• Tidak ada hasil yang ditemukan

analisis kandungan kemahiran bahasa melayu dalam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "analisis kandungan kemahiran bahasa melayu dalam"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS KANDUNGAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU DALAM KURIKULUM PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Content Analysis of Bahasa Melayu Skills in the Malaysian Preschool Curriculum

Habibah @ Artini Ramlie

habibah_artini@ums.edu.my

Universiti Malaysia Sabah Norshahrul Marzuki Mohd Nor

norshahrul@fsk.upsi.edu.my

Universiti Pendidikan Sultan Idris Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

munaruzanna@ukm.edu.my

Universiti Kebangsaan Malaysia Saifulazry Mokhtar saifulazry.mokhtar@ums.edu.my

Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meneroka kandungan kemahiran Bahasa Melayu kurikulum prasekolah di Malaysia khususnya dalam aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca serta Kemahiran Menulis.

Data diperoleh melalui kaedah analisis kandungan. Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 serta Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017) digunakan untuk mengenalpasti kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat prasekolah dalam kemahiran yang dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan dokumen berkenaan memenuhi keperluan kurikulum pendidikan prasekolah yang bertujuan supaya murid menguasai kemahiran bahasa secara berkesan. Justeru kajian mencadangkan guru melakukan persediaan pengajaran dengan efektif agar murid memperoleh pembelajaran menyeronokkan. Hal ini akan meningkatkan kreativiti guru dalam menghasilkan bahan pengajaran serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian murid berpandukan KSPK Semakan 2017 terkini.

Kata kunci : Prasekolah; kemahiran Bahasa Melayu; Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001; Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK); Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan pentaksiran sekolah.

ABSTRACT

This study aimed to explore contents of Bahasa Melayu skills in the Malaysian preschool curriculum in Speaking and Listening Skill, Reading Skill and Writing Skill. Information obtained through the content analysis method. The National Preschool Curriculum 2001 and the National Preschool Standard Curriculum (Curriculum and Assessment Standard Document (KSPK DSKP 2017 Revision)) for Bahasa Melayu were used to identify the contents of the Bahasa Melayu skills in the preschool curriculum. The results showed that both documents fulfilled the needs of preschool education curriculum, which aimed for students to master language skills effectively. This paper also proposes teachers to prepare effective and fun instructional lessons

(2)

for their students, which increases teacher’s creativity in designing teaching aids and varying their learning strategies according to the suitability of the students based on the latest KSPK 2017 Revision.

Keywords : Preschool, Bahasa Melayu skills, National Preschool Curriculum 2001, National Preschool Standard Curriculum (KSPK), Curriculum and Assessment Standard Document (DSKP) and school assessment

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah proses pendedahan awal yang penting kerana ia antara elemen utama dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak secara formal. Perkembangan pendidikan peringkat prasekolah di Malaysia bermula setelah Akta Pendidikan 1996 digazetkan. Ia mendatangkan satu impak yang besar terhadap pendidikan prasekolah kerana akta berkenaan membolehkan sistem pendidikan kebangsaan dilengkapi dengan pendidikan prasekolah. Penekanan dalam peruntukan akta ini adalah akses pendidikan prasekolah bagi murid yang berusia lingkungan 4 hingga 6 tahun (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Peluang mengikuti pendidikan prasekolah boleh diakses semua kanak-kanak tanpa melihat aspek demografi seperti agama, latar belakang sosial, lokasi kediaman serta kondisi kesihatan fizikal dan mental termasuklah perkembangan keupayaan intelek kanak-kanak tersebut. Program pendidikan prasekolah bertujuan menghasilkan murid yang berkeyakinan diri, mempunyai cita-cita tinggi, memiliki ketahanan dan semangat juang, berusaha gigih serta mampu memperbaiki diri. Pendedahan serta pengalaman awal persekolahan dengan adanya pembelajaran yang efektif akan dapat memberikan keyakinan, kemahiran serta nilai diri yang positif kepada murid bagi menghadapi peringkat pembelajaran seterusnya di sekolah rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:1). Khusus untuk para murid yang memiliki keperluan khas atau MBK (Murid Berkeperluan Khas), mereka diberikan peluang menghadiri persekolahan sama ada dalam kelas biasa mahupun kelas khas yang bersesuaian dengan situasi serta keadaan keperluan mereka (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:1). Sehingga Jun 2019, jumlah murid berdaftar dalam pendidikan prasekolah di seluruh negara adalah seramai 207,227 orang dengan jumlah sebanyak 6,185 buah institusi dan 9,506 bilangan kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001

Pengoperasian kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) bermula pada tahun 1992 yang digubal berasaskan prinsip Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ia disusuli dengan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2001 sebagai satu langkah awal meningkatkan mutu pendidikan peringkat prasekolah yang menjadi sumber serta rujukan piawai semua pengusaha tadika (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama ini telah dilaksanakan pada tahun 2003. Sebelum itu, satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018a:4). Dokumen kurikulum dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 adalah Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan pelajaran, modul-modul Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, buku rekod pengajaran, surat pekeliling dan surat siaran yang berkaitan dan rekod-rekod pentaksiran dan penilaian.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 (Rajah 1) dibangunkan berasaskan Model Konseptual Kurikulum dengan berpaksikan aspek Amalan Bersesuaian Perkembangan Kanak-kanak (ABP) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:5). Ia menekankan domain Bahasa dan Komunikasi bagi meningkatkan literasi serta kemahiran murid dalam aspek berbahasa dan berkomunikasi di samping memupuk keyakinan dalam diri murid untuk berhadapan dengan cabaran era globalisasi.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 juga memfokuskan aplikasi kaedah pengajaran dan

(3)

pembelajaran yang selari dengan perkembangan diri, peringkat umur, bakat, kebolehan, minat dan kecenderungan murid. Hasil pembelajaran (outcome-based learning) terhadap perkara yang seharusnya diketahui, difahami serta diamalkan oleh para murid hasil dari pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat integrasi serta fleksibel diberikan penekanan utama. Kesannya murid akan mempunyai kecekapan berkomunikasi, mempunyai kemahiran berfikir, memiliki akhlak mulia dan mengamalkan etika yang baik, memiliki keyakinan dan disiplin yang tinggi, sihat fizikal dan cergas; kreatif, ekspresif dan imaginatif. Penguasaan aspek kecekapan dan kemahiran-kemahiran ini diharap dapat membantu murid untuk bersedia melangkah ke sekolah rendah sebagai persediaan awal (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:7).

Rajah 1. Model Konseptual Kurikulum dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001. Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2001:5)

Selain dari berpandukan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak hala tuju dan wawasan negara, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 juga digubal berasaskan falsafah dan teori-teori berkaitan aspek pendidikan awal kanak-kanak merangkumi aspek perkembangan serta psikologi kanak-kanak. Ia turut menekankan kecenderungan aliran pembelajaran masa kini seperti konsep e-pembelajaran, teori kecerdasan emosi dan teori kepelbagaian kecerdasan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:2).

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 mengalami transformasi pada tahun 2010 dengan memfokuskan aspek kurikulum berpusatkan murid. Konsep kurikulum ini dilaksanakan berdasarkan

(4)

syor serta saranan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6/2008 dan diluluskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 3/2009 dengan penjenamaan semula sebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk digunapakai di semua prasekolah di Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017b:3). Mulai 1 Januari 2010, KSPK 2010 dilaksanakan di semua prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2010. KSPK 2010 berkesinambungan dari Model Konseptual Kurikulum dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 kerana ia masih berasaskan prinsip amalan yang koheran dengan perkembangan serta teori pembelajaran kanak-kanak namun dengan beberapa penambahan serta pengubahsuaian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:1) Antaranya KSPK 2010 digubal berdasarkan reka bentuk kurikulum berasaskan standard, berbentuk modular serta berkisar kepada enam tunjang yang bakal diteruskan di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Penggubalan KSPK 2010 turut mengambil kira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku. KSPK 2010 kemudian disemak semula untuk melengkapkan keperluan perubahan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan penghasilan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017. Tujuan penyemakan ini adalah bagi memastikan mutu kurikulum Pendidikan prasekolah setaraf dengan piawaian antarabangsa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017b : 3).

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017

Reka bentuk KSPK 2017 yang disemak semula masih berasaskan kesepaduan enam tunjang dalam KSPK 2010. Enam tunjang dizahirkan untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan modal insan. Tunjang-tunjang tersebut adalah Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Komunikasi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika, Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Keterampilan Diri serta Tunjang Sains dan Teknologi. Tunjang tersebut bersifat sepadu dengan pemikiran kritis, imaginatif, kreatif dan inovatif kerana objektif aspek kesepaduan yang dihasratkan adalah menghasilkan murid yang mampu menghayati nilai murni berpaksikan ajaran agama, memiliki pengetahuan, berketerampilan diri serta berpemikiran luar biasa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:3). Kesepaduan antara tunjang diambil kira di peringkat penggubalan kurikulum dan dijelmakan semasa pelaksanaan kurikulum (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017b:13).

Matlamat KSPK Semakan 2017 adalah memperkembangkan potensi murid prasekolah secara holistik dalam aspek jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial. Potensi tersebut dipupuk menerusi suasana pembelajaran selamat yang dilengkapi dengan aktiviti pembelajaran menyeronokkan, kreatif serta bermakna. Tujuannya bagi meningkatkan kemahiran, melahirkan konsep kendiri yang memberangsangkan dan bersifat positif serta memupuk keyakinan diri agar murid bersedia untuk mengikuti pembelajaran seterusnya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:2). Dari sudut objektif, KSPK Semakan 2017 menyediakan peluang kepada murid untuk menggunakan bahasa bagi tujuan berkomunikasi dan berinteraksi secara efektif, mengaplikasikan nilai keislaman dalam amalan kehidupan harian (bagi murid Muslim), mempraktiskan nilai murni dan norma masyarakat Malaysia, peka serta prihatin terhadap budaya masyarakat Malaysia serta menghargainya, memelihara alam sekitar, memupuk keyakinan diri dan memperkembangkan konsep kendiri yang positif, mempraktikkan amalan kesihatan, membina fizikal yang cergas serta menjaga keselamatan diri, memperkembangkan kreativiti dan nilai estetika di samping mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dan mampu mengatasi masalah dalam kehidupan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:2). Secara lebih khusus, penambahan dalam KSPK Semakan 2017 boleh dilihat dalam Jadual 1.

Jadual 1. Penambahan dalam KSPK (Semakan 2017). Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2001, 2017b)

Aspek Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

(KSPK) 2010

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

(KSPK) Semakan 2017 Reka Bentuk Reka bentuk berpandukan : Reka bentuk berpandukan : Reka bentuk berpandukan :

(5)

Kurikulum Model Konseptual Kurikulum

Model Konseptual Kurikulum

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Model Konseptual Kurikulum

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Standard Prestasi Dokumen

Kurikulum Dokumen Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017 Peruntukan

Masa Bahasa Melayu bagi kelas prasekolah yang bahasa pengantar bukan Bahasa Melayu - Sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu

Bahasa Inggeris bagi kelas prasekolah yang bahasa pengantar bukan Bahasa Inggeris - Sekurang-kurangnya satu (1) jam seminggu

Mengikut minit seminggu

Peruntukan masa seminggu

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil : 90 minit

Aktiviti luar : 80 minit

Modul bertema : 430 minit (SK) dan 340 minit (SJK)

Mengikut minit seminggu

Peruntukan masa seminggu

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil : 60 minit

Aktiviti luar : 120 minit

Pembelajaran bersepadu : 800 minit (SK) dan 740 minit (SJK) Penekanan

Strategi PdP

Pendekatan bermain sambil belajar

Pendekatan bertema

Pendekatan bersepadu

Teknologi maklumat dan komunikasi

Pendekatan bertema Pendekatan bertema

Pendekatan yang berasaskan projek

PdP diadakan pusat pembelajaran

Dalam aspek reka bentuk kurikulum, KSPK Semakan 2017 dilengkapkan dengan Model Konseptual Kurikulum, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran serta Standard Prestasi untuk tujuan pentaksiran oleh para guru. Hal ini membawa kepada beberapa penambahan dalam kandungan dokumen kurikulum melibatkan tiga perkara iaitu aspek kandungan (penambahbaikan kandungan yang bersesuaian dengan trend global dan keselamatan diri), aspek pedagogi (pendekatan pembelajaran secara kontekstual dan bersifat mendalam) serta aspek pentaksiran (pentaksiran secara berterusan terhadap perkembangan pembelajaran murid) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).

Penekanan turut berfokus kepada aspek KBAT iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang tertera dengan jelas dalam Standard Pembelajaran. Oleh itu, para guru seharusnya menterjemahkan Standard Pembelajaran dengan menekankan unsur kemahiran tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:1).

Jadual 2. Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam KSPK Semakan 2017. Sumber : (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:21).

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Pernyataan yang khusus dan

spesifik mengenai perkara yang perlu diketahui dan mampu dilakukan oleh murid dalam sesi persekolahan yang mencakupi aspek pengetahuan, nilai serta kemahiran.

Penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran serta pencapaian yang boleh diukur untuk setiap standard kandungan.

Set kriteria umum yang

memaparkan tahap prestasi yang seharusnya dipamerkan oleh murid bagi menunjukkan murid telah menguasai perkara tersebut.

(6)

Dari aspek peruntukan masa, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 memperuntukkan agar masa pembelajaran Bahasa Melayu bagi kelas prasekolah yang bahasa pengantar bukan Bahasa Melayu adalah sekurang-kurangnya dua jam seminggu manakala pembelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas prasekolah yang bahasa pengantar bukan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya satu jam seminggu. Selari dengan tuntutan semasa dengan berpandukan teori pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih daripada satu bahasa, KSPK 2010 memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris berbanding Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018a:4). Walaupun masa untuk pembelajaran bahasa kemudian dikurangkan kepada 60 minit seminggu dalam KSPK Semakan 2017, namun masa untuk aktiviti luar telah ditambah dan pembelajaran bersepadu diperkenalkan. Ia adalah satu proses penggabungjalinan beberapa kemahiran yang seharusnya dapat dikuasai oleh murid dalam satu masa. Pembelajaran tidak dipisahkan kepada disiplin ilmu yang berbeza-beza kerana ia dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Pendekatan ini turut menitikberatkan kesepaduan antara tunjang, kesepaduan kemahiran dan nilai, kesepaduan antara beberapa kemahiran serta kesepaduan antara aktiviti dengan pelbagai kaedah dan teknik selain menekankan kesepaduan pelbagai disiplin ilmu. Kelebihannya adalah ia akan dapat memenuhi keperluan murid yang berbeza- beza dalam aspek latar belakang, perkembangan, minat serta kebolehan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:11). Pendekatan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KSPK Semakan 2017 juga dilengkapkan dengan pendekatan berasaskan projek serta pelaksanaan di pusat pembelajaran selain dari menggunakan pendekatan belajar sambil bermain dan pendekatan bertema dalam kurikulum sebelumnya.

SOROTAN LITERATUR

Kemahiran Bahasa Melayu murid prasekolah terdiri dari kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur serta kemahiran menulis. Membaca adalah satu kemahiran bahasa yang penting kerana kelemahan penguasaan bahasa akan menjejaskan kemajuan kanak-kanak. Hal ini kerana bahasa adalah medium perantaraan untuk menerima segala jenis ilmu pengetahuan serta menjadi wadah perantaraan yang akan membolehkan kanak-kanak memperoleh, menyusun dan menyampaikan idea serta pengalaman mereka (Thanavalli Subrahmonion, 2016). Dalam hal ini, kajian oleh Kamisah Buang dan Rohaty Mohd. Majzub pada tahun 2012 mencadangkan satu modul membaca diwujudkan agar kemahiran membaca dapat diperkembangkan berbanding proses belajar membaca tanpa adanya modul khusus. Kajian oleh Sharipah Amalhayaty Syed Ahmad (2015) seterusnya membuktikan keberkesanan satu kaedah pengajaran yang sesuai digunakan oleh murid prasekolah bagi meningkatkan kemahiran membaca ayat mudah dan mengeja perkataan dalam bahasa Melayu iaitu Kaedah Fonik. Kemahiran membaca di peringkat prasekolah menurut kajian Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali pada tahun 2011 juga boleh dipupuk menerusi kaedah bermain. Hal ini disokong oleh kajian Aliza Ali dan Zamri Mahamod (2015) yang mencadangkan kaedah tersebut untuk memantapkan kemahiran berbahasa murid prasekolah menerusi penghasilan modul pendekatan berasaskan kaedah bermain. Sebagai tambahan, kaedah literasi visual seperti kartun juga boleh dilakukan seperti kajian yang dijalankan oleh Nur Idayu Yusi (2017) ke atas pelajar sekolah rendah.

Kajian oleh Surayah Zaidon dan Aminah Ayob (2013) untuk meninjau kebolehan murid prasekolah dalam menulis serta memperoleh kefahaman tentang penulisan kanak-kanak dalam aspek penjanaan idea dan kebolehan bahasa pula menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat menggunakan kosa kata yang sesuai dan mempunyai kohesi ayat yang jelas. Namun, binaan ayat yang dihasilkan adalah kurang variasi. Dari segi penjanaan idea, murid prasekolah mampu menghasilkan penulisan secara bebas walaupun idea yang diutarakan adalah terbatas, kurang sesuai dan tidak kreatif. Oleh itu, murid prasekolah perlu dibimbing dan sentiasa diberikan galakan untuk menulis secara bebas untuk membendung pelbagai masalah penulisan sejak dari peringkat awal. Dalam hal ini, kajian melalui analisis pedagogi hermeneutik yang dilakukan oleh Suppiah Nachiappan, Subashini Santhrasaygran, Hari Krishnan Andi, Velayudhan, P. K. Veeran dan Fatimah Mohd Zulkafaly (2012) mendapati guru

(7)

prasekolah masih boleh melakukan penambahbaikan dalam proses penyediaan aktiviti bertulis yang mencabar. Kaedah hermeneutik adalah suatu proses menginterpretasi teks iaitu mencari makna dalam perkataan yang ditulis atau merekodkan dapatan semasa mengkaji apa yang dikehendaki (Suppiah Nachiappan, Gan Sue Yin & Sangkari Chandra Sehgar, 2018).

Menyentuh aspek kurikulum, kemahiran mendengar dan bertutur, membaca serta menulis ketika peringkat prasekolah perlu disokong oleh kurikulum yang mantap samada dari aspek kandungan mahupun kaedah pentaksiran kerana ia melibatkan pencapaian serta perkembangan awal kanak-kanak.

Menurut Ornstein dan Hunkins (2012), kurikulum merupakan suatu dokumen perancangan.

Pelaksanaan kurikulum oleh guru merujuk kepada cara guru menterjemahkan kandungan kurikulum tersebut. Keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum bersandarkan kepada kefahaman guru serta kemampuan melaksanakan kurikulum seperti yang dihasratkan dalam bilik darjah. Para guru perlu melaksanakan strategi pengajaran yang inovatif (Clarke & Hollingsworth, 2002) untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sesebuah kurikulum. Hal ini kerana jika sebelum ini para guru lebih dilihat sebagai penyedia pengetahuan, sekarang para guru dianggap lebih berperanan sebagai fasilitator dalam menyokong proses pembelajaran serta membangunkan kecerdasan pelbagai dan kebolehan kendiri murid (Yin, Mo & Kwok, 2001). Oleh itu, dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 dan KSPK 2010, Huraian Kurikulum Prasekolah disediakan untuk membimbing para guru serta pengusaha prasekolah agar kurikulum dapat dilaksanakan dengan efektif. Diteruskan dalam KSPK Semakan 2017, penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) adalah manifestasi kurikulum berasaskan standard tersebut. DSKP menjadi wadah utama panduan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Sekolah ke atas para murid kerana ia penting sebagai rujukan pentaksiran untuk pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016:3). Terkandung di dalamnya Standard Kandungan, Standard Pembelajaran serta Standard Prestasi yang perlu dilaksanakan secara selari (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:xi). Menerusi DSKP juga, murid ditaksir secara konsisten dan berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid bagi membolehkan guru membuat tindakan susulan yang diperlukan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:1).

PERNYATAAN MASALAH

Kejayaan sistem pendidikan terbina atas kurikulum dan kualiti guru. Dalam konteks pendidikan prasekolah di Malaysia, kurikulum prasekolah digubal untuk menyediakan murid dengan pengetahuan bermakna menerusi kandungan kurikulum pendidikan prasekolah sebelum melangkah ke Tahun Satu (Jain Chee, 2017). Pelaksanaan kurikulum kesan perubahan sesebuah kurikulum yang baru seperti yang berlaku dalam kurikulum prasekolah bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana selain dari komuniti, perubahan kurikulum tersebut secara langsung akan melibatkan pelaksana kurikulum iaitu guru. Dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah sebelum ini, guru prasekolah menurut Lihanna Borhan (2005) kurang mengamalkan pendekatan pengajaran mengikut Amalan Bersesuaian Perkembangan Kanak-kanak (ABP). Walaupun terdapat dalam kalangan guru prasekolah yang mengetahui kepentingan ABP yang terkandung di dalam panduan KSPK, tetapi mereka menghadapi masalah untuk melaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid. Kajian Mariani Md Nor (2006) mendapati guru prasekolah terlalu memberikan penumpuan terhadap keperluan akademik murid sebagai ukuran prestasi kerja mereka. Guru prasekolah mengetahui untuk menggunakan pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema dan penggunaan teknologi maklumat namun sayangnya mereka tidak mengikut ABP murid. Ini boleh memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan murid di prasekolah. Kajian Anida Sarudin, Dahlia Janan, Zulkifli Osman dan Ahmad Khair Mohd Noor (2018) juga menunjukkan guru-guru prasekolah kurang mempunyai kemahiran pedagogi khususnya dalam mengasah kemahiran kognitif murid.

Apabila KSPK Semakan 2017 seterusnya diperkenalkan, dapatan kajian Mohd Nazri Abdul Rahman dan Wan Nurul Baizura Wan Mohamad Noor (2018) menunjukkan bahawa cabaran terbesar guru prasekolah untuk melaksanakan KSPK Semakan 2017 adalah salah faham tentang konsep dan

(8)

elemen KSPK Semakan 2017 daripada pelbagai pihak. Justeru persoalan yang timbul di sini adalah apakah unsur-unsur penambahan dalam kurikulum semakan terbaru ini? Khusus untuk mata pelajaran bahasa Melayu, apakah penambahan kandungan dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 selepas semakan dilakukan pada tahun 2010 dan 2017 dalam aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca serta Kemahiran Menulis? Berdasarkan perkara ini, kajian ini dijalankan untuk meneroka kandungan kemahiran bahasa Melayu dalam kurikulum prasekolah di Malaysia agar para guru dapat menghasilkan bahan pengajaran serta mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid prasekolah menerusi kefahaman terhadap pelaksanaan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi berpandukan KSPK Semakan 2017 terkini. Pentingnya analisis kandungan dokumen kurikulum berkenaan dilakukan dalam kajian ini agar ia dapat memberikan kefahaman mudah kepada guru-guru prasekolah termasuk para guru prasekolah permulaan yang berhadapan dengan masalah untuk melaksanakan penyampaian kandungan kurikulum prasekolah tersebut (Abdul Halim Masnan, 2014;

Jain Chee, 2017).

OBJEKTIF

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

i. Meneroka kandungan kemahiran Bahasa Melayu dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 serta Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017) dalam aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

ii. Meneroka kandungan kemahiran Bahasa Melayu dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 serta Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017) dalam aspek Kemahiran Membaca.

iii. Meneroka kandungan kemahiran Bahasa Melayu dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 serta Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017) dalam aspek Kemahiran Menulis.

METODOLOGI

Kajian ini dilaksanakan dengan mengaplikasi kaedah analisis kandungan. Menurut Cohen, Manion dan Morrison (2007), kaedah ini adalah satu proses untuk membuat rumusan dan melaporkan data secara bertulis. Ia dilakukan dengan melakukan analisa terhadap kandungan teks sama ada kandungan teks tersebut adalah sumber dokumen berbentuk rasmi mahupun dokumen tidak rasmi (Ghazali Darussalam & Sufean Hussin, 2016). Ulasan dan pengamatan diberi terhadap perkara yang dilihat, didengar, dibaca, diperkatakan dan seumpamanya untuk meneroka tema dan persoalan dari bahan tersebut. Kaedah ini merupakan sebahagian dari teknik melakukan penyelidikan khususnya yang berkenaan teks bertulis tertentu. Bezanya strategi ini dengan kaedah lain ialah ia menggunakan analisis bukan manusia tetapi perkataan pada surat, buku, program, wayang gambar dan sebagainya (Sulaiman Masri, 2003). Pada kebiasaannya, terdapat dua jenis kajian analisis kandungan iaitu analisis konseptual dan analisis relational atau semantik. Analisis konseptual membuat kajian terhadap konsep-konsep sesuatu kandungan teks seperti kandungan dari siri teks-teks ucapan yang diteliti dari sudut makna eksplisit dan implisit manakala analisis semantik mengkaji hubungan antara konsep- konsep yang bermakna (Ghazali Darussalam & Sufean Hussin, 2016). Dalam kajian ini, analisis kandungan dokumen dilakukan secara analisis konseptual dan data yang diperolehi adalah bersifat deskriptif (penghuraian dan pemerihalan).

Instrumen kajian ini secara khusus adalah dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 dan Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen

(9)

Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP KSPK Semakan 2017). Justifikasi penetapan ini adalah kerana kandungan KSPK 2010 telah terangkum dalam KSPK Semakan 2017. Tempoh pelaksanaan dan perubahan selepas 16 tahun Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 digubal sehingga KSPK Semakan 2017 dilaksanakan mampu memberikan maklumat penambahan yang lebih jelas dan jitu menerusi analisis kandungan berbentuk perbandingan antara dokumen kurikulum awal serta dokumen terkini kurikulum yang dibincangkan.

Untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan, pengkaji menstrukturkan kandungan dokumen-dokumen berkenaan dengan melakukan pengkodanan serta pengkategorian teks secara

open coding’ dan ‘axial coding’. ‘Open coding’ akan memberikan kefahaman yang menyeluruh tentang perkara-perkara utama yang ditekankan dalam dokumen yang dianalisis. Justeru pada langkah pertama, pengkaji membaca kandungan dokumen-dokumen kurikulum yang ditetapkan untuk mendapatkan pemahaman yang jelas mengenai kandungan dokumen.

Dalam langkah kedua, pengkaji melakukan analisis dan membuat pengkategorian (axial coding). Dua kategori utama terhasil menerusi langkah ini. Kategori atau bahagian pertama adalah butiran berhubung konsep Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001, konsep KSPK 2010 serta konsep KSPK Semakan 2017. Manakala kategori kedua adalah butiran kandungan Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001, KSPK 2010 serta kandungan DSKP KSPK Semakan 2017 mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat prasekolah. Tidak ada keperluan untuk melakukan pengubahsuaian istilah dalam dokumen berkenaan pada peringkat ini. Pengkaji seterusnya melakukan

selective coding’ untuk melengkapkan analisis yang dilakukan. ‘Selective coding’ memerlukan pengkaji mencatat kategori yang terhasil pada peringkat awal, diikuti dengan penggabungan sub kategori dan penentuan kewajaran kategori tersebut. Hasilnya, konsep Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001, KSPK 2010 serta KSPK Semakan 2017 diterangkan dalam sorotan literatur penulisan ini manakala aspek-aspek kemahiran Bahasa Melayu dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 serta DSKP KSPK Semakan 2017 dibentangkan dalam dapatan kajian. Oleh kerana metodologi kajian ini memfokuskan kaedah analisis kandungan dokumen terpilih, maka kajian ini tidak melibatkan kaedah lain seperti temubual bersama responden mahupun kajian lapangan di sekolah.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Dapatan kajian memfokuskan kepada kandungan Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 selaku dokumen awal kurikulum prasekolah serta kandungan DSKP KSPK Semakan 2017 yang merupakan dokumen terkini mata pelajaran Bahasa Melayu prasekolah.

Prinsip utama pengajaran bahasa dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 untuk mata pelajaran bahasa Melayu adalah menyepadukan semua kemahiran dalam menguasai bahasa iaitu mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Dengan adanya penguasaan Kemahiran Mendengar, murid boleh membezakan bunyi dan memahami bunyi tersebut. Kemahiran Bertutur akan meningkatkan keupayaan murid menyebut bunyi dan perkataan secara tepat serta mengungkapkan pemikiran serta emosi mereka secara efektif. Kemahiran Membaca akan membolehkan murid membaca bahan yang bertulis serta bercetak di samping memahami maksud ayat-ayat yang dibaca atau perkataan yang disebut. Manakala Kemahiran Menulis akan melatih murid menguasai motor halus sehingga mampu menulis huruf, perkataan serta ayat mudah. Kemahiran berbahasa ini akan tercapai apabila ia turut dilengkapkan dengan aktiviti yang menyeronokkan murid seperti bercerita, main peranan, permainan bahasa dan lawatan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:8). Manakala objektif kurikulum bahasa Melayu adalah agar murid boleh mendengar serta menjelaskan bunyi yang didengar, mampu berkomunikasi dengan menggunakan sebutan yang tepat dan betul secara sopan dan bertatasusila, boleh membaca dan menceritakan kembali apa yang dibaca bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid itu sendiri serta menulis perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:10).

Dalam KSPK Semakan 2017, mata pelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah berada dalam Tunjang Komunikasi. Tunjang ini memfokuskan kemahiran ilmu bahasa secara lisan dan kemahiran bukan lisan. Ia wajib dipelajari oleh semua murid selain dari bahasa Inggeris. Pada masa yang sama,

(10)

Bahasa Cina serta Bahasa Tamil wajib diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:3). Bahasa Melayu juga perlu digunakan sebagai bahasa instructional di kelas prasekolah yang menggunakan selain dari bahasa Melayu sebagai bahasa utama dengan tempoh masa sekurang-kurangnya 400 minit seminggu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2017 : 22). Manakala peruntukan masa seminggu (minit) yang ditetapkan adalah sebanyak 60 minit (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:23, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017b:19).

DSKP KSPK Semakan 2017 untuk kemahiran bahasa Melayu turut merangkumi tiga komponen penting iaitu Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SP). Standard Kandungan (SK) adalah elemen yang perlu diketahui serta boleh dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang mencakupi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ia dilengkapkan dengan Standard Pembelajaran (SP) yang merupakan suatu penetapan kriteria pencapaian yang boleh dinilai bagi setiap standard kandungan manakala Standard Prestasi (SP) adalah set kriteria yang menggambarkan tahap prestasi dan pencapaian murid sebagai indicator bahawa Standard Kandungan (SK) telahpun dikuasai oleh mereka. Berasaskan ketiga-tiga standard ini, pentaksiran kemahiran bahasa dalam DSKP Bahasa Melayu prasekolah terkandung dalam Kemahiran Membaca, Kemahiran Mendengar dan Bertutur dan Kemahiran Menulis yang amat penting dalam memperkembangkan aspek komunikasi lisan serta asas pengetahuan literasi murid.

Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001

Sebelum pelaksanaan KSPK Semakan 2017, Kemahiran Mendengar Dan Bertutur adalah diasingkan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001. Kandungan Kemahiran Mendengar merangkumi tiga aspek iaitu 1.1 Mendengar sepenuh perhatian, 1.2 Mendengar serta mengenalpasti persamaan bunyi perkataan dan Mendengar serta mengenalpasti bunyi perkataan yang tidak sama atau berbeza (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:10-11) seperti yang terkandung dalam Jadual 3. Manakala kandungan untuk Kemahiran Bertutur terdiri dari 2.1 Berinteraksi dengan mesra, 2.2 Merangsang pertuturan menerusi soal jawab, 2.3 Melafaz puisi menggunakan nada suara yang tepat dan 2.4 Melakonkan watak mengikut situasi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:11) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 3. Kandungan dan hasil pembelajaran dalam Kemahiran Mendengar dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001. Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2001:10-11)

Bil Kandungan Hasil Pembelajaran

1. Kemahiran Mendengar

1.1 Mendengar dengan penuh perhatian

1.1.1 Mengenal pasti apa yang didengar

1.1.2 Mengecam dan membeza pelbagai jenis bunyi 1.1.3 Mengecam dan membeza intonasi suara 1.1.4 Menceritakan apa yang didengar

1.1.5 Mendengar dan memberi gerak balas terhadap:

a. arahan b. cerita

c. puisi, ritma atau rentak d. perbualan

1.2 Mendengar dan mengecam kesamaan

bunyi perkataan 1.2.1 Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang sama

1.2.2 Mengecam perkataan dengan bunyi akhiran yang sama

1.3 Mendengar dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza

1.3.1 Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang berbeza

1.3.2 Mengecam perkataan dengan bunyi akhir yang berbeza

(11)

Secara terperinci, kandungan Kemahiran Mendengar untuk aspek 1.1 Mendengar Penuh Perhatian adalah mengharapkan murid dapat mengenal pasti dan membezakan kepelbagaian bunyi yang didengar, mengecam, membeza dan menceritakan intonasi suara yang didengari, mendengar serta memberi respon balas terhadap arahan, cerita, puisi, ritma atau rentak serta perbualan. Bagi kandungan 1.2 Mendengar dan Mengecam Kesamaan Bunyi Perkataan, murid diharap dapat mengenalpasti perkataan yang mempunyai bunyi awalan serta akhiran yang sama. Manakala bagi kandungan 1.3 Mendengar dan Mengecam Bunyi Perkataan yang Berbeza, murid diharap dapat mengecam perkataan yang mempunyai bunyi awal serta bunyi akhir berbeza (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:10-11).

Bagi Kemahiran Bertutur, untuk Kandungan 2.1 Berinteraksi dengan Mesra, murid diharap dapat berkomunikasi dengan bahasa yang mudah menggunakan sebutan yang tepat, berbual dengan cara spontan dan penuh tatasusila dengan mengikut giliran, situasi dan peringkat umur serta mengajukan permintaan serta arahan dengan sopan dan bertatasusila. Untuk Kandungan 2.2 Merangsang Pertuturan Melalui Soal Jawab, hasil pembelajaran diharapkan adalah murid dapat mengutarakan soalan berpandukan intonasi yang sepatutnya, menjawab soalan dengan betul dan kreatif serta mampu bersoal jawab dengan cara spontan. Bagi Kandungan 2.3 Melafazkan Puisi dengan Intonasi Yang Betul, murid diharap dapat menyampaikan kepelbagaian bentuk puisi seperti sajak, syair dan pantun serta mampu menceritakan semula variasi bentuk puisi tersebut menggunakan bahasa yang mudah manakala bagi Kandungan 2.4 Melakonkan Watak-Watak Mengikut Situasi, murid diharap dapat melakonkan semula watak yang telah diberikan mengikut situasi dengan mengaplikasikan bahasa bersesuaian dalam menghidupkan watak berkenaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:11). Kandungan tersebut boleh dilihat pada Jadual 4.

Jadual 4. Kandungan dan hasil pembelajaran dalam Kemahiran Bertutur dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001. Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2001:11)

Bil Kandungan Hasil Pembelajaran

2. Kemahiran Bertutur

2.1 Berinteraksi dengan mesra

2.1.1 Berbual mengguna bahasa mudah dengan sebutan yang betul

2.1.2 Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila:

a. mengikut giliran b. mengikut situasi

c. mengikut peringkat umur

2.1.3 Menyatakan permintaan dan arahan secara bertatasusila

2.2 Merangsang pertuturan melalui soal jawab

2.2.1 Mengemukakan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul

2.2.2 Menjawab soalan dengan tepat 2.2.3 Menjawab soalan secara kreatif 2.2.4 Bersoal jawab secara spontan 2.3 Melafazkan puisi dengan intonasi

yang betul

2.3.1 Melafazkan pelbagai bentuk puisi seperti pantun, sajak dan syair

2.3.2 Menceritakan semula pelbagai bentuk puisi dalam bahasa yang mudah

2.4 Melakonkan watak-watak mengikut

situasi 2.4.1 Melakonkan watak-watak menggunakan bahasa

yang sesuai untuk menghidupkan watak tersebut

Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017)

Dalam DSKP KSPK Semakan 2017, Kemahiran Mendengar dan Bertutur telah disepadukan dalam satu Standard Kandungan. Jadual 5 menunjukkan Standard Kandungan serta Standard Pembelajaran untuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur tersebut.

(12)

Jadual 5. Standard Kandungan serta Standard Pembelajaran untuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam DSKP KSPK Semakan 2017. Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2017a:30-31)

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

4+ 5+

BM 1.0 Kemahiran Mendengar dan Bertutur BM 1.1 Mendengar dan memberi

respons terhadap pelbagai bunyi di persekitaran

Murid boleh :

BM 1.1.1 Mengenal pasti pelbagai bunyi di persekitaran

Murid boleh :

BM 1.1.2 Mengecam dan membezakan bunyi di persekitaran

(i) manusia (ii) alam sekitar (iii) ciptaan manusia BM 1.1.3 Memberi respons terhadap bunyi yang didengar BM1.2 Mendengar, memahami

dan memberi respons secara geraklaku dan lisan

Murid boleh :

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar

BM 1.2.2 Mendengar dan menyanyi lagu

BM1.2.3 Mendengar, memahami dan memberi respons secara bertatasusila terhadap:

(i) ucap selamat (ii) arahan yang mudah

Murid boleh :

BM 1.2.4 Mendengar dan memberi respons dengan bertatasusila terhadap : (i) arahan

(ii) soalan (iii) cerita

BM 1.2.5 Mendengar dan melafazkan puisi dengan intonasi yang betul

BM 1.2.6 Melafazkan puisi:

(i) pantun dua kerat (ii) sajak

BM 1.3 Mendengar dan mengecam bunyi bahasa

Murid boleh :

BM 1.3.1 Mendengar dan menyebut abjad

BM 1.3.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi suku kata awal yang sama dalam perkataan BM 1.3.3 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi suku kata akhir yang sama dalam perkataan

Murid boleh :

BM 1.3.4 Mendengar, mengecam dan

menyebut perkataan

BM 1.3.5 Menyebut dan memberi respons terhadap perkataan yang didengar

BM 1.4 Berinteraksi menggunakan

ayat mudah Murid boleh :

BM 1.4.1 Mendengar dan menyebut ayat mudah secara bertatasusila BM 1.4.2 Berinteraksi

menggunakan ayat mudah untuk:

(i) meluahkan perasaan (ii) menyatakan permintaan BM 1.4.3 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah

Murid boleh : BM 1.4.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah mengikut situasi

BM 1.4.5 Berinteraksi

menggunakan ayat mudah untuk:

(i) memberi arahan (ii)memberi pandangan BM 1.4.6 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah berdasarkan bahan Rangsangan BM 1.5 Bertutur untuk

menyampaikan idea Murid boleh :

BM 1.5.1 Menyampaikan idea tentang sesuatu yang didengar, dilihat atau dialami

Murid boleh :

BM 1.5.2 Menyampaikan idea secara kritis tentang sesuatu yang didengar, dilihat atau dialami

Secara keseluruhannya, Standard Kandungan untuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam DSKP KSPK Semakan 2017 memfokuskan kepada aspek mendengar, memahami dan memberikan tindakbalas terhadap kepelbagaian bunyi di persekitaran secara geraklaku dan lisan, mendengar dan mengecam bunyi bahasa serta berinteraksi menggunakan ayat mudah untuk menyampaikan idea.

(13)

Kemahirannya dipecahkan mengikut peringkat umur lingkungan 4 tahun dan 5 tahun (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:30-31).

Standard Pembelajaran untuk murid prasekolah berumur 4 tahun ke atas adalah mengenal pasti pelbagai bunyi di persekitaran, mendengar serta memberikan tindakbalas terhadap cerita yang telah didengar, diikuti dengan mendengar serta menyanyikan lagu, mendengar, memahami serta memberikan tindakbalas dengan bertatasusila terhadap ucap selamat dan arahan mudah, mendengar serta menyatakan abjad. Ia seterusnya diikuti dengan mendengar, mengenalpasti serta menyebut bunyi suku kata awalan yang sama dalam perkataan, mendengar, mengecam dan menyebut bunyi suku kata akhiran yang sama dalam satu-satu perkataan, mendengar serta menyebut ayat mudah dengan penuh tatasusila, berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang mudah untuk meluah perasaan serta mengajukan permintaan, boleh bersoal jawab dengan menggunakan ayat yang mudah serta mengungkapkan idea berkaitan sesuatu perkara sama ada yang telah didengar, dilihat mahupun dialami (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:30-31).

Standard Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur untuk murid berumur 5 tahun ke atas pula merangkumi mengecam serta membezakan variasi bunyi yang berada persekitaran manusia, alam sekitar serta ciptaan manusia, memberikan tindakbalas dan respons terhadap kepelbagaian bunyi yang didengari, mendengar dan memberikan tindakbalas dengan bertatasusila terhadap cerita, soalan serta arahan, mendengar serta melafazkan puisi menggunakan intonasi yang betul dan tepat, mendengar, mengenalpasti serta menyebut perkataan, diikuti dengan menyebut serta memberikan tindakbalas terhadap perkataan yang didengari, berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang mudah yang bersesuaian dengan situasi dan persekitaran, berinteraksi menggunakan ayat yang mudah untuk memberikan arahan dan memberikan pandangan, seterusnya bersoal jawab menggunakan ayat yang mudah berpandukan bahan-bahan rangsangan serta memberikan idea berkaitan sesuatu perkara yang didengar, dilihat atau dialami secara kritis (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:30-31).

Rumusannya, untuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur, kajian mendapati perkara yang ditambahbaik dalam DSKP KSPK Semakan 2017 adalah aspek memberi respons dan penyampaian idea oleh murid. Murid diharap dapat mendengar, bertutur dan memberi respons secara aktif dan berkesan kerana murid bukan sahaja perlu mengenal pasti bunyi dan mengecam bunyi di persekitaran, malah murid perlu bertindakbalas terhadap respon tersebut. Hal ini bagi membolehkan murid berinteraksi dan menyampaikan idea terhadap kandungan isi-isi pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

Kemahiran Membaca

Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001

Aspek perbincangan seterusnya adalah Kemahiran Membaca dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001. Kemahiran tersebut meliputi beberapa kandungan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6. Kandungan dan hasil pembelajaran dalam Kemahiran Membaca dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001. Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2001:12-14)

Bil Kandungan Hasil Pembelajaran

3. Kemahiran Membaca

3.1 Mengecam dan memadankan gambar dengan perkataan

3.1.1 Memadankan gambar suatu objek dengan lakarannya

3.1.2 Memadankan gambar dengan perkataan 3.2 Mengenal bentuk huruf 3.2.1 Menyebut huruf mengikut urutan dan secara

rawak

3.2.2 Mengaitkan huruf dengan bentuk objek di persekitaran

3.2.3 Mengenal bentuk huruf kecil dan huruf besar 3.3 Mengenal huruf vokal 3.3.1 Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam

perkataan

(14)

3.3.2 Membunyikan huruf vokal

3.4 Mengenal huruf konsonan 3.4.1 Mengecam dan membunyikan huruf konsonan 3.4.2 Mengecam bunyi huruf konsonan di awal dan di akhir

perkataan yang diperdengarkan 3.5 Memperkenalkan dan menambah

perbendaharaan kata 3.5.1 Mengecam dan mengaitkan label pada pelbagai objek dan tempat

3.5.2 Bercerita tentang gambar yang dilihat atau hasil kerja

3.5.3 Mengecam perkataan melalui nyanyian atau puisi

3.6 Membina suku kata dan perkataan 3.6.1 Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal (kv)

3.6.2 Mencantum dua suku kata konsonan dan vokal (kv+kv)

dalam satu perkataan

3.6.3 Membaca suku kata terbuka (vkv) 3.6.4 Membaca suku kata penutup (kvk) 3.6.5 Membaca dua suku kata terdiri daripada (kv+kvk), (kvk+kv) dan (kvk+kvk)

3.6.6 Membaca perkataan gabungan dua suku kata vokal berganding dan konsonan berganding (kv+vk) 3.7 Membaca perkataan dan rangkai kata 3.7.1 Membaca perkataan dan rangkai kata yang

bermakna

3.8 Membaca ayat dalam konteks 3.8.1 Membaca ayat dari cantuman perkataan dan rangkai kata

3.8.2 Membaca ayat dalam perenggan pendek dengan intonasi yang sesuai

3.8.3 Mengenal tanda bacaan di dalam ayat atau perenggan

3.9 Memahami bahan yang dibaca 3.9.1 Menjawab soalan berdasarkan bahan yang dibaca

3.9.2 Menceritakan semula bahan

yang dibaca melalui lisan, tulisan atau lukisan 3.10 Membimbing cara membaca 3.10.1 Membaca nama pengarang, judul buku dan

penerbit

3.10.2 Membaca mengikut arah dan cara yang betul 3.10.3 Memegang buku dengan cara dan jarak yang betul

3.10.4 Menyatakan cara menjaga buku dengan betul 3.11 Memupuk minat membaca 3.11.1 Membaca pelbagai bahan bacaan

3.11.2 Bercerita tentang bahan yang dibaca 3.11.3 Menceritakan semula kandungan cerita yang dibaca

Bagi Kandungan 3.1 Mengecam dan Memadankan Gambar Dengan Perkataan, murid diharap dapat menyuaikan gambar suatu objek dengan lakarannya serta menyuaikan gambar dengan perkataan. Bagi Kandungan 3.2 Mengenal Bentuk Huruf, murid diharap dapat melafazkan huruf sama ada mengikut turutan ataupun tidak berturutan, mengaitkan huruf dengan bentuk objek yang terdapat dalam persekitaran serta mengenal pasti bentuk huruf sama ada huruf kecil mahupun huruf besar.

Untuk Kandungan 3.3 Mengenal Huruf Vokal dan 3.4 Mengenal Huruf Konsonan, murid diharap dapat mengenalpasti huruf vokal yang terkandung dalam perkataan, membunyikan huruf vokal dan mengenal huruf konsonan dan membunyikan huruf konsonan tersebut serta mengecam bunyi huruf konsonan pada awalan dan akhiran perkataan yang diperdengarkan. Untuk Kandungan 3.5 Memperkenal serta Menambah Perbendaharaan Kata, murid diharap dapat mengenalpasti dan mengaitkan label yang terdapat pada kepelbagaian objek dan tempat, menceritakan gambar yang

(15)

dilihat serta mengenalpasti perkataan melalui nyanyian mahupun puisi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:12-14).

Untuk Kandungan 3.6 Membina Suku Kata dan Perkataan, hasil pembelajaran yang diharapkan pada murid adalah menyebut suku kata yang terhasil dari kombinasi huruf konsonan serta huruf vokal (kv), mencantumkan dua suku kata konsonan serta vokal (kv+kv) dalam perkataan, membaca suku kata terbuka (vkv) dan suku kata penutup (kvk), membaca dua suku kata yang mempunyai (kv+kvk), (kvk+kv) dan (kvk+kvk) serta membaca perkataan gabungan dua suku kata vokal dan konsonan berganding (kv+vk). Bagi Kandungan 3.7 Membaca Perkataan dan Rangkai Kata, murid sepatutnya boleh membaca perkataan serta rangkai kata yang bermakna. Bagi Kandungan 3.8 Membaca Ayat dalam Konteks, murid diharap dapat membaca ayat dari kombinasi perkataan serta rangkai kata, membaca ayat dalam perenggan pendek menggunakan intonasi bersesuaian dan mengenalpasti tanda bacaan dalam perenggan atau ayat. Bagi Kandungan 3.9 Memahami Bahan yang Dibaca, murid diharap dapat menjawab soalan berpandukan bahan yang telah dibaca serta menceritakannya semula menerusi lisan, tulisan mahupun lukisan. Bagi Kandungan 3.10 Membimbing Cara Membaca, hasil pembelajaran yang diharapkan adalah murid dapat membaca nama pengarang, judul buku serta penerbit, kemudian membaca dengan mengikut arah serta cara yang betul, memegang buku dengan cara yang sepatutnya berpandukan jarak yang betul serta menerangkan cara-cara memelihara buku dengan betul. Bagi Kandungan 3.11 Memupuk Minat Membaca, murid diharap dapat membaca kepelbagaian bahan bacaan, bercerita tentang bahan bacaan yang telah dibaca serta menceritakan semula kandungan cerita bahan yang dibaca tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:12-14).

Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017)

Dalam DSKP KSPK Semakan 2017, untuk Kemahiran Membaca, Standard Kandungan merangkumi menguasai kemahiran prabaca, mengenal huruf abjad, membina serta membaca suku kata dan perkataan, membaca serta memahami frasa dan ayat, membaca serta memahami bahan bacaan di samping memupuk bacaan luas. Jadual 7 menunjukkan Standard Kandungan serta Standard Pembelajaran untuk Kemahiran Membaca tersebut.

Jadual 7. Standard Kandungan serta Standard Pembelajaran untuk Kemahiran Membaca dalam DSKP KSPK Semakan 2017). Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2017a:32-34)

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

4+ 5+

BM 2.0 Kemahiran Membaca BM 2.1 Menguasai kemahiran

prabaca Murid boleh :

BM 2.1.1 Menyatakan lambang dan cetakan yang membawa makna tertentu

BM 2.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri fizikal buku:

(i) judul

(ii) gambar/ilustrasi (iii) pengarang

BM 2.1.3 Mengamalkan cara membaca yang

betul:

(i) dari kiri ke kanan (ii) dari atas ke bawah (iii) jarak antara mata dengan buku

(iv) teknik memegang buku BM 2.1.4 Mengamalkan

Murid boleh :

BM 1.1.2 Mengecam dan membezakan bunyi di persekitaran

(i) manusia (ii) alam sekitar (iii) ciptaan manusia BM 1.1.3 Memberi respons terhadap bunyi yang didengar

(16)

penjagaan buku dengan cara yang betul

BM 2.1.5 Membaca secara olok- olok

BM2.2 Mengenal huruf abjad Murid boleh :

BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad BM 2.2.2 Menyebut dan membunyikan huruf vokal

Murid boleh :

BM 2.2.3 Mengenal pasti dan menyebut huruf kecil dan besar BM 2.3 Membina dan membaca

suku kata dan perkataan Murid boleh :

BM 2.3.1 Membunyikan suku kata terbuka

BM 2.3.2 Membunyikan suku kata tertutup

Murid boleh :

BM 2.3.3 Membaca perkataan dengan suku

kata terbuka:

(i) KV+KV (ii) KV+KV+KV

BM 2.3.4 Membaca perkataan dengan suku

kata terbuka dan tertutup:

(i) KVK (ii) V+KV (iii) V+KVK (iv) KV+KVK (v) KVK+KV

(vi) KVK+KVK BM 2.4 Membaca dan

memahami frasa dan ayat Murid boleh :

BM 2.4.1 Membaca frasa yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka

BM 2.4.2 Membaca ayat mudah yang mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka

Murid boleh :

BM 2.4.3 Membaca dan memahami frasa yang

mengandungi perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup BM 2.4.4 Membaca dan memahami ayat mudah dengan sebutan yang betul

BM 2.5 Membaca dan

memahami bahan bacaan Murid boleh :

BM 2.5.1 Membaca bahan bacaan mudah

Murid boleh :

BM 2.5.2 Membaca dan menceritakan semula daripada bahan bacaan yang dibaca BM 2.5.3 Membaca dan meluahkan idea daripada bahan bacaan yang dibaca

BM 2.6 Memupuk bacaan luas Murid boleh:

BM 2.6.1 Memilih bahan bacaan yang digemari

BM 2.6.2 Mengenal dan menamakan gambar dalam buku BM 2.6.3 Membaca perkataan yang terdapat dalam buku

Murid boleh:

BM 2.6.4 Berkongsi bahan bacaan

BM 2.6.5 Membaca bahan bacaan secara berkongsi dengan rakan

BM 2.6.6 Membaca bahan bacaan dengan sendiri

Bagi murid yang berumur 4 tahun ke atas, Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca yang diharapkan adalah agar murid boleh menerangkan lambang serta cetakan yang mempunyai maksud dan maksud tertentu, mengenalpasti ciri-ciri serta kriteria fizikal buku dari aspek tajuk, gambar atau ilustrasi dan penulis, mempraktiskan cara membaca yang betul dari arah kiri ke kanan dan dari atas ke bawah, mengenalpasti kedudukan antara mata dengan buku, cara memegang buku, mempraktiskan penjagaan buku dengan cara yang betul, boleh membaca dengan cara olok-olok, boleh mengenalpasti abjad, menyebut dan membunyikan huruf vokal, melafazkan suku kata terbuka serta tertutup, membaca frasa serta ayat mudah yang mempunyai perkataan dengan suku kata terbuka, membaca bahan bacaan mudah, boleh menentukan bahan bacaan yang disukai, mengenal serta menamakan gambar dalam buku serta membaca perkataan yang terkandung dalam buku (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:32-34).

Standard Pembelajaran bagi Kemahiran Membaca bagi murid berumur 5 tahun ke atas pula merangkumi aspek mengecam dan mengenalpasti perbezaan bunyi yang terdapat dalam persekitaran

(17)

manusia dan alam sekitar, memberikan gerakbalas terhadap bunyi yang didengari, mengenalpasti serta menyebut huruf kecil dan besar, membaca perkataan serta memahami frasa yang mempunyai perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup, membaca serta memahami ayat yang mudah dengan menggunakan sebutan yang tepat, membaca serta menceritakan kembali kandungan bahan bacaan yang dibaca serta mengekspresikan idea daripadanya, berkongsi bahan-bahan bacaan serta membaca bahan bacaan sama ada dengan cara berkongsi sesama rakan mahupun membaca secara individu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:32-34).

Rumusannya, untuk Kemahiran Membaca, kajian mendapati kandungan DSKP KSPK Semakan 2017 memudahkan guru untuk melaksanakan pengajaran kerana aspek kemahiran prabaca dan kemahiran membaca dinyatakan secara berasingan. Ini akan membantu guru untuk menerangkan konsep serta amalan membaca secara sistematik. Ia ditambah dengan aspek pemupukan amalan berkongsi bahan bacaan di kalangan murid yang secara tidak langsung akan menyemai rasa tanggungjawab pada jiwa murid.

Kemahiran Menulis

Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001

Kemahiran Menulis dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 adalah memfokuskan kepada aspek membina serta menguasai kemahiran menulis. Bagi Kandungan 4.1 Membina Kemahiran Menulis, murid diharap dapat melakukan koordinasi mata dan tangan, membuat pergerakan tangan dan jari bagi membentuk corak mengikut arah yang tepat, memegang alat tulis untuk menulis dengan cara yang sepatutnya diikuti dengan menulis huruf dan nombor dengan cara yang sepatutnya. Bagi Kandungan 4.2 Menguasai Kemahiran Menulis, murid diharap dapat menulis perkataan serta rangkai kata dan ayat yang bermakna (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001:14-15).

Jadual 8. Kandungan dan hasil pembelajaran dalam Kemahiran Menulis dalam Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001. Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2001:14-15)

Bil Kandungan Hasil Pembelajaran

4. Kemahiran Menulis

4.1 Membina kemahiran menulis 4.1.1 Melakukan koordinasi mata dan tangan

4.1.2 Melakukan pergerakan tangan dan jari untuk membentuk corak mengikut arah yang betul

4.1.3 Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis

4.1.4 Menulis huruf mengikut cara yang betul 4.1.5 Menulis nombor mengikut cara yang betul 4.2 Menguasai kemahiran menulis 4.2.1 Menulis perkataan

4.2.2 Menulis rangkai kata dan ayat yang bermakna 4.2.3 Menulis cerita

Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran - DSKP Semakan 2017)

Standard Kandungan Kemahiran Menulis dalam DSKP KSPK Semakan 2017 menekankan dua aspek iaitu menguasai kemahiran pratulis serta kemahiran menulis. Jadual 9 menunjukkan Standard Kandungan serta Standard Pembelajaran untuk Kemahiran Menulis.

Jadual 9. Standard Kandungan serta Standard Pembelajaran untuk kemahiran menulis dalam DSKP KSPK Semakan 2017.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (2017a:35-36)

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

(18)

4+ 5+

BM 3.0 Kemahiran Menulis BM3.1 Menguasai kemahiran

pratulis Murid boleh :

BM 3.1.1 Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis

BM 3.1.2 Duduk dengan posisi yang betul semasa menulis BM 3.1.3 Membuat contengan dan lakaran menggunakan pelbagai alat tulis

BM 3.1.4 Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan tangan melalui lakaran bentuk, corak dan garisan secara bebas

BM 3.1.5 Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan tangan mengikut arah yang betul BM3.2 Mengusai kemahiran

menulis Murid boleh :

BM 3.2.1 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul BM 3.2.2Menulis huruf besar dengan cara yang betul BM 3.2.3 Menyalin perkataan BM 3.2.4 Menyalin frasa

Murid boleh :

BM 3.2.5 Menyalin ayat mudah BM 3.2.6 Meluahkan idea dalam bentuk lukisan, simbol dan tulisan BM 3.2.7 Menulis perkataan dan frasa

BM 3.2.8 Menulis ayat mudah Kemahiran pratulis bagi murid berumur 4 tahun ke atas merangkumi aspek memegang alat tulis untuk menulis dengan cara yang sepatutnya, diikuti dengan duduk dengan posisi yang bersesuaian ketika menulis, melakukan contengan serta lakaran, menggunakan pelbagai alat tulis, melakukan koordinasi antara pergerakan mata dengan tangan menerusi lakaran bentuk, corak dan garisan secara bebas serta melakukan koordinasi antara pergerakan mata dan tangan mengikut kedudukan yang betul. Manakala untuk murid berusia 5 tahun ke atas, standard pembelajaran dirangka agar murid mampu mengenalpasti serta membezakan kepelbagaian bunyi yang wujud persekitaran manusia, alam sekitar serta ciptaan manusia dan seterusnya memberikan respons terhadap bunyi yang didengari.

Untuk menguasai Kemahiran Menulis pula, Standard Pembelajaran dirangka agar murid berusia 4 tahun ke atas boleh menulis huruf kecil dan huruf besar dengan cara yang betul, menyalin perkataan serta frasa manakala untuk murid berusia 5 tahun ke atas, para murid didedahkan agar mereka boleh menyalin semula ayat-ayat mudah, mengekspresikan idea sama ada dalam bentuk ilustrasi, simbol mahupun tulisan, boleh menulis perkataan serta frasa diikuti menulis ayat mudah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017a:35-36).

. Rumusannya, untuk Kemahiran Menulis, kajian mendapati DSKP KSPK Semakan 2017 memudahkan guru untuk melaksanakan pengajaran kerana aspek kemahiran pratulis dan kemahiran menulis dinyatakan secara berasingan. Ini akan membantu guru untuk menerangkan kepada murid tentang konsep serta amalan yang betul ketika menulis termasuklah dalam aspek koordinasi mata dan tangan serta cara duduk dengan posisi yang betul ketika menulis. Pelajar juga digalakkan meluahkan dan mempersembahkan idea dalam bentuk simbol, lukisan dan tulisan bagi mencetuskan kreativiti di kalangan murid.

Sebagai maklumat tambahan, di samping menggilap kemahiran untuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang telah dibincangkan lebih awal, aspek seni bahasa juga turut diterapkan kepada para murid dalam DSKP KSPK Semakan 2017. Dalam konteks prasekolah, aspek ini berfokus kepada kebolehan murid untuk memahami, menyatakan serta menghargai bahasa yang indah menerusi pembelajaran dalam bentuk ‘didik hibur’ dengan kepelbagaian aktiviti seperti bercerita, menyanyi, berpuisi serta berlakon. Hasilannya, setelah mengikuti aktiviti pembelajaran sebegini, murid diharapkan mampu memberikan respons dengan baik dan penuh kesopanan terhadap kepelbagaian bahan rangsangan yang telah didengar, berinteraksi serta mengutarakan idea dan buah

Gambar

Rajah 1.  Model Konseptual Kurikulum dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001. Sumber : Kementerian Pendidikan  Malaysia (2001:5)
Jadual  2.  Standard  Kandungan,  Standard  Pembelajaran  dan  Standard  Prestasi  dalam  KSPK  Semakan  2017
Jadual  4.  Kandungan  dan  hasil  pembelajaran  dalam  Kemahiran  Bertutur  dalam  Dokumen  Kurikulum  Prasekolah  Kebangsaan 2001
Jadual 5. Standard Kandungan serta Standard Pembelajaran untuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam DSKP KSPK  Semakan 2017
+3

Referensi

Dokumen terkait

Daripada permasalahan yang telah dikenalpasti, penyelidik merasakan adalah penting untuk mengkaji tahap kemahiran membaca, bertutur, mendengar dan menulis dalam

1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan tajuk pelajaran. Murid bertutur berdasarkan gambar dan frasa. Murid mendengar guru membuat

Kurikulum standard Bahasa Arab sekolah menengah merangkumi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Pentaksiran yang dibina berteraskan kemahiran mendengar,

Standard Kandungan Kemahiran Menulis menentukan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan

Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis supaya dapat membantu mereka untuk

1 TEKNIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA ARAB DALAM KALANGAN BUKAN PENUTUR JATI DI IPTS DAN IPG Fahed Maromar, Mohamad Rofian Ismail, Ahmad Rezdaudin Ghazali Mohd Salihin

Item 3 “Saya boleh kenal pasti potensi murid melalui PBD”, item 7 “Saya bertanggungjawab melaksanakan PBD dalam PdPc BM dengan telus” dan item 8 “Saya mengutamakan penguasaan kemahiran

Analisis kandungan terhadap penampilan kandungan, soalan dan aktiviti buku teks Bahasa Melayu Kurikulum standard Sekolah Rendah Tahap Dua: Data Anekdot ABSTRACT This study is an