• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pencapaian Tilawah Al-Quran Program J-Qaf Di Malaysia. Paharudin Arbain & Misnan Jemali Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Pencapaian Tilawah Al-Quran Program J-Qaf Di Malaysia. Paharudin Arbain & Misnan Jemali Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI."

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Pencapaian Tilawah Al-Quran Program J-Qaf Di Malaysia

Paharudin Arbain & Misnan Jemali Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.

___________________________________________________________________________________

Abstrak

Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan yang jelas dan nyata. Keutamaan ilmu diberikan kepada pendidikan al-Quran terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak. Perkara ini amat ditekankan oleh Rasulullah SAW, para Sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam. Pelaksanaan program j-QAF dalam kurikulum pendidikan kebangsaan adalah satu bentuk sumbangan murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke arah memperkasakan pendidikan al-Quran. Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam tilawah al-Quran Program j-QAF melalui Model Khatam al-Quran. Satu ujian pencapaian tilawah al-Quran secara syafawi telah dijalankan ke atas 486 murid tahun lima di lima buah negeri dalam Malaysia. Pemilihan murid dilakukan secara rawak strata bagi mewakili populasi kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min pencapaian murid tahun lima program j-QAF adalah 70.41 % dan sisihan piawai 14.05 iaitu berada pada tahap baik. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa pencapaian tilawah al-Quran dalam kalangan murid akan meningkat sekiranya kurikulum pendidikan al-Quran dilaksanakan secara lebih terancang dan sistematik sekalipun dalam era pendidikan global ini.

Kata kunci: Program j-QAF; Tilawah al-Quran; Talaqqi Musyafahah.

___________________________________________________________________________________

Pendahuluan

Pengajaran dan pembelajaran al-Quran merupakan langkah permulaan untuk memahami Islam (Misnan 2012). Sebagai wahyu terakhir diturunkan Allah SWT, maka bimbingan dan petunjuk al-Quran bersifat menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan manusia (As -Shabuni 2007; Muhammad Shadid 1994). Mempelajari al- Quran bukan sekadar membacanya sahaja tetapi perlu difahami, dihayati dan diamalkan ajarannya (As-Shabuni 2007; Muhd Yusuf 2004).

Rasulullah SAW menyarankan agar anak-anak diberikan dengan pengajaran al-Quran pada peringkat awal pembesaran mereka. Perkara yang sama turut ditekankan oleh para ilmuan Islam agar mencontohi kehidupan Rasulullah SAW, golongan Muslimin pada zaman permulaan Islam dan seterusnya golongan Muslimin pada zaman keemasan yang mengutamakan pengajaran al-Quran kepada anak-anak

(2)

mereka sebelum diberikan didikan pengetahuan lain (al-Qabisi 1955; Ibn Khaldun 2002; al-Ghazali 1977).

Latar Belakang Kajian

Kedatangan Islam di negara ini bukan sahaja menjadi pengamalan kepada penganutnya, sebaliknya Islam menuntut supaya tahu membaca, sekurang-kurangnya menyebut ayat-ayat al-Quran bagi tujuan ibadah dan menghafaz surah-surah tertentu sebagai bacaan terutamanya ketika solat (Ibrahim 1986; Mohd Yusuf 2004).

Sistem pengajaran al-Quran secara tradisi ini terus berkembang dalam bentuk yang lebih formal dengan terbentuknya sistem pengajian pondok. Sejurus kemudian, menjelang abad ke-20 masihi sistem pengajian pondok mengalami perubahan dengan munculnya sekolah agama dengan sistem persekolahan yang lebih terbuka dan sistematik (Abdullah 1990; Nabir 1977).

Pada tahun 2005 hasil cetusan idea dan inisiatif YAB Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, maka Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan program j-QAF. Program ini adalah antara usaha kerajaan ke arah memperkasakan Pendidikan Islam bagi membolehkan murid-murid di sekolah rendah khatam al-Quran (KPM 2004a; KPM 2006b).

Penyataan Masalah

Masalah kelemahan murid dalam menguasai tilawah al-Quran akan berterusan sekiranya tidak diatasi segera di peringkat rendah. Perkara ini berlaku disebabkan pembelajaran di peringkat menengah lebih mencabar dengan bertambahnya jumlah kandungan mata pelajaran di samping suasana yang kurang memberikan motivasi dan mendorong pembelajaran asas tilawah al-Quran (kemahiran Iqra’) di peringkat menengah (Mohd Alwi et al. 2003; Misnan 2008; Mohd Aderi 2008).

Sehingga kini, pelaksanaan tilawah al-Quran program j-QAF sudah masuk tahun ke lapan sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2005. Namun begitu kajian terperinci dan menyeluruh berkaitan tahap pencapaian murid dalam tilawah al-Quran secara objektif belum dilaksanakan lagi, sedangkan antara objektif utama

(3)

diperkenalkan program j-QAF adalah bagi membolehkan murid membaca al-Quran dengan baik dan khatam al-Quran ketika di peringkat sekolah rendah lagi.

Objektif Kajian

Bagi mencapai tujuan ini, beberapa objektif khusus telah ditetapkan dalam kajian ini iaitu:

1. Mengenal pasti latar belakang murid tahun lima program j-QAF berkaitan pendidikan al-Quran.

2. Mengenal pasti tahap penguasaan murid tahun lima program j-QAF dalam tilawah al-Quran.

Instrumen Ujian Tilawah

Pemilihan surah dan ayat bacaan ujian tilawah al-Quran berdasarkan jadual agihan waktu mengajar bidang khatam al-Quran bagi murid tahun lima. Satu set ayat al- Quran daripada surah al-Mukminun bermula ayat pertama sehingga ayat ketujuh belas (satu muka surat) telah dipilih sebagai bahan ujian pencapaian murid (KPM 2007a;

KPM 2008a).

Pelaksanaan ujian tilawah al-Quran ini dijalankankan secara syafawi iaitu setiap murid yang terpilih diminta membacakan ayat al-Quran yang ditentukan secara bacaan tartil di hadapan penyelidik sendiri selaku penilai utama. Bacaan tilawah al- Quran murid turut dirakamkan untuk memudahkan pemberian skor dan sebahagiannya untuk tujuan kesahan dan kebolehpercayaan melalui penilaian inter rater. Bacaan murid ini dinilai dan dianalisis pemarkahannya berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan.

Kesahan Instrumen Ujian Tilawah

Untuk itu bagi menjamin kesahan ujian tilawah al-Quran, maka soalan ujian diadaptasi berdasarkan sukatan pelajaran model khatam al-Quran bagi murid tahun lima (Surah al-Mukminun, ayat 1-17). Kaedah pemarkahan ujian tilawah pula turut dirujuk dan diubahsuai daripada borang pemarkahan ujian tilawah al-Quran yang

(4)

digunapakai dalam pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat sekolah dan berpandukan instrumen ujian tilawah penyelidik terdahulu iaitu Mohd Aderi (2008) dan Saidi (2006). Manakala bagi penggredan, tahap dan julat pemarkahan, maka penyelidik merujuk kepada borang e-pelaporan pencapaian j-QAF bagi model khatam al-Quran yang disediakan oleh JAPIM, KPM. Borang ini masih digunapakai oleh guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam bagi melaporkan pencapaian murid berdasarkan tahap penguasaan Iqra’ ataupun al-Quran.

Seterusnya bagi meningkatkan lagi kesahan instrumen ujian tilawah al-Quran, maka penyelidik sendiri telah merujuk kepada panel pakar dalam bidang Pendidikan al-Quran dan penghakiman tilawah al-Quran sebagai pengesahan ke atas item-item ujian tilawah dan skema pemarkahan yang disediakan bagi menilai tahap pencapaian murid dalam bacaan al-Quran

Sampel dan Kaedah Persampelan

Seramai 486 murid tahun lima telah dipilih secara rawak berstrata daripada sampel murid bagi instrumen soal selidik. Penetapan saiz sampel seumpama ini dianggapkan sudah memadai bagi mewakili setiap unit zon (negeri) dan sekolah yang dipilih sebagai lokasi kajian melalui teknik pengiraan berikut : (5 negeri x 8 sekolah x 12 murid = 486 murid) iaitu saiz sampel minimum adalah seramai 96 orang murid bagi mewakili setiap zon (negeri). Jumlah sampel 486 murid ini juga sudah melebihi saiz sampel minimum yang diperlukan menurut jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970)

Dapatan Latar Belakang Responden Murid Tahun Lima Program j-QAF

Seramai 486 murid telah dipilih secara rawak berstrata untuk menjalani ujian pencapaian tilawah al-Quran. Untuk itu, seramai 97 murid (20%) dari Zon Utara (Kedah), 96 murid (19.8 %) dari Zon Tengah (Perak), 98 murid (20.2%) dari Zon Selatan (Johor), 97 murid (20 %) dari Zon Timur (Kelantan) dan 98 murid (20.2%) dari Zon Malaysia Timur (Sabah). Seterusnya seramai 235 murid (48.4 %) terdiri daripada murid bandar dan 251 orang (51.4 %) adalah murid luar bandar. Dari aspek jantina, dapatan menunjukkan seramai 242 orang (49.8 %) adalah murid lelaki dan 244 orang (50.2 %) adalah murid perempuan.

(5)

Seramai 155 orang (31.9%) murid menyatakan sudah khatam al-Quran dan bakinya 331 orang (68.1%) belum khatam al-Quran. Seterusnya dari aspek tahap bacaan murid menunjukkan seramai 15 orang (3.08 %) masih berada pada tahap Iqra’

1 hingga 3 dan seramai 50 orang (10.28 %) berada pada tahap Iqra’ 4 hingga 6.

Manakala majoriti murid iaitu seramai 421 orang (86.62 %) sudahpun berada pada tahap al-Quran.

Jadual 1: Profil Murid Bagi Ujian Pencapaian Tilawah al-Quran Mengikut Zon, Lokasi, Jantina, Tahap Khatam dan Tahap Bacaan.

Item Kekerapan Peratus

Zon (Negeri)

Utara (Kedah) 97 20.0 %

Tengah (Perak) 96 19.8 %

Selatan (Johor) 98 20.2 %

Timur (Kelantan) 97 20.0 %

M’sia Timur (Sabah) 98 20.2 %

Lokasi

Bandar 235 48.4 %

Luar Bandar 251 51.6 %

Jantina

Lelaki 242 49.8 %

Perempuan 244 50.2 %

Khatam al-Quran

Ya 155 31.8 %

Belum 331 68.2 %

Tahap Bacaan

Iqra’ 1-3 15 3.08 %

Iqra’ 4-6 50 10.28 %

Al-Quran 421 86.62 %

Jumlah Keseluruhan 486 100 %

Secara keseluruhannya jelas menunjukkan bilangan murid tahun lima yang dipilih dan diuji tahap bacaan al-Quran mereka hampir setara pada kebanyakan aspek

(6)

seperti bilangan murid mewakili zon (negeri), lokasi sekolah dan jantina murid.

Tiada perbezaan ketara antara peratusan responden murid lokasi bandar dan luar bandar dengan nisbah 48.4 % dan 51.6 % dan peratusan yang hampir sama antara responden murid lelaki dan perempuan dengan nisbah 49.8 % dan 50.2 %. Seterusnya sebahagian besar daripada responden murid iaitu 68.1 % masih belum khatam al- Quran. Begitu juga dari aspek tahap bacaan murid menunjukkan sebahagian besar responden murid iaitu 86.62 % sudahpun berada pada tahap al-Quran.

Tahap Pencapaian Murid dalam Tilawah al-Quran Program j-QAF

Bagi meloporkan tahap pencapaian tilawah al-Quran bagi responden murid yang terlibat dalam ujian ini, maka penyelidik menggunakan format julat pemarkahan yang diubahsuai daripada borang e-pelaporan pencapaian j-QAF (JAPIM, KPM 2012a) yang dibahagikan kepada kategori berikut : markah 90 - 100 = Cemerlang (A), markah 80 - 89 = Amat Baik (A-), markah 60 - 79 = Baik (B), markah 40 - 59 = Sederhana (C), markah 20 - 39 = Lemah (D) dan markah 0 - 19 = Sangat Lemah (E).

Jadual 2: Tahap Pencapaian Tilawah al-Quran program j-QAF bagi Responden Murid Tahun Lima.

Julat Skor Tahap (Gred) Frekuensi Peratusan

90 - 100 Cemerlang (A) 16 3.29 %

80 - 89 Amat Baik (A-) 141 29.01 %

60 - 79 Baik (B) 222 45.67 %

40 - 59 Sederhana (C ) 98 20.16 %

20 - 39 Lemah (D) 9 1.85%

0 - 19 Sangat Lemah (E) 0 0%

Jumlah 486 100 %

Skor Min Keseluruhan= 70.41 Sisihan Piawai =14.05

Sumber : Ubahsuai Borang e-Pelaporan Pencapaian j-QAF, JAPIM, KPM (2012a).

Berdasarkan analisis keseluruhan seperti Jadual 2 di atas menunjukkan bahawa daripada 486 responden murid yang terlibat dalam ujian ini, seramai 16 murid

(7)

(3.29%) telah mencapai tahap cemerlang, 141 murid (29.01%) mencapai tahap amat baik, 222 murid (45.67%) mencapai tahap baik, 98 murid (20.16%) mencapai tahap sederhana dan hanya 9 murid (1.85%) berada pada tahap lemah serta tiada murid (0%) berada pada tahap sangat lemah.

Manakala analisis deskriptif menunjukkan skor min bagi keseluruhan pencapaian responden murid dalam ujian tilawah al-Quran program j-QAF adalah 70.41 dengan sisihan piawai 14.05 iaitu berada pada tahap baik. Seterusnya perincian pemarkahan ujian tilawah al-Quran berdasarkan peratusan setiap bahagian yang diuji menunjukkan bahawa bahagian tajwid memperolehi peratusan skor min 70.8%, bahagian fasahan memperoleh peratusan skor min 71.02% dan bahagian suara & gaya mengumpul peratusan skor min 66.4%. Hasil analisis ini juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga bahagian berada pada tahap baik.

Rumusan Perbincangan Tahap Pencapaian Murid dalam Tilawah al-Quran Berdasarkan dapatan kajian melalui ujian syafawi tilawah al-Quran yang dijalankan menunjukkan pencapaian murid tahun lima program j-QAF dalam tilawah al-Quran berada pada tahap memuaskan. Penyataan ini dapat dibuktikan dengan peratus min ujian syafawi tilawah al-Quran adalah 71.41% dengan sisihan piawai 14.051 iaitu berada pada tahapbaik. Secara terperinci pemarkahan mengikut bahagian iaitu tajwid, fasahah dan suara & gaya juga berada pada tahap baik.

Dapatan kajian ini selari dan disokong oleh dapatan kajian Misnan et al.

(2013) yang melaporkan bahawa 79% murid program j-QAF telah menguasai kelancaran membaca al-Quran dengan baik. Keputusan ini menunjukkan kesan positif daripada program j-QAF dalam usaha kerajaan memastikan semua murid khatam al- Quran ketika di peringkat rendah. Dapatan ini juga selari dengan kajian Samsu Hazlam (2010) yang menyatakan bahawa pencapaian murid dalam tilawah al-Quran program j-QAF meningkat kerana murid sentiasa didedahkan dengan kurikulum tilawah al-Quran sekalipun secara kaedah bacaan ikut guru, mampu memberikan kesan positif dalam diri murid.

(8)

RUJUKAN

Abdullah Jusuh .1990. Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Aziz Mahayudin. 2011. Faktor Kontekstual Bapa Dalam Asuhan dan Hubungan Penglibatan Asuhan Bapa Dengan Pencapaian Akademik dan Konsep Kendiri Anak Remaja. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Mohd salleh. 2004. Pendidikan Islam, Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. 2011. Kurikulum, Methodologi dan Pedagogi Pengajian Islam.

Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. 2008. Pengajian Agama Islam & j-QAF, Methodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh & Mohd Farid Hafidz Ahmad.2008. Islam Agama Rabbani:

Dasar Pendidikan Islam Teras. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Amal Hayati Md Nor. 2012. Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Tilawah Al-Quran Program j-QAF Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

As’ad Humam .2005. Iqra’ Cara Cepat Belajar Membaca Al-Quran. Shah Alam:

Dar al-Kitab.

Asmah Hj Ahmad. 1990. Pedagogi 1. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd.

Asmawati Suhid. 2013. Penelitian dan Pemahaman Terhadap Model Program j-QAF.

Dlm. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF (SKP j-QAF 2013) pada 19-20 Jun 2013 bertempat di Puri Pujangga, UKM Banggi, Selangor.

Azmil Hashim. 2010. Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Al-Quran Di Darul Quran Jakim dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dangiran Mustafa. 2004. Memperkasa Pendidikan Islam. Kertas kerja dibentang dalam “Seminar j-QAF 2004” pada 3-5 Mac 2004 anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Fazlulaini Mohd Yunus. 2013. Latihan Guru j-QAF di Malaysia : Cabaran dan Harapan. Dlm. Proseding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF

(9)

(SKP j-QAF 2013) pada 19-20 Jun 2013 bertempat di Puri Pujangga, UKM Banggi, Selangor.

Hasbullah Mat Daud. 2012. Tahap Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru j-QAF:

Kajian di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana, Fakulti Pendidikan UKM.

Ibnu Khaldun. 2002. Muqaddimah Ibn Khaldun.(Terj.) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ab. Rahman. 1993. Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM. 2012a. Borang e-Pelaporan Pencapaian j-QAF.

Kementerian Pelajaran Malaysia.2002a.Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011a. Buku Teks Pendidikan Islam Tahun Lima.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia.2005. Panduan Pelaksanaan j-QAF. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia.2005.Panduan dan Pengajaran Pendidikan Islam Tahun Satu (KBSR). Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia.2007a. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 2. Kuala Lumpur : Penerbit Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006d. Sukatan Pelajaran Khatam al-Quran.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004b. Sukatan Pelajaran Khatam al-Quran.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia.2006c.Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam j- QAF dan Rancangan Tahunan Tahun 4. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.KPM. 2008a.Panduan Pelaksanaan Pendidikan Islam j-

QAF dan Rancangan Tahunan Tahun 5. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia.2008b. Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam Program j-QAF . Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,

(10)

KPM.

Kementerian PelajaranMalaysia. 2006d.Sukatan Pelajaran Khatam al-Quran.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005a. Modul Pendidikan al-Quran (KPLI-SR- LPBS). Bahagian Pendidikan Guru, KPM.

Misnan Jemali. 2008. Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Misnan Jemali, Mohd Shahrin, Surya Sazali, Noradillah Hashim & Hasliza Jaafar.

2009. Keberkesanan Pengajaran j-QAF di Sekolah. Kajian Penyelidikan, Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Misnan Jemali, Ibrahim Hashim, Zanariah Noor, Muhammad Akramin

Kamarulzaman, Abdul Nasir Abdul Latif, Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi Mohd Abdul Aziz Mahmud & Hasanudin Abd. Hamid. 2013. Pelaksanaan dan Pencapaian Program j-QAF : Kajian Seluruh Malaysia. Dlm Prosiding

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF (SKP j-QAF 2013) pada 19-20 Jun 2013 bertempat di Puri Pujangga, UKM Banggi, Selangor.

Mohd Aderi Che Noh. 2008. Hubungan Antara Amalan Pengajaran Guru dan Pencapaian Tilawah al-Quran Pelajar Tingkatan Dua di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putera Malaysia.

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 93- 109. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Alwi Yusoff, Adel Abdul Aziz, Ahmad Kamel Mohamed. 2003. Keberkesanan Iqra’ Sebagai Kaedah Pembelajaran Al-Quran. Kuala Lumpur: Kolej

Universiti Islam Malaysia.

Mohd Alwi Yusoff, Adel Abdul Aziz, Ahmad Kamel Mohamed. 2001. Kajian Keberkesanan Iqra’ Sebagai Kaedah Pembelajaran Al-Quran Di

Semenanjung Malaysia. Laporan Akhir Penyelidikan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Mohd Yusuf Ahmad. 2004. Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Yusuf Ahmad. 2002. Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Nabir Hj. Abdullah. 1977. Maahad Il-Ihya Assyarif Gunung Semanggol 1934-1959.

Bangi : Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(11)

Saidi Mohd. 2006. Keupayaan Bacaan al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Beberapa Buah Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Terengganu.

Tesis Doktor Falsafah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Samsu Hazlam Hamid. 2010. Pendidikan Akhlak dan Nilai Murni dalam

Pembangunan Negara: Satu Analisis Tentang Proses Penerapan Menerusi Program j-QAF. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Bagaimanakah hasil nilai trend linier untuk perubahan kenaikan muka laut di Laut Utara Jawa dengan pengamatan Satelit Altimetri Jason-2 selama tahun 2008-2012..

Oleh karena itu, hipotesis dalam penelitian ini yang menyatakan bahwa terdapat hubungan negatif antara intensitas penggunaan media online dengan loyalitas konsumen

Dengan memahami materi dari buku modul online, peserta didik dapat mengidentifikasikan jenis peralatan dan bahan dalam merangkai bunga yang akan digunakan

Pemberi Bantuan Hukum tidak dapat dituntut secara perdata maupun pidana dalam memberikan Bantuan Hukum yang menjadi tanggung jawabnya yang dilakukan dengan iktikad baik

kemaslahatan ummat, supaya hak pilih nya tidak hilang dengan syarat-syarat tertentu yaitu: Pertama, berumur 17 tahun/pernah kawin. Kedua, surat rekomendasi

Pada hasil pengujian sistem kendali pH Nira dengan referensi naik menunjukkan bahwa semakin besar referensi pH yang diberikan, maka sistem menunjukkan respon yang

Untuk melihat kemampuan isolat bakteri yang berasal dari tunikata Polycarpa aurata dalam menghambat pertumbuhan bakteri pathogen maka dilakukan uji daya hambat terhadap bakteri uji

&esimpulan yang didapatkan berdasarkan hasil praktikum mengenai  bio+lok yang telah dilakukan adalah teknologi bio+lok sudah dapat diaplikasikan dalam kegiatan