DASAR-DASAR UTAMA
KERAJAAN
(KERTAS 1)
Oleh
RUDDYANSJAH MAHTAR HAMS
B.S.K.Penolong Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat
Jabatan Penerangan Malaysia
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
Oleh
Ruddyansjah Mahtar Hams B.S.K.
Pendahuluan
Sejak mencapai kemerdekaan 47 tahun yang lalu, matlamat utama negara ialah menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil. Dalam usaha mencapai matlamat ini, berbagai-bagai dasar telahpun digubal dan dilaksanakan.
Dasar-dasar awam Malaysia mempunyai keunikan sendiri kerana ia digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Sebagai sebuah negara yang kecil yang terbahagi kepada dua wilayah besar iaitu Semanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, malaysia adalah antara beberapa buah negara di dunia yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan, menganuti pelbagai fahaman agama dan mempraktikkan berbagai budaya dalam konteks sebuah negara persekutuan.
Berdasarkan kenyataan di atas, sekiranya Malaysia ingin mencapai tahap pembangunan yang lebih tinggi, ia mestilah mempunyai dasar-dasar yang dapat bukan sahaja mengembelng sumber-sumbernya malah yang sangat penting ia boleh mengurangkan jurang perbezaan sama ada di antara kaum mahupun wilayah. Dalam hubungan ini, adalah penting untuk dipastikan agar dasar-dasar yang dibuat sentiasa dapat memantapkan lagi perpaduan negara dan integrasi nasional.
Perspektif Sejarah
Untuk memahami tahap kemajuan dan kedudukan negara pada masa kini, perlu bagi kita tinjau kembali sejarah perkembangan dan pembangunan negara ini. Dengan melihat kembali sejarah dan detik-detik penting ini, dapatlah difahami perspektif, nilai dan asas sebenar satu-satu perkembangan dan tindakan khususnya dalam penggubalan dasar negara. Terdapat empat era yang boleh dijadikan sebagai watersheds dalam sejarah negara iaitu :
a. Era Sewaktu Penjajahan British.
- dasar awam melibatkan fungsi kerajaan paling minimum.
- Matlamat penjajah untuk mendapatan seberapa banyak hasil dari negara ini untuk dibawa pulang.
- Dasar kerajaan penjajah jelas dan tidak perlu dikaji semula.
b. Era Dalam tempoh Malayan Union (1946) hingga tempoh pencapaian kemerdekaan (1957).
- wujud semangat kebangsaan yang berkobar-kobar di samping peningkatan penglibatan pihak pemerintah dalam perkhidmatan awam.
- Wujudnya pergerakan politik berasaskan kaum yang mengakibatkan mobilisasi politik yang terasing antara satu kaum dengan yang lain.
- Pengekalan sistem negara beraja.
- Pemimpin pelbagai kaum meletakkan garis panduan asas pembinaan negara yang berlandaskan kerjasama dan perundingan secara bertolak ansur tanpa mendedahkan secara meluas perkara-perkara dan isu-isu perkauman.
- Pendkatan ini menolak telahan yang mengatakan negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan wujud dengan stabil untuk jangkamasa yang panjang.
c. Era dari tarikh kemerdekaan hingga peristiwa 13 Mei,1969.
- mendedahkan tentang betapa pentingnya hubungan atau keseimbangan di antara kemajuan sosiopolitik negara dengan kemajuan dan pengagihan kemewahan.
- Walaupun tahap pertumbuhan ekonomi membanggakan, namun agihan pendapatan untuk berbagai kaum tidak seimbang.
- Di samping itu, pembahagian guna tenaga tentunya menjadi penghalang dalam mencapai perpaduan negara.
- Keadaan tidak seimbang ini sekiranya dibiarkan akan menimbulkan ketegangan dan kejadian yang tidak diingini.
d. Era pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru 1971-1990.
- Dasar digubal untuk mencapai perpaduan melalui penghapusan penghalang utamanya iaitu kemiskinan dan struktur sosiopolitik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang.
- Rukunegara diperkenalkan sebagai asas pencapaian matlamat pembangunan dan penyatuan negara.
- DEB membasmi kemiskinan & menyusun semula masyarakat.
- Perkembangan ekonomi pesat sejak DEB dilancarkan dan teah mencapai perkembangan ekonomi yang pesat.
- Namun begitu, pertengahan dekat 80an, ekonomi negara mengalami kemelesetan yang teruk. Implikasinya ialah terbantutnya pencapaian matlaat DEB berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi berterusan.
Malaysia baru sahaja memasuki era yang baru iaitu tempoh pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000.
- DPN digubal berteraskan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
- Strategi DEB dikekalkan untuk mencapai pembangunan seimbang dan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Dasar Awam ?
Dasar lebih merupakan ‘asas’, ‘teras’ atau ‘panduan’ kepada beberapa jalan tindakan.
Dasar mempunyai tujuan :
Matlamat, fungsi, tugas demi kepentingan sesuatu agensi atau organisasi (kerajaan).
Dasar memberi :
Arah tuju / hala kepada sesebuah agensi/organisasi supaya pelan tindakan yang dirancangkan boleh mencapai matlamat dan boleh dilaksanakan dengan jayanya.
Dengan adanya dasar, orang awam / masyarakat dapat memahami segala tujuan, matlamat atau hala yang hendak dituju atau dicapai oleh sesebuah agensi/organisasi (terutamanya badan-badan kerajaan) dan juga bagaimana pelan-pelan tindakan yang dirancangkan itu beroperasi di peringkat nasional dan tempatan.
Dasar Awam secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
Dasar Ekonomi / Dasar Pembangunan
Program, Falsafah, Peraturan dan Panduan Negara.(Contoh : Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam dll.)
(Contoh : Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Belia Negara, Dasar Wanita Negara, Dasar Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dll)
Mengapa Dasar Diperlukan ?
Bagi sesebuah negara membangun seperti Malaysia, pelbagai perancangan perlu dilaksanakan termasuk menangani segala masalah sosial di dalam negara. Keperluan-keperluan masyarakat untuk mendapatkan kemudahan sosial kian meningkat. Peningkatan dalam sektor perkhidmatan sosial menggambarkan bahawa masyarakat memang mengkehendaki, memerlukan dan mendesak untuk mendapatkan segala kemudahan atau perkhidmatan.
Sebagai contoh, wujudnya pelbagai jabatan dan agensi kerajaan semata-mata untuk melaksanakan dasar awam bagi memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendidikan dan sebagainya.
Adakah Dasar Sama Antara Satu Sama Lain ?
Dasar Ekonomi, Dasar Pembangunan dan Dasar Sosial berbeza antara kedua-duanya. Walaupun begitu ia saling menyokong secara tidak langsung demi kepentingan dan kebajikan social dan individu.
Ciri-ciri Umum Dasar
Ciri-ciri umum Dasar Awam ialah ia hendaklah mempunyai beberapa kandungan atau elemen yang difokuskan iaitu :
1. Objektif– hendaklah jelas, teratur, melibatkan semua pihak. 2. Strategi – hendaklah jitu, dapat difahami, mudah dilaksanakan.
3. Pelaksanaan – hendaklah dikuatkuasakan, diamalkan, dan melibatkan semua pihak.
4. Penilaian – semua Dasar Awam hendaklah dinilai sejauhmana keberkesanannya sama ada berjaya atau tidak, menunggu masa yang lama atau tidak dan adakah perlu diteruskan atau tidak.
Apakah Kesan Daripada Pelaksanaan Dasar?
1. Pertumbuhan ekonomi negara meningkat.
2. Hubungan Malaysia dengan negara luar kian rapat. 3. Hubungan antara masyarakat kian meningkat. 4. Hubungan antara keluarga kian mesra.
5. Kehendak masyarakat untuk menambahkan keselesaan hidup dapat dipenuhi.
Halatuju pembangunan negara dan masyarakat dapat ditentukan dengan jelas.
Halangan Terhadap Dasar Awam
Globalisasi
- ancaman IT ---> menyebarkan maklumat yang salah
- memburuk-burukkan kerajaan.
Tanggungjawab
- kurang rasa tanggungjawab kepada negara.
- Kefahaman
- kurangnya kefahaman.
- Salah faham terhadap dasar awam. (Contoh : Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam)
Pelaksanaan
- pelaksanaan kurang jitu dan lancar.
Peranan Anda Kepada Dasar Yang Dilaksanakan
Yakin
Yakin terhadap dasar yang digubal akan menjadi agen perubahan sama ada kepada nilai sosial atau ekonomi negara danmasyarakat.
Laksanakan
Melaksanakan dasar awam yang diperkenalkan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh penggubal dasar atau pihak kerajaan.
Sebarluaskan
DASAR DASAR UTAMA KERAJAAN MALAYSIA
Di antara dasar dasar utama kerajaan Malaysia adalah Dasar Perindustrian, Dasar Penswastaan, Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran [ termasuklah Pelan Integriti Nasional (PIN) ] dan Dasar Luar . Biasanya sesuatu dasar dirancang oleh pemimpin-pemimpin pada peringkat pentadbiran untuk dilaksanakan oleh agensi-agensi tertentu. Dasar-dasar pembangunan ini biasanya boleh didapati dalam dokumen rasmi kerajaan khususnya Rancangan Lima Tahun
1. Dasar Perindustrian
Sektor perindutrian memberi sumbangan yang besar pada ekonomi negara setanding dengan sektor pertanian. Industri tradisional asas Malaysia adalah pertanian sebelum tahun 60an diikuti dengan industri gantian import pada tahun 60an dan industri intensif buruh dalam tahun 70an. Menjelang tahun 1980an , proses pengindustrian ini telah menjurus kepada industri berat iaitu industri yang memerlukan modal yang besar dari sektor swasta.
Dasar lebih merupakan asas atau panduan kepada beberapa pelan tindakanyang telah dirancang. Biasanya pentadbir dan kakitangan kerajaan berpandukan kepada dasar bila melaksanakan tugas mereka bila melaksanakan perkhidmatan kepada orang awam
Dasar Perindustrian Negara telah digubal untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Pada umumnya, proses pembentukan sesuatu dasar melibatkan perkara-perkara berikut :
Mengenalpasti Masalah
Menilai sejauhmana hasil dasar
Mengemukakan alternatif dapat menyelesaikan masalah yang sesuai
menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980an. Peranan HICOM adalah untuk mengenalpasti , memula dan menguruskan projek-projek dalam industri berat. Diantara projek-projek yang telah dijalankan bersama usahasama pelabur asing ialah loji simen (CIMA), besi dan keluli (PERWAJA), kereta nasional (PROTON), loji enjin kecil, pulpa dan kertas dan kompleks kejuruteraan (UEM).
Tiga objektif utama PIP sebagai asas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian ialah :
menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara
menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara
meninggikan lagi tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan
Strategi Pelan Induk Perindustrian
PIP telah mengenal pasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh adalah sektor berasaskan sumber tempatan iaitu industri berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan terus dan keluaran galian bukan logam. Lima sektor bukan berasaskan sumber ialah elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam terus serta tekstil dan pakaian
menyusun semula struktur galakan perindustrian sedia ada
mempelbagaikan pengguna-pengguna Malaysia mengunakan barangan Malaysia
mempelbagaikan eksport dan mengalakkan sektor gentian import
memperluaskan kegiatan industri kekawasan kurang maju
mempelbagai pasaran eksport termasuk mencari pasaran baru dinegara yang sedang membangun
yang menambahkan penguasaan kerajaan dalam satu-satu sektor ekonomi atau perniagaan.
Penswastaan melibatkan proses pemindahan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang pada asalnya merupakan tanggungjawab awam dan kemudiannya dserahkan kepada sektor swasta. Dasar yang dilancarkan pada tahun 1983 bertujuan ;
mengurangkan beban kewangan kerajaan
meningkat kecekapan dan kepelbagaian hasil
menggalakkan pertumbuhan ekonomi
pengagihan sumber yang cekap
mempercepatkan Dasar Pembangunan Nasional
Dalam hal ini, tanggungjawab pengurusan, asset dan hak untuk menggunakan asset dan kakitangan diberi perhatian.
3. Bentuk-Bentuk Penswastaan
Penjualan
Penjualan ekuiti adalah khusus bagi syarikat kerajaan dan melibatkan pemindahan ketiga-tiga komponen organisasi iaitu tanggungjawab pengurusan, asset dan kakitangan. Bentuk penjualan atau pemindahan boleh 100 % atau kurang. Contohnya, Sports Toto Malaysia dan Sabah Shipyard Sendirian Berhad
Pajakan
Melibatkan pemindahan hak menggunakan asset untuk tempoh tertentu dengan bayaran pajakan. Kaedah ini biasanya digunakan bagi penswastaan entity yang mempunyai aset bernilai tinggi dan bersifat strategic seperti pelabuhan dan lapangan terbang. Contoh Depoh Baikpulih Kapalterbang dan Pusat Penyembelihan Khinzir
pemindahan milik asset. Contohnya kontrak Bekalan Air Semenyih dan Pemasaran Masa Pengiklanan Radio Malaysia
Bina-Kendali-Pindah dan Bina-Kendali
Melibatkan pengunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk mengurus entity kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan. Melibatkan pemindahan tanggungjawab pengurusan kepada sektor swasta dan mungkin melibatkan caj pengurusan. Kaedah BKP melibatkan pembinaan sesuatu kemudahan awam oleh pihak swasta dengan pembiayaan sendiri dan mengendalikannya bagi tempoh tertentu yang dinamakan tempoh konsesi. Kemudahan ini akan diserahkan kembali selepas tempoh dan swasta akan dibenarkan mengutip caj terus dari kemudahan berkenaan contoh seperti Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Menara Kuala Lumpur. BK pula tidak melibatkan penyerahan balik kepada kerajaan seperti Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan Sistem Pengangkutan Laju Ringan.
4. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
Perlembagaan Malaysia telah menetapkan Islam sebagai agama rasmi negara. Hal ehwal agama telah dikuasakan kepada Raja-Raja dan Kerajaan negeri. Sungguhpun demikian , kebebasan untuk menganut agama-agama lain tidak dihalang. Dasar penerapan nilai Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia adalah satu usaha murni oleh Kerajaan. Diantara objektif-objektif dasar ini adalah :
nilai-nilai negatif samada diedari atau tidak seperti rasuah, jenayah, dadah, menyalahguna kuasa, tidak amanah, penindasan, penipuan, pelampaun, pembaziran dan lain hendaklah diketepikan.
5. Dasar Luar
Perbezaan matlamat, kepentingan dan arah nasional selalunya membawa kepada ketegangan hubungan diantara negara-negara di arena politik antarabangsa terutama negara jiran. Namun sejarah telah membuktikan bahawa kebijaksanaan mengendalikan dasar luar, kepekaan terhadap kepentingan nasional dan serantau dengan semangat setiakawan, merupakan syarat awal perhubungan harmoni serumpun.
Dasar luar merupakan polisi menjalani perhubungan antarabangsa dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan yang diambil oleh pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan sesuatu masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan menghapus, mengurang, mengekal atau memperluaskan kerjasama antara negara. Objektif utama Dasar Luar Malaysia adalah :
i. Pengiktirafan yang merujuk kepada keinginan sesebuah negara untuk diterima oleh negara lain sebagai sebuah negara merdeka dan
berdaulat serta mempunyai sistem pentadbiran sendiri. Dasar luar ini perlu terkawal serta berjaya membawa pembangunan dan keamanan kepada rakyat.
ii. Keselamatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan
pengiktirafan. Negara perlu wujud sebagai satu kesatuan. Sesebuah negara akan dapat mempertahankan diri dari ancaman luar pada bila-bila masa walaupun terpaksa melalui kekerasan atau peperangan
iii. Kesejahteraan didalam sesebuah negara adalah tanggungjawab yang dipikul oleh pembuat dasar. Kesejahteraan dalaman akan
a. Menjalinkan kerjasama dua hala erat dikalangan negara jiran dan serantau serta meningkat kerjasama dikalangan negara lain yang mempunyai matlamat yang sama.
b. Meningkat pertahanan dan keselamatan samada di didalam mahupun luar negara dan wilayah-wilayah sempadan.
c. Mengekalkan kestabilan ekonomi negara dam kestabilan harga barang mentah dipasaran antarabangsa.
Keputusan yang diambil dalam hal dasar luar juga mengikut kesesuaian dan kesinambungan dalam politik antarabangsa. Diantara langkah yang diambil adalah seperti Penubuhan ASEAN 1967. ASEAN adalah Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara yang menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik
6. Pertubuhan Asia Tenggara (ASA)
Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) ditubuhkan pada tahun 1961 oleh Tunku Abdul Rahman. Pertubuhan serantau ini hanya disokong oleh tiga negara ketika itu, iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina. Indonesia tidak menyertai kerana beranggapan ianya satu alat "imperialis". Matlamat ASA adalah mengekal keamanan dan kebebasan negara serantau Asia Tenggara, memupuk keadilan sosial dan meningkat kerjasama dan kemajuan dalam bidang ekonomi negara-negara ahli dan negara serantau Asia Tenggara. ASA tergendala dalam tahun 1963, masa yang hampir sama penubuhan Persekutuan Malaysia
7. MAPHILINDO
Salah satu strategi untuk megendurkan ketegangan ketika penubuhan Persekutuan Malaysia dan Indonesia Raya adalah penubuhan MAPHILINDO pada Julai 1963. Maksud MAPHILINDO ialah gabungan nama Malaysia, Filipina dan Indonesia, yang tujuan nya sama juga iaitu menjaga dan mengekal keamanan serantau, mewujudkan kesefahaman dikalangan negara-negara anggota dan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi.
pertikaian ahli negara anggota, oleh itu Filipina terus membuat tuntutan Sabah dan Sukarno dengan 'ganyang Malaysia'nya. Konflik ini berlaku diantara 1963 hingga 1965, tetapi berjaya direda dengan kemenangan Marcos di pilihanraya Filipina dan tumbangnya Sukarno kerana digulingkan pada Oktober 1965. Perubahan senario ini telah membuka ruang memperbaiki hubungan yang terjejas kerana isu konfrantasi dan tuntutan Sabah.
Dalam satu perbincangan rasmi dari 29 Mei hingga 1 Jun 1966 di Bangkok, Menteri Luar Thailand, Thanat Koman menjadi orang tengah pertelingkahan ini.
8. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Apabila tamat konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia pada 1 Jun 1966, dan hubungan Filipina dengan Malaysia pulih, satu azam baru untuk membentuk satu pertubuhan serantau yang baru, teguh dan dinamik telah diadakan. Deklarasi ASEAN telag ditandatangani di Bangkok pada 8 Ogos 1967. ASEAN telah diisytiharkan dengan Tun Abdul Razak (Timbalan matlamat telah digariskan dalam Deklarasi ASEAN iaitu
a. mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan serta kebudayaan serantau, b. mengekal keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan
menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan negara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Carter Bangsa-Bangsa Bersatu
c. memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dalam ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintaifik dan pentadbiran
f. meningkat kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan serta bekerjasama menaikkan taraf hidup rakyat negara anggota
g. meningkat bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia Tenggara
h. mengekal kerjasama erat dan berfaedah menerusi pertubuhan serantau dan pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan matlamat yang sama
Peranan ASEAN lebih bermakna dengan Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 dengan melulukan beberapa ketetapan iaitu :
a. kawasan Asia Tenggara hendaklah menjadi sebuah zon yang aman dan selamat
b. ASEAN hendaklah mengamalkan Dasar Berkecuali
c. mengadakan hubungan baik dengan semua kuasa termasuk kuasa-kuasa besar tanpa mengira ideologi politik
Kini anggota ASEAN terdiri dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Kemboja, Vietnam dan Myanmar (10 buah mengikut Modul LANH 1303). Malaysia turut terlibat dalam pertubuhan OIC, Komanwel, PBB dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
9. Reformasi Pendidikan
Akta Pendidikan 1966, telah memaktubkan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut :
"pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari egi intelek, rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara"
berkembang dan digunakan disekolah Melayu dan di Maktab Perguruan sahaja. Strategi ini membolehkan British bertapak lama di Malaya dan mengeksploitasikan sumber kekayaan negara. Penyata Barnes, 1950 telah ditolak semua kerana mementingkan bahasa Inggeris, dan hanya membentuk satu sistem sekolah kebangsaan tanpa mengira sekolah jenis kebangsaan Tamil atau Cina dalam ertikata hanya mementingkan aliran Inggeris.
Penyata Fenn-Wu (WP Fenn dan Wu Teh Yao) (1951) mengemukakan cadangan tambahan pada Penyata Barnes iaitu
:-a. menyokong konsep pengunaan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
b. sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya bercirikan pengetahuan tempatan.
a. sekolah rendah hendaklah terdiri dari dua jenis, Sekolah Rendah dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.
b. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah kebangsaan sementara bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil dijadikan bahasa pengantar sekolah rendah jenis kebangsaan.
c. sekolah-sekolah Cina dikekalkan dengan kuikulumnya berdasarkan latar belakang tempatan.
d. bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa wajib bagi semua sekolah.
sekolah perdagangan bagi pelajar tamat darjah enam
sekolah teknik bagi pelajar tamat tingkatan tiga
maktab-maktab teknik bagi pelajar tamat tingkatan lima
Penyata Razak diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956 dan dijadikan Dasar Pendidikan Tanah Melayu yang dilaksanakan selepas merdeka 1957 bagi mewujudkan rakyat Tanah Melayu yang bersatu padu.
Penyata Rahman Talib (1960)
Selepas Penyata Razak, satu jawatankuasa baru ditubuhkan yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib (Menteri Pelajaran) ketika itu, bagi memperkemaskan dan melaksanakan dasar Penyata Razak. Ia digubal semula dan diterima kerajaan pada tahun 1961 dan dinamakan Akta Pelajaran 1961.
Jawatankuasa Kabinet (1974)
Pengerusi Jawatankuasa Kabinet 1974 diketuai Dato Seri Mahathir Mohamed (Menteri Pelajaran) bagi mengkaji semula sistem pendidikan kebangsaan bagi mencapai perpaduan dan kesefahaman rakyat berbilang kaum. Diantara strategi yang dicadangkan dan digunapakai adalah :
menyediakan sukatan pelajaran atau kurikulum seragam
mewajibkan pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah dan institusi pengajian tinggi
mengunakan buku teks yang bercirikan Malaysia
membentuk aktiviti luar darjah atau ko-kurikulum
Berdasarkan kepada laporan jawatankuasa kabinet ini, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR, 1982) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1988)
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kurikulum ini menerusi proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas atau dibilik darjah. Pendidikan bersepadu bermaksud penumpuan khusus kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan bahasa. Ketiga-tiga faktor digabungkan menerusi mata pelajaran teras, mata pelajaran pilihan dan kegiatan kurikulum
Contoh yang diterjemahkan dalam setiap mata pelajaran adalah :
a. kandungan kurikulum mengembangkan kemahiran aas yang diperolehi diperingkat sekolah rendah.
b. kandungan kurikulum berkaitan dengan hidup seharian.
c. kandungan kurikulum memajukan kemahiran belajar, psikomotor dan sosial yang telag dipelajari diperingkat sekolah rendah.
d. kandungan kurikulum membina intelek dan mengembangkan daya pemikiran yang kreatif dan mampu menghasilkan idea bernas.
Nilai-Nilai Murni
Nilai-nilai murni yang diterapkan kedalam kurikulum adalah :
Secara keseluruhan, pembangunan kegiatan kurikulum dan ko kurikulum memberi penekanan kepada objektif melahirkan warganegara yang berpengetahuan, berinovasi dan memilik nilai positif, sesuai dengan masyarakat majmuk, maju dan memandang kehadapan.