• Tidak ada hasil yang ditemukan

Undang-Undang Dan Peraturan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Undang-Undang Dan Peraturan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

Undang-Undang Dan Peraturan

Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri 2012

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 PENGENALAN

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PAINTBALL JABATAN PERDANA MENTERI 2012 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri (JPM).

1.2 TARIKH DAN TEMPAT

1.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 9 Jun 2012(Sabtu)

Tempat: Cyberjaya Paintball

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Cyberjaya, Selangor

Masa: 8.00 pagi hingga 7.00 petang

1.2.2 Pertandingan akan dijalankan padang speedball berukuran 100 kaki lebar dan 200 kaki panjang dan berjaring keseluruhan perimeter;

1.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada pagi hari pertandingan jam 8.00 pagi, 9 Jun 2012 di Cyberjaya Paintball Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya; dan

1.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya pasukan lewat tiba.

(2)

2 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

2.0 PENGENALAN

Undang-undang dan peraturan pertandingan paintball ini disediakan untuk memastikan keselamatan pemain, menyediakan pertandingan yang adil dan mempertingkatkan penerimaan sukan paintball untuk setiap lapisan masyarakat. Cyberjaya Paintball adalah pemilik mutlak dalam menentukan kesahihan dan interpretasi undang-undang dan peraturan pertandingan paintball ini. Pengadil pertandingan (dikenali sebagai ‘marshall’) diberikan mandat untuk memastikan setiap peraturan yang dinyatakan akan dilaksanakan dan diikuti sepenuhnya. Cyberjaya Paintball berhak membuat pertukaran, penambahan atau pembuangan sebarang komponen dalam undang-undang dan peraturan ini.

Jika terdapat sebarang perbalahan atau perbezaan pengadilan semasa pertandingan, hanya ketua pasukan sahaja yang dibenarkan untuk membuat bantahan atau cadangan kepada Ketua Marshall. Keputusan Ketua Marshall adalah muktamad.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan adalah terbuka (campuran Lelaki dan Wanita) kepada semua warga yang berkhidmat di Jabatan/Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mestilah terdiri dari warganegara Malaysia yang berjawatan tetap, sementara, sambilan, praktikal atau kontrak sahaja; dan

3.2 Penyertaan hanya dibuka kepada 20 pasukan berdasarkan fisrt come first serve. Pihak penganjur behak menolak penyertaan yang dihantar lewat.

4.0 PASUKAN

4.1 Setiap pasukan terdiri dari 5 orang pemain, dengan maksimum 1 orang pemain simpanan (Ketua Pasukan), setiap pasukan diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita di dalam pasukan;

4.2 Setiap pasukan dibenarkan untuk mempunyai seorang jurulatih. Jurulatih dibenarkan untuk memberikan arahan dari luar padang kepada pemain. Hanya jurulatih sahaja yang dibenarkan untuk memberikan arahan, bantuan dan maklumat kepada pemain pasukannya sendiri.

(3)

3 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

5.0 PERALATAN

5.1 Pihak penganjur akan menyediakan peralatan asas permainan paintball, iaitu facemask (untuk melindungi bahagian muka) dan set marker (set senapang paintball) mekanikal;

5.2 Set marker persendirian tidak dibenarkan;

5.3 Peserta wanita akan disediakan chest-vest untuk perlindungan bahagian dada;

5.4 Peserta dimestikan memakai pakaian yang bersesuaian untuk kegunaan lasak. Baju lengan panjang, seluar panjang dan kasut sukan digalakkan;

5.5 Baju atau jaket yang licin, tidak telus air (contohnya rain-coat, wind-breaker) dan mempunyai tahap serapan yang tinggi (contohnya fleece) adalah dilarang;

5.6 Warna larangan iaitu kuning dan oren tidak dibenarkan berada di baju, seluar atau kasut peserta semasa permainan dijalankan;

5.7 Peserta dimestikan memakai facemask semasa permainan dijalankan. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan kekalahan serta-merta kepada pasukan peserta tersebut;

5.8 Peserta dibenarkan membawa facemask sendiri;

5.9 Peserta dibenarkan memakai pad untuk lutut, siku dan tulang kering; dan

5.10 Setiap peserta akan disediakan dengan 50 biji paintball pellet (peluru paintball) untuk setiap perlawanan. Peserta tidak dibenarkan membawa dari luar.

6.0 FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Format pertandingan adalah ‘speedball game’ yang disediakan di kawasan padang speedball;

6.2 Corak pertandingan adalah ‘tawan bendera lawan’, di mana peserta perlu mengambil bendera pihak lawan yang berada di get permulaan lawan dan membawa pulang bendera pihak lawan tersebut, dalam keadaan masih layak bermain, ke get permulaannya sendiri;

6.3 Masa permainan adalah 5 minit;

6.4 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 kali untuk acara kelayakan. 4 pasukan teratas, berdasarkan pengiraan markah (rujuk subjek 5) akan bertanding untuk separuh akhir;

6.5 Pertandingan separuh akhir dan akhir adalah dalam format kalah-mati; dan

6.6 Dalam pertandingan separuh akhir dan akhir, tiada pengiraan markah – pemenang ditentukan dengan berjayanya membawa bendera lawan ke get sendiri;

(4)

4 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2 6.6.1 Jika keputusan diakhirkan dengan seri, pertandingan

satu-dengan-satu akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

7.0 PADANG DAN KAWASAN PERMAINAN

7.1 Padang speedball berukuran 100 kaki lebar dan 200 kaki panjang dan berjaring keseluruhan perimeter.

7.2 Padang speedball menggunakan belon plastik angin (air-filled) sebagai bunker. Bunker disusun dalam bentuk arca dari garisan pertengahan. 7.3 Terdapat dua palang permulaan (starting gate) di setiap hujung

padang. Bendera akan diletakkan di setiap palang permulaan.

7.4 Terdapat sempadan out-of-bound di kiri dan kanan padang. Peserta yang melepasi sempadan ini akan dikira disingkirkan.

7.5 Tiada sempadan out-of-bound di bahagian permulaan dan hujung padang.

7.6 Terdapat dua kawasan selamat (dead-zone) di dua penjuru padang. Peserta yang telah disingkirkan dimestikan berada di dalam kawasan selamat sehingga permainan tamat.

8.0 MARKAH

8.1 Sistem markah adalah seperti berikut

8.1.1 Pasukan yang pertama mengambil bendera lawan : 25 point 8.1.2 Pasukan yang pertama membawa pulang bendera lawan

dengan selamat : 50 point

8.1.3 Setiap ahli pasukan yang masih layak main: 2 (maksimum 10) 8.1.4 Setiap ahli pasukan lawan yang disingkirkan: 3 (maksimum 15) 8.2 Kesalahan membuka facemask

8.2.1 Pasukan bersalah mendapat poin sifar 8.2.2 Pasukan tidak bersalah mendapat 90 point 8.3 Pertandingan yang tidak berlawan

8.3.1 Pasukan yang mendapat ‘walk-over’ mendapat 90 point 8.3.2 Pasukan yang tidak datang mendapat poin sifar

9.0 PENYINGKIRAN PESERTA

9.1 Terdapat kesan tembakan nyata, dengan nampaknya kesan cat sebesar syiling 20 sen, di bahagian pinggang dan atas, termasuk tangan, muka, rambut dan sebahagiannya.

9.1.1 Tembakan di marker tidak dikira untuk penyingkiran;

(5)

5 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2 9.1.3 Tembakan sendiri juga dikira untuk penyingkiran

9.2 Membuka facemask semasa pertandingan; 9.3 Melepasi kawasan out-of-bound;

9.4 Tidak menyentuh palang permulaan semasa pertandingan bermula; 9.5 Tidak mendengar arahan marshall;

9.6 Membuat perbuatan yang membahayakan diri sendiri dan orang lain; 9.7 Menyerah atau memanggil diri sendiri untuk disingkirkan;

9.8 Mengerakkan bunker dengan sengaja atau menyebabkan bunker bergerak dari tempat asalnya dengan nyata;

9.9 Menembak marshall, penonton atau penganjur dengan sengaja; dan 9.10 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan

mengandungi fakta dan juga bukti dalam bentuk hard copy yang telah diperakui kepada pihak Marshall/Urusetia beserta wang cagaran sebanyak RM300.00, dalam tempoh 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

9.0 YURAN/HADIAH PERTANDINGAN

9.1 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan RM300.00 @ (RM50.00 seorang x 6 orang) (termasuk pellet) yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan menarik diri;

9.2 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan dari menyertai kejohanan ini; dan 9.3 Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:

Bil. Kategori Tempat Nilai

1. Terbuka JOHAN NAIB JOHAN KETIGA RM700.00 RM500.00 RM300.00

(6)

6 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

10.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi dan yuran penyertaan hendaklah serahkan ke urusetia pertandingan pada atau sebelum 6 Jun 2012 (Rabu).

Setiausaha

Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri

Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA.

(u.p. Encik Mohd Suhaimi bin Md Saad, Tel: 8872 3431 @ Faks: 03-8888 3106 @ e-mel: mohdsuhaimi@pajpm.gov.my / kbp@pajpm.gov.my)

Disediakan oleh

Urus setia Pertandingan Paintball Jabatan Perdana Menteri

(7)

7 | P a i n t b a l l J P M 2 0 1 2

Borang Penyertaan

Pertandingan Paint Ball Jabatan Perdana Menteri 2012

Nama Jabatan/Agensi/Bahagian: ...

Nama Jurulatih: ...

No. Tel: ... (Pej.) ... (H/P)

No. Faks: ... (e-mel): ...

Bil. Nama Penuh Pemain No. MYKAD

1.* 2. 3. 4. 5. 6.

Catatan: * Ketua Pasukan

Semua Salinan KAD PAS (Pas Pekerja) pemain hendaklah disertakan bersama semasa penyerahan borang penyertaan ini. PENGAKUAN DIRI

Kami telah membaca pengenepian di atas dan kami faham bahawa dengan menandatangani borang ini maka kami bersetuju bahawa telah menjadi niat kami untuk mengecualikan dan melepaskan penganjur, pekerja, pegawai, tuan-tuan tanah, rakan penganjur, penaja dan agen kepada pertandingan paintball Jabatan Perdana Menteri 2012 daripada tanggungan terhadap kecederaan diri, kerosakan harta benda, Kematian secara salah yang disebabkan oleh kecuaian atau mana-mana sebab-sebab lain. Kami juga mengisytiharkan bahawa kami menandatangani borang ini dengan rela hati tanpa ada apa-apa paksaan daripada mana-mana pihak dan borang ini mengikat kepada pewaris dan wakil-wakil kami.

Tarikh: ... ...

Referensi

Dokumen terkait

Hasil terbaik yang didapatkan dari percobaan dengan empat jenis gerakan tangan adalah tingkat akurasi pengujian sebesar 89,72% untuk percobaan satu dengan jumlah hidden

Perbedaannya adalah karena yang didefinisikan hanya 2 variabel, itu artinya variabel Luas tidak perlu didefinisikan didalam kamus, dan pada bagian algoritma tidak perlu

Lingkungan Eksternal Lingkungan Internal Lingkungan Sosial Lingkungan Tugas Misi Tujuan Strategi Kebijakan Program/ Kegiatan Internal Struktur Budaya SDO Anggaran

Kepuasan Kerja Perawat pada Rumah Sakit Umum Daerah Dr.H.Abdul Moleok Provinsi Lampung yaitu : kepuasan kerja perawat suadah bisa di kategori tinggi atas yang diberikan oleh

Dari sini Al-CJur'an berpindah pula kepada kenyataan yang melahirkan kehairanan terhadap keadaan kaum Musyrikin yang begitu celaru di dalam kefahaman-kefahaman dan

Bahan yang digunakan pada penelitian ini adalah kedelai, isolat protein kedelai, kedelai yang ditambahkan dekstrin, serta dua puluh produk minuman bubuk komersial berbasis

Namun, meningkatnya ekspektasi pasar terhadap masih dipertahankannya kebijakan suku bunga rendah oleh bank sentral AS hingga September tahun ini, dan seiring

gonorrhoeae sebesar 17 dari 18 isolat (94,4%) dan yang resisten sebesar 1 dari 18 isolat (5,6%) dengan subjek penelitian adalah pasien yang datang berobat ke URJ Kulit dan