TEKNO-DAIE: PERANAN & CABARAN DAIE DI ALAM MAYA
Nur Aina Mohd. Yaakop, Nor Fatin Halim, Mohd Shauqi Musa, Md Rozalafri Johori
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Daie merupakan individu yang memikul amanah Allah S.W.T yang amat besar kerana ianya
perlu disampaikan dengan ilmu yang kukuh agar tidak mudah tersasar. Para daie masa kini
mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat. Namun, dalam masa yang sama mereka
harus tabah menghadapi cabaran yang lebih besar memandangkan situasi yang semakin
mencabar dengan wujudnya teknologi media baru yang bebas dan terbuka. Alam maya
merupakan media baru yang amat popular dan berpengaruh pada abad ini. Setiap maklumat yang
disampaikan melalui alam maya berupaya mempengaruhi pemikiran dan membentuk
tingkahlaku individu samada baik atau jahat bergantung kepada pendedahan jenis maklumat.
Justeru, para daie harus menggunakan pendekatan dan kemahiran penggunaan ICT kerana ia
sangat penting bagi mempertingkatkan keberkesanan dan penyebaran dakwah kepada khalayak.
Para daie perlu memainkan peranan sebagai tekno-daie untuk menyampaikan mesej Islam
melalui ICT untuk mempertahan kesucian Islam dan memerangi semula serangan pemikiran
yang berlaku. Inilah salah satu cabaran tekno-daie dalam menghadapi cabaran dan kerakusan
serangan pemikiran dan lambakan ideologi yang bercanggah dengan akidah Islam di dunia maya.
Kertas kerja ini bercadang untuk memberi pencerahan kepentingan peranan tekno-daie di alam
maya. Selain itu, kertas kerja ini cuba mendedahkan cabaran yang bakal dihadapi oleh tekno-daie
dan cadangan solusi untuk meghadapi cabaran tersebut.
Pendahuluan
Kemajuan teknologi maklumat yang menunjangi kehidupan menjadikan manusia kini dilinkungi
dunia tanpa sempadan dan batasan. Segala urusan dibantu kecangihan teknologi maklumat yang
mampu menghubungkan manusia dengan hanya menekan paparan di skrin komputer. Para daie
pada zaman ini juga tidak terlepas dari merasai tempias kemajuan teknologi maklumat.
Kemajuan yang berkembang pesat ini mambawa kepada perubahan sosial yang mempunyai
pelbagai bentuk dan cara. Masyarakat muslim kini sedang berhadapan dengan perubahan era
teknologi maklumat dan komunikasi yang rata-rata mempengaruhi pemikiran dan kehidupan
harian mereka. Justeru itu, perkembangan dakwah juga harus seiring dengan perkembangan
zaman supaya turut sama cenderung menggunakan methodologi kontemporari. Menurut Ahmad
Mahmud Abu Zaid (1996), Para daie harus lebih berani mengaplikasi apa jua bentuk teknologi
bagi memantapkan serta mengukuhkan metodologi dakwah agar dapat memberi kesan kepada mad‟u.
Senario demi senario terkini menjadikan individu yang mementingkan moral dalam situasi serba
salah dan berbelah bahagi. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Apa tidaknya,
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan satu fenomena
baru, seterusnya mewujudkan dunia maya tanpa batasan. Malah apabila membicarakan tentang
penggunaan ICT, sebenarnya ia tidak boleh lari daripada pendedahan dunia Internet. Sistem
inilah yang membuatkan perhubungan menjadi semakin pantas, terkini dan mencabar. Dalam
masa yang sama, memberi kesan yang besar kepada cara manusia berinteraksi dan
berkomunikasi. Penggunaan alat ICT pada hari ini bukan sekadar Internet dan komputer tetapi
lebih daripada itu. Antaranya; perisian multimedia, animasi, telefon bimbit, gerbang sesawang,
jaringan sosial internet, perpustakaan digital, permainan atas talian dan pelbagai lagi (Zuarida
Mohyin, 2009).
Lantaran itu, umat Islam seharusnya memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat dan
seterusnya memahirkan diri dengan kecanggihan teknologi bagi menonjolkan ciri-ciri umat Islam
yang mampu memahami keupayaan dan kaedah penggunaan ICT demi memakmurkan dunia.
bukan sekadar menggunakan teknologi ICT secara membuta-tuli (Zuarida Mohyin. 2009). Walau
bagaimanapun, dalam keghairahan kita menggunakan teknologi yang semakin canggih ini,
seharusnya perlu dilihat kesan yang memudaratkan sekiranya pembangunan tidak mengikut
acuan Islam yang betul. Ini kerana persoalan eksploitasi ke arah kemudaratan jarang sekali
mendapat perhatian banyak pihak. Lantaran itu, dalam usaha mewujudkan generasi siber ummah,
seharusnya aspek ini tidak dipandang sepi dan perlu diambil serius oleh para 'tekno daie'
(Zuarida Mohyin. 2009).
e-dakwah Dalam Dunia ICT
ICT atau lebih dikenali dengan istilah Teknologi Maklumat. Teknologi maklumat ditakrifkan
sebagai teknologi maklumat yang digunakan oleh individu atau sekempulan untuk mengumpul
data dan menganalisis data seterusnya menjadikan maklumat-maklumat itu sebagai maklumat
yang berguna. Teknologi ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, saling berhubung,
bertukar-tukar pendapat dan maklumat tanpa batasan waktu, tempat dan cepat (Syed Muhammad
Dawilah Al- Idrus & Mohd Lutfi Solehan, 2009). Islam adalah agama yang amat mementingkan
ilmu supaya ia dikuasai oleh setiap penganutnya. Pada hari ini maklumat tentang Islam telah
tersebar luas dengan perkembangan pelbagai alat teknologi yang canggih. Penggunaan e-dakwah
dalam usaha menyampaikan dakwah amat bermakna kapada para daie dalam menyampaikan
maklumat berkaitan dengan agama Islam. Melalui teknologi ini, usaha para daie menyampaikan
dakwah akan lebih berkesan dan sistematik. E-dakwah amat penting dalam perkembangan ICT
masa kini kerana alat ini mampu menjadikan setiap maklumat yang dihantar lebih cepat, mudah,
kreatif dan interaktif (Mohd Radhi Ibrahim, 2001).
Ilmu teknologi ICT merupakan ilmu yang penting kepada diri daie untuk menyampaikan risalah
dakwah. Antara kepentingan ilmu teknologi ICT kepada daie adalah untuk membolehkan
seseorang daie tersebut dapat menyampaikan seruan dakwah merentasi sempadan negara dan
berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya” [Surah al- Hujurat:13].
Berdasarkan ayat al- Quran ini dapat difahami bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan manusia
itu daripada berbagai bangsa dan keturunan untuk saling kenal-mengenal. Berkenal-kenalan
sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat ini tidak hanya terhenti kepada mengenali bangsa,
keturunan, warna kulit dan budaya sesuatu bangsa itu sahaja bahkan lebih luas lagi maksudnya
iaitu menyampaikan seruan dakwah dengan mengajak menyeru manusia supaya melakukan amar ma‟ruf dan nahi mungkar serta-tolong menolong di dalam melakukan perkara kebaikan dan tidak bekerjasama dalam melakukan kejahatan (Mohd Radhi Ibrahim, 2001), Allah s.w.t berfirman, “Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan” [Surah al- Maidah: 2].
Islam suatu agama yang bersifat universal kerana agama Islam ini datang untuk seluruh umat
manusia. Islam bukan seperti agama- agama samawi yang datang sebelumnya yang hanya
diturunkan kepada suatu kaum dan bangsa- bangsa tertentu sebagaimana agama Yahudi dan
Nasrani yang hanya diturunkan kepada bangsa Bani Israel sahaja. Kerana Islam merupakan
agama yang bersifat universal, maka perlulah dakwah Islam itu disebar secara meluas sehingga
dakwah Islam dapat tersebar sehingga ianya dapat merentasi sempadan benua dan juga dapat
sampai kepada setiap bangsa yang berada di dalam ini agar setiap manusia dapat menerima
dakwah Islam juga kebaikan dan rahmat yang terdapat di dalam agama yang mulia ini. Oleh
yang demikian, bagi merealisasikan sifat agama yang universal ini maka ICT merupakan suatu
medan dan alat dakwah yang amat bertepatan pada masa kini yang boleh digunakan oleh
pendakwah untuk membolehkan penyampaian dakwah menjadi lebih luas dan penyampaian
dakwah yang dilakukan itu dapat merentasi segenap pelusuk muka bumi. Ianya bertepatan sekali
dengan apa yang dikehendaki oleh al- Quran yang menuntut umat Islam supaya menyampaikan
dakwah dan bertolong- tolongan dalam kebaikan kepada sesiapapun sehingga mesej- mesej dan
nilai- nilai Islam dapat sampai ke segenap pelusuk benua di dunia ini.(Azhar Ibrahim Alwee)
Kepentingan ilmu ICT kepada daie yang seterusnya ialah untuk menyampaikan seruan dakwah
teknologi ICT maklumat amat cepat dan pantas bergerak sampai kepada khalayak serta kuantiti
maklumat yang hendak disampaikan melaluinya tidak ada hadnya. Maka perlu seseorang daie
mengeksploitasikan ruang dan peluang yang ada di dalam teknologi ICT dengan menyatakan
maklumat Islam yang sahih dan benar (Mohd Radhi Ibrahim, 2001). Maklumat yang
disampaikan oleh pendakwah melalui teknologi ICT ini bukan sahaja hanya menepati nilai
kuantiti sahaja bahkan perlu juga menepati nilai kualititi pada fakta, persembahan dan gaya
penyampaiannya untuk membolehkan setiap fakta dan maklumat berkaitan agama dan kebaikan
ini menjadi satu maklumat yang berkesan dan mampu mempengaruhi khalayak dakwahnya.
perlu seseorang daie mengeksploitasikan ruang dan peluang yang ada di dalam teknologi ict
dengan menyatakan maklumat Islam yang sahih dan benar. Maklumat yang disampaikan oleh
pendakwah melalui teknologi ict ini bukan sahaja hanya perlu menepati nilai kuantiti bahkan
perlu juga menepati nilai kualititi pada fakta, persembahan dan gaya penyampaiannya untuk
membolehkan setiap fakta dan maklumat berkaitan agama dan kebaikan ini menjadi satu
maklumat yang berkesan dan mampu mempengaruhi khalayak dakwahnya. Islam merupakan
suatu agama yang berdiri atas prinsip ilmu dan hal ini dapat dilihat di dalam hadis nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud:Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah s.a.w: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim.”(Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis Nabi dapatlah difahami begitu agama menekankan ilmu dan mewajibkan
setiap muslim mempelajari ilmu dan seterusnya ilmu yang dipelajari tersebut bukanlah hanya
untuk dipelajari sahaja bahkan setiap ilmu yang dilpelajari perlulah disampaikan dan disebarkan.
Perkara ini dapat dilihat di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:Daripada
Abdullah bin Amr r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu „ayat‟.(Riwayat al- Bukhari)
Maka ilmu yang dipelajari dan yang hendak disampaikan dan disebarkan mestilah suatu ilmu
yang benar dari sudut kesahihan fakta- faktanya. Para daie perlulah memperlengkapkan diri
mereka dengan ilmu pengetahuan yang benar sebelum menyebarkan ilmu tersebut sebagai bahan
dakwah. Oleh itu, dalam keghairahan para pendakwah di dalam usaha mereka untuk
menyebarkan dakwah Islam perlulah mereka meneliti kesahihan sesuatu maklumat itu sebelum
perlunya para daie menyampaikan maklumat- maklumat dakwah yang mempunyai nilai kualiti
dari sudut kesahihannya dalam kuantiti yang banyak. Memperbanyakkan kuantiti bahan- bahan
dan ilmu- ilmu agama yang sahih oleh para daie menggunakan teknologi ICT adalah amat
penting dalam usaha melemahkan serta membuat serangan maklumat ke atas segala bentuk
maklumat- maklumat pihak barat yang bercanggah dengan nilai- nilai ajaran Islam.
Seterusnya kepentingan ilmu ICT kepada daie adalah untuk menarik minat khalayak agar
mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan. Pada masa kini, umat Islam tidak lagi dipandang
tinggi oleh dunia Barat kerana umat Islam telah hilang nilai ketinggianya (izzah) disebabkan
mundurnya umat Islam pada hari ini dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan pengamalannya di
dalam kehidupan. Islam merupakan agama yang berdiri di atas ilmu dan pengetahuan yang
benar. Tanpa ilmu pengetahuan maka darjat dan kedudukan manusia itu di sisi Allah dan pada
pandangan makhluknya amatlah rendah dan tiada nilainya (Mohd Radhi Ibrahim, 2001). Allah
s.w.t menyatakan berkenaan perkara ini di dalam firmannya di dalam al- Quran yang bermaksud, “Allah akan meninggikan martabat orang yang beriman dan berilmu di antara kamu dengan beberapa darjat” [Surah al- Mujadalah:11]. Ayat al- Quran ini menyatakan berkenaan darjat seseorang insan akan diangkat oleh Allah s.w.t atas dasar kerana ilmu merupakan pembeza
antara kebenaran dan kebatilan.Melalui penguasaan ilmu dalam diri seseorang manusia akan
dapat memandu dirinya ke arah memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat juga melalui ilmu
seseorang insan mengenal dan mengabdikan diri kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t. Dakwah
melalui ICT ini amat bersesuaian sekali pada masa kini untuk lebih diperhebatkan dan
dipergiatkan untuk memperbanyakkan unsur- unsur ilmu di dalam dunia ICT. Para daie perlu
memanfaatkan segala kemampuan dan kemahiran ICT yang ada dengan memasukkan nilai
kreativiti mereka melalui gaya penyampaian dan gaya persembahan untuk menjadikan bahan-
bahan dakwah yang mereka sediakan itu mampu menarik minat khalayak membaca dan
melihatnya. Seterusnya, dapat menarik minat khalayak untuk mencintai dan mendalami ilmu
pengetahuan hasil daripada usaha kreatif mereka yang akhirnya menyebabkan kedudukan
Ilmu ICT kepada daie adalah supaya dakwah yang dilakukan tidak hanya tertumpu kepada
golongan tertentu sahaja bahkan penyampaian dakwah mestilah memberi perhatian kepada
semua golongan samada yang dekat dengan agama dan golongan yang telah jauh daripada
agama. Penyampaian dakwah secara tradisional seperti melalui ceramah, syarahan dan khutbah
agama yang berlangsung di masjid-masjid dan surau misalnya hanya sampai kepada khalayak
dakwah yang merupakan golongan orang yang sudah dekat dengan agama Islam yang
majoritinya hanya terdiri daripada orang- orang tua sahaja. Tanpa dapat dinafikan penyampaian
dakwah secara tradisi ini merupakan wasilah yang digunakan oleh para anbiya‟ dalam menyampaikan risalah agama Allah yang terbukti berkesan dan telah melahirkan generasi Islam yang terbaik iaitu generasi sahabat, tabiin dan tabi‟ tabiin. Makanya, perlu garapan dan kesepaduan di antara cara dakwah secara tradisional dan cara dakwah melalui teknologi ict pada
masa kini untuk menjadikan dakwah sesuatu yang sentiasa segar daripada kelesuan mengikut
peredaran masa dan zaman (Mohd Radhi Ibrahim, 2001). Rasulullah s.a.w pernah ditegur oleh
Allah s.w.t kerana tidak mengendahkan seorang buta meminta petunjuk darinya. Sahabat yang
buta itu bernama Abdullah Ibnu Maktum. Rasulullah s.a.w tidak melayan si buta tersebut kerana
ketika itu baginda sedang menyampaikan dakwah kepada para pembesar Quraisy yang terdiri daripada Utbah bin Rabi‟ah, Syaibah bin Rabi‟ah, „Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah. Kejadian ini menyebabkan turunnya ayat al- Quran khusus
untuk mendidik dan menegur sikap dan tindakan Rasulullah s.a.w tersebut kerana tidak
mengendahkan sahabat yang buta tersebut.
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, Kerana telah datang seorang buta kepadanya Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup Maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), Sedang ia takut kepada (Allah). Maka kamu mengabaikannya. [Surah al- Abasa:1-10]
Ayat al- Quran ini jelas menunjukkan bahawa perlunya seruan dakwah disebarkan tanpa ada
mesti disebarkan kepada semua golongan tanpa mengira fizikal, darjat serta keturunan seseorang.
Dakwah melalui ICT adalah suatu kaedah dakwah yang baik pada masa kini untuk
menyampaikan dakwah Islam kepada khalayak ramai tanpa berlakunya sikap diskriminasi dan
prejudis terhadap khalayak dakwah.
Daie yang mempunyai ICT juga dapat merapatkan jurang antara diri pendakwah dengan orang
ramai. Lebih mudah untuk orang ramai berinteraksi dengan para pendakwah yang akhirnya dapat
menangani permasalahan pandangan buruk orang ramai pada diri para daie. Wujudnya
pandangan- pandangan ini adalah juga disebabkan oleh sikap pendakwah itu sendiri yang
meletakkan diri mereka itu di dalam keadaan yang lebih eksklusif berbanding orang lain,
berlakunya sikap dan perwatakan yang tidak selari dengan ceramah ataupun syarahan- syarahan
agama yang disampaikan dan permasalahan gaya komunikasi mereka yang tidak mesra kerana
seruan dakwah yang dilakukan dilihat mendahulukan ayat- ayat azab berbanding dengan ayat-
ayat rahmat yang mana ianya bercanggah dengan nilai dakwah Islam sebenar sekiranya dirujuk
kembali akan tujuan perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang dinyatakan di dalam
al- Quran yang mana Allah s.w.t berfirman, “Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam” [Surah al- Anbiya‟: 107].
Berdasarkan ayat al- Quran ini amat jelaslah bahawa Islam merupakan suatu agama yang amat
mulia kerana meletakkan rahmat iaitu kasih- sayang, keadilan dan kesejahteraan sebagai nilai
utama dalam penurunan ajarannya yang dibawa dan disampaikan kepada umat manusia dan
sekalian makhluk oleh Rasulullah s.a.w. Hal berkaitan keluasan rahmat di dalam agama Islam
juga ada disebut dan dinyatakan di dalam hadis Qudsi yang bermaksud: Allah Azza wajalla berfirman: “Rahmatku mendahului murkaku.” (Hadis Riwayat Muslim).
Allah adalah tuhan pencipta sekalian alam yang maha hebat kekuasaan dan kebesarannya. Allah
s.w.t boleh melakukan apa sahaja yang dia kehendaki kerana dia adalah pemilik dan pencipta
alam ini. Sekiranya Allah s.w.t hendak memurkai seseorang makhluk maka tiada siapa yang
boleh melawannya. Namun, Allah s.w.t bahawa dia mendahulukan rahmat kepada hambanya
kerana dia merupakan tuhan yang maha penyayang dan Allah s.w.t mengiktiraf setiap hati dan
perasaan insan yang diciptakannya di dalam setiap tindakan yang hendak diambil ke atas setiap
Segelintir pendakwah Islam pada hari ini bersikap keras dalam penyampaian dakwah mereka
dengan mengeluarkan kata- kata yang kasar dan asyik bersikap menghukum kesalahan orang lain
tanpa melakukan komunikasi dakwah yang baik. Perkara yang berlaku ini sudah semestinya
tidak menepati sifat rahmat ajaran Islam sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al- Quran
dan hadis Nabi s.a.w. Mereka tidak mengutamakan sesuatu yang diutamakan oleh Islam iaitu
sifat rahmat di dalam penyampaian dakwah mereka. Islam merupakan agama yang
mementingkan dan mengambil kira akan pandangan perasaan insan. Cara penyampaian dakwah
yang keras oleh sesegelintir pendakwah Islam mengabaikan nilai perasaan insan yang akhirnya
menyebabkan wujudnya kekeliruan dan pandangan buruk orang ramai terhadap agama Islam
yang mulia ini oleh kerana sikap daie yang tidak bijak mengurus persepsi dan pandangan orang
ramai terhadap Islam.(Muhammad Hanif Hassan, 2003)
Maka perlunya seseorang daie itu menggunakan ilmu teknologi maklumat dengan menggunakan
manhaj al- Atifi dalam menyampaikan dakwah. Manhaj al- Atifi adalah suatu metod atau
pendekatan dakwah yang bersifat lembut, ianya suatu kaedah dakwah yang dapat menyentuh dan
melembutkan hati dan perasaan khalayak untuk menerima mesej- mesej dakwah yang
disampaikan. Perlunya seseorang daie itu menampakkan, memperlihatkan juga
mempersembahkan diri mereka dalam bentuk yang lebih terbuka, tidak terlampau sempit cara
pemikiran mereka berkenaan dakwah yang akhirnya dapat mengubah persepsi buruk masyarakat
terhadap diri para daie (Muhd Najib Abdul Kadir, Mazlan Ibrahim, Kharuddin Mohd Amin
2010). Gaya komunikasi pendakwah yang tidak berhikmah akan menyebabkan wujudnya
perasaan curiga pada diri orang awam terhadap diri pendakwah itu sendiri yang seterusnya akan
menyebabkan rasa tidak senang dan rasa tidak selesa masyarakat terhadap kehadiran para daie
Tekno Daie Pendakwah Alam Maya
Tekno daie ialah golongan pendakwah yang menggunakan teknologi untuk menjalankan
kerja-kerja dakwah dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Teknologi yang
digunakan oleh pendakwah tidak terbatas hanya kepada skop ICT tetapi apa jua teknologi yang
dapat dimanfaatkan dan digunakan oleh pendakwah demi kepentingan Islam itu sendiri (Ruzain
Syukur Mansur, 2011). Golongan tekno daie ini ialah sekumpulan individu yang mempunyai
latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai matlamat satu iaitu menyebarkan syiar Islam
menerusi internet. Tetapi sayangnya, para teknologis atau saintis Muslim masa kini, tidak
menyedari bahawa mereka juga sebenarnya tergolong dalam saf daie yang mampu membawa
umat manusia menuju jalan Allah s.w.t. Golongan inilah yang telah memperlengkapkan diri
mereka dengan ilmu pengetahuan semasa yang cukup juga boleh digolongkan sebaris dengan saf
daei (Ruzain Syukur Mansur, 2011).
Selain itu, tekno daie ialah seorang yang sanggup mengorbankan diri, harta, dan waktunya untuk
Allah s.w.t. bagi menegakkan risalah agong dan meneruskan tugas mulia para nabi dan rasul
yang diutuskan oleh Allah s.w.t untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan mereka yang lurus serta
menyuruh manusia membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Para daie juga adalah
pewaris para nabi dan rasul khususnya dalam bidang dakwah dan menyampaikan agama Allah
s.w.t kepada semua umat manusia. Menurut Ruzain Syukur Mansur (2011), Mereka seharusnya
mencontohi cara terbaik para nabi dan rasul ketika berdakwah dan menjadikan para nabi dan
rasul sebagai ikutan bagi meneruskan tugas ini dan mewujudkan daie-daie yang mengingati dan
mentaati perintah Allah s.w.t serta mengajak manusia kea rah kebaikan dan mencegah kejahatan
sebagaimana yang dinyatakan di dalam al- Quran.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf
dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman
tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasik.[Surah al- Imran:110]
diturunkan oleh Allah s.w.t untuk mengajak manusia beriman dan mengesakan Allah s.w.t. Umat
Islam diturunkan atas tujuan dakwah dan tauhid yang telah gagal dilaksanakan akan kedua- dua
perkara ini oleh umat- umat agama samawi yang terdahulu seperti Yahudi dan Nasrani. Lalu
Allah s.w.t menurunkan umat yang baru menggantikan umat terdahulu yang telah sesat untuk
membawa dan melaksanakan seruan dakwahnya.
Disebabkan daie merujuk kepada individu Muslim yang bertanggungjawab dalam
menyampaikan mesej Islam secara menyeluruh kepada masyarakat umumnya, maka dalam era
globalisasi, akitiviti-aktiviti penyebaran dan penyampaian agama Islam kepada masyarakat tidak hanya terhad kepada golongan pendakwah yang diberi yang bergelar “orang agama” sahaja tetapi tugasan dan aktiviti berdakwah ini juga melibatkan golongan yang datang dari pelbagai profesion
seperti doktor, arkitek, peguam dan sebagainya. Oleh itu, setiap individu Muslim
bertanggungjawab dalam menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat dan membentuk
golongan sasaran ini agar seimbang dari segi intelektual dan spiritual. Setiap individu Muslim
mestilah menjalankan tanggungjawab dalam mengajak manusia kepada agama Allah yang murni
dan lengkap (Ruzain Syukur Mansor 2011). Masyarakat haruslah berpegang kepada suruhan dan
larangan Allah dengan seteguhnya bagi menjamin kemaslahatan ummah.
Pengaruh budaya asing, hedonisme dan serangan pemikiran barat yang merupakan di antara
cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam pada masa kini. Oleh itu, para daie
pada masa kini mempunyai peranan yang besar dalam memerangi kembali unsur- unsur barat
yang telah menjadi suatu fenomena dan sudah sebati dengan kehidupan umat Islam pada hari ini.
Para daie perlu mempergiatkan usaha- usaha dakwah dalam bentuk yang lebih dinamik dan
progresif untuk memperbanyakkan maklumat- maklumat dan unsur- unsur dakwah melalui
teknologi ICT (Ruzain Syukur Mansor 2011).
Peranan yang perlu dilaksanakan oleh para daie pada zaman ini secara keseluruhannya untuk
memperbaiki permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam kini melalui teknologi maklumat
ialah memperbanyakkan penulisan- penulisan berkaitan bahayanya pemikiran barat dan budaya
asing yang bercanggah dengan Islam. Menyediakan bahan-bahan dakwah yang tidak hanya
memfokuskan kepada penulisan semata-mata bahkan kerana kehidupan hedonisme sudah
minda memberi kesan kepada lemahnya budaya ilmu dan budaya membaca di dalam masyarakat.
Hal keadaan ini menyebabkan agak sukar penulisan- penulisan berkaitan dakwah dapat sampai
dan dibaca oleh orang ramai. Oleh itu, kini daie perlu kreatif di dalam dakwah mereka dengan
memperbanyakkan audio, video dan visual untuk menjadikan dakwah itu suatu yang lebih
menarik dan dapat mempengaruhi dan menyentuh hati golongan sasaran dakwah pada masa kini
supaya lebih dekat dengan cara hidup Islam. Dalam usaha untuk memainkan semua peranan ini
para daie perlulah lebih bijak dan kreatif dalam memanfaatkan pelbagai media dakwah yang
wujud dalam alam maya sebagai contohnya para daie boleh menggunakan laman youtube dengan
memasukkan berbagai video yang bermanfaat selain daripada video ceramah dan tazkirah untuk
mempelbagaikan bentuk penyampaian dakwah. Para daie juga perlu memanfaatkan ilmu dan
kemahiran ilmu teknologi ICT yang ada dengan membina, mencipta serta membangunkan
aplikasi- aplikasi Islamik utk telefon pintar dan komputer atau membuat karya-karya multimedia
berusurkan Islam yang menarik seperti animasi-animasi islamik yang di dalamnya terdapat
unsur- unsur ketauhidan dan nilai- nilai akhlak islamiyyah atau apa sahaja bahan dakwah yang
difikirkan menarik untuk digunakan dan untuk dimanfaatkan di dalam jalan dakwah (Syed
Muhammad Dawilah Al-Idrus & Lutfi Solehan 2009).
Pendakwah juga harus berperanan sebagai agen perubah yang mampu mengubah perspektif
buruk masyarakat tentang hakikat cara hidup Islam. Dalam usaha melahirkan pendakwah yang
setanding di abad ke-21 ini, pendakwah juga berperanan sebagai agen sosial yang sentiasa
meluaskan perhubungan sosialnya dengan pelbagai lapisan masyarakat serta selalu
menghubungkan dirinya dengan perkembangan pengetahuan melalui medium-medium
komunikasi yang terkini (Ruzain Syukur Mansor 2011). Peranan yang menjadi keutamaan pada
pendakwah dalam mengubah perspektif- perspektif serong masyarakat terhadap cara hidup Islam
khususnya bekenaan dengan syariat Islam daripada sudut hukum- hakamnya. Ini adalah kerana
Islam dilihat sebagai suatu agama yang mengonkong kemajuan oleh pihak bukan Islam.
Pandangan masyarakat bukan Islam yang sebegini terhasil daripada maklumat- maklumat atau
gambaran berkaitan kemunduran dan kemiskinan hidup umat Islam di negara- negara Islam yang
dipamerkan oleh pihak barat di mana- mana media. Hagemoni media barat iaitu penguasaan
mereka terhadap sumber dan penyebaran maklumat inilah yang menjadi punca utama Islam dan
Kedua, daie berperanan sebagai agen perubahan yang mampu mengubah perspektif masyarakat
terhadap Islam yang dikaitkan dengan keganasan. Bertitik tolak daripada kejadian serangan 11
September 2001 terhadap bangunan World Trade Centre yang menyebabkan kematian dan kemalangan jiwa. Islam mula dipandang oleh dunia barat ataupun orang bukan Islam sebagai pengganas. Perkara ini diistilahkan sebagai “Islamiphobia” yang mana ianya bukan hanya berlaku kepada orang bukan Islam malah orang Islam sendiri juga berasa keliru terhadap
agamanya disebabkan kejadian serangan 11 September tersebut. Dalam menangani permasalahan
tanggapan buruk masyarakat terhadap Islam dan umatnya yang dilihat sebagai golongan
pengganas, miskin dan mundur. Pendakwah mesti bertindak sebagai duta agama dengan
memperjelaskan nilai- nilai sebenar agama Islam yang merupakan agama “rahmatanlil alamin” iaitu agama yang membawa rahmat kepada sekelian alam melalui teknologi ict (Ruzain Syukur
Mansor 2011).
Ketiga, daie perlu berperanan untuk menyeru umat mentauhidkan Allah dan melihat akan tanda-
tanda kebesarannya melalui teknologi ICT. Ini boleh dilakukan oleh seseorang daie dengan
dengan memasukkan unsur- unsur Uluhiyyah dan Rububiyyah. Keempat, daie berperanan untuk
mewujudkan komunikasi dakwah yang bersifat dua hala melalui teknologi ICT dengan
memperbanyakkan perbincangan-perbincangan agama secara online yang membolehkan
khalayak ramai bertanyakan soalan daripada pendakwah berkenaan isu-isu dan ha-hal agama
yang mana pendakwah akan memberikan jawapan yang akhirnya mewujudkan satu perbincangan
ilmiah secara online yang baik dan terbuka. Kelima, daie berperanan untuk mendidik manusia
untuk kembali kepada nilai akhlak dan adab Islam dan menyambung peranan Nabi Muhammad
s.a.w. dalam usahanya untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sirah Rasulullah s.a.w yang
dahulunya pada zaman jahiliyyah akhlak bangsa arab pada ketika itu teramatlah teruk tetapi
baginda Nabi s.a.w datang untuk memperbaiki akhlak mereka (Ruzain Syukur Mansor 2011).
Perkara ini telah dinyatakan di dalam hadis baginda s.a.w. yang bermaksud, "Sesungguhnya aku
diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak" (Hadis Riwayat al- Baihaqi). Maka amat perlulah bagi para daie mengambil dan menjalankan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh para anbiya‟ berusaha sedaya- upaya untuk mengembalikkan akhlak umat Islam yang telah rosak dengan nilai
Cabaran Para Daie
Pada masa kini, dakwah Islamiah sedang memasuki era baru peralihan zaman. Umat Islam sedang berada di dalam era yang dikenali sebagai „masyarakat terbuka‟. Arus globalisasi dan revolusi dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat menjadikan masyarakat terbuka
sebagai satu realiti. Ledakan maklumat yang berlaku di dalam dunia globalisasi kini dengan
berbagai-bagai serangan pemikiran yang bercanggah dengan norma- norma dan nilai- nilai Islam
sememangnya menuntut kesediaan dan kesungguhan diri seseorang daie menjernihkan dan
meneutralkan kembali pemikiran, gaya dan cara hidup umat Islam agar kembali kepada
kehidupan beragama yang sebenar. Hal ini memerlukan seorang daie itu menjadi individu yang
lebih kompleks dan serba boleh (versetile) dalam usaha dakwah yang dilakukan. Daie pada masa
kini perlu lebih progresif dalam kerja dakwahnya yang tidak hanya terfokus kepada cara dan
pendekatan dakwah secara tradisional seperti ceramah, syarahan dan khutbah agama di masjid-
masjid sahaja. Perlunya dan pentingnya para daie mengintegrasikan dan menyepadukan cara
dakwah tradisional dengan cara dakwah melalui teknologi ict untuk meluaskan ruang lingkup
dan medium dakwah agar ianya dapat disampaikan kepada jumlah khalayak yang lebih besar dan
membolehkan aliran maklumat dakwah lebih banyak supaya ianya dapat menandingi sumber-
sumber maklumat yang lain. Pentingnya ilmu teknologi ict pada masa kini kepada daie itu adalah
untuk menyampaikan uslub dakwah yang terdapat di- dalam al- quran kerana ianya merupakan
sumber rujukan Islam yang paling utama. Di dalamnya Allah s.w.t meletakkan garis panduan
dakwah, "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk" [surah al- nahl:125].
Cabaran yang perlu dihadapi oleh para 'tekno daie' dalam mengharungi arus kederasan teknologi
maklumat iaitu perlu menguasai teknologi yang berlandaskan apa yang digariskan dalam Islam.
Ia bukan sahaja mementingkan aspek keinsanan malah mengutamakan keihsanan. Aspek ini
pengguna yang mahir dalam erti kata bagaimana mendidik mereka yang dekat dengan kita
terlebih dahulu.
Penguasaan sumber maklumat dan penyebaran maklumat dunia barat melalui apa- apa medium
komunikasi yang lain dan secara khususnya melalui teknologi maklumat seperti internet
merupakan cabaran dan ancaman terbesar kepada para pendakwah Islam. Monopoli dan
manipulasi maklumat yang dilakukan oleh pihak barat amat hebat sekali terhadap umat Islam.
Hagemoni media barat inilah yang berjaya mengubah dan membentuk pemikiran, tindakan dan
cara hidup umat Islam. Umat Islam sudah semakin jauh dari identiti cara hidup Islam yang
sebenar sehinggakan kehidupan agama yang sebenar sudah dianggap sebagai sesuatu yang asing
bukan sahaja oleh orang bukan Islam bahkan umat Islam sendiri yang sudah terpengaruh dengan
cara hidup barat merasakan cara hidup Islam merupakan sesuatu yang asing. Perkara ini sudah
dinyatakan di dalam hadis yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam muncul dalam keadaan yang asing, maka beruntunglah orang- orang yang terasing itu”.( Hadis Riwayat Muslim).
Maka jelaslah berdasarkan hadis ini bahawa pada akhir zaman Islam akan menjadi sesuatu yang
asing sebagaimana pada awal kedatangannya. Para pendakwah bersiap sedia menghadapi
keadaan ini dan berjuang untuk menaikkan martabat Islam yang kini dilihat sebagai sesuatu yang
asing dan pelik dalam masyarakat. Pihak barat dilihat sentiasa berusaha sedaya upaya secara
terancang untuk memusnahkan dan menghancurkan umat Islam agar mereka mengikuti gaya
hidup barat. Ianya suatu proses modenisasi dan pembaratan yang dilakukan bertujuan untuk
menjatuhkan Islam secara keseluruhannya. Allah s.w.t telah menyatakan berkenaan perkara ini di
dalam al- Quran yang bermaksud: Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka.[al- Baqarah: 120].
Ayat al- Quran ini telah menyatakan betapa tidak putus -asanya pihak barat berusaha
menjatuhkan Islam agar umat Islam mengikut cara hidup mereka. Mereka mencipta berbagai-
bagai perkara untuk menjadikan umat Islam lalai dengan urusan agamanya. Antaranya ialah
mereka membawa segala bentuk hiburan ke dalam dunia Islam sehinggakan anak muda Islam
mulai menjadi orang yang amat menyukai dan memuja artis- artis barat serta cara hidup orang
sering dipaparkan oleh media dalam keadaan yang seksi dan menghairahkan. Selain daripada
ianya diburukkan lagi dengan wujudnya laman- laman sosial dan laman- laman lucah di internet
yang dicipta dan dibawa masuk oleh barat ke dalam dunia Islam menyebabkan punca keruntuhan
akhlak yang membawa kepada permasalahan seks bebas dan penyebab jauhnya kehidupan umat
Islam pada hari ini daripada menjalankan serta melaksanakan perintah agama (Abd. Halim
Tamuri, 2004)
Laman sosial sudah menjadi suatu trend dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Setiap
lapisan masyarakat samada dari golongan kanak- kanak mahupun dewasa boleh dikatakan
majoritinya mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Antara laman sosial yang paling
popular adalah adalah laman social facebook yang menjangkau kira- kira 6.2 juta pengunjung. Ini menunjukkan berlakunya suatu kegilaan dan ketagihan masyarakat dalam melayari laman-
laman sosial sehingga wujudnya pengguna laman sosial yang bersifat tegar. Sehinggakan ada di
antara pengguna laman sosial ini sanggup dan mampu berjaga malam untuk melayari dan
berkomunikasi melalui laman- laman sosial.(Mohammad Ismail, 2010)
Inilah antara cabaran- cabaran pada masa kini yang dihadapi pada masa kini dalam usaha mereka
untuk mengembalikan umat Islam kepada cara hidup Islam yang sebenar. Cabaran- cabaran ini
sememangnya merupakan suatu kesukaran yang amat hebat untuk ditangani oleh para daie. Ini
adalah kerana kehidupan masyarakat hari ini sudah sebati dengan cara hidup dan gaya hidup
barat yang dipopularkan oleh pihak barat sehingga ianya menjadi suatu budaya dan cara hidup
yang bersifat global. Kini, para pendakwah Islam perlu bekerja keras dalam aktiviti dakwah
dengan menghasilkan buah- buah fikiran baru yang difikirkan baik untuk diaplikasikan di dalam
perlaksanaan dakwah Islam. Sememangnya program pembaratan ini merupakan suatu cabaran
yang paling besar yang mesti dihadapi oleh setiap daie kerana ianya datang dalam pelbagai
bentuk yang menarik minat nafsu manusia untuk mengikutinya dan mempraktikannya di dalam
kehidupan seharian sehinggakan agama diketepikan kerana agama sudah lagi tidak dianggap
sebagai matlamat kehidupan. Proses untuk mendepani kesemua cabaran- cabaran dakwah ini
bukanlah sesuatu yang mudah, kesemua bahan- bahan dan produk- produk barat ini
sememangnya tidak boleh dihapuskan secara keseluruhannya di dalam dunia globalisasi ini
komunikasi. Sesuatu yang boleh dilakukan oleh para daie kini dalam menghadapi kesemua
cabaran ini ialah dengan berusaha memperbanyakkan bahan- bahan dakwah melalui ICT agar
penyebaran maklumat yang dapat diseimbangkan, tidak hanya dibiarkan berlakunya lambakan
maklumat- maklumat dari barat dibiarkan bercambah dan berkembang di dalam dunia ICT
bahkan maklumat- maklumat dakwah Islam lebih- lebih lagi perlu diperkembangkan dan
disebarkan melalui dunia ICT supaya ianya dapat memerangi semula unsur- unsur pemikiran dan
gaya hidup barat yang disebarkan melalui maklumat yang disampaikan oleh mereka melalui
saluran ICT dan berbagai- bagai saluran media yang lain.(Engku Ahmad Zaki Engku Alwi,2007)
Para 'tekno daie' juga perlu mempunyai pertahanan intelektual untuk menyahut cabaran dunia
moden iaitu dengan memberi pemahaman jelas tentang Islam. Di samping itu, meningkatkan
kemampuan masyarakat Islam untuk membina sistem jaringan maklumat yang canggih daripada
sistem yang dicipta oleh Barat atau yang bermatlamat 'jahat'. Selain itu, para daie juga tidak
mempunyai kesedaran betapa pentingnya ICT dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang
berbentuk dakwah. Melalui kesedaran ini ianya akan dapat membantu mereka menyebarkan
segala maklumat dakwah dengan lebih cepat, mudah dan kreatif (Syed Muhammad Dawilah Al-
Idrus & Lutfi Solehan 2009). Antara perkara yang perlu digarapkan adalah penghasilan
kandungan, drama, filem, iklan serta kandungan digital atau animasi yang memahami dan
mementingkan aspek ajaran Islam di dalam setiap produk.
Teknologi ICT merupakan suatu teknologi yang mencangkupi elemen audio dan visual yang
ianya adalah suatu teknologi yang bertepatan dengan bentuk pancaindera manusia seperti lisan,
penglihatan dan pendengaran. Dengan elemen-elemen yang terkandung di dalam teknologi ICT
yang bertepatan dengan pancaindera manusia ini membolehkan seseorang pendakwah itu
menyampaikan uslub dakwah al-Quran seperti berdakwah dengan hikmah kebijaksanaan, nasihat
pengajaran yang baik dan berbahas dengan dengan cara yang baik (Syed Muhammad Dawilah
Kesimpulan
Uslub dakwah hikmah dan kebijaksanaan boleh diaplikasikan oleh seseorang pendakwah itu
dengan berdasarkan kreativiti dan kebijaksanaan seseorang daie itu dalam mengeksploitasi
teknologi ict yang dipelajari dan dikuasainya seperti memasukkan elemen- elemen kreatif
multimedia di dalam penyampaian dakwahnya. Uslub dakwah secara memberi nasihat dan
pengajaran yang baik juga boleh diaplikasikan melalui teknologi ict oleh daie melalui penulisan-
penulisan dakwah di dalam blog, laman web, laman sosial dan sebagainya. Uslub seterusnya
iaitu uslub perbahasan juga boleh diaplikasikan oleh daie melalui forum di laman- laman sosial
dan sebagainya. Secara keseluruhannya kesemua uslub dakwah al- Quran ini boleh diaplikasikan
di dalam teknologi ict berdasarkan kemahiran dan kebijaksanaan seseorang pendakwah dan daie
tersebut (Syed Muhammad Dawilah Al- Idrus & Lutfi Solehan 2009).
Oleh itu, budaya penyebaran maklumat Islam di internet perlu diperluaskan oleh umat Islam
demi kemaslahatan agama Islam. Misalnya, usaha mempelbagaikan laman-laman web ilmiah
adalah dialu-alukan supaya apabila maklumat Islam menjadi sumber majoriti maklumat di
internet dan menjadi fokus utama komuniti di internet malah menjadi suatu saluran alternatif
kepada pengguna- pengguna internet daripada terus melayari laman-laman negatif yang tidak
mendatangkan faedah. Di samping itu, umat Islam juga harus beralih kepada paradigma baru
dengan meletakkan pembudayaan ICT terhadap agama adalah satu uslub dakwah di alaf baru.
Ianya penting untuk memastikan syiar dan syariat Islam di seluruh dunia dapat dipertingkatkan
sekaligus menjadi umat terbaik dalam pengimarahan teknologi maklumat dan komunikasi.
Justeru, sebagai seorang Muslim yang prihatin, ia membuka peluang kepada para pendakwah
teknologi atau tekno-daie menggunakan kepakaran di dalam bidang masing-masing bagi
memainkan peranan memikul tanggungjawab dakwah. Ruang dan kepakaran itu haruslah
dimanfaatkan bagi menakluki hati masyarakat agar terpaut dengan ajaran Islam yang sarat
Secara keseluruhannya, perkara yang perlu diutamakan dan dititikberatkan oleh para daie dalam
menggunakan teknologi ICT sebagai wadah atau wasilah dakwah ialah pengetahuan ilmu agama
Islam yang baik, mementingkan kesahihan setiap maklumat dan bahan dakwah yang
disampaikan kepada khalayak, berusaha memperbanyakkan maklumat- maklumat dan bahan-
bahan dakwah Islam di dalam internet dan juga apa- apa medium yang berkaitan dengan ICT,
bijak dalam berinteraksi dengan khalayak melalui ICT dengan mengutamakan nilai- nilai rahmat
dan kasih saying dan juga mengaplikasikan uslub- uslub dakwah sebagaimana yang telah
dinyatakan di dalam al- Quranul Karim, sentiasa berusaha menjadikan diri seorang daie yang
bersifat kreatif dan inovatif dengan mengeksploitasi segala ruang dan peluang di dalam dunia
ICT untuk dimanfaatkan secara sepenuhnya dan sebaik mungkin dalam memperhebatkan serta
Rujukan
Abd. Halim Tamuri. 2004. Pengaruh Media Massa Terhadap Nilai Akhlak Remaja: Kajian ke Atas Fakir Miskin di Luar Bandar. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Mahmud Abu Zaid. 1996. Pendakwah Masa Kini Sikap & Pendekatan. Kuala Lumpur: Yayasan Dakawah Islamiah Malaysia.
Azhar Ibrahim Alwee. Membumikan Keuniversalan Islam.Universiti Nasional Singapura.
http://www.thereadinggroup.sg/Articles/Membumikan%20Keuniversalan%20Islam.p df Dilayari pada 4 Oktober 2013
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2007. Cabaran-cabaran Semasa Umat Islam dan Penyelesaiannya Menurut Agama. Universiti Darul Iman.
Mohammad Ismail. 2010. Bahaya Kemaruk Laman Sosial. Universiti Teknologi Mara.
Mohd Radhi Ibrahim. 2001. Intelektualisme & Dakwah Masa Kini. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Muhd Najib Abdul Kadir, Mazlan Ibrahim, Kharuddin Mohd Amin 2010. Metode Dakwah dalam Kitab Tafsir al-Misbah oleh M. Quraish Shihab. Jabatan Pengajian al-Qur‟an dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ruzain Syukur Mansur. 2011. Dakwah dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malayasia
Syed Muhammad Dawilah Al- Idrus, Ustaz Mohd Lutfi Solehan. 2-3 Disember 2009. Peranan ICT dalam Penyebaran Dakwah. Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah di IPT dan Komuniti: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Zuarida Mohyin. 2009. Memperkasa peranan 'tekno daie'.