• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH ELEMEN TASYABBUH DALAM INTERAKS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGARUH ELEMEN TASYABBUH DALAM INTERAKS"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH ELEMEN TASYABBUH DALAM INTERAKSI ANTARA AGAMA DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Khairul Azhar Meerangani

ABSTRAK

Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia telah membawa kepada berlakunya interaksi silang budaya dan agama. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas menerusi sambutan rumah terbuka perayaan tertentu yang diraikan secara bersama. Interaksi ini meskipun dari satu sudut dilihat memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan antara masyarakat, namun elemen tasyabbuh yang berpotensi wujud tanpa disedari dalam interaksi yang berlaku ini sewajarnya turut sama diberikan perhatian bagi memastikan interaksi yang berlaku ini masih berjalan dalam kerangka yang diharuskan syarak. Kajian ini akan membahaskan konsep serta pengaruh elemen tasyabbuh yang berlaku dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia serta mencadangkan garis panduan yang bersesuaian berdasarkan realiti semasa di Malaysia. Kajian mendapati wujudnya beberapa elemen tasyabbuh dalam interaksi antara agama yang perlu dihindarkan dalam rangka memelihara kemurnian akidah umat Islam tanpa perlu menjejaskan keharmonian hubungan antara penganut agama di Malaysia

Kata kunci : Tasyabbuh, Interaksi, Majmuk, Perayaan, Akidah

(2)

PENGENALAN

Penganjuran program kemasyarakatan seperti sambutan rumah terbuka di Malaysia dilihat

sebagai satu lagi usaha pihak kerajaan dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Sambutan ini secara rasminya telah dimulakan sejak tahun 2001 apabila pihak Kementerian

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan persetujuan untuk mengadakan majlis-majlis

perayaan di pelbagai peringkat sama ada peringkat nasional, negeri mahupun daerah membabitkan

enam perayaan utama di negara ini. Perayaan-perayaan tersebut adalah Hari Raya Aidilfitri, Tahun

Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Penganjuran rumah terbuka

di peringkat nasional bagi sesuatu perayaan tidak hanya melibatkan penganut agama tersebut

sahaja bahkan penyertaannya dibuka kepada semua anggota masyarakat termasuklah para

pelancong asing.

Namun begitu, isu yang sering melingkari pemikiran umat Islam di negara ini adalah

hukum penyertaan mereka dalam program perayaan penganut agama lain. Ini kerana Islam juga

sangat menitikberatkan kemurnian akidah sebagai teras utama yang perlu dipatuhi oleh setiap

penganutnya. Maka, dalam usaha untuk menjernihkan kekeliruan yang timbul berhubung perkara

ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke-63

yang bersidang pada 18 Mei 2004 telah membincangkan kertas berkaitan "Hukum Orang Islam

Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam". Namun begitu, Muzakarah

telah bersetuju agar keputusan perbincangan tersebut ditangguhkan terlebih dahulu dan meminta

Bahagian Penyelidikan JAKIM untuk mengemukakan senarai perkara-perkara yang termasuk

dalam kepercayaan dan keagamaan di samping perkara-perkara yang tergolong dalam adat dan

kebudayaan sesuatu kaum untuk dijadikan satu garis panduan umum.1 Sehubungan itu, "Garis

Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam" telah

dikemukakan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

(3)

Islam Kali ke-68 yang bersidang pada 14 April 2005 lalu garis panduan tersebut telah diluluskan

penggunaannya dengan beberapa pindaan. 2

Garis Panduan ini boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada umat Islam dalam

menyertai majlis perayaan orang bukan Islam supaya bagi mengelakkan sebarang perbuatan yang

bertentangan dengan ajaran Islam. Garis Panduan ini juga turut menjadi asas rujukan kepada

agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang berhasrat menganjurkan majlis perayaan orang

bukan Islam bersama dengan orang Islam supaya tidak berlaku perbuatan syubhah atau aktiviti

yang menyalahi prinsip dan nilai-nilai Islam. Namun begitu, tindakan Perdana Menteri, Dato Seri

Najib Razak yang menghadiri sambutan perayaan Thaipusam ke-125 di Kuil Subramaniyar

Swamy, Batu Caves dengan berpakaian kurta serta dipakaikan kalungan bunga telah mencetuskan

kontroversi apabila ada pihak yang mempersoalkan perbuatan tersebut sebagai amalan syirik.

Keadaan semakin mengelirukan apabila Mufti Perlis Dr. Mohd Asri menyarankan agar Perdana

Menteri memilih pakaian sut berbanding kurta bagi mengelakkan persepsi bahawa beliau merestui

serta menyertai upacara keagamaan penganut Hindu.3 Dalam masa yang sama, sebahagian pihak

yang lain seperti JAKIM dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani pula tampil mempertahankan

tindakan tersebut dengan alasan pakaian tersebut hanya melibatkan unsur kebudayaan dan

bukannya keagamaan.4 Maka, isu ini perlu dibahaskan secara terperinci bagi menyediakan

sempadan pemisah antara sambutan perayaan atas dasar kemasyarakatan serta keagamaan.

KONSEP AL-TASYABBUH

Para sarjana Muslim telah menyediakan suatu perbahasan yang lengkap berkaitan aspek

penyerupaan (al-tasyabbuh)5 terhadap golongan berbeza agama. Al-Luwayhiq antaranya mendefinisikan al-tasyabbuh sebagai tindakan seseorang individu yang membebani dirinya supaya kelihatan serupa dengan pihak lain sama ada secara keseluruhan mahupun sebahagiannya

2Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, “Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam”, diakses pada 27 Februari 2017, http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/115-garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam

3 Sinar Online, “Jangan Sertai Acara Keagamaan”, diakses pada 20 Februari 2017, http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-sertai-acara-keagamaan-1.357538.

4Sinar Online, “Thaipusam : Najib Tak Langgar Hukum Syarak, Kata Harussani”, diakses pada 19 Februari 2017, http://www.sinarharian.com.my/nasional/thaipusam-najib-tak-langgar-hukum-syarak-kata-harussani-1.24146. 5 Dalam disiplin pengajian sosiologi, konsep ini dibincangkan dalam kerangka imitasi. Lihat John G. Bruhn, The

(4)

sahaja.6Terma ‘membebani’ tersebut merujuk kepada tindakan yang dilakukan secara sengaja dan

pilihan sendiri. Adapun tindakan yang berlaku secara tabiat semula jadi seperti seorang lelaki yang

mempunyai suara seperti wanita tanpa usahanya sendiri tidak termasuk dalam konteks

penyerupaan tersebut.7 Tegahan menyerupai golongan non Muslim dalam aspek luaran sebenarnya

bertujuan mengelakkan pengaruh tersebut meresap ke dalam hati manusia lalu memberikan kesan

terhadap amalan dan akhlak mereka8 serta berpotensi menghasilkan perasaan cinta dan

kecenderungan terhadap golongan tersebut. Hal ini sebagaimana firman Allah dalam ayat yang

berikut:

"Kamu tidak akan mendapati satu golongan yang beriman kepada Allah dan hari akhirat

berkasih sayang dengan golongan yang menentang Allah dan Rasul-Nya meskipun mereka itu

adalah bapa-bapa mereka, anak-anak mereka, saudara-saudara mereka serta keluarga-keluarga

mereka". (Surah al-Muj dalah 58:22)

Dasar utama yang dijadikan asas dalam menetapkan larangan tersebut adalah berdasarkan

dua dalil utama daripada al-Quran dan al-Hadis iaitu:

اَلََ

ا

م ه ِم َ َاتَسَقَ فا َُاَألا مدهََََعاَل َطَفا لبََاندااَبَٰتدكللاْام تَ أاَنُدذهللَكاْام نم كَُ

"Dan janganlah mereka (kaum mukmin) menjadi seperti orang-orang yang diturunkan

kitab sebelum mereka (iaitu) setelah berlalu masa yang panjang ke atas mereka (maka) hati-hati

mereka telah menjadi keras. (Surah al- adīd 57:16)

Imam Ibnu Kathīr menyatakan Allah melarang orang beriman daripada menyerupai

golongan ahli kitab dalam segala aspek terutamanya urusan keagamaan sama ada berbentuk usul

6Jamīl abīb al-Luwayhiq, al-Tasyabbuh al-Manhī ´anhu fī al-Fiqh al-Isl mī(Makkah: J mi´ah Umm al-Qur &

Wiz rah Ta´līm ´Alī, 1996), 20. 7Ibid.

(5)

(prinsip) mahupun furuk (cabang) kerana mereka merupakan golongan yang telah menyeleweng

daripada petunjuk kebenaran.9Selain itu, Rasulullah SAW juga pernah menyatakan:

اَااْن

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada kaum

tersebut.10

´Abd Allah bin Amru menyatakan sesiapa yang menyertai perayaan yang khusus bagi

golongan non Muslim seperti Nayruz dan Mahrajan lalu mati tanpa sempat bertaubat daripada

perbuatan tersebut maka dia kelak akan dibangkitkan bersama golongan tersebut.11 Maka, atas

dasar inilah Allah dan Rasul-Nya membenci segala macam penyerupaan kepada setiap perkara

yang menjadi ciri khas golongan non Muslim lebih-lebih lagi yang memusuhi Islam secara jelas

dan terang.12

PEMBAHAGIAN AL-TASYABBUH

Walau bagaimanapun, perbahasan berkaitan larangan penyerupaan tersebut tidak boleh

disandarkan kepada bekalan teks hadis semata-mata tanpa ditinjau terlebih dahulu latar belakang

realiti semasa dan setempat yang mencirikan setiap amalan tradisi yang berkaitan. Hal ini kerana

fenomena al-tasyabbuh ini bersifat dinamik yang sering mengalami perubahan seiring dengan perubahan sosio budaya sesuatu masyarakat.13 Perubahan ini dapat dilihat daripada pengamalan

Malaysia sendiri di mana interaksi inter-budaya sebelum merdeka berlaku dalam skala yang kecil

kerana setiap kaum berusaha mengekalkan identiti sendiri tanpa mempamerkan minat terhadap

(6)

budaya asing.14 Namun begitu, interaksi tersebut semakin melebar pasca merdeka sehingga

mewujudkan kemajmukan dalam aspek kebudayaan masyarakat Malaysia dalam usaha membina

perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat.15

Atas dasar itulah para sarjana Muslim telah melihat fenomena al-tasyabbuh ini daripada dua perspektif iaitu al-tasyabbuh yang dibenarkan serta al-tasyabbuh yang dilarang berdasarkan inti pati amalan tersebut serta hubung kaitnya dengan amalan pihak yang berbeza agama.

1- Al-Tasyabbuh yang Dilarang

Terdapat dua bentuk larangan penyerupaan yang telah ditetapkan oleh para ulama iaitu

penyerupaan dalam amalan keagamaan serta tradisi yang khusus dengan golongan terbabit. Dalam

aspek keagamaan, Allah telah memerintahkan Rasulullah SAW dan para sahabatnya agar

mengalihkan tumpuan kiblat ke arah Masjid al-Haram bagi menyalahi golongan ahli Kitab yang

berpusatkan Masjid al-Aqsa. Hal ini sebagai respon atas keresahan Baginda yang ingin kelihatan

berbeza dengan golongan tersebut16 sebagaimana yang dinyatakan menerusi ayat yang berikut:

َمهسللا دِاَكدهجََاَبََُقَ تاٰىَرَ ناََُ

ٓ

لاَرطَشاَكَهجََاِلَمَ فا َهٰ ىَضرَتاةََبدَاَكهَُ َِلَم َََُ فادء

ادِاَرَحلادُدجسَم

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad) mendongakkan wajahmu ke langit.

Maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah

mukamu ke arah Masjid al-Haram. (Surah al-Baqarah 2:144)

Begitu juga dalam urusan puasa Asyura’ di mana Baginda berhajat menambah puasa pada

hari ke-9 dan ke-11 bagi menyalahi golongan Yahudi yang hanya mengkhususkannya pada hari

ke 10 sahaja sebagaimana yang dinyatakan menerusi hadis berikut:

امُاهُعَِا امُاَِبَاامامصادمهَلااامفل خَاءارمش عاِمُامامص

ا

14Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin, “Uruf Majmuk: Konsep dan Amalannya dalam Masyarakat

Majmuk di Malaysia”, Jurnal Fiqh 8 (2011), 54-56. 15Ibid.

(7)

Berpuasalah kamu pada 10 Muharram dan bezakanlah dengan orang Yahudi.

Puasalah kamu sebelum dan selepasnya sehari.17

Tujuan utama tindakan penyelisihan yang dilakukan oleh Baginda adalah bagi memastikan

golongan non-Muslim tidak menimbulkan sebarang dakwaan bahawa ajaran Islam merupakan

cedokan serta peniruan amalan keagamaan mereka. Atas dasar inilah golongan Yahudi

seakan-akan mati akal untuk mengemukseakan-akan sebarang pertuduhan palsu sehinggseakan-akan mereka berkata:

اَِفا ُفل خالإا ئَشا نراأانااعُُاَأالجرلاااذهاُُرُا ا

ا

"Tidaklah lelaki ini (Rasulullah SAW) meninggalkan walau satu pun daripada

urusan kita melainkan dia akan menyelisihi kita pada perkara tersebut".18

Dalam aspek tradisi dan adat kebiasaan pula, Rasulullah SAW berusaha membentuk dan

mewujudkan identiti khusus buat umat Islam bagi mengelakkan mereka menyerupai penampilan

golongan non-Muslim. Hal ini penting terutamanya bagi mengukuhkan kedudukan agama Islam

bagi menyaingi agama-agama serta kepercayaan lama yang telah wujud sebelum Islam. Antaranya

perintah Rasulullah SAW agar menipiskan misai serta memanjangkan janggut sebagaimana yang

dinyatakan dalam hadis berikut:

ىحَلااامفَأَابرامشلااامفحأانكرشمااامفل خ

ا

Berbezalah dengan orang musyrik. Potonglah misai kamu dan biarkanlah janggut.19

Sementara itu dalam aspek pakaian pula, Rasulullah SAW pernah melarang ´Abd Allah

bin Amru daripada mengenakan pakaian yang dicelup dengan pewarna kuning sebagaimana yang

dinyatakan dalam hadis yang berikut:

17 Hadis riwayat Ahmad, no. hadis : 2154. Lihat A mad bin anbal, Musnad A mad (Riy : Bait al-Afk r al-Dawliah, 1998), 208.

18Hadis riwayat Muslim, Kit b al- ai , B b Jaw z Ghasl al-H ’i Ra’su Zawjah , no. hadis : 302. Lihat Muslim bin

ajj j, a ī Muslim (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1991), 246.

(8)

. هسبَتاافار فكلااب َثانااهذهاَإا:ال قفا.نُرفصعاانِمثايَعامَسَاََِعاهااىَصاهاالمسراىأر

ا

Rasulullah SAW pernah melihatku sedang mengenakan dua pakaian yang telah direndam

dengan celupan kuning, maka Baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah pakaian orang kafir,

maka janganlah engkau memakainya.20

Imam al-Naw wī menyatakan bahawa larangan tersebut hanya sabit pada waktu tertentu

sahaja memandangkan pakaian kuning merupakan syiar utama golongan non-Muslim ketika itu.

Jumhur fuqaha’ mengharuskan pemakaiannya setelah illah larangan tersebut hilang. 21 Begitu juga pandangan yang dikemukakan oleh al- fiz Ibnu ajar dengan merujuk kepada larangan

pemakaian al-ṭay lisah yang merupakan pakaian khusus golongan Yahudi di Madinah ketika itu namun perubahan zaman telah melenyapkan pengkhususan tersebut.22 Maka, berdasarkan

keterangan yang dinyatakan, jelaslah bahawa aspek yang menjadi tumpuan dalam larangan

penyerupaan tersebut hanya melibatkan upacara keagamaan selain Islam serta peniruan kepada

tradisi dan kebiasaan tertentu yang telah sinonim dengan pengamalan golongan non-Muslim. Hal

ini boleh menjejaskan kedudukan iktikad seseorang Muslim meskipun dilakukan tanpa sebarang

niat dan kesengajaan. Sebagai contoh, mana-mana individu Muslim yang menyertai perarakan

perayaan Thaipusam menuju ke kuil Batu Caves dihukum sebagai berdosa meskipun tujuannya

hanya untuk memeriahkan sahaja sambutan tersebut tanpa disertai niat melaksanakan upacara

keagamaan.23 Begitu juga penggunaan pakaian dan lambang yang khusus dalam upacara

keagamaan seperti jubah para sami Buddha serta bentuk salib.

2- Al-Tasyabbuh yang Diharuskan

Bagi menyeimbangkan kedudukan Islam sebagai agama yang meraikan realiti semasa dan

setempat, maka wujud juga elemen al-tasyabbuh yang dibenarkan oleh Islam. Namun begitu,

keharusan tersebut berdasarkan sejauh mana kepatuhan amalan tersebut terhadap panduan yang

20Hadis riwayat Muslim, Kit b al-Lib s wa al-Zīnah, B b al-Nahy ´an Labisa al-Rajul al-Thawb al-Mu´a far, no. hadis : 2077. Lihat ibid., 1647

21 Ya y bin Syarf al-Naw wī, a ī Muslim bi Syar al-Naw wī(Mesir: Mu’assasah Qurtubah, 1994), 14:75 22 A mad bin ´Alī bin ajar al-´Asqal nī, Fat al-B rī bi Syar a ī al-Bukh rī (Riy : Maktabah al-Malik Fahd al-Wat niyyah, 2001), 10:285.

(9)

telah ditetapkan oleh syarak. Pertamanya, amalan yang dilakukan tersebut tidak disertakan dengan

niat menyerupai orang non Muslim secara sengaja serta bukan merupakan upacara khusus

keagamaan mereka.24 Hal ini sebagaimana kaedah fiqh yang masyhur :

هُص قمارماأا

ا

Setiap amalan bergantung pada niat.25

Dalam konteks Malaysia, amalan pemasangan pelita setiap kali menjelang hari raya Aidil

Fitri yang dilakukan oleh masyarakat Melayu masih lagi termasuk dalam kerangka yang

dibenarkan selagi mana tidak disertakan dengan niat meniru upacara pemasangan pelita yang

dilakukan oleh masyarakat Hindu. Namun begitu, sekiranya disertakan dengan niat secara sengaja,

amalan tersebut boleh menggelincirkan akidah seseorang Muslim.26 Hal ini sebagaimana kaedah

yang dinyatakan oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya:

رفكارفكل ِا ضرلا

ا

Keredaan terhadap sesuatu kekufuran merupakan kekufuran.27

Pengamalan sesuatu upacara yang khusus dilakukan oleh penganut non-Muslim secara tidak

langsung telah memaparkan keredaan individu Muslim terhadap elemen kekufuran yang wujud

dalam upacara tersebut.

Keduanya, amalan tersebut tidak berkaitan dengan unsur keagamaan sebaliknya hanya

suatu tradisi dan kebudayaan yang melatari kaum-dan golongan yang tertentu.28 Sebagai contoh

dalam aspek pakaian, Rasulullah SAW telah meneruskan pemakaian jubah dan serban seperti

musyrikin Makkah kerana ia merupakan lambang kebudayaan masyarakat Arab dan bukannya

24 Mu ammad Amīn bin ´Umar ´ bidīn, syiah Ibn ´ bidīn (Riy : D r ´Alim al-Kutub, 2003), 2:384.

25Jal l al-n ´Abd al-Ra man al-Suyū ī, al-Asybah wa al-Naẓ ’ir fī Qaw ´id wa Furū´ Fiqh al-Sy fi´iyyah (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1983), 8.

26 Mu ammad bin Ism ´īl al- an´ nī, Subul al-Sal m Syar Bulūgh al-Mar m (Riy : D r Ibn Jawzi, 1998), 4:321 27 Mu ammad bin A mad bin Abī Bakr al-Qurubī, al-J mi´ li A k m al-Qur’an, 7:185.

28 Untuk mengetahui lebih lanjut klasifikasi perayaan berbentuk keagamaan dan kebudayaan, lihat Basri Ibrahim,

(10)

identiti kekufuran mereka.29 Di samping itu, Imam al-Tirmidhi juga menyatakan bahawa Baginda

juga pernah mengenakan pakaian al-Hibarah buatan Yaman serta jubah Romawi kerana selesa

dengan struktur tenunannya walaupun kedua-dua negara tersebut dihuni oleh majoriti

non-Muslim.30 Walau bagaimanapun, pengamalan sesuatu tradisi itu perlu dipastikan tidak sehingga

menyalahi tuntutan syarak. Sebagai contoh dalam etika pemakanan, penggunaan sudu dan garpu

merupakan amalan yang dibenarkan oleh Islam namun etika Barat yang mendahulukan tangan kiri

untuk menyuap makanan perlu ditinggalkan kerana bersalahan dengan saranan Rasulullah SAW

menerusi hadis berikut:

ِل مشِابرشَُاِل مشِالكأُاَ طَشلااَإفا,َُِمَِابرشََفابرشااذإَاَُِمَِالكأََفامكُحأالكأااذإ

ا

Sekiranya seseorang di antara kamu makan, maka makanlah menggunakan tangan

kanannya dan sekiranya ingin minum maka minumlah dengan tangan kanannya.

Sesungguhnya syaitan makan dan minum menggunakan tangan kirinya.31

Ketiganya, wujud keperluan terhadap pelaksanaan perkara tersebut. Ibnu Taimiyah

membenarkan umat Islam yang tinggal di negara kuffar untuk menyerupai mereka dalam

penampilan zahir sekiranya terdapat keperluan sama ada mengelakkan sebarang kemudaratan dan

ancaman ataupun sebagai suatu prospek dakwah kepada mereka.32 Selain itu, sebahagian fuqaha

Hanafi turut membenarkan pemanjangan misai di dalam peperangan bagi mengelirukan atau

menggerunkan pihak musuh walaupun terdapat saranan daripada Rasulullah SAW agar umat Islam

menipiskan misai.33 Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam satu kaedah fiqh:

ببسالك

ا

ةحجاراةحَصااَِفانكُامااذإاُِعايهاد سفلااىإاضفُ

ا

29W ’il al-Ẓaw hirī Salamah, al-Tasyabbuh : Qaw ´iduhu wa aw biṭuhu wa Ba´ a Taṭbiq tihi al-Mu´ arah (t.tp: tp, t.t), 18.

30 ´Abd al-Razz q bin ´Abd al-Mu sin al-Badr, Syar Syam ’il al-Nabiyy (Riy : Maktabah Malik Fahd al-Wa aniyyah, 2014), 103.

31 Hadis riwayat Muslim, Kit b al-Asyribah, B b dab al-am wa al-Syar b wa A k muhuma, no. hadis : 2020. Lihat Muslim bin ajj j, a ī Muslim, 1598.

(11)

Setiap sebab yang membawa kepada mafsadah adalah dilarang sekiranya tidak wujud

sebarang maslahah yang utama.34

Dalam konteks Malaysia, maka adalah dibenarkan secara khusus buat pimpinan utama negara bagi

memenuhi undangan sambutan perayaan non-Muslim yang diadakan di rumah ibadah mereka

tanpa menyertai upacara keagamaan sebagai suatu usaha bagi mengukuhkan perpaduan dan

keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama.35 Namun begitu, larangan

tersebut masih kekal buat pihak selain yang dinyatakan lebih-lebih lagi sekiranya dilakukan bagi

meraih kepentingan politik semata-mata kerana dikhuatiri dijadikan sebagai suatu kebiasaan dalam

kalangan rakyat.

Terakhirnya, elemen penyerupaan tersebut tergolong dalam kategori maslahah yang

diiktiraf oleh syarak. Hal ini kerana tasyabbuh pada perkara yang mendatangkan manfaat kepada

Islam dan penganutnya adalah dibenarkan bahkan sangat digalakkan dalam Islam.36 Rasulullah

SAW pernah mengaplikasikan format pengurusan negara-negara non-Muslim sekitar Madinah

yang biasa menggunakan cop mohor bagi sebarang urusan persuratan secara rasmi sebagaimana

yang dinyatakan dalam hadis berikut:

َبقُلامجعلااَإاِلالََا,مجعلااىإابتكُاَأامَسَاََِعاهااىَصاهاالمسرادارأا م

كالإاَم

ام خاََِعا ِ ت

م خاعُطص ف

Ketika Rasulullah SAW ingin mengutus surat kepada pemimpin Ajam (selain Arab), telah

dikatakan kepada Baginda: “Bangsa Ajam tidak akan menerima surat melainkan diletakkan cop

(mohor) padanya.” Maka Rasulullah pun menempah sebentuk cincin (bagi tujuan tersebut).37

34 Mu ammad bin ´Abd al-Ra man al-Sa´dan, “Qaw ´id wa aw bi Fiqh ´inda Ibn Qud mah,” (Tesis kedoktoran,

J mi´ah Umm al-Qur , 1999), 303.

35 Lihat Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail dan Ahmad Badri Abdullah, “Pemakaian Kaedah Fiqh Terhadap Isu Penyerupaan (al-Tasyabbuh),” 19.

36 Asyraf bin ´Abd al- amīd Barqa´an, Maẓ hir al-Tasyabbuh fī al-´Asr al- adīth wa Ath ruh ´al al-Muslimīn (t.tp: t.p, t.t), 17.

(12)

Hal yang sama juga pernah dilakukan oleh Amir al-Mukminin Umar al-Khattab dalam

menerima cadangan daripada seorang rakyatnya bagi mewujudkan sistem kalendar Islam dengan

meniru sistem pentadbiran golongan non-Muslim38 sehingga menghasilkan kalendar hijrah yang

diguna pakai sehingga ke hari ini. Maka, tindakan ini jelas memperlihatkan bahawa pemanfaatan

teknologi serta sistem yang digunakan oleh golongan non-Muslim adalah dibenarkan lebih-lebih

lagi sekiranya mendatangkan kemaslahatan terhadap umat Islam.

KESIMPULAN

Dalam isu yang dibahaskan, adalah jelas bahawa tindakan Perdana Menteri dalam

menghadiri perayaan tersebut masih dalam kerangka yang diharuskan kerana penyertaan tersebut

dilakukan atas kapasiti sebagai ketua negara yang bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat

dan bukannya atas kapasiti individu. Selain itu, pemakaian kurta juga lebih merupakan pakaian

tradisi dan kebudayaan masyarakat India yang turut dipakai oleh kaum India Muslim. Begitu juga

dalam isu pemberian kalungan bunga yang dilakukan atas dasar penghormatan semata-mata tanpa

memiliki nilai keagamaan sama sekali. Maka, setiap tradisi yang telah diterima secara meluas

sebagai unsur kebudayaan dalam masyarakat tidak termasuk dalam larangan yang dinyatakan. Hal

ini sebagaimana kaedah fiqh berikut

مرغَاقَطمااََُقتَاِممعلااصَصخاِالامَأااحُرصاةلزُاالامحأاانئارََاتاد علااتللدالزُت

ا

Petunjuk adat serta keadaan semasa diletakkan sama (kedudukan) seperti perkataan yang

jelas dalam mengkhususkan perkara yang umum dan mengikat perkara yang mutlak serta

lain-lainnya.39

Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah memperlihatkan kepada

kita bagaimana pengurusan dan penambahbaikan hubungan sesama masyarakat yang berbilang

bangsa dan agama di Malaysia telah dijadikan sebagai salah satu agenda yang penting oleh pihak

kerajaan. Maka, setiap usaha ini sewajarnya dijayakan secara bersama oleh seluruh anggota

masyarakat dalam merealisasikan hasrat bagi mewujudkan kestabilan, keharmonian dan

perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Malaysia secara dasarnya memaparkan keragaman

38Ism ´īl bin ´Umar bin Kathīr, al-Bid yah wa al-Nih yah(Beirut: D r al-Fikr, t.t), 3:252.

(13)

dalam aspek kebudayaan yang dikongsi secara bersama di mana setiap kaum, kepercayaan serta

amalan keagamaan bebas dipraktikkan dalam suasana yang harmoni dan saling memahami.40

Setiap pihak perlu berusaha memelihara keamanan yang dinikmati ini dengan mengelakkan

eksploitasi isu-isu perkauman dan keagamaan yang berpotensi menjejaskan perpaduan

masyarakat. Namun begitu, dalam masa yang sama, sikap lebih berhati-hati perlu dipamerkan

dalam interaksi secara silang agama lebih-lebih lagi apabila kita menyaksikan mutakhir ini wujud

sebahagian pihak yang sanggup melakukan apa jua perkara yang boleh memberikan keuntungan

dalam perjuangan politik mereka. Tindakan yang dilakukan semata-mata berorientasikan

sokongan politik tertentu dikhuatiri bakal membawa kepada penularan fenomena pluralisme

agama tanpa disedari.41

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur serta masyarakat awam diminta mendapatkan

pandangan para alim ulama atau pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis

perayaan orang yang bukan beragama Islam. Dari satu segi, keterlibatan setiap anggota masyarakat

secara langsung dalam program-program sebegini dilihat mampu mewujudkan kemesraan dan

keharmonian sesama mereka. Setiap pihak perlu mula keluar daripada zon selesa pergaulan sesama

bangsa dan agama dengan memanfaatkan keunikan kepelbagaian yang wujud di Malaysia. Selain

itu, program tersebut juga boleh dijadikan sebagai platform dakwah di mana setiap pihak

berpeluang menjadi duta kepada agama masing-masing dalam menjelaskan setiap kekeliruan yang

sering dibajai kepada mereka. Namun begitu, umat Islam khususnya tetap perlu mematuhi setiap

peraturan dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama bagi menjamin

kesucian agama Islam kekal terpelihara serta mengelakkan sebarang kesulitan yang boleh terjadi

di kemudian hari.

40 Mohd Anuar Ramli et. al., Fenomena al-Tasyabbuh (Penyerupaan) dalam Sambutan Perayaan Masyarakat Majmuk di Malaysia, Jurnal Syariah 21/1 (2013), 27.

(14)

BIBLIOGRAFI

´Abd al-Razz q bin ´Abd al-Mu sin al-Badr, Syar Syam ’il al-Nabiyy (Riy : Maktabah al-Malik Fahd al-Wa aniyyah, 2014).

A mad bin ´Abd al- alīm bin Taimiah, Iqti ’ al- ir ṭ al-Mustaqīm li Mukh lafah A b al

-Ja īm (Riy : Maktabah al-Rusyd, 2008).

A mad bin ´Alī bin ajar al-´Asqal nī, Fat al-B rī bi Syar a ī al-Bukh rī(Riy : Maktabah al-Malik Fahd al-Wat niyyah, 2001).

A mad bin anbal, Musnad A mad (Riy : Bait al-Afk r al-Dawliah, 1998).

A mad bin Taimiyah al- arr nī, Majmū´ah al-Fat w (Beirut: Mat bi’ D r al-‘Arabiyyah, 1971). Asyraf bin ´Abd al- amīd Barqa´an, Maẓ hir al-Tasyabbuh fī al-´Asr al- adīth wa Ath ruh ´al al-Muslimīn (t.tp: t.p, t.t).

Basri Ibrahim, “Perayaan Non Muslim dalam Sebuah Negara Islam,” dalam Fiqh Masyarakat Non Muslim di Malaysia, ed. Abd Karim Ali dan Rumaizi Ahmad, (Shah Alam: Imtiyaz Multimedia & Publications, 2011), 105-116.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, A k m Ahl al-Dhimmah(Arab Saudi: Ram dī li al-Nasyr, 1997).

Ism ´īl bin ´Umar bin Kathīr, al-Bid yah wa al-Nih yah (Beirut: D r al-Fikr, t.t).

Ism ´īl bin ´Umar bin Kathīr, Tafsīr al-Qur’an al-Aẓīm (Riy : D r al- ayyibah, 1997).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, “Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam”, diakses pada 27 Februari 2017,

http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/115-garis-panduan-orang-islam-turut-merayakan-hari-kebesaran-agama-orang-bukan-islam

Jal l al-Dīn ´Abd al-Ra man al-Suyū ī, al-Asybah wa al-Naẓ ’ir fī Qaw ´id wa Furū´ Fiqh al

-Sy fi´iyyah (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1983).

Jamīl abīb al-Luwayhiq, al-Tasyabbuh al-Manhī ´anhu fī al-Fiqh al-Isl mī (Makkah: J mi´ah

(15)

John G. Bruhn, The Sociology of Community Connections (New York: Springer, 2011).

Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin, “Uruf Majmuk: Konsep dan Amalannya

dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia”, Jurnal Fiqh 8 (2011).

Mohd Anuar Ramli et. al., Fenomena al-Tasyabbuh (Penyerupaan) dalam Sambutan Perayaan

Masyarakat Majmuk di Malaysia, Jurnal Syariah 21/1 (2013).

Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail dan Ahmad Badri Abdullah, “Pemakaian Kaedah Fiqh

Terhadap Isu Penyerupaan (al-Tasyabbuh) dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia,”

Jurnal Fiqh 11 (2014).

Mohd Rus Yunus dan Zulfaqar Mamat, “Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Menurut Perspektif Islam”, Jurnal Penyelidikan Islam (t.t).

Mu ammad ´Izz al-Dīn bin ´Abd al-Sal m, Qaw ´id al-A k m fī Ma li al-An m (Beirut: D r

al-Jīl, 1980).

Mu ammad Amīn bin ´Umar ´ bidīn, syiah Ibn ´ bidīn (Riy : D r ´Alim al-Kutub, 2003).

Mu ammad Asyraf bin Amīr al-Siddīqī, ´Awn al-Ma´būd ´al Syar Sunan Abī Daud (Beirut: D r

Ibn azm, 2005).

Mu ammad bin ´Abd al-Ra man al-Sa´dan, “Qaw ´id wa aw bi Fiqh ´inda Ibn Qud mah,”

(Tesis kedoktoran, J mi´ah Umm al-Qur , 1999).

Mu ammad bin A mad bin Abī Bakr al-Qurubī, al-J mi´ li A k m al-Qur’an (Beirut:

Mu’assasah al-Risalah, 2006).

Mu ammad bin Ism ´īl al- an´ nī, Subul al-Sal m Syar Bulūgh al-Mar m (Riy : D r Ibn

Jawzi, 1998).

Muslim bin ajj j, a ī Muslim (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1991).

Sinar Online, “Jangan Sertai Acara Keagamaan”, diakses pada 20 Februari 2017,

(16)

Sinar Online, “Thaipusam : Najib Tak Langgar Hukum Syarak, Kata Harussani”, diakses pada 19 Februari 2017,

http://www.sinarharian.com.my/nasional/thaipusam-najib-tak-langgar-hukum-syarak-kata-harussani-1.24146.

Sulaym n bin al-Asy´ath al-Sijist nī, Sunan Abī Daud(Riy : Maktabah al-Ma´ rif, t.t).

W ’il al-Ẓaw hirī Salamah, al-Tasyabbuh : Qaw ´iduhu wa aw biṭuhu wa Ba´ a Taṭbiq tihi al-Mu´ arah (t.tp: tp, t.t).

Ya y bin Syarf al-Naw wī, a ī Muslim bi Syar al-Naw wī (Mesir: Mu’assasah Qurtubah,

Referensi

Dokumen terkait

Beberapa cara yang dapat dilakukan untuk menanggulangi masalah multikolonieritas menurut Ghozali 2012: 110 adalah: 1 menggabungkan data crossection dan time series pooling data

Hal ini kerap kali merenggut keindahan dan keasrian tempat-tempat umum yang seharusnya kebersihannya tetap kita jaga.Selain isi jeruk yang sering kita konsumsi, ternyata kulit

Dari semua Penggambaran karakter wanita yang ada dalam novel yang memperjelas karakter atau perwatakan tokoh dibedakan menjadi empat bagian, yaitu melalui penampilan fisik,

Kajian seni bangunan mikro pun tidak hanya membahas mengenai ruang saja (Pusat Penelitian dan Pengembangan Arkeologi Nasional 2008, 177-178) tetapi juga bagian dari ruangan

Urut dari skor yang paling tinggi ke skor yang paling rendah serta di bagi 2 menjadi kelompok atas dan kelompok bawah.. Tenentukan jumlah kelompok atas dan kelompok bawah

Setelah narasumber yaitu Bapak Purnomo (46 tahun) tiba dilokasi, pelatihan pun dimulai. Pelatihan dimulai dengan dibuka oleh Bapak Imron untuk memberikan pengantar

Laporan keuangan disajikan dengan maksud memberikan informasi mengenai posisi harta, utang, dan modal serta perolehan laba atau rugi yang menunjukkan hasil aktivitas

Dengan demikian suatu perusahaan maupun instansi harus berfikir ulang bagaimana cara agar dapat menginformasikan lowongan pekerjaan kepada pelamar serta