• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNTUK SIARAN SEGERA 29 April 2019 KUMPULAN AFFIN BANK BERADA DI LANDASAN KUKUH UNTUK PERTUMBUHAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNTUK SIARAN SEGERA 29 April 2019 KUMPULAN AFFIN BANK BERADA DI LANDASAN KUKUH UNTUK PERTUMBUHAN"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

siaran akhbar

UNTUK SIARAN SEGERA 29 April 2019

KUMPULAN AFFIN BANK BERADA DI LANDASAN KUKUH

UNTUK PERTUMBUHAN

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan AFFIN Bank Berhad ke-43 pada hari ini, 29 April 2019 di Taming Sari Grand Ballroom, The Royale Chulan Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YABhg Jen Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (B), Pengerusi AFFINBANK.

Kumpulan AFFIN Bank merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (“PBT”) sebanyak RM679.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, peningkatan sebanyak RM125.0 juta atau 22.6% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya sementara keuntungan selepas cukai (“PAT”) turut meningkat daripada RM424.4 juta kepada RM527.4 juta bagi tahun kewangan yang ditinjau. Pendapatan bersih dan perbelanjaan overhed masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak RM360.1 juta dan RM283.2 juta kepada RM1,920.6 juta dan RM1,217.5 juta disebabkan terutamanya oleh sumbangan tahun sepenuhnya oleh pelbagai syarikat-syarikat subsidiari, usahasama dan bersekutu yang dipindahkan ke AFFINBANK dari AFFIN Holdings Berhad pada 16 Oktober 2018, selaras dengan penyusunan semula Kumpulan.

Bagi tahun kewangan 2018, pendapatan sesaham adalah sebanyak 25.9 sen berbanding 24.0 sen pada tahun sebelumnya manakala pulangan ekuiti kekal pada 5.94%, sama seperti tahun 2017. Pinjaman, pendahuluan dan pembiayaan kasar di peringkat Kumpulan meningkat sebanyak RM2.9 bilion atau 6.3% dan ditutup pada RM49.0 bilion pada 31 Disember 2018. Deposit pelanggan juga menokok sebanyak RM6.4 bilion atau 12.6% kepada RM57.3 bilion dengan sumbangan lebih tinggi sebanyak RM8.5 bilion dari deposit bertempoh atau tetap. Jumlah aset Kumpulan meningkat 8.6% kepada RM76.0 bilion.

(2)

P a g e 2 | 5

Setakat 31 Disember 2018, nisbah Jumlah Modal Kumpulan adalah pada 19.00% manakala nisbah modal Ekuiti Biasa Tahap 1 dan nisbah modal Tahap 1 masing-masing berada pada 11.92% dan 13.56%.Di peringkat Bank, AFFINBANK merekodkan PBT yang lebih tinggi sebanyak RM675.0 juta pada tahun 2018 berbanding RM374.4 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh pendapatan dividen dan pendapatan lain yang lebih tinggi, peruntukan bagi kerugian rosot nilai kredit yang lebih rendah yang diimbangi oleh pendapatan faedah bersih yang lebih rendah. Anak syarikat perbankan Islam, AFFIN Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC) mencapai PBT yang lebih tinggi sebanyak RM158.5 juta pada tahun 2018 berbanding RM121.0 juta pada tahun 2017 didorong oleh pendapatan pembiayaan dan pendahuluan yang lebih tinggi selaras dengan pertumbuhan pembiayaan sebanyak RM3.3 bilion atau 21.3%.

Meskipun berdepan persekitaran pasaran modal yang mencabar, Affin Hwang Capital berjaya merekodkan PBT yang disatukan sebanyak RM161.5 juta bagi tahun yang ditinjau berbanding RM184.0 juta pada tahun 2017. Bank Pelaburan ini juga berjaya meningkatkan bahagian pasaran perdagangan Bursanya kepada 12.6% daripada 11.9% pada tahun sebelumnya, seterusnya mengekalkan kedudukannya di pasaran domestik tempatan buat tahun kelima berturut-turut. Di samping itu, Bank juga telah melancarkan 2 produk inovatif baru pada tahun 2018 untuk mempelbagaikan penawarannya kepada pelanggan dan memperluaskan kehadirannya di pasaran. Produk pertama, Urus Niaga Jualan dan Urus Niaga Beli Bertawar Sekuriti Islam (“ISSBNT”), adalah produk pertama yang diluluskan oleh Bursa yang membolehkan peserta pasaran untuk meneroka Pasaran Modal Islam dengan alternatif patuh Syariah kepada aktiviti peminjaman dan pinjaman sekuriti konvensional. Ini diikuti oleh pelancaran Peminjaman dan Pinjaman Sekuriti (“SBL”), yang membolehkan pelabur runcit berpotensi memperoleh lebih banyak pulangan atas aset terbiar mereka. Sementara itu, Affin Hwang Asset Management Berhad mengembangkan Aset Dibawah Pengurusan (“AuA”) walaupun hanya mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 0.8% kepada RM47.8 bilion daripada RM47.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Perniagaan pengurusan aset mula memperluaskan kehadirannya di pasaran dengan melancarkan 14 dana baru dan memberi lebih tumpuan ke arah membina dan mengukuhkan hubungan pelanggan melalui pengalaman pelanggan yang lebih baik dan meningkatkan asas pengedaran langsungnya. Ia juga mengembangkan keupayaan tempatannya menerusi beberapa jalinan kerjasama, pelancaran perniagaan ekuiti persendirian (“PE”) iaitu Bintang Capital Partners Berhad dan menubuhkan syarikat usahasama untuk menyediakan perkhidmatan latihan khusus untuk ejen jualannya.

(3)

P a g e 3 | 5

Affin Moneybrokers Sdn Bhd menyumbang PBT yang lebih tinggi sebanyak RM1.5 juta bagi tahun 2018 berbanding RM0.4 juta bagi tahun 2017 didorong oleh perbelanjaan overhed yang lebih rendah bagi tahun yang ditinjau. Terdapat kos Skim Pemisahan Persetujuan Bersama (“MSS”) sebanyak RM1.2 juta yang ditanggung pada tahun 2017.

Bagi syarikat usahasama iaitu AXA-Affin Life Insurance Berhad di mana AFFINBANK memiliki pegangan 51%, Kumpulan berkongsi kerugian yang lebih rendah sebanyak RM3.1 juta berbanding perkongsian kerugian sebanyak RM4.1 juta pada tahun 2017. AXA-Affin Life Insurance Berhad mencatatkan kerugian sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM7.3 juta bagi tahun 2018 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM26.1 juta pada tahun sebelumnya. Ia disebabkan rizab yang lebih rendah untuk liabiliti pemegang polisi masa hadapan dan pendapatan operasi yang lebih baik. Sepanjang tahun kewangan, terdapat peningkatan dalam margin perniagaan baru dari 42% hingga 47%, didorong oleh fokus kepada produk perlindungan dan kesihatan dengan margin yang lebih tinggi daripada serta pengurusan kos yang efektif, meskipun premium tahunan perniagaan baru yang lebih rendah.

Syarikat bersekutu, AXA-Affin General Insurance Berhad menyumbang keuntungan lebih tinggi sebanyak RM50.0 juta bagi tahun 2018 berbanding RM17.1 juta pada tahun 2017. Bagi tahun yang ditinjau, Syarikat itu melaporkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM140.0 juta berbanding RM142.2 juta pada tahun sebelumnya. Peningkatan dalam pendapatan pelaburan, keputusan pengunderaitan dan keuntungan modal daripada pelupusan pelaburan telah diatasi sedikit oleh jumlah tuntutan yang ditanggung. Premium bertulis kasar meningkat sebanyak 4.8% disokong oleh momentum dalam perniagaan Motor, Kesihatan dan Runcit.

Selaras dengan komitmen AFFINBANK untuk meningkatkan nilai kepada para pemegang saham, Rancangan Pelaburan Semula Dividen (“DRP”) telah diwujudkan oleh Bank selepas mendapat kelulusan daripada para pemegang saham di Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 15 Mei 2018. DRP tersebut memberikan para pemegang saham Bank pilihan untuk melabur semula keseluruhan atau sebahagian daripada dividen yang mana opsyen pelaburannya terpakai dalam saham baru AFFINBANK. Bank telah melaksanakan DRP pertama ke atas dividen interim sebanyak 5.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan kadar pengambilan adalah 92.7% daripada jumlah dividen interim. DRP tersebut juga mungkin akan dilaksanakan untuk sebarang dividen yang akan diisytiharkan oleh Bank pada masa akan datang.

(4)

P a g e 4 | 5

Sebagai sebahagian daripada usaha Kumpulan AFFIN Bank untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memberikan para pelanggannya akses kepada perkhidmatan perbankan yang lancar, Kumpulan telah melaksanakan proses menaik taraf proses IT dan pengoperasiannya. Kumpulan berada pada landasan yang betul apabila berjaya membentuk struktur kumpulan yang lebih bersinergi dan efisien melalui penyusunan semula Kumpulan sehingga AFFINBANK berjaya disenaraikan sebagai entiti Apex pada bulan Februari 2018. Pencapaian ini menjadi batu asas kepada pembinaan keupayaan dan fasa pelaksanaan Program AFFINITY kami di mana inisiatif untuk meningkatkan pendapatan dan kecekapan operasi telah dilancarkan. Kemajuan ketara yang dicapai termasuk dari segi masa pusingan dan sistem pemarkahan kredit pengguna yang meningkatkan pengalaman pelanggan dalam Gadai Janji, Kad Kredit, Sewa Beli dan ASB.

Program AFFINITY mempunyai 33 projek dan 26 ‘quick wins’ sepertimana yang telah dikenal pasti untuk menyokong pembangunan dan peningkatan keupayaan kami. Program ini disokong oleh 8 tunjang utama melibatkan semua fungsi dan jabatan. Visi Program ini menjelang tahun 2020 adalah untuk mentransformasi AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC sebagai institusi perkhidmatan kewangan yang dinamik yang mencipta nilai untuk semua pemegang kepentingan utama dengan membangunkan keupayaan warga kerja yang diperlukan untuk bersaing di pasaran. Setakat ini, 24 projek telah selesai, sembilan projek masih berterusan dan dua lagi masih belum bermula.

Kumpulan sedang menaik taraf keupayaan dan kecekapan operasi khususnya dari aspek digital dalam usaha memperkayakan pengalaman pelanggan. Pada tahun 2019, pelanggan bakal menikmati lebih banyak penawaran digital termasuk Perbankan Internet Runcit yang baru, Affin Pay @ E-Wallet dan Perbankan Internet Mudah Alih. Sementara itu, bagi Perbankan Korporat, Sistem Transaksi Perbankan yang baru akan membolehkan AFFINBANK mendapatkan pelanggan baru dan meningkatkan pengalaman pelanggan sedia ada. Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”), tumpuan diberikan untuk mengembangkan koloni PKS baru dan AFFINBANK sedang berkerjasama dengan rakan-rakan Fintech terkenal untuk merealisasi inisiatif ini.

Kumpulan akan terus berusaha untuk memaksimumkan nilai sinergistik dan melaksanakan lebih banyak strategi untuk memacu fasa pertumbuhan seterusnya dan memenuhi keperluan persekitaran dan perniagaan yang sentiasa berubah. Tumpuan strategik AFFINBANK untuk tahun 2019 akan kekal di segmen perbankan runcit dan perniagaan terutamanya dalam segmen PKS.

(5)

P a g e 5 | 5

Pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelabur, pelanggan dan pihak berkepentingan lain atas sokongan berterusan mereka yang membolehkan Bank mencatatkan prestasi baik secara konsisten. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada warga kerja Kumpulan atas usaha, profesionalisme dan komitmen mereka. Pengerusi menambah, “Bank akan terus memberi tumpuan kepada kepentingan para pemegang saham dan pihak berkepentingan lain. Keutamaan kami adalah untuk mengekalkan lembaran imbangan dengan modal dan kecairan tinggi yang lebih baik. Kami tetap memberi tumpuan untuk menghasilkan pertumbuhan yang menguntungkan dan mampan mengikut selera risiko kami. Kami percaya bahawa langkah-langkah ini akan membantu kami mengekalkan lembaran imbangan dan pendapatan yang berdaya tahan.”

-TAMAT-

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:- Raja Emylia Raja Lope Ahmad

Ketua, Komunikasi Korporat Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428 Faks : +6 03 2026 1104

Email : head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew

Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034 Faks : +6 03 2026 1104

Email : darleneliew@affinbank.com.my

Mengenai Kumpulan AFFINBANK

Kumpulan AFFINBANK adalah konglomerat perkhidmatan kewangan. Aktiviti Kumpulan AFFINBANK fokus kepada perkhidmatan perbankan komersil, perbankan Islam dan pelaburan, pembrokeran wang, pengurusan aset dan pengunderaitan perniagaan insurans hayat dan am.

Pemegang saham utama AFFINBANK Group ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera, iaitu pengurus dana utama Angkatan Tentera. Affin Bank Berhad (AFFINBANK) menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan individu dan korporat. Sasaran bidang pihak perniagaan pihak Bank telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama di dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perniagaan Awam, Bahagian Perusahaan Kecil & Sederhana, Perbankan Korporat dan Perbendaharaan.

Cogan kata kami “Perbankan Tanpa Batasan” menghalang penghapusan halangan-halangan yang terada dalam proses-proses Bank dan juga perubahan di dalam perkhidmatan pelanggan kami. Seterusnya ia juga

melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan dan meningkatkan perkhidmatan kami sebagai tanda penghargaan kepada mereka dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan-pelanggan tersebut. Secara ringkas, AFFINBANK telah menggunakan kaedah baru di dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

Kumpulan AFFINBANK juga menyediakan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiary perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad ( AFFIN ISLAMIC ). AFFIN ISLAMIC bermula operasi sebagai entiti perbankan Islam sepenuhnya pada 1 April 2006, dan menawarkan produk dan khidmat Perbankan Islam untuk pelanggan-pelanggan individu dan korporat yang mematuhi undang-undang Syariah.

Pada 31 Disember 2018, AFFINBANK mempunyai 110 cawangan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC.

Referensi

Dokumen terkait

Penciptaan Karya Seni dengan judul DESTRUKSI TERHADAP ALAM DALAM SENI LUKIS dapat diselesaikan sebagai salah satu syarat kelulusan jenjang pendidikan Sarjana Strata 1

Target indikator jumlah kajian pengendalian penyakit menular langsung ini sebanyak 38 dokumen, pencapaian sebanyak 39 dokumen atau sebesar 102,63 %. Keberhasilan pencapaian

Gambar 4.3 Hasil pementaan posisi sistem informasi unit. setiap bagian didalam Pengadilan

Gugusan hidrofilik pada permukaan serat, yaitu berupa gugus hidroksil yang sangat polar, bisa mengakibatkan proses compounding serat dengan bahan termoplastik (bersifat tidak

Manfaat praktis dari hasil penelitian dan pengembangan ini adalah: (1) dapat menggeser paradigma pengajaran yang umumnya berpusat pada guru (teacher- centered) menjadi

menje1askan proses pemetakan ini ke atas sistem yang kecil. Oalam proses pemetakan dalam kajian ini juga menggunakan teknik tidak menetapkan peringkat untuk setiap

Pemerintah Daerah Kabupaten Wajo Provinsi Sulawesi Selatan, Persuteraan di Kabupaten Wajo, Bagian Administ r asi Pengembangan Potensi Daerah Sekretariat daerah Kabupan Wajo,

(2) Dewan Pengawas atau Komisaris dapat melakukan penelaahan dan meminta Direksi menyempurnakan rancangan RKA PERUMDAM sesuai hasil penelaahan dalam kurun waktu 15 (lima