• Tidak ada hasil yang ditemukan

Garis Panduan Mengenai Pelaksanaan Peraturan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Garis Panduan Mengenai Pelaksanaan Peraturan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Garis Panduan Mengenai Pelaksanaan Peraturan Arahan Perubahan dan Pelarasan Harga Bagi Kontrak Kerja

1.0 Kelulusan Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja

1.1 Arahan Perbendaharaan 202.2 memperuntukkan bahawa kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa/Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja bagi sesuatu permohonan perubahan kerja.

1.2 Selaras dengan A.P. 202.2 Jadual I dan A.P.203.1, keahlian dan had Jawatankuasa Perubahan Kerja peringkat JPS adalah seperti di Lampiran I, permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang JKR-KPK(Pind. 1/2006) seperti di Lampiran II, bagi perubahan kerja yang menyebabkan penambahan harga kontrak sahaja.

1.3 Pegawai yang memohon tidak boleh menjadi pengerusi atau ahli jawatankuasa.

1.4 Di bawah borang JKR-KPK, P.P. juga perlu mengemukakan anggaran nilai kerja perubahan yang terlibat. Nilai ini merupakan nilai sementara dan hendaklah disokong dengan pengiraan sewajarnya. P.P. juga dikehendaki membuat perakuan pematuhan kepada kehendak AP 202 iaitu sebagaimana yang tercatat di Bahagian D borang tersebut.

1.5 P.P. hendaklah memastikan bahawa semua permintaan perubahan kerja daripada Agensi Pelanggan hanya boleh diterima sekiranya ia dibuat secara bertulis oleh pihak-pihak yang dikenalpasti sebagai pihak yang diberi kuasa bagi Agensi Pelanggan tersebut.

1.6 Sekiranya terdapat pertambahan kepada nilai perubahan kerja yang telah diluluskan, kelulusan ke atas pertambahan tersebut hendaklah diperolehi daripada Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja yang berkenaan, selaras dengan peruntukan di Lampiran I.

1.7 Contoh Borang JKR-KPK yang telah diisi adalah sebagaimana di Lampiran IIa.

2.0 Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja

2.1 Setelah kelulusan diperolehi daripada Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja, P.P. hendaklah mengeluarkan Arahan Perubahan Kerja berdasarkan peruntukan Syarat-syarat Kontrak dan A.P. 202.1.

1/2

(2)

2.2 Arahan Perubahan Kerja hendaklah dikeluarkan dengan menggunakan borang JKR-APK (Pind. 2/2003) seperti di Lampiran III.

Satu borang JKR-APK hendaklah dikeluarkan bagi satu perubahan kerja. Dengan penggunaan borang JKR-APK, Arahan P.P. atas Borang JKR 203U adalah dikecualikan bagi mengeluarkan Arahan Perubahan Kerja.

2.3 Carta Aliran yang melibatkan perubahan kerja adalah seperti di Lampiran IV.

3.0 Bayaran Atas Kerja Perubahan

Dengan pengeluaran Arahan Perubahan Kerja JKR-APK, maka P.P. boleh membuat bayaran mengikut nilai kemajuan kerja yang disiapkan oleh Kontraktor semasa kerja-kerja perubahan (tambahan) tersebut dilaksanakan.

4.0 Perakuan Pelarasan Harga Kontrak

4.1 Dengan pengeluaran Arahan Perubahan Kerja melalui borang JKR- APK harga kontrak turut diubah sebanyak nilai sementara yang telah dianggarkan. Setiap JKR-APK yang dikeluarkan hendaklah dimuktamadkan nilainya berdasarkan pengiraan, tidak kira sama ada nilainya berubah atau pun tidak dengan menggunakan borang JKR- PHK (Pind 1/2001) seperti di Lampiran V.

4.2 Nilai yang dinyatakan di dalam borang JKR-PHK adalah merupakan nilai bersih perbezaan di antara nilai muktamad kerja perubahan dengan nilai sementara dalam JKR-APK.

4.2 Pelarasan muktamad terhadap Arahan Perubahan Kerja hendaklah dibuat sebaik sahaja kerja-kerja yang terlibat dijalankan dan semua maklumat diperolehi untuk membolehkan pengukuran penilaian muktamad dibuat.

2/2

Referensi

Dokumen terkait

Lantikan dibuat bagi cadangan perniagaan yang diterima terus daripada syarikat untuk penyewaan ruang dan kadar sedia ada yang diluluskan oleh JKTK. Tatacara

PERSEDIAAN PEMBERIAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 BAGI HOSPITAL SWASTA Terdapat beberapa keperluan yang perlu disediakan sekiranya tempat suntikan adalah di fasiliti kesihatan swasta

Bagi program yang melibatkan kelulusan serta permohonan bajet daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kertas kerja dan Borang C yang lengkap hendaklah dimajukan ke Bahagian Hal

Jumlah peserta kekal hingga ke akhir intervensi dan berjaya menurunkan sekurang-kurangnya 10% berat badan daripada berat badan asal Jumlah keseluruhan peserta kekal hingga ke..

a) Kertas cadangan pelaksanaan majlis/ acara berkenaan dihantar ke IPGM untuk semakan. b) Kertas cadangan dibentangkan untuk kelulusan di mesyuarat peringkat IPGM

ö Permohonan peruntukan bagi menjalankan aktiviti pelajar (persatuan/ kelab di bawah fakulti) hendaklah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tabung Amanah Fakulti untuk

Memajukan memo permohonan rasmi ke Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa untuk tujuan permohonan kelulusan pengendalian program daripada JPT beserta tujuh 7 salinan dokumen

6.0 Kelulusan Untuk Melaksanakan WPS 6.1 Berdasarkan anggaran kos yang disediakan, sekiranya nilai kerja tidak melebihi 30% daripada nilai peruntukan di dalam Kontrak, Pengarah Negeri