkenderaan melalui darat atau laut tanpa menghadapi

(5)

HUKUM HAJI BAGI PESAKIT YANG MENJALANI HEMODIALISIS

kesukaran yang terus, luar daripada kebiasaan. Orang yang buta jika mampu berjalan dan ada orang yang memimpin maka wajib dia menunaikan haji mengikut fuqaha Malikiyyah.

iii. Menurut fuqaha Syafiiyyah yang dimaksudkan dengan kemampuan fizikal ialah sihat tubuh badan, boleh menaiki ataupun menunggang kenderaan dengan baik tanpa menghadapi sebarangkesukaran dan kesusahan yang teruk. Tanpa ini mereka dikira tidak mampu untuk mengerjakan sendiri. Orang yang buta pula wajib mengerjakan haji dan umrah sekiranya mereka mempunyai pemandu yang boleh memandu dan menolongnya sewaktu naik dan turun kenderaan. Orang yang ditahan daripada mengurus harta kerana bodoh juga wajib mengerjakan haji seperti orang lain.

iv. Pendapat fuqaha Hanabilah mengatakan keupayaan yang disyaratkan itu ialah kemampuan dari segi bekalan dan kenderaan. Ini kerana Nabi SAW sendiri mentafsirkan makna tersebut berdasarkan hadith:

j

11 L. .11 L.4.4

41 :LIU

Nabi telah ditanya, apakah yang dimaksudkan dengan kalimah Maka jawab Baginda,

"Maksudnya ialah bekalan dan kenderaan".

Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu' mengatakan bahawa terbahagi kepada dua iaitu2:

i. Istita'ah binafsihi bermaksud kemampuan yang terbina daripada diri sendiri merangkumi bekalan, kenderaan, perjalanan dan tubuh badan. Syarat bagi tubuh badan mestilah mempunyai kekuatan berada dalam kenderaan. ii. Istita'ah bighairihi bermaksud kemampuan dengan bantuan

orang lain iaitu seseorang yang tidak mampu mengerjakan haji dengan diri sendiri kerana terlalu tua atau sebab yang lain. Maka dia boleh mengupah orang lain mengerjakan untuknya jika mempunyai harta.

(6)

Syeikh Ahmad al-Mubarak' menjelaskan bahawa yang dimaksudkan al-Istita'ah ialah bekalan dan kenderaan dan ianya merupakan syarat yang penting dalam mengerjakan haji. Pada masa kini, bekalan dan kenderaan yang diperlukan ketika mengerjakan haji adalah seperti tiket perjalanan, sewa tempat dan kenderaan, dan perkara-perkara lain yang diperlukan oleh orang yang mengerjakan haji. Apabila dia tidak mampu maka tidak wajib haji ke atasnya4.

Ahli Majlis Fatwa al-Lajnatu al-Da'imatu Lilbuhusi al-Ilmiyyati wa al-Ifta' yang berpusat di Riyadh mengatakan bahawa al-Istita'ah dalam haji ialah mestilah sihat dari segi tubuh badan,memiliki kenderaan yang boleh sampai ke sana samada kapal terbang, kereta atau sebagainya. Disamping itu juga mempunyai bekalan yang mencukupi baginya untuk pergi dan balik dengan syarat bekalan itu melebihi daripada sara hidup mereka yang dibawah tanggungannya sehingga dia pulang dari mengerjakan haji5.

Syeikh Muhammad bin Ibrahim dalam kitabnya Mukhtasar al-Fiqh al-Islami menyatakan bahawa mereka yang berkemampuan untuk mengerjakan haji mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat serta memiliki bekalan dan kenderaan. Sesiapa yang berkemampuan dari segi harta tetapi lemah dari segi tubuh badannya maka perlulah dia meminta orang lain menggantikan haji untuknya6.

Prof. Madya Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor' dal am kertas kerjanya "Svarat-syarat Istita'ah Bagi Jernaah Ilaji LVarga Emas Untuk Menunaikan Ibadat Haji dan Untrait" menjelaskan keadaan kesihatan para jemaah dibahagikan kepada tiga iaitu tidak sihat dari segi fizikal, mental, dan dari segi mental dan fizikal. Para futiaha lebih banyak membicarakan tentang kesihatan untuk menanggung perjalanan atau semasa dalam kenderaan. Tetapi pada hakikatnya jika seseorang telah menghidap penyakit yang tidak mungkin sembuh maka sudah tentu dari awal lagi dia menanggung kesusahan untuk meneruskan perjalanan. Jika keadaan yang sesak, perubahan cuaca dan perjalanan boleh memudaratkan penyakit yang sedang dihadapi maka gantian haji lebih utama berdasarkan

kaedah " (menolak kemudaratan

(7)

HUKUM HAJI BAGI PESAKIT YANG MENJALANI HEMODIA LISIS Penggantian Ibadah Haji Mengikut Pendapat Ulama'

Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Filth al-Islami wa Adillatuh menjelaskan pendapat para fuqaha' berkaitan perkara ini antaranya9:

i. Fuqaha' Hanafiyyah menjelaskan bahawa penggantian dalam ibadah haji hanya boleh dilakukan dalam dua keadaan. Yang pertama ialah apabila seseorang tidak mampu mengerjakannya sendiri seperti sakit yang berkekalan sehingga mati. Yang kedua sesudah seseorang itu mati dengan syarat ada wasiat daripadanya.

ii. Pendapat yang muktamad di kalangan fuqaha' Malikiyyah ialah penggantian mengerjakan haji bagi orang yang masih hidup tidak sah dalam mana-mana keadaan. Yang harus hanya bagi seseorang yang telah mati dan mewasiatkannya maka hukumnya adalah sah tetapi makruh.

iii. Fuqaha' Syafiiyyah mengharuskan ibadah haji dilakukan untuk orang lain dalam dua keadaan iaitu yang pertama dalam keadaan seseorang yang ma'dub. Ia bermaksud seseorang tidak mampu mengerjakan ibadah haji dengan sendiri disebabkan terlalu tua atau selainnya sehingga tidak mampu untuk duduk tetap dia atas kenderaan maka dia hendaklah mengupah orang lain melakukan haji untuknya. Walaubagaimanapun sekiranya seseorang yang ma'dub meminta orang lain mengerjakan haji untuknya kemudian dia sembuh, maka pendapat yang sah mengatakan haji itu tidak memadai bahkan wajib baginya mengerjakannya hajinya sendiri. Yang kedua ialah keadaan seseorang yang meninggal dunia dan tidak sempat menunaikan haji sedangkan dia memenuhi syarat-syarat haji. Dalam keadaan ini adalah menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk menunaikan haji baginya menggunakan harta peninggalannya, sama seperti menunaikan hutangnya. iv. Pendapat fuqaha Hanabilah menyamai fuqaha Syafiiyyah

yang mana mengharuskan ibadah haji dilakukan untuk orang lain dalam dua keadaan. Pertama, dalam keadaan ma'dub iaitu:

(8)

disebabkan tua;

b) penyakit yang teruk dan tidak ada harapan untuk sembuh;

c) badan yang terlalu berat dan sukar untuk duduk dengan tetap dan selesa di atas kenderaan; atau d) Perempuan yang tiada harapan mendapatkan

seorang mahram bagi menemaninya.

Di samping itu, apabila seseorang dalam keadaan ma'dub telah menunaikan haji melalui orang lain,kemudian dia sembuh maka tidak wajib dia mengerjakannya semula berbeza dengan fuqaha Syafiiyyah.

Keadaan yang kedua ialah apabila seseorang itu meninggal dunia sedangkan dia memenuhi syarat yang diperlukan maka ibadahnya wajib ditunaikan dengan menggunakan harta peninggalannya sekadar yang cukup bagi melaksanakan haji walaupun tanpa wasiat.

KESIMPULAN

Jumhur Fuqaha bersepakat bahawa kesihatan dan kekuatan tubuh badan merupakan salah satu daripada perkara yang diambilkira dalam istita'ah. Oleh itu jika seseorang mempunyai penyakit yang tidak boleh sembuh atau mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga dia tidak upaya lagi mengerjakan haji maka hendaklah dilakukan gantian haji baginya.

Pesakit hemodialisis perlu menjalani rawatan sepanjang kehidupan dan boleh dikategorikan sebagai penyakit yang tidak boleh sembuh. Tambahan pula dengan masalah yang dihadapi pihak hospital di Tanah Suci menyebabkan pesakit ini mengalami kesukaran untuk menjalani rawatan sewaktu mengerjakan haji maka gantian haji boleh dilakukan bagi mereka.

Walau bagaimanapun,jika dilakukan gantian haji bagi pesakit ini, kemudian mereka sembuh daripada penyakitnya maka wajib baginya mengerjakan hajinya sendiri mengikut pendapat fuqaha Syafiiyyah. Sedangkan mengikut pandanganfuqaha Hanabilah tidak wajib mengerjakannya semula.

(9)

HUKUM HAJI BAGI PESAKIT YANG MENJALANI HEMODIALISIS

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM Dalam menentukan hukum berhubung isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-84 telah memutuskan bahawa:

i. Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji;

ii. Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan

iii. Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

iv. Kertas ini akan dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk dibincangkan.

(10)

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim Al-Hadith

Al-Zuhayli, Dr. Wahbah, al-Fiqh al-Is lami wa Adillatuh, (Dimashq: Dar al-Fikr, 2004), jil. 3

Al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Sharif, al-Majmu&, (Beirut : Dar Ehya' al-Turath al-Arabi, 2001), jil. 7

Al-Duwaish, Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lajnatu al- Da'imatu Lilbuhusi wa al-Ifta', ( Riyadh : Ri'asahOdarah al-Buhus al-Ilmiyyah wa al-Ifta', 2002 ), jil. 11 Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Mukhtasar al-Fiqh al-Islami,

(Jordan : Bait al-Afkar al-Dauliyyah, 2002)

Prof. Madya Datin Dr. Siti Zalikhah Md Nor, Kertas Kerja " Syarat-syarat IstitaNah Bagi Jemaah Haji Warga Emas Untuk Menunaikan Ibadat Haji dan Umrah ". (17 Mei 2005, Hotel Residence Bangi)

Dr Hj Shuhaimi bin Ismail , Kertas Kerja " Perkhidmatan Hemodialisis dan Cabarannya ". (20 - 22 April 2007, Selesa Beach Resort Negeri Sembilan)

http ://www.Islamonline.net

Al-Zuhayli, Dr. Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa Millatuh, (Dimashq: Dar al-Fikr, 2004), Jil. 3, m/s: 2082-2091.

2 al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Sharif, al-Majmu ' , (Beirut: Dar Ehya'

al-Turath al-Arabi, 2001), il. 7 m/s: 34 & 49.

Beliau merupakan Anggota Lajnah Penasihat Kernenterian Haji di Arab Saudi.

4 http ://www.Islamonline.net/.

Al-Duwaish, Ahmad bin Abdul Razak, Fatawa al-Lajnatu al-Da'imatu Lilbuhusi al-Iltniyyati wa al-Ifta', ( Riyadh: Ri'asah Odarah Buhus al-Ilmiyyah wa al-Ifta', 2002 ), jil. 11, m/s: 30.

6 Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Mukhtasar al-F qh al-Islami, (Jordan: Bait

al-Afkar al-Dauliyyah, 2002) m/ s: 648-649.

Beliau merupakan ahli panel penasihat ibadah Tabung Haji Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan di Hotel Residence Bangi pada 17 Mei 2005. Sila lihat Lampiran 7

Referensi

Dokumen terkait

Angka 26,8% disini artinya setiap perubahan return saham sebesar 26,8% dipengaruhi oleh perubahan variabel Inflasi, Nilai Tukar Dolar, Return On Asset (ROA), Debt to

Maka dari itu perhitungan sisa umur transformator dalam studi ini hanya dapat diperkirakan berdasarkan data temperatur hospot minyak transformator daya yang diakibatkan

dilakukan di Metro TV masih tergolong sopan dengan pelanggaran maksim 20,87%. Objek dalam penelitian ini adalah kesantunan bertutur dalam dialog Talk Show “Indonesia Lawyers

(Yasin verdi, 2012) Dengan menggunakan UML kita dapat membuat model untuk semua jenis aplikasi piranti lunak, dimana aplikasi tersebut dapat berjalan pada piranti keras,

Penelitian ini bertujuan untuk melihat efektifitas penggunaan media pembelajaran VCD interaktif dalam meningkatkan kemampuan berbicara anak taman kanak-kanak

1) Membantu konseli dengan teknik konfrontasi dan menolak alasan apapun dari konseli.. Membantu permasalahan yang dihadapi konseli dengan menggunakan teknik konfrontasi

Dari beberapa teknik pengumpulan data dalam penelitian kuantitatif ini akan mendapatkan data-data yang diharapkan valid dan sesuai dengan harapan peneliti

Apabila terdapat selisih kurang pembayaran subsidi BBM Jenis BBM Tertentu antara yang telah dibayar kepada Badan Usaha dengan hasil audit sebagaimana dimaksud dalam