Seterusnya ialah pengajaran bagi peristiwa Persaudaraan muhajirin dan ansar. Orang2 Muhajirin merupakan pengikut2 Rasulullah s.a.w yang berhjrah dari Mekah ke Madinah. Manakala orang2 Ansar pula merupakan penduduk asal Madinah yang memeluk islam dan membantu perjuangan nabi di Madinah. Dan golongan ansar ini terdiri daripada dua kaum iaitu daripada suku aus dan khazraj.
Ok antara pengajaran yang boleh kita perolehi berdasarkan peristiwa Persaudaraan
muhajirin dan ansar ini adalah menyedarkan kita tentang pentingnya persaudaraan dalam islam. Ok sebab apa persaudaraan ini penting? … adalah kerana perpaduan ataupun persaudaraan ini
merupakan kunci utama bagi mewujudkan sesbuah tamadun ataupun kemajuan. Dan islam amat menitikberatkan aspek persaudaraan berdasarkan matlamat yang jelas iaitu untuk mencapai keredhaan allah s.w.t dan untuk mendapatkan kebhagiaan dunia dan akhirat. Sepertimana yang kita tahulah , sekiranya umat islam terdahulu tidak Bersatu hati dan menerima antara satu sama lain, mustahillah agama islam ini mampu tersebar luas sehingga sekarang. Jadi jelaslah tanpa
persaudaraan atau perpaduan ni maka sesebuah tamadun tu terutama tamadun islam ni tidak mungkin akan dapat membangun dengan pesat seperti apa yang kita lihat dan alami sekarang.
Pengajaran kedua yang dapat kita peroleh berdasarkan persaudaraan muhajirin dan ansar ini ialah sanggup berkorban demi memelihara persaudaraan sesama muslim. Ok, kedua-dua kaum muhajirin dan ansar pada zaman hijrah dahulu telah banyak berkorban dalam membantu dakwah rasululullah s.a.w. Antara pengorbanan besar golongan Muhajirin pada masa tersebut ialah mereka ini sanggup meninggalkan keluarga, harta dan tanah air semata-mata untuk berhijrah bersama Rasulullah SAW. Bukan itu shaja, kaum muhajirin juga sanggup mengharungi berbgai jenis
penderitaan dan sanggup menggadaikan nyawa semasa dalam perjalanan hijrah Bersama rasulullah.
Manakala pengorbanan besar yang dilakukan oleh golongan Ansar Madinah pula ialah mereka ini sanggup memberikan bantuan dari segi tenaga, harta, dan tempat tinggal kepada orang2 Muhajirin.
Bukan itu sahaja, kaum ansar ini juga sanggup menawarkan isteri dan anak-anak mereka untuk dikahwini kepada orang2 Muhajirin yang berhijrah ke madinah. Jadi, kitab oleh lihat betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh kaum atau golongan muhajirin dan ansar dalam membantu urusan dakwah nabi pada masa tersebut. Sama lah macam kita pada hari ini, kita juga perlu bertolak ansur dan membuang sifat2 sombong, hasad dengki dan sebagainya bagi memelihara persaudaraan kita sesame umat islam.
Ok pengajaran yang terakhir ialah kebijaksanaan pemimpin adalah asas kepada pembangunan sesebuah tamadun. Hal demikian kerana didalam peristiwa persaudaraan muhajirin dan ansar, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan setiap kaum Muhajirin dengan kaum Ansar seperti mempersaudarakan saidina abu bakar dengan kharizah bin zaid, ja’far bin abi talib dipersaudarakan dengan muaz bin jabal, saidina umar bin khattab dipersaudarakan dengan itban bin malik al-khazraj, dan saidina ali dipersaudarakan dengan itmam bin malik al-khazraj. Bukan itu sahaja, kebijaksanaan nabi Muhammad sebagai seorang pemimpin juga dpat dilihat apabila nabi Muhammad s.a.w
mengatur stratergi untuk membentuk masyarakat islam yang bebas daripada sebarang ancaman dan baginda mengatur stratergi ekonomi, sosial, dan dasar-dasar pemerintahan islam bagi menciptakan suasana yang aman dan tenteram di kota Madinah pada masa tersebut. Oleh itu kita dapat melihat dengan jelas berdasarkan contoh yang diambil daripada nabi Muhammad s.a.w bahawa
kebijaksanaan pemimpin merupakan kunci utama dalam pembangunan sesebuah tamadun dan masyarakat yang majmuk sama ada pada zaman dahulu mahupun pada masa kini.
Seterusnya, kita lihat pada pengajaran melalui peristiwa Perang badar al-kubra. Ok peristiwa perang badar al kubra ini telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah bersamaan dengan 624M.
Perang badar al-kubra ini merupakan peperangan besar pertama dalam sejarah islam. Badar merupakan nama bagi sebuah lembah yang terletak di antara dua bukit diantara Makkah dengan Madinah. Peperangan tersebut telah melibatkan tentera Islam seramai 313 orang yang diketuai oleh nabi muhammad s.a.w dengan tentera Musyrikin Makkah seramai 1000 orang yang lengkap
bersenjata dibawah pimpinan abu jahal. Pada peringkat awal, tujuan tentera Islam bukanlah untuk berperang. Sebaliknya, tujuan mereka adalah untuk memintas kafilah dagang quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan yg sedang dalam perjalanan pulang Syam. kafilah itu membawa harta karun Quraisy yang sebahagiannya telah dicuri dari kaum Muhajirin ketika mereka masih di Mekah. Akan tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan bala tentera musuh yang jumlahnya lebih besar dan lengkap bersenjata. Semasa peperangan tersebut, Abu Jahal telah terbunuh di tangan dua orang pemuda Ansar bernama Muadz bin Amr al-Jamuh dan Mu'awwidz bin Afra'. Kematian Abu Jahal ini sekaligus menandakan akhirnya dari peperangan besar tersebut. Perang tersebut tamat dengan kekalahan di pihak kaum musyrikin dan kemenangan yg nyata bagi pihak muslim. Dalam peperangan tersebut, seramai 14 orang tentera muslim yg syahid iaitu enam org Muhajirin dan 8 org Ansar. Manakala jumlah tentera musyrikin yang tewas adalah sebanyak 70 orang tewas, 70 org tertawan dan bakinya melarikan diri. Kekalahan besar kaum musyrikin memberikan impak yang besar. Penduduk Mekah yang menerima berita itu seolah-olah tidak percaya dengan kekalahan tersebut. Manakala bagi tentera Islam, kekalahan ini meluaskan lagi pengaruh politik mereka di Semenanjung Tanah Arab.
Ok antara pengajaran yang dapat kita perolehi berdasarkan peristiwa perang badar al-kubra ini ialah pentingnya niat yang ikhlas dalam setiap perkara. Niat yang ikhlas semata-mata hanya kerana allah akan dibalas dengan kemenangan dan kejayaan sepertimana yang dicapai oleh tentera islam dalam peperangan badar. Hal demikian kerana peperangan badar pada masa tersebut merupakan titik penentuan bagi hala tuju islam dan perjuangan tersebut telahpun mengangkat martabat agama islam dan melaluinya jugalah agama Islam dapat tersebar secara meluas sehingga kini. Jika kita fikir secara logic, peperangan badar merupakan peristiwa yang luar biasa apabila tentera Islam yang jumlahnya lebih kecil, dan lemah dari sudut perlawanan mampu untuk memenangi pertempuran yang besar. Ini membuktikan bahawa orang yang ihklas berjuang demi mencapai keredhaan Allah SWT pasti akan mencapai kemenangan seperti yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t didalam al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya.” [Surah Al Imran ayat 123] Dalam ayat ini, Allah s.w.t menegaskan perlu adanya sifat ikhlas dan taqwa dalam diri apabila berjihad. Oleh itu, kita mestilah mempunyai niat yg ikhlas dalam setiap perkara terutamanya dalam perkara2 kebaikan.
Pengajaran kedua yg dapat kita perolehi berdasarkan peristiwa perang badar ialah Kita perlulah mentaati Pemimpin. Sikap para sahabat daripada kalangan Muhajirin dan ansar adalah merupakan terbaik yang dapat diteladani terutamanya ketika mendapatkan keputusan yang memerlukan kesepakatan yang padu daripada kesemua pihak. Mereka mentaati segala arahan dan perintah daripada Rasulullah s.a.w bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Bukan itu sahaja, para sahabat juga pada masa tersebut menyatakan keimanan dan kepercayaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w serta bersumpah untuk sentiasa taat dan berjuang Bersama-sama nabi.
Melalui perkara berikut, kita dapat melihat bagaimana ketaatan para sahabat kepada Rasulullah s.a.w dan begitu juga dengan kita pada hari ini, kita perlu mentaati pemimpin selagimana ianya tidak melanggar batas-batas hukum yang ditetapkan oleh syarak.
Pengajaran yang ketiga ialah Kita mestilah bijak dalam mengatur stratergi terutama stratergi didalam peperangan. Antara contoh yg dapat kita teladani ialah kepakaran nabi Muhammad s.a.w dalam strategi peperangan iaitu ketika baginda meyusun atur stratergi dalam peperangan tersebut, baginda mengambil kira setiap perkara termasuklah dari segi kekuatan dan kelemahan pihak Islam dan pihak musuh. Nabi Muhammad s.a.w juga telah mengutus beberapa orang sahabat untuk pergi menyelidiki pihak musuh serta kedudukan tentera islam dan tentera musuh dalam perang. Bukan itu sahaja nabi Muhammad s.a.w juga membahagiakn tentera Islam kepada beberapa pasukan yang terdiri daripada pasukan muhajirin dan pasukan ansar. Setelah mengatur barisan tentera muslimin, nabi Muhammad s.a.w menyampaikan beberapa strategi perang iaitu yang pertama mengarahkan tentera supaya tidak berperang sebelum menerima arahan daripada baginda. Kedua mengarahkan tentera menembak anak panah ke arah musuh sekiranya musuh terlalu ramai dan Yang ketiga tidak perlu tergesa-gesa menghunus pedang melainkan Ketika musuh mendekati. Kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w dalam Menyusun stratergi peperangan ini secara tidak langsung telah membawa kemenangan bagi pihak tentera muslimin. Oleh itu, kita mestilah bijak dalam merancang atau Menyusun sesuatu stratergi tidak kiralah sama ada stratergi dalam pembelajaran, kepimpinan dan sebagainya dengan mengambil contoh kebijaksanaan seperti yang digambarkan didalam peristiwa perang badar ini.
Pengajaran seterusnya yang dapat diambil daripada peristiwa perang badar ialah Kita
mestilah sentiasa bermunajat dan yakin terhadap pertolongan allah. Di dalam peristiwa perang badar ini, Rasulullah SAW mengajarkan kita walaupun kita telah menyusun strategi yang terbaik, namun jangan kita lupa kepada Allah Taala untuk kita menyerahkan segala urusan kepadanya.Husnu Thiqah Billah (Sangka Baik Dengan Allah) Sebagai pejuang Islam, kita mesti mempunyai sangka baik dengan Allah yang pasti membantu setiap hamba-Nya. Setelah kedua pasukan itu saling berhadapan, Rasulullah bersabda, 'Ya Allah, sesungguhnya orang Quraisy telah datang dengan kesombongan dan kesombongan mereka. Mereka memusuhi Engkau dan mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah, aku mengharapkan pertolongan-Mu sebagaimana yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, hancurkan mereka pagi ini." pada perang Badar, nabi Muhammad s.a.w melihat para sahabatnya berjumlah 300-an, dan melihat kaum musyrikin berjumlah seribu lebih. Ketika menghadapi saat genting, Baginda bermunajat dengan Allah demi survival Islam, bukan keselamatan baginda dan keluarganya.Kemudian beliau menghadap kiblat sambil mengangkat tangan dengan selendang dan sorban di pundaknya, beliau berdoa,
Ya Allah, penuhilah untukku apa yang Kau janjikan kepadaku. Ya Allah, berikan apa yang telah Kau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau biarkan pasukan Islam ini binasa, tidak ada lagi yang menyembah-Mu di muka bumi ini." (HR Muslim dan Ahmad) Sebuah doa dan pengharapan yang besar kepada Allah 'Azza wa Jalla. Beliau terus menerus meminta pertolongan dan berdoa kepada Allah. Dalam perang besar ini, Allah Ta'ala akhirnya memberikan pertolongan dengan mengirimkan 5.000 Malaikat yang memakai sorban putih. Allah mengutus malaikat. Juster itu, kita dapat melihat bahawa
Akhir sekali, pengajaran yang dapat diperolehi daripada peristiwa perang badar ialah Kesatuan merupakan Asas Kejayaan.
Walaupun bilangan tentera musyrikin Makkah lebih ramai daripada tentera Islam, tetapi mereka tidak bersatu dan berbelah bagi antara takut dan berani. Sedangkan tentera Islam walaupun sedikit, tetapi bersatu hati dan bersatu azam untuk bersama Rasulullah SAW walaupun orang Muhajirin terpaksa berhadapan dengan kaum dan bangsa mereka sendiri. Pada mereka ikatan tauhid mengatasi segala galanya. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi mencapai
kemenangan. Kaum Quraisy terlalu yakin bahawa mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang
memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah SAW telah berjaya menjalin
silaturrahim yang kuat sesama Islam.
Seterusnya, kita lihat pada pengajaran melalui peristiwa Perang ahzab. Perang ahzab ataupun juga dikenali sebagai Perang khandak dan Pengepungan Madinah telah berlaku pada bulan Syawal tahun ke5 Hijriah iaitu bersamaan dengan tahun 627 M. Perang tersebut melibatkan tentera musyrikin mekah seramai 10,000 manakala tentera muslim Madinah seramai 3,000 termasuk Wanita, kanak- kanak, dan golongan tua. Peperangan ini terjadi karena kaum Muslimin mendapat serangan
daripada berbagai kelompok musuh dan ianya dipelopori oleh pasukan gabungan antara kaum kafir Quraisy makkah dan kaum yahudi bani Nadir ataupun dikenali sebagai (al-ahzaab). Peperangan ahzab ini telah berlangsung selama satu bulan penuh dan berakhir setelah 27 hari. Di dalam peperangan ahzab ini, Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin telah menggali sebuah parit yang besar sebagai benteng pertahanan mereka. Dengan Rahmat Allah parit sepanjang 5544 m tersebut dapat tergali dalam tempoh 6 hari. Peperangan ini kemudiannya berakhir dengan adanya angin taufan yang membadai perkemahan musuh dan kemenangan jatuh di tangan kaum Muslimin.
Ok antara pengajaran yang dapat kita perolehi berdasarkan peristiwa perang ahzab ini adalah kita mestilah sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada allah. Hal demikian kerana, Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa dan meminta perlindungan daripada Allah supaya melumpuhkan kekuatan tentera ahzab dan menggoncangkan perkemahan pasukan mereka. Berkat daripada doa nabi Muhammad s.a.w tersebut, allah telah menurunkan ilham untuk membina parit melalui salman al-farisi serta mendatangkan ribut atau angin badai yang memporak perandakan tentera musyrikin dan membawa kemenangan kepada tentera muslimin. Oleh itu, perang Ahzab ini menunjukkan kepada kita betapa pentingnya doa dan tawakkal kepada allah s.w.t tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.
Pengajaran kedua yang dapat diperoleh daripada peristiwa perang ahzab ini ialah Kesabaran akhirnya akan membuahkan hasil. Hal demikian kerana, rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin sentiasa sabar dan tidak berputus asa semasa menggali parit yang besar dan luas sepanjang 5544 m sebagai benteng pertahanan mereka. Bukan itu sahaja, nilai kesabaran dalam peperangan ahzab ini juga dapat dilihat apabila nabi Muhammad s.a.w tetap bersikap tenang ketika mengetahui tentang pengkhianatan Bani Quraidzah yang menerima ajakan Bani Nadzir untuk memerangi kaum Muslimin dan membunuh Nabi. Meskipun berhadapan dengan pelbagai ujian namun nabi Muhammad s.a.w dan kaum Muslimin senantiasa bersabar dan percayanya dengan janji Allah s.w.t dan pertolongan- Nya. Mereka sedikitpun tidak berputus asa bahkan keyakinan dan keimanan mereka terhadap allah s.w.t bertambah kuat. Berkat kesabaran nabi dan kaum muslimin ini akhirnya telah membuatkan tentera muslimin mendapatkan kemenangan didalam peperangan tersebut. Justeru itu, jelaslah bahawa kesabaran ini pada akhirnya akan membuahkan hasil yang sangat menguntungkan. Hal demikian kerana kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya memerlukan usaha dan kesabaran yang sangat tinggi.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita mestilah Tidak mementingkan diri dan bekerjasama.
Berdasarkan peristiwa perang perang ahzab ini, kita dapat melihat dan meneladani sikap Rasulullah kepada para sahabatnya yang tidak mementingkan diri dan merasakan secara langsung seluruh penderitaan yang diderita oleh para sahabatnya serta turut bekerja bersama dengan para sahabatnya dalam membina benteng pertahanan dan tidak hanya sekadar memberi arahan sebagai seorang ketua. Selain itu, nilai Kerjasama dalam peristiwa perang ahzab dapat dilihat apabila Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin saling bekerjasama dan membantu untuk menggali parit yang besar sebagai
benteng pertahanan meskipun dalam keadaan yang lapar dan sangat letih. Justeru itu, kita dapat memahami bahawa kesatuan dan Kerjasama ini merupakan perkara yg sangat penting dalam
mencapai sesebuah kejayaan. bak kata perpatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Hal demikian kerana meskipun dalam kuantiti yang sikit tapi jika kita bekerjasama semua perkara akan berjalan dengan lancar.
Akhir sekali, pengajaran yang dapat kita perolehi daripada peristiwa perang ahzab ini ialah pentingnya mushawarah ataupun perbincangan dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Didalam peperangan ahzab ini, rasulullah s.a.w telah mengadakan musyawarah bersama para sahabat dalam situasi yang sangat genting bagi menghadapi serangan dahsyat daripada pasukan tentera Ahdzab. Berikutan dengan musyawarah tersebut, timbullah strategi perang khandaq yang diusulkan oleh Salman Al-Farisi r.a yang berasal dari Parsi. Beliau menyatakan bahwa orang Parsi akan membina parit sebagai benteng pertahanan jika mereka bimbang diserangan oleh pasukan berkuda.
Cadangan Salman al-farisi ini pun kemudiannya diterima oleh Rasulullah s.a.w dan tentera islam pun mula menggali parit sebagaimana yang dinyatakan oleh salman al-farisi. Dengan ini, kita dapat melihat bahawa perbincangan atau musyawarah ini sangat penting dan ianya memanfaatkan kerana setiap ahli mempunyai pandangan dan pengalaman yang berbeza-beza. Dan melalui perkara
terebutlah, kita dapat mengambil hikmahnya kerana musyawarah atau perbincangan ini dapat menyatukan berbagai pendapat dalam satu pandangan.
Seterusnya, kita lihat pada pengajaran melalui peristiwa Perang mu’tah. Perang Mu’tah merupakan peperangan antara tentera kaum muslimin seramai 3,000 orang dengan tentera bangsa Rom seramai 200,000 tentera. Peperangan ini berlaku pada tahun 629M berhampiran sebuah kampung bernama Mu’tah. Sebab terjadinya peperangan ini adalah kerana terbunuhnya utusan yang dihantar oleh nabi Muhammad s.a.w. Pada masa tersebut, Rasulullah s.a.w telah mengirim surat melalui utusannya, Harits bin Umair r.a kepada Raja Bushra. Akan tetapi, sewaktu utusan nabi sampai di Mu’tah iaitu dibahagian timur Jordan, dia dihadang dan dibunuh. Sedangkan mengikut adat yang ada pada masa tersebut dan sehingga sekarang, utusan tidak boleh dibunuh dan sekiranya utusan tersebut dibunuh, maka ianya sama seperti mengisytiharkan perang. Berikutan dengan kejadian itu, Rasulullah s.a.w marah dan baginda mengirim pasukan perang yang terdiri daripada khulafa’ ar-rashidin pada Jumadil Awal tahun ke-8 Hijriah. Peperangan tersebut berlaku dengan sangat dahsyat dimana pusat
perhatian musuh tertumpu kepada pembawa bendera kaum muslimin yang dipegang oleh panglima pertama Zaid bin Haritsa r.a. dan akhirnya syahid dalam peperangan tersebut. bendara perang kemudia diambil pula oleh panglima kedua, Ja’far bin Abi Thalib r.a Beliau berperang habis-habisan seahingga tangan kananya terputus, lalu bendera dibawa dengan tangannya kirinya hingga terputus pula dan dirangkul bendera dengan dadanya sehingga terbunuh dengan terdapat lebih daripada 90 luka akibat tebasan pedang, tusukan panah dan tombak. Kemudian bendera perang dibawa pula oleh panglima ketiga iaitu Abdullah bin Rawahah r.a dan berperang sehingga mati syahid. Agar bendera perang tidak jatuh maka tentera islam mengangkatnya dan bersepakat untuk menyerahkannya kepada Khalid bin Walid r.a maka beliau pun membawa bendera perang. Dan akhirnya, Khalid al- walid r.a pun berperang habis-habisan sehingga sembilan bilah pedang patah di tangannya.
Peperangan ini tercatat di dalam sejarah sebagai sebuah peperangan besar. Hal demikian kerana meskipun peperangan Mu’tah ini sangat dasyat, namun jumlah tentera rom yang terkorban sangatlah banyak manakala tentera islam yang mati syahid hanya 12 orang termasuklah ketiga-tiga panglima perang yang dilantik oleh nabi Muhammad s.a.w, dan kesemua mereka ini memiliki
kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Berikutan dengan kemenangan kaum muslimin, bangsa Rom
semakin kehilangan kepercayaan daripada pengikutnya dan martabat bangsa Rom juga tidak menjadi semakin baik pada pandangan bangsa lain.
Ok antara pengajaran yang boleh kita perolehi berdasarkan peristiwa perang mu’tah ini ialah yang pertama kepentingan menyusun stratergi. Antara salah satu strategi yang disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan mu’tah adalah pergerakan yang besar. Baginda telah mengirim seramai 3000 orang tentera menuju Perang Mu’tah dan jumlah tersebut adalah jumlah pasukan terbesar yang dimiliki oleh kaum muslimin setelah Perang Ahzab. Selain itu, Nabi
Muhammad s.a.w juga telah memilih 3 orang panglima sekaligus sebagai pengganti sekiranya panglima pertama gugur terlebih dahulu. Stratergi ini sangat membantu dalam situasi perang yang sangat kacau. Stratergi lain yang disusun semasa perang mu’tah ialah Panglima perang telah membahagikan tentera menjadi lima pasukan iaitu pasukan dihadapan, dibelakang, di sebelah kanan, dan di sebelah kiri, serta dibahagian tengah sebagai pasukan utama bagi menampakkan seakan-akan tentera islam ni ramai. Stratergi seterusnya dilakukan oleh khalid, iaitu dengan mengubah semula kedudukan setiap pasukannya iaitu pasukan depan ke belakang dan sebaliknya, pasukan kanan ke kiri dan sebaliknya, sehingga tampak bagi musuh bahwa kaum muslimin mendapat bantuan tentara yang baru dan menimbulkan rasa takut dalam hati mereka dan menjadi sebab kekalahan mereka.
Pengajaran kedua yang dapat diperoleh daripada peristiwa perang mu’tah ini adalah Keberanian pemimpin dalam menegakkan agama islam. Berdasarkan peristiwa perang mu’tah ini, kita dapat melihat keberanian dan kehebatan ketiga-tiga panglima perang yang sanggup
menggadaikan nyawa mereka didalam peperangan. Bukan itu sahaja, nilai keberanian juga dapat dilihat didalam peristiwa perang mu’tah ini apabila Abdullah bin Rawahah memberikan kata semangat kepada para pasukannya dengan mengatakan bahwa perjuangan mereka itu bukanlah untuk beradu kekuatan, melainkan untuk membela agama serta mendapatkan syahid sekiranya gugur didalam peperangan tersebut dan mereka sedikitpun tidak gentar dengan bilangan musuh yang banyak kerana mereka yakin bahawa Allah pasti Bersama-sama dengan mereka. Ini
menunjukkan betapa besarnya peperangan tersebut dan keberanian para panglima Islam dalam memerangi musuh demi mempertahankan Islam. Jadi, sebagai pemimpin ataupun khalifah allah di muka bumi ni, kita juga perlu berani untuk bangkit dan memperjuangkan kebenaran sepertimana yang dilakukan oleh nabi Muhammad dan para sahabat meskipun bayarannya adalah nyawa kita sekalipun.
Pengajaran yang ketiga ialah kita dapat melihat izzah/ kemuliaan agama islam. Berdasarkan peristiwa perang mu'tah ini, Nabi Muhammad s.a.w ingin menunjukkan izzah agama islam dengan berpesan kepada tentera islam untuk sentiasa mematuhi peraturan dalam peperangan. Aturan2 perang yang dimaksud adalah berperang dengan nama Allah, tidak membunuh anak-anak, wanita, orang tua & sebagainya. Bukan itu sahaja nabi muhammad juga menolak apabila panglima perang mengutuskan surat kepada nabi yang meminta agar menambahkan bilangan pasukan.Bahkan baginda kembali menegaskan kepada pasukannya bahwa mereka berperang bukan karena kekuatan, melainkan karena membela agama Allah dan mereka perlu yakin terhadap kekuasaan Allah. Oleh kerana kebergantungan dan keyakinan mereka yg sangat tinggi kepada Allah, maka Allah s.w.t mencampakkan perasaan takut kedalam hati pihak musuh sehingga mereka lari meninggalkan medan perang dan dengan itu kemenangan jatuh kepada kaum muslimin. Kemenangan umat islam tersebut bukanlah kerana kekuatan mereka melainkan kerana ketaatan mereka kepada allah s.w.t sebagaimana yg digambarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah ahzab ayat 25 yg
bermaksud “Dan Allah memelihara kaum muslimin dari peperangan". Justeru itu, Kita dapat melihat kemuliaan agama islam melalui sirah dan kisah-kisah yang berlaku pada zaman dahulu. Dan apa yang
kita boleh lakukan sekarang ialah memelihara dan tidak mencemarkan kemuliaan agama islam yang telah diperjuangkan oleh nabi Muhammad dan para sahabat.
Akhir sekali, pengajaran yg dapat kita perolehi daripada peristiwa perang mu'tah ini adalah Kesedihan atas sesuatu musibah merupakan sesuatu yang wajar. ini adalah sebagaimana yang berlakh sewaktu Rasulullah s.a.w menceritakan tentang peperangan tersebut. Rasulullah s. a. w naik ke mimbar dalam keadaan sedih. baginda menitiskan air mata dan berkata, “Bendera perang dibawa oleh Zaid lalu berperang hingga mati syahid, lalu bendera diambil oleh Ja’far dan berperang hingga mati syahid, lalu bendera perang dibawa oleh Siafullah iaitu Khalid bin Walid sehingga Allah memenangkan kaum muslimin.” Setelah itu, baginda mendatangi keluarga Ja’far dan menghibur mereka serta membuatkan makanan untuk mereka. Tampak mukjizat kenabian, ketika mana Rasulullah s. a. w menyampaikan kepada para sahabat di Madinah tentang kematian tiga panglimanya. Rasulullah s. a w sedih atas kematian tiga panglimanya, menunjukkan rahmatnya kepada umatnya dan bahwasanya baginda berusaha menentramkan jiwanya untuk bersabar terhadap musibah. Dan ini lebih baik daripada yang tidak sedih dan tidak tersentuh oleh musibah sama sekali. Jadi adalah wajar sekiranya kita bersedih atas kehilangan sesuatu ataupun orang yang kita sayangi akan tetapi kita tidak boleh meratapi dan mestilah tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit daripada kesedihan tersebut.