• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan kepada Adat Istiadat Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengenalan kepada Adat Istiadat Melayu"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

X

PENGENALAN

Topik ini memperkenalkan ilmu adat dan budaya yang merupakan wadah dan wahana kelangsungan kebudayaan dan ketamadunan Melayu sama ada secara abstrak mahupun konkrit. Konsep adat diperkenal dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian melalui pelbagai upacara dalam kitaran kehidupan seharian.

PENGHURAIAN UMUM TENTANG

MELAYU DAN ALAM MELAYU

Alam Melayu dapat ditakrifkan sebagai kawasan yang mempunyai penduduk berbahasa rumpun Melayu di seluruh Asia Tenggara.

1.1

T

T

o

o

p

p

i

i

k

k

1

1

X

Pengenalan

kepada Adat

Istiadat

Melayu

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti alam Melayu dan kawasan kepulauannya; dan 2. Menghuraikan tentang adat di alam Melayu secara umum.

(2)

Kawasan kepulauan ini merangkumi negara berikut: (a) Indonesia;

(b) Malaysia; (c) Filipina;

(d) Selatan Thailand;

(e) Kelompok di Kampuchea; (f) Kelompok di Vietnam; dan (g) Kelompok di Taiwan.

Wujudnya sistem sosiobudaya dalam sejarah itu merupakan kenyataan dan bukti akan kehadiran manusia Melayu di dalam wilayah budaya. Wilayah ini adalah wilayah budaya Melayu dan mendapat identiti Melayunya hasil daripada perkembangan dan perjalanan tamadun dan sejarah.

Mereka hidup bertaburan bermula dari Malagasi hingga ke pulau Hawaii di Lautan Pasifik. Di sinilah membuktikan telah wujudnya bangsa Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar iaitu:

(a) Lautan Pasifik; dan (b) Lautan Hindi.

Encyclopaedia Britannica mencatatkan bahawa bangsa Melayu adalah kelompok yang berasal dari Yunan dan telah merantau antara tahun 2500 S.M. hingga 1500 S.M.

Asal usul orang „Melayu‰ masih kabur. Bangsa Melayu dipercayai berasal dari utara Asia Tengah yang menggunakan bahasa Austronesia.

(3)

Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 S.M. iaitu pada Zaman Paleolitik, telah didiami oleh orang Austronesia yang merupakan induk kepada golongan: (a) Negrito;

(b) Sakai; dan (c) Semai.

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu berdasarkan data arkeologi yang ditemui di Gua Cha, Kelantan.

Perkampungan dan tempat tinggal hanya di tepi hutan dan di tepi sungai. Mereka sukakan kebebasan untuk bergerak. Rumah mereka dibina agak berjauhan antara satu sama lain.

PENGENALAN UMUM TENTANG ADAT

Masyarakat dalam Alam Melayu telah menerima pengaruh Islam dan Arab sejak zaman kerajaan Melayu Melaka. Secara tidak langsung, mereka telah menerima erti „adat‰ dalam kehidupan seharian. Sama ada mereka menerima Islam ataupun tidak, mereka telah mengamalkan konsep ini dengan erti yang hampir sama sehingga membentuk kebudayaan sendiri.

Perkataan „adat‰ berasal dari bahasa Arab yang bermakna kebiasaan.

1.2

Mengikut Isabella Bird (The Golden Chersonese), orang Melayu tinggal di kampung dengan menumpukan kepada pekerjaan bertani dan menangkap ikan.

Terangkan asal usul Melayu secara ringkas.

SEMAK KENDIRI 1.1

(4)

Mereka ini termasuklah orang: (a) Kristian;

(b) Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan dan Kelabit di Sarawak; (c) Murut, Kadazan atau Dusun di Sabah;

(d) Dayak di Kalimatan; dan

(e) Beberapa suku bangsa yang ada di sekitar nusantara.

Didapati konsep adat menjadi asas kehidupan sehingga melahirkan kesatuan asasi budaya serantau.

Termasuk dalam konsep ini ialah cara hidup sehari-hari dan pola budaya yang jelas melalui kekerapannya.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1985) pula menjelaskan bahawa adat sebenarnya adalah sebahagian daripada kebudayaan Melayu. Baginya, adat sering dilihat dari sudut berikut:

(a) Upacara atau keramaian; (b) Hiburan; atau

(c) Perhubungan yang berlaku antara ahli masyarakat sahaja.

Dalam masyarakat di alam Melayu, konsep adat telah menjalin hubungan baik sesama manusia dengan alam sekitar, termasuklah:

(a) Tabii;

(b) Alam sosial; dan (c) Alam ghaib.

Adat merupakan satu bentuk tingkah laku dan cara manusia berfikir yang telah wujud dan diamalkan sebegitu lama sehingga dianggap sebagai tradisi. Norazit Selat (1993)

(5)

Dari segi yang lain, adat ditakrifkan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami masyarakat berkenaan dengan adat.

Adat bagi setiap kaum di Malaysia, pastinya dilihat sebagai sistem nilai yang berbeza.

Contohnya, adat dalam masyarakat Minangkabau merupakan suatu tradisi lisan yang tinggi sekali kedudukannya dalam kehidupan mereka. Adat dalam masyarakat Minangkabau bukan setakat bersanding tetapi melibatkan juga cara makan, cara pertabalan Luak dan cara hidup. Malah, mereka masih meletakkan adat sebagai suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini.

Oleh itu, wujud beberapa istilah seperti: (a) „Undang-undang adat‰;

(b) „Mahkamah adat‰; dan (c) „Ketua adat‰.

Begitulah juga dengan kaum lain di Malaysia. Adat masih dianggap identiti bangsa dan terus dipertahankan. Dengan itu ada ungkapan „biar mati anak, jangan mati adat‰.

Nilai adat dikatakan mempunyai martabat. Martabat ini dikatakan berbeza dari segi kedudukan masyarakat iaitu mempunyai hierarki status.

Suatu perkataan yang agak sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari segi bunyinya berbeza tetapi dari segi pengertiannya, ia saling bergantungan dan saling memerlukan.

Perhubungan yang membentuk sikap, perbuatan dan acara. Ini bermakna, adat memberi takrif sebagai asas ukuran buruk baik, peraturan hidup seluruh masyarakat, mahupun tatacara perbuatan individu dan penubuhan serta perjalanan satu-satu kelompok institusi.

(6)

Oleh kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, maka setiap bangsa atau ras di dalamnya sistem sosial Malaysia pastinya berbeza antara satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali, perbezaan dari segi adat dan budaya.

Ini berdasarkan fahaman bahawa proses pembentukan Melayu itu sendiri yang dikira cantuman daripada kelompok ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah pembinaan adat Melayu.

Rajah 1.1: Empat pengaruh adat yang besar

Secara tidak langsung juga, kita dapat melihat empat bentuk pengaruh adat yang besar (lihat Rajah 1.1) iaitu:

(a) Adat Animisme

Adat yang dipengaruhi adat animisme terutamanya zaman pengaruh orang Asli dan adat ini yang paling awal muncul.

Dalam masyarakat orang Melayu, ramai sarjana berpendapat, adat Melayu merupakan „adat Jawi‰ iaitu adat yang bercampur.

Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang.

(7)

(b) Adat Hindu dan Buddha

Adat Melayu yang terawal dikatakan dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Buddha. Unsur yang dibawa oleh kedua-dua agama ini disadur dari kitab lama iaitu:

(i) Ramayana; dan (ii) Mahabrata.

Amalan adat ini pada masa itu diamalkan kerana agama Islam belum lagi tersebar di alam Melayu. Walaupun amalan adat berubah selepas kedatangan Islam tetapi amalan adat Hindu atau Buddha masih lagi diamalkan sehingga sekarang. Contohnya, amalan persandingan serta pertabalan pembesar dan adat istiadat istana Melayu masih lagi mengambil kira adat dan unsur Hindu.

Pemujaan raja secara berlebih-lebihan suatu ketika dahulu juga mencerminkan pengaruh Hindu dan Buddha. Perkataan „raja‰ itu sendiri sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga majlis pertabalan dan adat istiadat di istana Melayu, dapat dilihat unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu.

(c) Adat Zaman Hindu atau Buddha dan Islam

Ketiga, peringkat ini ialah pengaruh unsur campuran Hindu atau Buddha dan Islam. Pada zaman ini, Islam sudah memperluaskan pengaruhnya dan majoriti orang Melayu sudah beragama Islam. Zaman ini dikatakan zaman campuran adat Hindu atau Buddha dan Islam. Zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah memeluk agama Islam, namun mereka secara selektif mengamalkan adat-adat yang dikatakan menyimpang dari ajaran Islam.

Contohnya, pada suatu ketika dahulu, masyarakat Melayu mengamalkan „mandi Safar‰ yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial. Begitu juga dengan upacara berikut:

(i) Puja kampung; (ii) Puja pantai; dan (iii) Puja semangat padi.

(8)

(d) Adat yang Berteraskan Islam

Keempat iaitu pengaruh Islam. Pengaruh ini dianggap kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Islam, ini ada kaitan dengan amalan agama Islam. Mengikut pendapat Syed Naquib al-Attas, Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia telah mendefinisikan Melayu sebagai masyarakat yang beragama Islam. Adat Melayu yang bercirikan Islam bermula ketika seseorang bayi dilahirkan, meningkat umur remaja, dewasa dan amalan ketika seseorang meninggal dunia. Adat yang diamalkan sebenarnya merupakan apa yang disebutkan perkara sunat dalam ajaran Islam. Antaranya adalah:

(i) Adat bercukur;

(ii) Melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi; dan

(iii) Adat membelah mulut.

Masyarakat Cina di Malaysia juga mempunyai adat dan cara hidup yang tersendiri. Secara teori, masyarakat Cina mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, cara hidup dan sebagainya. Mereka juga mengamalkan adat yang dinamakan „Feng Shui‰ yang mana pengaruhnya masih kuat dan menjadi pegangan dalam kalangan masyarakat Cina.

Masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga diambil daripada sebelah keluarga lelaki. Mengikut Teo Kok Seong, nama pangkal seperti Teo atau Wang ialah nama warisan keluarga sebelah ayah. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.

Masyarakat India pula biasanya mengikut adat resam yang berteraskan agama Hindu. Mereka mengamalkan adat berkunjung ke rumah sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Dalam adat kunjung-mengunjungi, mereka digalakkan membawa „buah tangan‰ sebagai tanda terima kasih.

Masyarakat India mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menegur dengan sebutan vanakam dan sentiasa bertanya khabar, kerja, perniagaan atau sebagainya. Mereka digalakkan menggunakan tangan kanan untuk menerima sesuatu buah tangan sebagai tanda kebaikan dan syukur.

(9)

Dalam aspek perayaan, mereka menggunakan tarikh kalendar Hindu. Mereka mengadakan bermacam-macam upacara sembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu:

(a) Pagi;

(b) Tengah hari; dan (c) Petang.

Perayaan seperti Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal mempunyai kaitan dengan adat dan kebudayaan (lihat Jadual 1.1).

Jadual 1.1: Deskripsi Perayaan bagi Kaum India Perayaan Deskripsi

Deepavali „Perayaan cahaya‰ sebagai tanda kejayaan.

Thaipusam Perayaan bulan „Thai‰ untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga. Mereka membawa persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan, mereka membawa „kavadi‰ yang berisi buah-buahan, susu dan padi baru serta memuja semangat padi. Thaiponggal Perayaan menuai.

Malah, adat juga mempunyai dimensi tabiat (semula jadi).

Secara keseluruhan, adat mempunyai fungsi dan juga berupa hukuman. Fungsi ini mempunyai hubungan antara manusia sesama manusia, dengan alam dan dengan alam metafizik atau simbolis.

(10)

Rajah 1.2: Empat makna adat bagi masyarakat Minangkabau

Dalam masyarakat Minangkabau, contohnya, adat diberikan empat makna iaitu (lihat Rajah 1.2):

(a) Adat yang Sebenar Adat

Sebenarnya, kedatangan agama Islam ke alam Melayu, adat yang sebenar adat merupakan peraturan untuk keperluan masyarakat. Adat yang dipersetujui diterapkan daripada hukum alam (undang-undang), hukum tabii atau hukum semula jadiseperti:

(i) Adat api panas;

(ii) Adat air adalah basah; dan

(iii) Terkena hujan akan lapuk, terkena panas akan lekang.

Adat ini tidak boleh berubah kerana ia diambil dari tabii alam. (b) Adat yang Teradat

Ia merupakan adat sebenarnya adat. Peraturan adat ini diwujudkan hasil dari kata sepakat anggota masyarakat sehingga ia menjadi undang-undang. Adat yang teradat ini mempunyai kuasa untuk diikuti oleh ahli masyarakat. Adat ini boleh berubah menurut keperluan semasa dan dipersetujui bersama oleh anggotanya.

(c) Adat yang Diadatkan

Ini ialah adat yang diterima oleh masyarakat sebagai kebiasaan hidup sehari-hari. Adat ini tidak ditetapkan terlebih awal.

(11)

(d) Adat Istiadat

Adat yang bersifat upacara seperti:

(i) Pertabalan;

(ii) Nikah kahwin; dan

(iii) Berkhatan.

Adat sebegini rupa diamalkan oleh sesuatu institusi masyarakat.

• Alam Melayu ialah kawasan yang mempunyai penduduk berbahasa rumpun Melayu di seluruh Asia Tenggara. Kawasan kepulauan ini merangkumi negara berikut:

ă Indonesia; ă Malaysia; ă Filipina;

ă Selatan Thailand;

ă Kelompok di Kampuchea; ă Kelompok di Vietnam; dan ă Kelompok di Taiwan.

• Adat yang memperkaitkan adat istiadat telah lama wujud di alam Melayu. Pengaruh adat dari tamadun manusia telah bermula dari negara di Asia Tenggara dan telah berjaya membina identiti adat tersendiri di alam Melayu. • Sekarang, adat telah diasimilasikan dengan ajaran agama Islam. Adat

istiadat yang dipengaruhi agama Hindu semakin diabaikan.

Nyatakan tafsiran anda berkaitan dengan adat dalam masyarakat Melayu.

AKTIVITI 1.1

(12)

Adat

Adat istiadat Adat Jawi

Adat yang diadatkan

Adat yang sebenar adat Adat yang teradat Alam Melayu

Alwi bin Alhady. (1960). Adat resam dan adat istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Yusof Hasan. (1991). Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norazit Selat. (1993). Asas-asas antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norazit Selat. (1996). „Kaedah penyelidikan adat istiadat‰ dlm. Zainal Abidin Borhan, Zainal Kling, Norazit Selat, & Mohd Ramli Raman. Adat Istiadat Melayu Melaka. Universiti Malaya: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka dan Akademi Pengajian Melayu.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. (1985). Konsep Melayu: Adat, budaya dan bahasa. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.

Zainal Kling. (1996). „Adat‰ dlm. Zainal Abidin Borhan, Zainal Kling, Norazit Selat, & Mohd Ramli Raman. Adat Istiadat Melayu Melaka. Universiti Malaya: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka dan Akademi Pengajian Melayu.

Referensi

Dokumen terkait

Misalkan, ketika saya berbicara kepada teman saya dalam diskusi itu berjalan komunikasi dua arah, karena orang-orang yang kita anggap sebagai pendengar atau penerima pesan

Terdapat dua pembahasan dalam penelitian ini, yaitu trauma seksual yang dialami tokoh Ajo Kawir dalam novel Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas karya Eka

Penelitian ini meneyelidiki hubungan antara tingkat kecerdasan emosional dengan perilaku sosial santri di Pondok Pesantren Puteri Al Hikmah Tugurejo-Tugu Semarang. Penelitian ini

28 Dengan metode ini digunakan untuk mengetahui keaslian dokumen, sehingga penulis kemudian melakukan pengumpulan data dan informasi melalui pengujian arsip dan

Hasil uji t memperlihatkan bahwa hasil per pohon, karakter jumlah malai per tanaman, panjang malai, jumlah biji per malai, bobot malai dan panjang tangkai malai

Penelitian ini bertujuan untuk memperkirakan jumlah kebutuhan tablet tambah darah untuk periode tahun 2015, berdasarkan data distribusi tahun 2013 dan 2014;

PERAN GURU PKN DALAM MENGEMBANGKAN KARAKTER DEMOKRATIS SISWA DI SMA NEGERI 1 SINGAPARNA KABUPATEN TASIKMALAYA.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

Tujuan penelitian ini untuk mengetahui pengukuran kinerja keuangan Badan Penanggulangan Bencana Daerah Kabupaten Sidoarjo ditinjau dari Value for Money.. Kata Kunci :