• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Educational Leadership and

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "International Conference on Educational Leadership and"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

544 PENGURUSAN KREATIF DIGITAL DALAM MELAKSANAKAN

KOKURIKULUM NORMA BAHARU

Afidahsuzani Binti Mohamad Noh1 Dr Afsalaila Binti Ajis2 Dr Ekerim A/P Din Chen3

1SMK Seri Bemban, Melaka, Malaysia, (E-mail: [email protected] )

2SMK Seri Bemban, Melaka, Malaysia, (E-mail: [email protected] )

3IAB Cawangan Bandar Enstek, Malaysia, (E-mail: [email protected])

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dunia telah digegarkan dengan penularan virus Covid-19 pada awal tahun 2020. Seluruh industri global telah terhenti termasuk sektor pendidikan. Namun demikian, sumber teknologi maya terkini telah memberi laluan mudah kepada sistem pendidikan sejagat untuk diadaptasikan.

Malangnya, aktiviti kokurikulum yang juga merupakan salah satu tunggak dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu diberikan perhatian. Pengurusan sekolah masih lagi mencari kaedah yang terbaik untuk meneruskan kegiatan kokurikulum. Pengurusan sekolah yang kreatif perlu bertindak secara proaktif bagi menangani isu penundaan aktiviti kokurikulum secara bersemuka dalam langkah menghentikan penularan virus Covid-19 di sekolah. Kegiatan kokurikulum harus diteruskan mengikut Takwim Pengurusan Sekolah agar semua murid dapat meneruskan aktiviti kokurikulum seperti tahun- tahun sebelum ini. Cetusan idea tentang pelaksanaan program e-kokurikulum @Grandiose bertujuan untuk menyahut cabaran pendidikan dalam mengharungi perubahan norma baharu. Impak program menunjukkan keberkesanan pelaksanaan e-kokurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui pengurusan yang sistematik dengan mematuhi dasar pelaksanaan kegiatan kokurikulum yang telah telah ditetapkan. Selain itu, mendapati pelaksanaan e-kokurikulum @Grandiose adalah sangat menarik dan praktikal dengan situasi norma baharu pendidikan era pendamik. Amalan Terbaik ini wajar digunapakai dan diadaptasi mengikut kesesuaian lokaliti sesebuah sekolah bagi menggantikan perjumpaan mingguan aktiviti kokurikulum secara bersemuka, sebagaimana PdPR (Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah) telah berjaya menggantikan PdPC(Pembelajaran dan Pemudahcaraan) dalam norma baharu.

Kata kunci: norma baharu, kokurikulum, aktiviti

Abstract: The world is shaken by the pandemic of coronavirus disease 2019 (COVID-19) in early 2020.

Global industries are put to a halt including the academic sector. The pandemic ushers in a “new”

normal, in which digitization forces education further into technologization. Unfortunately, co curricular activities in Malaysian schools, which is one of the pillars in the National Education Philosophy, is yet to be scrutinized. Management teams are still looking for their best strategies on how to carry on the co curricular activities in schools when face-to-face activities are no longer feasible.

Creative school leaders need to act proactively to overcome this situation. Co curricular activities needed to be executed according to the Yearly School’s Management Calendar so as to allow students to continue engaging themselves in the outdoor activities as significantly as they have been many years before. Hence, the research on the implementation of e- co-curricular @Grandiose using the Telegram Application as a platform for online co-curricular meetings, is put to focus aiming at finding a solution to the educational challenges during the transformation of new norms. To facilitate this research, a quantitative survey has been carried out to investigate whether the project is pragmatic and constructive. The outcome of this research proves that e-co-curricular @Grandiose is successfully implemented through a systematic execution and management based on the National Co-Curricular in Education guidelines. Not only that, the outcome of the survey also shows a practical and a suitable way in bringing about the online co-curricular activities in accordance with the new norms education scenario during the pandemic era. The findings in this research should be acknowledged and adopted

(2)

545 by school managements to compensate for the halt of face-to-face co-curricular activities as online classes have currently successfully replaced traditional classroom teaching and learning.

Kata kunci: new normal, co-curricular, activities

__________________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Tiada siapa pun terfikir akan berlakunya era pendemik Covid-19. Pada awal tahun 2021 kehidupan manusia telah berubah sekelip mata akibat penularan virus Covid-19 tanpa diduga.

Dunia pendidikan tidak terkecuali turut terkesan dengan perubahan yang berlaku secara mendadak. Akibatnya, tenaga pengajar di seluruh dunia terdorong untuk menjadi lebih proaktif dan kreatif demi meneruskan kelangsungan pendidikan seperti sebelum berlakunya putaran sistem pendidikan sejagat. Kaedah dan strategi pendidikan distant learning, online learning atau e-learning dikaji, diterokai dan dikongsi secara dalam talian oleh pendidik seluruh dunia yang sehingga kini masih mencari kaedah terbaik dalam menggantikan sistem pendidikan yang telah berdekad lamanya berlaku secara bersemuka (face-to-face).

Dari sudut pandangan positif, Pandemik Covid-19 telah membuka peluang kepada kita untuk melangkah ke hadapan dalam memperkenalkan dunia kepada pembelajaran secara maya (Dhawan, 2020). Impak positif yang sama juga turut memberi ruang dan peluang kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum untuk berlaku secara dalam talian. Sehingga kini aktiviti kokurikulum masih lagi ditunda kerana murid-murid perlu dilindungi daripada jangkitan virus Covid-19 yang boleh berlaku melalui kontak fizikal semasa perjumpaan aktiviti kokurikulum.

Isunya ialah sampai bilakah harus kegiatan aktiviti kokurikulum ditangguhkan sedangkan WHO (World Health Organization) telah mengumumkan pandemik virus Covid-19 akan hanya mungkin berakhir sekurang-kurangnya selepas dua tahun. Di sinilah perlunya pengurusan kreatif digital dalam melaksanakan kokurikulum norma baharu bagi menyahut kepada aktiviti kokurikulum yang merupakan salah satu tunggak dalam Falsafah Pendidikan Malaysia perlu juga dilaksanakan sama seperti PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) tanpa terkecuali.

Justeru, program e- Kokurikulum di SMK Seri Bemban telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah penangguhan sepenuhnya aktiviti bersemuka bagi semua aktiviti dan perjumpaan kokurikulum di peringkat kebangsaan. Penanggguhan ini juga telah menganggu pengisian markah PAJSK ( Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan kokurikulum ) kerana semua pertandingan dan aktiviti di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah mahupun sekolah secara bersemuka telah ditunda. Hal ini sudah tentunya mengganggu perjalanan semua aktiviti kokurikulum yang sepatutnya bermula seawal Januari pada setiap tahun. Fungsi utama program e-kokurikulum@Grandiose ialah sebagai perantara maya bagi semua pelaksanaan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.

Latar Belakang

Kepimpinan digital era pendemik menjadi satu kemahiran wajib yang perlu ada dalam semua pentadbir yang mengurus sekolah. Seorang pemimpin yang proaktif akan dapat mencari alternatif terbaik dalam mengharungi cabaran dalam pendidikan norma baharu. Pemimpin yang kalis cabaran perlu berfikir lebih jauh dan mendahului guru-guru demi sentiasa bersedia untuk apa jua keadaan yang mendatang pada bila-bila masa. Walaupun arahan perlu datang dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia, namun begitu

(3)

546 pemimpin sekolah perlu cekap dan tangkas dalam mengatasi isu dalaman semampunya agar sesuatu keputusan dan arahan boleh dipersetujui dengan tujuan memajukan pengurusan sekolah.

Bersandarkan kepatuhan ini, Unit Kokurikulum SMK Seri Bemban telah memperkenalkan program e-Kokurikulum@Grandiose. Ciri - ciri e-Kokurikulum yang menekankan kepada keberkesanan hebahan maklumat dan perhubungan atas talian di antara Guru-guru Penasihat dan ahli-ahli unit di mana semua maklumat dapat disalurkan dan diterima dengan pantas dan tepat. Sebagai contoh, apa jua pertandingan yang dihebahkan kepada sekolah oleh Jabatan melalui GPK Kokurikulum, dapat dimaklumkan kepada semua ahli.

Selain itu, setiap perjumpaan mingguan adalah eksklusif kepada ahli unit masing-masing bersama Guru-guru Penasihat. Hasilnya berlakulah perjumpaan dan aktiviti kokurikulum secara dalam talian mengikut jadual mingguan sama seperti kaedah pelaksanaan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).

Tujuan

Pelaksanaan e-Kokurikulum@Grandiose ini dijayakan bagi membantu semua Guru Penasihat dan murid melaksanakan dan mengikuti aktiviti kokurikulum mengikut takwim yang telah dirancang. Program e-Kokurikulum@Grandiose ini berfungsi sebagai penghubung di antara guru dan murid secara maya sama seperti kaedah pelaksanaan PDPR. Walaupun mendapat tentangan dari pihak pengurusan Unit Kokurikulum di peringkat jabatan pada awalnya, namun pengurusan sekolah percaya bahawa program e-Kokurikulum@Grandiose pasti dapat dijayakan di SMK Seri Bemban memandangkan bilangan muridnya yang tidak ramai iaitu sebanyak 643 orang. Antara tujuan utama program e-Kokurikulum@Grandiose ini dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Memberi ruang yang selamat kepada guru dan murid dari ancaman penularan virus Covid-19.

ii. Memberi lebih kebebasan kepada murid-murid untuk melaksanakan aktiviti di rumah masing-masing dengan bantuan ahli keluarga sekiranya perlu.

iii. Memberikan lebih ruang kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti e- kokurikulum mengikut keupayaan masing-masing.

iv. Memberi ruang kepada Guru-guru Penasihat untuk lebih kreatif dan berkolaborasi dalam merancang aktiviti e-kokurikulum.

v. Menggalakkan penggunaan aplikasi digital dalam kalangan guru lantas meningkatkan kemahiran Guru-guru penasihat dalam penyediaan aktiviti.

vi. Melibatkan penggunaan aplikasi digital dalam kalangan murid.

vii. Meningkatkan motivasi murid untuk menyertai aktiviti e-kokurikulum.

Rasional program e-Kokurikulum@Grandiose ini dijalankan adalah kerana:

i. Murid perlu menghadiri sekurang-kurangnya 7/10 perjumpaan kokurikulum setahun.

ii. Meneruskan aktiviti perjumpaan mingguan walaupun aktiviti kokurikulum secara bersemuka ditunda kerana ianya adalah salah satu daripada komponen Falsafah Pendidikan Negara.

iii. Melaksanakan aktiviti perjumpaan kokurikulum mengikut takwim yang telah dirancang walaupun secara dalam talian.

(4)

547 iv. Menggalakkan murid untuk menyertai aktiviti e-kokurikulum di peringkat Daerah,

Negeri, Kebangsaan mahupun Antarabangsa secara dalam talian.

v. Mewarnai Norma Baharu dunia pendidikan di Malaysia akibat penularan virus Covid- 19.

4. Strategi Pelaksanaan

Kaedah pelaksanaan program e-Kokurikulum@Grandiose menggunakan strategi PDCA (Plan, Do, Check, Act) bagi memantau dan memastikan keberkesanan pelaksanaan program.

Rajah 1: Kaedah Pelaksanaan Menggunakan Strategi PDCA (Plan, Do, Check, Act)

Terdapat lima fasa penyediaan e-Kokurikulum@Grandiose seperti jadual di bawah.

Jadual 1: Fasa Penyediaan Pelaksanaan e-Kokurikulum@Grandiose

Fasa Kaedah Penyediaan Pelaksanaan

1 LADAP semua Ketua Guru Penasihat tentang kaedah mewujudkan saluran (group) Telegram dan kaedah pelaksanaan aktiviti mingguan

2 Semua Ketua Guru Penasihat memberikan saluran (group) unit masing-masing kepada Penyelaras Unit masing-masing. Penyelaras mengumpulkan semua saluran dan

menghebahkan kepada saluran e-Grandiose iaitu saluran hebahan untuk murid dan e-Koku iaitu saluran hebahan untuk guru.

3 Murid - murid dan guru - guru penasihat menyertai saluran (group) Telegram masing- masing. Ketua Guru Penasihat memastikan keahlian di dalam saluran (group) Telegram unit cukup mengikut data keahlian yang diedarkan oleh semua Penyelaras Unit Kokurikulum.

4 Guru-Guru Penasihat memulakan perjumpaan mengikut jadual yang diberikan oleh Setiausaha Unit Kokurikulum.

5 Pentadbir dan semua AJK Induk Unit Kokurikulum memantau perjumpaan setiap minggu.

6 Semua Penyelaras membuat analisa kehadiran dan mendapatkan laporan mingguan.

(5)

548 Rajah 2: Rumusan Kaedah Penyediaan Pelaksanaan Kajian

Setelah fasa penyediaan pelaksanaan selesai, aktiviti e-Kokurikulum@Grandiose berlaku mengikut Takwim Pengurusan Sekolah. Perjumpaan diadakan pada setiap hari Rabu selepas waktu PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).

Rajah 3: Jadual Pelaksanaan Kajian

Selain Penyelaras Unit yang bertugas, terdapat juga dua orang Pentadbir bergilir untuk memantau perjalanan aktiviti mingguan. Penolong Kanan Kokurikulum juga tidak terkecuali dalam pemantauan mingguan ini.

(6)

549 Rajah 4: Senarai Pemantauan Mingguan

Rajah 5: Google Form Pemantauan Pentadbir

Pentadbir bertugas dan Penolong Kanan Kokurikulum akan menyertai mana2 link Aplikasi Telegram semasa memantau. Rajah di bawah menunjukkan senarai link:

(7)

550 Rajah 6: Senarai saluran link aktiviti Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan

Rajah 7: Senarai saluran link Badan Beruniform dan Rumah Sukan

(8)

551 Selesai perjumpaan, Penyelaras bertugas akan membuat analisa data kehadiran ahli serta menyemak tugasan dan aktiviti. Laporan dikumpulkan melalui folder Google Drive yang disediakan.

Rajah 8 : Analisa Data

Akhir sekali, menggunakan langkah terakhir iaitu Act, penyelaras-penyelaras bertugas akan membuat rumusan dapatan dari perjumpaan mingguan seperti contoh dalam rajah di bawah:

Rajah 9: Data Tugasan dan Aktiviti

(9)

552 Rajah 10: Data Kehadiran

Hasil/Implikasi

Bagi mengetahui sejauh mana penerimaan murid-murid terhadap keberkesanan program e- Kokurikulum@Grandiose ini, satu undian dalam Aplikasi Telegram telah dibuat melibatkan 250 orang pelajar. Berikut adalah jadual analisis bagi setiap soalan yang terkandung dalam soal selidik tersebut :melibatkan 15.59% jumlah bilangan murid di SMK Seri Bemban pada bulan April 2021 dan undian semula telah dilakukan pada bulan September 2021.

Jadual 2: Dapatan Undian Dalam Talian

No Soalan

Dapatan Undian Dalam Talian

8 April 2021 8 Sept 2021

1 Saya dapat mengikuti kokurikulum dalam talian.

Setiap Minggu Baru Sekali Tidak Pernah

83 % 12 % 5 %

Setiap Minggu Baru Sekali Tidak Pernah

76%

15%

9%

2 Saya seronok mengikuti aktiviti dalam talian yang diberikan oleh Guru Penasihat.

Setuju Tidak setuju

87 % 13 %

Setuju Tidak setuju

82%

18%

3 Adakah anda bersedia untuk meneruskan aktiviti dalam talian untuk perjumpaan-perjumpaan seterusnya?

Ya Tidak

77 % 23 %

Ya Tidak

74%

26%

4 Adakah aktiviti kokurikulum atas talian lebih menarik dari aktiviti secara bersemuka?

Ya Tidak

41 % 59 %

Ya Tidak

38%

62%

5 Adakah anda berasa tertekan semasa menghadiri aktiviti kokurikulum atas talian?

Ya Tidak

26 % 74 %

Ya Tidak

28%

72%

(10)

553 Perbandingan keputusan dapatan pada bulan April 2021 dan September 2021 jelas menunjukkan trend yang hampir sama. Merujuk kepada Soalan 1 di Jadual 1, sebanyak 76 peratus orang murid mengesahkan bahawa mereka dapat mengikuti aktiviti kokurikulum secara dalam talian sehingga bulan September 2021. Data ini mengesahkan Aplikasi Telegram yang digunakan untuk perjumpaan kokurikulum tidak menjadi halangan kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti perjumpaan pada setiap minggu. Soalan 2 pula menunjukkan 82 peratus murid bersetuju bahawa mereka seronok mengikuti aktiviti dalam talian yang diberikan oleh Guru Penasihat. Keputusan ini amat bermakna dalam program ini kerana amatlah penting bagi pihak pengurusan Unit kokurikulum memastikan aktiviti atau tugasan yang diberikan semasa perjumpaan mingguan memberikan impak positif seperti yang diharapkan. Soalan 3 pula menguatkan lagi impak program yang menunjukkan bahawa 74 peratus daripada keseluruhan murid sangat bersetuju bahawa mereka bersedia untuk meneruskan aktiviti kokurikulum secara dalam talian untuk masa akan datang. Soalan 5 juga menunjukkan bahawa kebanyakan murid tidak berasa tertekan untuk mengikuti aktiviti kokurikulum secara dalam talian. Secara keseluruhannya, melalui analisa data yang diperolehi penulis berpuas hati dengan keputusan positif seperti dikehendaki dalam mencapai matlamat program. Kebanyakan murid boleh menerima kaedah pelaksanaan Aplikasi Telegram sebagai pelantar e-Kokurikulum bagi menggantikan perjumpaan Unit Kokurikulum secara bersemuka.

Namun begitu, merujuk kepada Soalan 4, data undian di Aplikasi Telegram menunjukkan bahawa platform e-Kokurikulum yang digunakan ini dapat membuka mata Guru-guru Penasihat yang masih belum menguasai kemahiran pembelajaran digital sepenuhnya agar menjadi lebih kreatif dalam menyediakan bahan aktiviti mingguan secara dalam talian. Hanya 38 peratus murid yang bersetuju bahawa aktiviti dalam talian adalah lebih menarik manakala 62 peratus murid mengatakan aktiviti kokurikulum atas talian tidak menarik.

Ini mungkin disebabkan kecenderungan responden yang lebih aktif, memilih aktiviti fizikal berbanding aktiviti kreatif minda.

Selain undian dalam talian dilakukan kepada murid-murid selaku pemegang taruh sekolah, satu temubual juga dilakukan secara rawak bersama 36 orang guru di SMK Seri Bemban bagi mengetahui sejauh mana penerimaan guru-guru penasihat terhadap penggunaan Aplikasi Telegram dalam melaksanakan perjumpaan mingguan aktiviti kokurikulum. Kesemua 36 guru memberikan maklumbalas yang positif. Guru-guru juga mengatakan pengurusan aktiviti dalam talian adalah lebih mudah berbanding dengan pengurusan aktiviti mingguan secara bersemuka kerana kaedah ini menjimatkan masa. Tentu sekali isu disiplin murid-murid yang selama ini menjadi cabaran utama kepada guru-guru penasihat dapat diatasi dengan mudah.

5. Perbincangan

Pada awal pelaksanaan program e-kokurikulum@Grandiose, terdapat cadangan-cadangan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan serta pandangan atau komen yang boleh dijadikan panduan bagi pengurusan Unit Kokurikulum sekolah lain yang ingin melaksanakan program kokurikulum secara dalam talian.Ini termasuk beberapa cadangan seperti berikut:

i) Cadangan penambahbaikan ini perlu dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berkaitan termasuk pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) yang akan memberi impak

(11)

554 keseluruhan terhadap pelaksanaan e-Kokurikulum yang lebih berkesan sepertimana pelaksanaan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah). Kaedah perjumpaan kegiatan kokurikulum secara atas talian ini wajar digunapakai di seluruh sekolah di Malaysia kerana ianya mudah dilaksanakan. Kerjasama dan komitmen ibu bapa selain murid amatlah penting bagi menjayakan amalan e-Kokurikulum ini agar penglibatan murid dapat mencapai 100%

sekaligus meningkatkan pencapaian PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) mereka.

ii) KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) juga harus merancang strategi e- Kokurikulum secara lebih terperinci dan fleksibel bagi menjadikan ianya sesuai mengikut lokaliti sekolah. Penglibatan dalam talian bukan hanya dapat memberi peluang yang lebih besar kepada setiap murid malah dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti lebih banyak program atau pertandingan di peringkat antarabangsa.

Amalan Baharu

Program e-Kokurikulum@Grandiose ternyata berkesan apabila disambut baik oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) pada bulan Jun 2021 apabila surat arahan penguatkuasaan pelaksanaan kokurikulum dalam talian diumumkan seperti tertera di dalam Rajah 10 di bawah:

Rajah 11: Surat Makluman Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Mingguan Secara Dalam Talian

Edaran surat rasmi dari pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) seperti di atas dengan jelasnya mengesahkan kejayaan SMK Seri Bemban dalam menguruskan program e- Kokurikulum@Grandiose setelah empat bulan ianya nya dilaksanakan. Hal ini dinyatakan lagi apabila garis panduan yang ditetapkan menepati semua ciri program e- Kokurikulum@Grandiose apabila merujuk kepada pengkhususan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat arahan.

(12)

555 Rajah 12: Pengoperasian Aktiviti Kokurikulum Mengikut Norma baharu

Program e-Kokurikulum@Grandiose sememangnya semakin menjadi mudah diurus dan dilaksanakan mengikut norma baharu selepas tujuh bulan selepas cetusan idea tentangnya terhasil.

Rajah 13: Secara Dalam Talian

Program e-Kokurikulum@Grandiose menggunakan Aplikasi Telegram yang memudahkan aktiviti berlaku secara dalam talian.

Rajah 14: Bahan Tugasan dan Jadual Aktiviti

Guru-guru Penasihat memberikan tugasan yang sama seperti arahan yang dikuatkuasakan semasa aktiviti mingguan e-Kokurikulum@Grandiose dijalankan melalui penggunaan Aplikasi Telegram. Jadual aktiviti juga adalah selepas waktu PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) dan hanya berjalan sekali sahaja seminggu.

Rumusan

Dapat dirumuskan Impak dan keberkesanan panduan program e-Kokurikulum@Grandiose di SMK Seri Bemban ini seperti berikut :

i) Penjimatan Masa

Dengan kemudahan teknologi di hujung jari perjumpaan aktiviti mingguan kegiatan kokurikulum dapat dijimatkan 100%. Ini adalah kerana tempoh masa perlahan dan santai pergerakkan murid samada dari tapak perhimpunan mahupun dari dalam kelas masing-masing

(13)

556 untuk menuju ke lokasi perjumpaan unit-unit seperti yang ditetapkan di sekitar kawasan sekolah tidak lagi menjadi isu.

ii) Melaksanakan Aktiviti Mengikut Takwim

Keadaan pandamik Covid - 19 belum pasti bila akan berakhir. .Kita tidak boleh terus-terusan menunggu arahan dari KPM untuk membenarkan semula perjumpaan kegiatan kokurikulum dilaksanakan secara bersemuka. Murid-murid sememangnya resah dan kebosanan terkurung di rumah atau tidak dapat beriadah di padang bersama rakan-rakan. Mereka harus disajikan dengan aktiviti kokurikulum sepertimana yang menjadi kebiasaan sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan. Norma Baharu Pengurusan Unit Kokurikulum telah dapat merealisasikan perkara ini seperti yang telah dirancang di dalam Takwim Pengurusan Sekolah 2021.

iii) Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Pelajar

Perjumpaan aktiviti secara dalam talian menggunakan pelantar aplikasi Telegram atau e- kokurikulum yang diperkenalkan ini dapat memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti. Ini adalah kerana semua murid perlu memberi respon secara individu memandangkan mereka berinteraksi menggunakan peranti masing-masing di rumah. Murid yang kurang keyakinan diri lebih mudah berinteraksi atau pun melibatkan diri dalam e-pertandingan yang dijalankan kerana mereka tidak perlu berdepan dengan situasi malu apabila diperhatikan oleh rakan sebaya. Mereka juga bebas untuk memberikan pendapat tentang jenis aktiviti yang mereka ingin cadangkan kepada Guru Penasihat. Selain itu, semua murid boleh melibatkan diri dalam semua e-pertandingan atau e-aktiviti yang dilaksanakan.

Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan perjumpaan secara bersemuka di mana dalam kebanyakan pertandingan hanya wakil atau murid yang sama sahaja yang melibatkan diri.

iv) Praktikal.

e-Kokurikulum menggunakan pelantar aplikasi Telegram adalah praktikal kerana ianya mudah untuk dilaksanakan. Semua murid hanya perlukan satu alat peranti yang sama mereka perlukan semasa pelaksanaan PDPR. Ini bermakna murid-murid dan ibu bapa tidak diberi apa-apa tekanan tambahan untuk melibatkan diri dalam aktiviti e-kokurikulum yang dijalankan seminggu sekali. Penglibatan adalah tidak wajib namun sangat digalakkan. Semua interaksi perjumpaan berlaku di dalam saluran Telegram mengikut unit masing-masing. Makluman juga disalurkan ke saluran kumpulan ibu bapa dalam talian telegram. Maka, isu tidak menerima maklumat atau tidak dapat mengikuti perbincangan perjumpaan mingguan tidak berlaku sama sekali.

v) Meransang Usaha Kolaboratif Antara Guru Penasihat.

Guru-guru Penasihat perlu bertindak secara dalam kumpulan memandangkan e-kokurikulum ini merupakan Norma Baharu bagi mereka. Guru yang mahir dalam aplikasi Telegram membimbing guru-guru yang kurang mahir secara otomatik kerana e-Kokurikulum berlaku setiap minggu mengikut jadual PDPR dan mereka perlu sentiasa bersedia. Mereka juga menzahirkan kreativiti dan kemahiran dalam memilih dan menyampaikan maklumat e-aktiviti atau e-pertandingan untuk disampaikan kepada setiap ahli unit masing-masing. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran ICT guru-guru dapat ditonjolkan tanpa mereka sedari.

vi) Menyebarkan Maklumat Dengan Lebih Tepat Dan Cepat.

(14)

557 Saluran e-Kokurikulum sangat membantu dalam ketepatan penyampaian maklumat. Ini adalah kerana semua ahli unit adalah ahli kumpulan dalam talian. Setiap maklumat e-pertandingan yang dipanjangkan kepada sekolah oleh pihak JPN Melaka dapat disalurkan kepada semua Guru Penasihat dan ahli unit dengan tepat dan pantas. Ini dapat mengelakkan ketirisan maklumat atau kelewatan penyampaian maklumat. Bukan itu sahaja, malah setiap surat siaran dapat dikongsikan terus kepada kumpulan yang terlibat. Kegembiraan keputusan pertandingan dan penyertaan ahli di peringkat Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa juga dapat dikongsikan terus di dalam saluran Telegram setiap unit.

vii) Hasilnya Berpotensi Untuk Diguna Sama Oleh Sekolah Lain

Adalah diharapkan agar pelaksanaan e-Kokurikulum ini boleh dikongsi dan digunapakai oleh sekolah-sekolah di Malaysia bagi tujuan menyerlahkan potensi murid dalam bidang kokurikulum dengan menambah baik atau menyesuaikan kaedah pengurusannya mengikut lokaliti sekolah dan latar belakang murid. Ianya menyahut kepada cabaran amalan Norma Baharu setelah pendidikan di Malaysia berubah akibat pandamik Covid-19.

Rajah 15 : Impak/ Keberkesanan Kriteria Kejayaan

Kesimpulannya amalan terbaik program e-Kokurikulum@Grandiose ini wajar dilaksanakan oleh semua sekolah di Malaysia kerana ianya berupaya meneruskan kesinambungan keberkesanan dan kecemerlangan kegiatan aktiviti kokurikulum di sekolah selaras dengan kehendak KPM terkini. Selain itu, markah PAJSK murid-murid akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Bukan itu sahaja, amalan terbaik ini dapat meningkatkan kemampuan berfikir kritis, menumbuhkan inisiatif dan meningkatkan motivasi internal murid untuk lebih minat dalam aktiviti luar bilik darjah dan membantu mengembangkan potensi diri sesuai dengan generasi mereka. Hal ini bertepatan dengan Dasar pelaksanaan kegiatan kokurikulum;

..Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.”

(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).

(15)

558 RUJUKAN

Adnan Kamis. (1988). Nilai-Nilai Murni dalam Aktiviti Kokurikulum Pergerakan Beruniform Ke Arah Menghasilkan Insan yang Mantap lagi Seimbang Menurut Falsafah KBSM.

Kertas kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Dhawan, S. (2020). Online learning: A panacea in the time of COVID-19 crises. Journal of Educational Technology, 49(1), 5–22. https://doi.org/10.1177/0047239520934018 Mokhtar, Umaimah. (2012). Inovasi Pengajaran & Pembelajaran: Kaedah Penyediaan Projek

Untuk Kursus Aplikasi Komputer dengan Strategi Penggunaan Teknik PBL (Project Based Learning). Melaka: Politeknik Merlimau. (Buku??)

Nor Suhara & Jamil Ahmad. (2018). Kepentingan Kokurikulum dalam Pendidikan di Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Petrie, C. (2020). Spotlight: Quality education for all during COVID-19 crisis (hundrED Research Report #01). United Nations. https://hundred.org/en/collections/quality- education-for-all-during-coronavirus

Steve Duncan (1996). Family Matters: What is the role of extracurricular Activities?

http://www.montana.edu.

United Nations. (2020). Policy brief: Education during COVID-19 and beyond. United

Nations. https://www.un.org/development/desa/dspd/wp-

content/uploads/sites/22/2020/08/sg_policy_brief_covid- 19_and_education_august_2020.pdf

Wena, M. (2014). Strategi Pembelajaran Inovatif Kontemporer: Suatu Tinjauan Konseptual Operasional. Jakarta: Bumi Aksara. Hlm 214.

Referensi

Dokumen terkait

the questionnaire used is divided into two parts, part A and part B section A consisted of demographic data, while part b contains 53 item questionnaire measuring aspects

The conclusion of this research is that Ki Hadjar Dewantara education head for guidance Childs in order to get safe and peace highly. The mean of this conception is

Based on the state of the art, this research will be to design a prototype Digital Library for children of primary school (SD) using the method of

The purposes of this study are to examine whether the non-native English teachers in Indonesia realize the emerging role of English in the global world especially into the

So that students who live in industries that are like this must be able to have high competitiveness, because many rivals are very strong especially since the