• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UKK Media Page 1

KENYATAAN MEDIA

RAJA MUDA PERLIS LANCAR iVCORE MASTI KE THAILAND

Pauh Putra, 12 Julai – Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Projek Antarabangsa : Kesukarelaan &

Tanggungjawab Sosial Korporat (iVCORE) di Kampus UniMAP, di sini , semalam.

Projek julung kalinya diadakan ke peringkat antarabangsa berkenaan merupakan anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) melalui Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (POTENSI) UniMAP.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, hasrat MASTI melebarkan sayap bantuan kemanusiaan ke Thailand amat disokong malah Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut memperuntukkan bantuan RM10,000 bagi membantu asnaf di sana.

Titahnya, peruntukan itu adalah bagi menyokong hasrat iVCORE agar daapt disampaikan kepada penduduk asnaf dan anak-anak yatim di negara jiran berkenaan.

“Inisiatif merentasi sempadan seumpama ini harus diberi pujian kerana ia merupakan saluran bantuan kepada golongan yang amat memerlukan di luar sana berbanding kita di Malaysia.

Ini kerana di sini, pelbagai Agensi Kerajaan masih „mampu‟ melaksanakan tanggungjawab membantu golongan asnaf namun di negara luar seperti Thailand tanggungjawab ini banyak digerakkan oleh individu yang prihatin semata-mata,” titah Baginda ketika melancarkan iVCORE di sini.

(2)

UKK Media Page 2

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan dan Presiden POTENSI, Raja Shah Erman Raja Ariffin.

Sementara itu, Presiden MASTI Azri Hohad berkata VCORE dilancarkan pada 2015 di Perlis sebelum terus dilaksanakan di beberapa negeri iaitu Sabah pada 2016 dan Terengganu (2017) serta merancang ke Sarawak bagi tahun ini.

Katanya, kali ini MASTI menerusi POTENSI berhasrat melebarkan lagi bantuan kemanusiaan bagi peringkat antarabangsa dengan memilih Kampung Khokkek di Chana, Thailand mulai esok (hari ini) hingga 15 Julai.

“Dua aktiviti utama telah dikenalpasti iaitu sumbangan dan pembinaan sekolah di masjid selain aktiviti sukan serta motivasi bersama anak-anak yatim Sekolah Santiwit di daerah berkenaan,” kata beliau ketika berucap sempena majlis pelancaran berkenaan.

Selain MAIPs, iVCORE turut mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak seperti Persatuan di Universiti Awam (UA) masing-masing yang disertai hampir 50 peserta bagi menjayakan bantuan kemanusiaan itu.

Di samping bantuan kemanusiaan itu, MASTI turut mengadakan lawatan dan perbincangan bersama pentadbir Prince Of Songkhla University (PSU)bagi bertukar-tukar idea berkaitan tugasan pentdabir universiti serta mengukuhkan hubungan sedia ada.

Disediakan oleh,

Aininulniza Mohd Yusof Pegawai Perhubungan Media Unit Komunikasi Korporat (UKK) Universiti Malaysia Perlis

Referensi

Dokumen terkait

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SECOND INTAKE REUNITES TWINS Pauh Putra, 20 Sept – A pair of twin siblings are greatly relieved as they have been enrolled into the same

Bahagian Media, UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH EMAS ACARA TENPIN BOLING DI SUKANUN Kangar, 26 Julai – Pasukan Tenpin Boling Universiti Malaysia Perlis UniMAP mencipta

Page 1 KENYATAAN MEDIA NEW UniMAP MPP BUILDING STRENGTHEN STUDENT UNION PAUH PUTRA – A building in the Universiti Malaysia Perlis UniMAP Permanent Campus was bestowed to the

Bahagian Media PNC – Suhana, sajak by Aida Page 2 Patik juga ingin merafak sembah, menjunjung penuh kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Canselor

Bahagian Media, UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP SASAR KEKALKAN KEJUARAAN SUKUM 2017 Kangar, 19 Julai – Universiti Malaysia Perlis UniMAP menyasarkan juara keseluruhan Kejohanan

Patik juga merafak sembah menjunjung penuh kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Canselor UniMAP, Dan Duli Yang Teramat Mulia

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Sebanyak 7,388 Beg Darah Sumbangan Warga UniMAP Sejak 2010 Pauh Putra, 16 Mei- Kekerapan Universiti Malaysia Perlis UniMAP menganjurkan kempen

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Community Donated 7,388 Blood Bags Since 2010 Pauh Putra, 16 May – Universiti Malaysia Perlis UniMAP which has been organising blood