Headline Faizal buktikan peledak berbisa Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page No Sukan
Date 04 April 2021 Journalist Syazwan Msar
Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2021/04/69 1314/faizal-buktikan-peledak-berbisa
Remarks Sains Sukan
Faizal buktikan peledak berbisa
Kuala Lumpur: "Saya rasa inilah final paling menarik dalam karier saya," kata kapten Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari
selepas pasukannya menjulang Piala TNB menewaskan UniKL, semalam.
Faizal meledak dua gol bagi membantu pasukan meraih kemenangan menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 4-4.
Dia turut dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 16 gol, lapan menerusi jaringan sudut penalti, enam menerusi jaringan padang dan bakinya daripada pukulan penalti.
"Sebenarnya, bagi saya perlawanan sangat sengit sebab kami terikat (4-4). Bagaimanapun perlawanan ini kami mengikut perancangan dan sebagai kapten, saya katakan 'kalau kena satu atau dua gol, kita main saja.
"Kami dapat bangkit (0-2) dan mendahului dengan tiga gol (3-2), selepas itu tiga sama, empat sama,"
katanya.
Untuk rekod, Faizal secara peribadi menjulang piala TNB buat kali keenam dan kelima bersama THT dengan kali terakhir pada 2019.
Headline Faizal buktikan peledak berbisa Language Malay
Media Tittle
Harian Metro Section/Page No Sukan
Date 04 April 2021 Journalist Syazwan Msar
Source https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2021/04/69 1314/faizal-buktikan-peledak-berbisa
Remarks Sains Sukan
Sementara itu, Faizal berkata, dia mahu berehat terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan bersama skuad kebangsaan.
Ini kerana skuad kebangsaan lelaki, remaja dan wanita selepas ini dijadual melayan kunjungan pasukan Great Britain dan Jepun yang bakal membuat persiapan menjelang Sukan Olimpik Tokyo.
Mereka dijadual berkunjung ke Malaysia pada bulan Ramadan bermula 13 April ini.
Menurut Faizal, pada masa ini, dia mahu berehat seketika selepas mengharungi Liga Hoki Malaysia (MHL) yang berlangsung hampir sebulan mengikut kaedah gelembung sukan susulan pandemik Covid- 19.
"Bagi saya, buat masa ini, kami mahu menikmati detik ini dulu, saya sebagai kapten pasukan berasa begitu puas, mungkin jurulatih (skuad kebangsaan) Arul (Selvaraj) akan memberi sedikit masa rehat dan kami akan mengambil peluang ini untuk berehat sebelum kembali ke skuad kebangsaan," katanya.