SURAT KUASA WAKIL INI diperbuat pada haribulan
BAHAWASANYA SURAT KUASA WAKIL INI MENYAKSIKAN bahawasanya saya,
XXXXXXXXXXXX (NO. K/P: 00000000) seorang warganegara yang beralamat di (address) [selepas ini dirujuk sebagai “Pemberi Kuasa”] dengan ini melantik XXXXXXXXXXXX (NO.KP: 00000000000) seorang warganegara yang beralamat di (address) sebagai wakil Pemegang Kuasa saya yang sah [selepas ini dirujuk sebagai “Pemegang Kuasa”] bagi saya dan atas nama saya untuk melaksanakan tindakan-tindakan ke atas Hartanah yang dikenali sebagai H.S.(D). No. 00000, P.T No. 00000, Pekan XXXXX, Daerah XXXXX di Negeri XXXXX (selepas daripada ini dipanggil “Hartanah Tersebut").
(1) KUASA UNTUK BERTINDAK
Pemberi Kuasa bersetuju bahawa Pemegang Kuasa tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menjalankan semua peranan yang berkaitan untuk kepentingan terbaik dan kebajikan Pemberi Kuasa untuk bertindak bagi pihak Pemberi Kuasa di mana kuasa tersebut tertakluk di bawah Kuasa Wakil termasuk yang berikut:
i. Untuk menguruskan penjualan Hartanah Tersebut sebagai matlamat utama dan mewakili apa-apa jua hal yang berkaitan dengan harta-harta tersebut sebagaimana yang telah dipersetujui secara bersesama oleh pihak-pihak;
ii. Untuk membayar segala pembayaran yang dikenakan untuk cukai dan segala tunggakan pada pemungut hasil Hartanah dan kepada mereka yang berkenaan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan penjualan Hartanah tersebut;
iii. Untuk memohon kepada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan bagi tujuan permohonan kebenaran pindahmilik (sekiranya ada) ke atas Hartanah tersebut dengan menandatangani semua dokumen-dokumen yang berkaitan;
iv. Untuk hadir dan mewakili saya di dalam mana-mana Mahkamah dan dihadapan semua Majistret, Pegawai Kehakiman dan apa-apa pun pegawai lain sebagaimana Pemegang Kuasa saya rasakan patut dan di atas nama saya;
v. Untuk menandatangani dan menyempurnakan apa-apa perjanjian jual beli dengan pembeli-pembeli individu, dokumen pindah milik dan segala suratcara berkaitan penjualan Hartanah Tersebut bagi pihak saya dengan mana-mana pihak;
vi. Untuk menandatangani bagi pihak saya sebagai suatu tindakan dan perbuatan dan melaksanakan suratcara dan dokumen-dokumen secara bertulis termasuklah perjanjian jual beli dan dokumen pindah milik dan melaksanakan perkara–perkara yang berkaitan dan sesuai untuk menyempurnakan dan menandatangani perjanjian tersebut di mana di dalam keadaan tersebut ianya adalah memberi kesan kepada
pindah milik secara mutlak terhadap hak milik dan kepentingan saya ke atas Hartanah Tersebut kepada pembeli-pembeli individu yang berkenaan.
vii. Untuk memberi kebenaran memajak ataupun pajak ke atas Hartanah Tersebut sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Pemegang Kuasa saya dan menerima apa-apa Pemegang Kuasaan pemajakan ataupun pajak atas pajak dan bagi pihak saya menandatangani dan menyempurnakan perjanjian Pemegang Kuasa pajakan ataupun perkara-perkara bersangkutan ataupun dokumen-dokumen yang berkaitan;
viii. Untuk menggadai atau mencagar atau memindahmilik Hartanah Tersebut atas terma- terma yang Pemegang Kuasa saya fikirkan boleh dipercepatkan dan atas cagaran bahagian Hartanah tersebut dan menandatangani dan menyempurnakan sebarang surat-surat permohonan dan dokumen-dokumen yang berkaitan;
ix. Untuk melakukan segala perkara di atas Hartanah tersebut bagi tujuan penjualan Hartanah Tersebut;
x. Untuk memberi persetujuan dalam menjalankan sebarang tindakan atau perkara yang terkandung di sini dengan sesiapa sahaja yang berminat terhadap Hartanah Tersebut;
xi. Untuk melakukan segala dokumen-dokumen statutori sepertinya atau sebaliknya sebagaimana mungkin perlu untuk memberi kesan mana-mana tujuan yang disebutkan sebagaimana yang saya akan lakukan selangkahnya jika hadir secara sendiri;
xii. Untuk memaklumkan segala hasil kewangan dan perbelanjaan ke atas Hartanah Tersebut kepada saya; dan
xiii. Dengan ini saya mengesahkan dan mengakui segala yang akan diperlakukan oleh Pemegang Kuasa tertakluk kepada kuasa-kuasa yang diberikan di dalam surat kuasa mutlak ini.
(2) KUASA UNTUK BERTINDAK
i. Surat Kuasa Wakil ini hendaklah berkuat kuasa serta-merta pada tarikh perjanjian ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan oleh Pemberi Kuasa melalui suatu notis bertulis, yang mana berlaku terlebih dahulu;
ii. Surat Kuasa ini tidak boleh dibatalkan dan tidak akan terjejas dengan kematian atau ketidakupayaan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang, dan hendaklah berkuat kuasa selepas kematian Pemberi Kuasa atau sehingga dibatalkan oleh Pemberi Kuasa secara bertulis.
(3) PEMBATALAN
Pemberi Kuasa dengan ini membatalkan mana-mana Kuasa sebelumnya sekiranya ada, bahawa Pemegang Kuasa mungkin telah diberikan untuk berurusan dengan Harta tersebut dan hal ehwal seperti yang dinyatakan di sini.
(4) MASA
Masa di mana dinyatakan hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini.
(5) KOS
Pemberi Kuasa akan menanggung kos guaman dan duti setem dan semua pengeluaran lain untuk penyediaan dan pelaksanaan Kuasa ini.
(6) NOTIS
Apa-apa notis, permintaan, atau surat cara lain oleh pihak-pihak yang terlibat dalam surat Kuasa ini hendaklah disifatkan telah sempurna penyampaiannya di mana jika ditandatangani oleh pihak berkenaan ataupun mana-mana firma Peguamcara yang bertindak bagi pihak dan dialamatkan dan diserahkan secara kendiri melalui pos berdaftar kepada pihak satu lagi di alamatnya hendaklah disifatkan sebagai diterima oleh pihak berkenaan selepas daripada tiga (3) hari penghantaran.
(7) PENGIKATAN KUASA
Kuasa ini adalah termasuk tanpa had kepada jaminan dan akujanji yang mengikat keseluruhan ahli-ahli waris, wasi dan juga pentadbir bagi pihak-pihak di dalam Perjanjian ini.
(8) UNDANG-UNDANG
Kuasa ini hendaklah ditafsirkan dan hendaklah berkuat kuasa dalam semua aspek mengikut Undang-undang Malaysia dan pihak-pihak bersetuju dalam semua perkara yang berhubungan dengan penguatkuasaan atau tafsiran atau dalam apa jua cara yang timbul daripada Kuasa ini untuk menyerahkan kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.
(9) KEBOLEHASINGAN
Ketidaksahan atau kesalahan undang-undang (bagi apa jua sebab) dalam Surat Kuasa ini tidak akan menjejaskan kebenaran atau kesahan dari segi undang-undang atau baki daripada Surat Kuasa ini melainkan jika terdapat apa-apa pada bahagian tersebut hendaklah dianggap sebagai tidak membawa apa-apa maksud dan tidak praktikal dan dalam hal sedemikian pihak-pihak boleh memilih dengan niat yang baik untuk cuba untuk mentakrifkan semula hak-hak dan tanggungjawab mereka masing-masing.
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak dalam Surat Kuasa Wakil ini telah menurunkan tandatangan mereka di bawah ini pada tarikh yang disebutkan mula-mula di atas;
Ditandatangani, diserahkan ] Oleh Pemberi Kuasa ]
Disaksikan oleh ] ……….
XXXXXXXXXX (NO. K/P: 00000000) Ditandatangani, diterima ]
Oleh Pemegang Kuasa ]
Disaksikan oleh ] ……….
XXXXXXXXXX
(NO. K/P: 000000000)
SIJIL PERAKUAN
Saya , XXXXXXXX sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan bertugas di Shah Alam dengan ini mengaku bahawa tandatangan/cop jari pemberi kuasa yang dinamakan di atas yang telah ditulis di hadapan saya pada hari ini dan, di dalam pengetahuan saya sendiri, adalah yang benar dan sah bagi XXXXXXXXXX (NO.K/P:
00000000) yang telah mengakui kepada saya bahawa beliau adalah cukup umur dan bahawa beliau telah secara sukarela melaksanakan instrumen ini.
Disaksikan oleh saya,
………..
XXXXXXXXXXX
Peguamcara & Peguambela MESSRS XXXXXXX
(address)