• Tidak ada hasil yang ditemukan

Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1972 Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1972 Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Title Pelangi pagi

Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad

Copyright © 1972 Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

Muhammad Ariff Ahmad. 31hb. Julai 1972 kertas cheramah

RADIO SINGAPURA memperkatakan buku:

novel PELANGI PAGI.

Minggu ini telah saya bacha sebuah nobel lagi untuk saya perkatakan kali ini. Novel itu bersama PELANGI PAGI hasil karya Khadijah Hashim. Novel yang diterbitkan dalam tahun 1971 itu membawa tema pendidikan. Ia menampakkan kisah seorang gadis manis yang hampir putus asa dan gagal dalam pelajarannya karena tergoda oleh pergaulannya dengan teman2nya ala hippies telah terselamat oleh tindakan wajar ayahnya dan bantuan seorang guru muda yang bijak dan didikasi.

Kisah dimulai dengan menampakkan Norani, anak manja Pak Rashid dan Mak Limah yang berumur 16 tahun itu sedang belajar di Darjah Tingkatan Lima. Norani seorang gadis yang chantik, bukan bodoh tetapi malas belajar karena pengaruh teman2nya yang telah meninggalkan sekolah – Farid anak seorang yang Berhurmat, Adil anak kerani besar yang bersara dan Maria anak kerani Pejabat Pos. Pengaruh pergaulan dengan merekaitu menjadikan Norani malas sekolah tetapi rajin ke parti itu dan ini, berpiknik dan berkemah kesana kemari. Pantai Mersing dan Tanjung Melati adalah distinasi belia2 ini; disanalah mereka menghabiskan masa ber-suka2. Yang jadi tukang belanja yalah Farid anak orang kaya Yang Berhormat itu.

Suatu hari, pulang dari bermalam di Mersing, Norani telah ditempeleng ayahnya. Dia jatuh sakit – denam dua hari dan ponteng sekolah lima hari, Pak Rashid mengadukan hal itu kepada gurubesar dan minta simpati gurudarjah Norani, seorang gurumuda lepasan universiti, supaya menggalakkan Norani belajar sungguh2. Pak Rashid menerangkan kepada Chekgu Hadi: Norani adalah anak tunggalnya dan dia mau anaknya itu menchapai pelajaran seberapa tinggi yang boleh. Chekgu Hadi tidak berjanji tetapi sanggup menchuba.

Taktik yang dipakai chekgu Hadi untuk menekal Norani yalah dengan menunjukkan simpati dan menampakkan yang dia tertarik hati kepada Norani. Di darjah dia memberi layanan istimewa kepada Norani sehingga teman2 sedarjahnya chemburu dan menganggap Norani itu buahati chekgu Hadi. Chekgu Hadi menyuruh Norani datang belajar ke rumahnya tiap2 petang ber-sama2 Zaidah, seorang gadis sedarjah dengan Norani, yang rajin belajar;

ulat buku, tetapi adik-beradiknya ramai, untuk belajar. Chekgu Hadi membimbing dua orang gadis ini tiap2 petang. Kadang2 Chekgu Hadi membawa juga Norani dan Zaidah ber-jalan2.

(3)

Mak Timah, ibu kepada Asmah – seorang lagi gadis teman sekelas dengan Norani – menyindir Mak Limah dengan kata bahwa Norani pastilah lulus nanti karena dia adalah buahati Chekgu Hadi, dan apabila Norani lulus nanti tentulah Chekgu Hadi itu akan menjadi menantu Mak Limah pula. Dia memang niat membakar perasaan Mak Limah karena dia irihatikan peluang yang diperoleh Norani. Mak Limah mengadukan hal itu kepada suaminya Pak Rashid, tetapi Pak Rashid tenang dan tidak menampakkan sebarang reaksi, melainkan dinasihatkannya Mak Limah supaya jangan mendengar sangat chakap orang2.

Chuti Penggal Satu Chekgu Hadi pulang ke kampungnya di Pulau Pinang. Norani keseorangan lalu menemui teman lamanya, Farid. Farid membawa dia makan angin ke Port Dickson. Mak Limah yang banyak kali telah ditipu Norani yang berhelah begitu begini untuk dapat keluar rumah menemui teman2 nakalnya itu ragu2 membenarkan Norani mengikut Farid, tetapi apabila kena pelemah Norani dia terpaksa juga membenarkannya. Bila Pak Rashid pulang diadukan hal pemergian Norani itu kepadanya. Pak Rashid tidak menjawab apa2, malah bila Norani pulang tidak ditanyainya pun. Norani terpengaruh semula oleh teman2 nakalnya itu.

Chuti Penggal Dua, Chekgu Rashid tak pulang kampung. Dia membawa murid2nya berkelah ke pantai Mersing. Pulang dari Mersing Chek gu Hadi memberi amaran kepada murid2nya lepas bersuka-suka hari itu, esoknya kelas bimbimgan diadakan, semua mesti hadir. Memang sepanjang chitu penggal itu Chekgu Hadi mengajar tambahan kepada murid2nya.

Sebelum pepereksaan MCE, Cheku Hadi mengunjungi Norani dan menghadiah kandia sebuah jam tangan sebagai harijadi Norani. Bukan main besar hatinya. Norani yakin benar bahwa Chekgu Hadi sungguh2 meminatinya, kalau pun tidak menchintainya. Lepas pereksa Chekgu Hadi pulang ke Pulau Pinang, dia telah mengundang teman2nya di Kota Putera – termasuk Pak Rashid – ke majlis perkahwinannya dengan Chekgu Hanisa binti Harun, seorang guru lepasan universiti juga. Mendengar berita itu, hanchur hati Norani bukan kepalang sebab pada sangkanya haruslah dia yang akan menjadi pasangan Chekgu Hadinya itu.

Bila keputusan peperiksaan diumumkan, Norani dan Zaidah lulus mendapat Grade Satu, tetapi Norani tidak gembira seperti Zaidah. Norani mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan Enam di Sekolah Tun Fatimah, tetapi hatinya sudah hanchur karena Chekgu Hadi tidak berkahwin dengan dia. Dia tak mau belajar lagi – dia merajuk. Pak Rashid menemui lagi Chekgu Hadi. Chekgu Hadi menulis kepada Norani: menyindir dan menchabar.

Norani panas hati menerima sindiran dan chabaran chekgu Hadi itu lalu meraung menyatakan benchinya kepada chekgu Hadi. Dan dalam raungan itu, dia minta supaya ayahnya

(4)

menghantarkan dia ke Johor Baru. Norani benchi kepada chekgu Hadi; dia benchi juga kepada Kota Putera tempat dia dibesarkan itu. Dia mau pergi ke Johor Baru dan belajar di tingkatan Enam. Dia mau terus masuk university dan kemudian menyaingi isteri chekgu Hadinya yang lulus universiti itu. Mak Limah yang sedeh melihatkan Norani seperti kerasukan hantu itu, gembira juga menyambut keputusan Norani.

Sambil me-nyumpah2 mengatakan chekgu Hadi bersikap kasar terhadap Norani, Mak Limah bersukur juga karena kekasaran chekgu itu Norani berasa hendak melanjutkan pelajarannya. Yang demikian akan terchapai juga kelak chita2nya hendakkan anaknya lulus universiti. Sementara Mak Limah mengutuk chekgu Hadi itu, Pak Rashid pula me-muji2nya.

Chekgu Rashid adalah seorang guru yang bijak.

Setelah membacha seluruh kisah itu saya mendapati bahwa buku ini amat baik menjadi bachaan para belia kita, terutama para pelajar yang sedang duduk di darjah2 tertinggi di sekolah2 menengah. Satu kisah yang tepat menyentuh masarakat pelajar di sekolah2 menengah. Saya rasa jika ia menjadi salah satu daripada teks kesusasteraan di Menengah Empat di Singapura atau teks kesusasteraan di Tingkatan Lima di Malaysia, selaian daripada digunakannya sebagai teks pengkajian kesusasteraan, murid2 akan dapat banyak pengalaman daripadanya: murid2 akan banyak dapat panduan dan galakan, akan dapat juga menimbangkan kegiatan2nya dan boleh mengambil iktibar daripada keburukan2 yang ditunjukkan dalam jalinan kisah itu.

Kisah itu benar2 berlaku dalam alam pelajar2, di sekolah dengan guru2, di rumah dengan ibubapa dan di luar dengan teman2. Kenakalan2 kanak2 yang sedang meningkat belia digambarkan dengan bersahaja. Keirihatian, kechemburan dan keluchuan2 yang dialami pelajar2 se-education dilukiskan dengan natural. Semangat dedikasi dan kebijaksanaan bertindak oleh guru2 dibayangkan juga dalam kisah itu walaupun kurang meluas.

Perbandingan sikap guru2 di sekolah rendah dengan sikap guru2 di sekolah menengah dibinchangkan sedikit oleh chekgu Hadi dan chekgu Ramli yang tinggal sebilik ber-sama2 dengan Halim.

Kisah pemuda-pemudi ala hippies tidak digambarkan meluas. Farid dan Adli yang berambut panjang, bermain gitar dan menghabiskan masa tanpa sesuatu pekerjaan yang berpaedah tidak mewakili kaum hippies atau ala hippies. Walaupun begitu keadaan itu tidaklah menchachatkan kisah yang dipaparkan, karena message yang hendak disampaikan tentang Norani dengan pengalaman2nya untuk menchapai pelajaran tinggi itu dapat disampaikan dengan jelas.

Watak Mak Limah yang harap ada perchaya tidak terhadap chekgu Hadi, serta mudah mendengar pitnah2 orang adalah watak tipikal kaum ibu yang beranak gadis sebesar Norani

(5)

itu. Watak Pak Rashid yang keras tapi tenang dan tidak mudah latah, mengadapi mas’alah2nya dengan tekun dan waspada menampakkan sipat2 yang terpuji sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab. Kalau sipat2 itu dapat memandu tiap2 orang ayah sedang memelihara anak gadis alangkah baiknya!

Taktik2 tindakan Chekgu Hadi banyak menggunakan kegiatan2 saikologi yang payah tetapi tidaklah mustahil untuk diamalkan oleh kebanyakan guru2 yang benar2 hendak menjadi guru, hendak menjadi pendidik dan bukan menjadikan pekerjaan guru itu sebagai satu mata pencharian saja. Mudah2an hal ini semua akan mendapat perhatian yang wajar dari pembacha2nya.

Bahasa yang digunakan untuk menyampaikan kisah itu hidup, segar dan sesuai dengan peristiwa2 yang dipaparkan. Dialogue2nya natural. Keperihalan keadaan bahasanya chochok. Pendeknya pembacha2 boleh membacha kisah itu tanpa ter-sekat2 atau terganggu oleh sesuatu yang meragukan. Pembacha2 boleh membacha terus menerus – dari mula hingga ahir peristiwa2 itu ber-pindah2 dengan wajar – dan jika dibacha dengan tekun, dalamasa empat jam setengah selesailah pembacha membacha PELANGI PAGI itu.

Ahirnya, hanya suatu hal saja mungkin pembacha2 akan bertanya: Apakah hubungan kisah Norani itu dengan PELANGI? Mengapa kisah itu dinamakan atau diberi judul PELANGI PAGI? Mungkin Pelangi Pagi itu suatu simbolik yang mengilhami penulisnya – Khadijah Hashim – ketika menghasilkan karyanya itu. Mungkin pula airmata Norani di pagi hari menerima surat Chekgu Hadi dianggap sebagai hujanpanas renyai2 yang melahirkan pelangi melambangkan sebagai suatu jembatan harapan untuk Norani menchapai pelajaran tingginya. Dan saya pikir penulisnya sajalah yang boleh menerangkannya.

Sekian.

Selamat membacha !

################

Referensi

Dokumen terkait

Idea yang dipaparkan tanpa motif Udaklah dapat dikatakan sebuah perutusan1 padabal perutusan adalah suatu yang paling penting buat aebuah cerpen.. Cerita yang tanpa

Adapun orang yang berhak menjadi wali hakim itu ialah pe■erintah tertinggi [sultan, raja, presiden atau yang sebagainya] yang beragama Isla■; atau sesiapa lelaki

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)

Datuk Haji Mohd Said memperinci bahawa yang termasuk dalam kiasa11 bahasa itu ialah kiasa11, tamsi/, ibarat, pepatah, bidal, peri umpamaan, perbilangan, kata arif (/idah

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain