• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hub A-Heart sediakan kemudahan pendidikan anak istimewa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hub A-Heart sediakan kemudahan pendidikan anak istimewa"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Perhubungan Media Page 1 KENYATAAN MEDIA 25 Januari 2016

HUB A-HEART SEDIAKAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN ANAK ISTIMEWA Pauh Putra, 25 Januari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan Program Meraikan Kecemerlangan Bakat Anak-anak Istimewa bagi mengetengahkan inisiatif dalam menjana bakat anak-anak istimewa di negeri ini, hari ini.

Program inisiatif daripada Hub Sumber Pendidikan dan Latihan Autisme (A- Heart) itu bukan sahaja mensasarkan anak-anak autisme tetapi semua anak-anak istimewa pelbagai kategori di wilayah utara khususnya negeri Perlis.

Naib Canselor UniMAP, Brig Jen. Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin berkata selain mengetengahkan bakat anak-anak istimewa, program kali ini turut memperkenalkan hub A-Heart dan kad keahlian Hub A-Heart.

Katanya, sepanjang 2015 aktiviti pendidikan anak-anak istimewa agak terbatas kerana terpaksa menggunakan Surau UniMAP buat sementara waktu namun pada awal tahun ini, Hub A-Heart mula digunakan sepenuhnya di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP).

“Hub ini ditubuhkan khas bagi menyediakan ruangan agar proses penawaran sumber dan penganjuran aktiviti pendidikan untuk anak-anak istimewa ini dapat dijalankan dengan lebih aktif,” katanya ketika berucap di program berkenaan.

Turut berkenan berangkat hadir ke program itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP yang juga penaung diraja A-Heart.

Hadir sama Pengerusi PISKANITA UniMAP, Datin Noridah Yangman.

(2)

Unit Perhubungan Media Page 2 Menurut Dr Kamarudin, kad keahlian hub A-Heart pula diperkenalkan untuk memberi keistimewaan kepada anak-anak serta ibu bapa atau penjaga anak-anak istimewa itu mengunjungi PTSFP.

“Kad keahlian ini memberi peluang kepada anak-anak istimewa dan penjaga mereka mengunjungi PTSFP untuk menggunakan kemudahan yang disediakan seperti pinjaman buku, peralatan mainan ilmiah, ruang permainan dan ruang tayangan.

“Pendek kata, melalui A-Heart UniMAP komited merangka pelbagai program untuk menjayakan A-Heart sekaligus memberi peluang anak-anak istimewa ini menggilap bakat mereka,” katanya.

Selain program berkenaan turut diadakan pameran lukisan The Exploration Journey : An Art Exhibition yang dihasilkan anak istimewa, Kirtanraw Subramanian.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak istimewa ingin mendapatkan keahlian kad Hub A-Heart itu boleh menghubungi talian 04- 9885402 atau emel [email protected].

Dikeluarkan Oleh :

AININULNIZA MOHD YUSOF

Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 104 A-HEART VOLUNTEERS CELEBRATED Kangar, 6 Jun – 104 Universiti Malaysia Perlis UniMAP Autism Hub for Educational Resources and

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 26 August 2016 UniDEBIT CARD FACILITATES ACCESS TO UniMAP STUDENTS Pauh Putra, 26 August – In line with the rapid advances of

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 22 Sept 2016 UniMAP OPEN WOODBALL CHAMPIONSHIP BEGINS TODAY Pauh Putra, 22 Sept – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP Open Woodball

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP TOPS THREE CATEGORIES IN UniMAP WOODBALL OPEN 2016 Pauh Putra, 27 September 2016 – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP team

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN UNIVERSITI EROPAH Pauh Putra, 3 Mei – Universiti Malaysia Perlis UniMAP sentiasa menerokai peluang baharu untuk

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Sebanyak 7,388 Beg Darah Sumbangan Warga UniMAP Sejak 2010 Pauh Putra, 16 Mei- Kekerapan Universiti Malaysia Perlis UniMAP menganjurkan kempen

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Community Donated 7,388 Blood Bags Since 2010 Pauh Putra, 16 May – Universiti Malaysia Perlis UniMAP which has been organising blood

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA RAJA MUDA PERLIS LANCAR iVCORE MASTI KE THAILAND Pauh Putra, 12 Julai – Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis