• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN KEBERKESANAN INSTRUMEN ‘SLT ABACUS’ UNTUK POLITEKNIK MALAYSIA

Ramlee b Jantan Nurul Izzah bt Ab Rahim Mohd Azman b Mohd Alwy Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,

Abstract

“SLT Abacus” dibangunkan merujuk kepada keperluan garispanduan MQA dan penambahbaikan (CQI) yang diambil selepas audit MQA terhadap kurikulum politeknik yang dibangunkan oleh Seksyen Latihan dan Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Ia dibangunkan sebagai garispanduan pengiraan waktu pelajar belajar (Student Learning Time), dengan menggunakan perisian Microsoft Office Access 2007. Perisian ini dipilih kerana mudah diperolehi serta mudah dicapai guna dari semua komputer. “SLT Abacus” boleh membantu para penggubal kurikulum dan pensyarah untuk merancang aktiviti dan jenis penilaian, jenis kerja kursus, jumlah jam yang diperuntukan untuk setiap aktiviti yang merangkumi waktu bersemuka (face to face) dan waktu pelajar belajar sendiri (non face to face). Penggunaan sistem “SLT Abacus” adalah dengan memasukkan data setiap kursus, seperti jumlah jam kredit, jumlah jam pertemuan seminggu, jumlah jam praktikal dan theory, jenis-jenis penilaian, jenis-jenis kerja kursus. Dari data tersebut, dapat dikira jumlah SLT sebenar (actual), SLT yang sepatutnya dilaksanakan (claim SLT), kredit sebenar, kredit yang dilaksanakan, jumlah dan jenis penilaian, jumlah dan jenis kerja kursus yang dilaksanakan sepanjang semester dan sepanjang program. Melalui “SLT Abacus”, penggubal boleh menentukan jenis aktiviti yang sesuai berdasarkan tempoh masa yang sesuai dicadangan dalam silibus kursus bagi membantu pengiraan SLT disamping wujudnya keselarasan @ kesamaan tempoh masa setiap aktiviti diantara kursus dan program bagi jabatan yang berbeza. Hasil dari system “SLT Abacus” juga, boleh dipaparkan dan di cetak mengikut borang agihan SLT yang terdapat dalam setiap silibus kursus, sebelumnya perkara ini tidak berlaku. Segala pengiraan dalam “SLT Abacus” adalah mengikut keperluan MQA. Dengan objektif yang jelas ini, politeknik berupaya menghasikan graduan yang berilmu serta mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Diharapkan “SLT Abacus” menjadi instrumen yang digunapakai secara meluas di Politeknik Malaysia dan seterusnya sebagai rujukan untuk institusi TVET kerana Politeknik adalah sebagai peneraju TVET peringkat serantau. Hasil dari kajian yang dijalankan, didapati purata min yang diperolehi ialah 4.63 dan nilai ini memberi tafsiran Tinggi. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan 100% responden bersetuju bahawa SLT Abacus yang dibangunkan sangat membantu dalam pembangunan kurikulum Politeknik, JPP.

Kata kunci:SLT Abacus,Student Learning Time (SLT), MQA 1.0 Pengenalan

Pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (Outcome Based Education, OBE) menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam

(2)

setiap program yang diikuti. Waktu pelajar belajar (SLT), merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran, yang digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Ia memberi impak yang tinggi terhadap kualiti pencapaian pelajar kerana ianya mengambilkira semua aktiviti pembelajaran termasuk pembelajaran secara formal maupun tidak. SLT merupakan jumlah masa yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu kursus terdiri daripada jam pertemuan bersemuka, jam pertemuan tidak bersemuka, jam pembelajaran kendiri dan jam penilaian formal. Beban pembelajaran ialah ukuran kuantitatif semua aktiviti pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai CLO. Oleh itu, penekanan terhadap SLT perlu dititikberatkan dan diberi perhatian yang sewajarnya supaya pelajar tidak dibebani dengan beban kerja yang berlebihan yang menyebabkan penurunan prestasi mereka. Justeru itu, system “SLT abacus” direka untuk membantu memudahcara pihak BPKLK dalam keselarasan pengiraan SLT bagi setiap aktiviti kursus dan program dengan sistematik. Jumlah jam yang dicadangkan dalam “SLT abacus” adalah sebagai panduan dan ianya amat berguna bergantung kepada kompleksiti disiplin/kursus atau aktiviti. Pertimbangan pengiraan jumlah jam perlu mengambil kira keperluan atau syarat disiplin/kursus. Satu jam kredit bersamaan dengan 40 jam pembelajaran nasional

2.0 Kajian Literatur

Student Learning Time Regulations memainkan peranan yang penting dalam

proses reformasi pendidikan pada abad ke 21. Ia bertujuan untuk memastikan ekuiti masa pembelajaran iaitu keperluan jam tahunan minimum dapat dicapai. Dua perkara yang dititikberatkan dalam peraturan ini ialah garis masa perlaksanaan dan definasi masa pembelajaran berstruktur.(Student Learning Time Regulations 603 CMR 27.00). Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time, SLT) merupakan masa pembelajaran berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa pelaksanaan keseluruhan aktiviti pembelajaran, yang digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. la merangkumi masa pelaksanaan semua aktiviti pembelajaran iaitu pembelajaran formal dan tidak formal. SLT merupakan jumlah masa yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu kursus terdiri daripada Jam Pertemuan Bersemuka, Jam Pertemuan Tidak Bersemuka, Jam Pembelajaran Kendiri dan Jam Penilaian Formal (Prof. Dr. Lilia binti Halim (UKM) dan Prof. Madya Dr. Sopia binti Md Yasin (UPSI))

(3)

bergantung kepada kompleksiti disiplin/kursus atau aktiviti. Pertimbangan pengiraan jumlah jam perlu mengambil kira keperluan atau syarat disiplin/kursus. Bagi setiap jam kuliah, tambah 1 — 2 jam waktu belajar sendiri_ Kursus yang lebih kompleks mungkin memerlukan 3 jam atau lebih waktu belajar sendiri. Bagi setiap jam tutorial (biasanya antara 1 — 2 jam) tambah 1 — 2 jam untuk masa persediaan. Bagi setiap 3 jam waktu makmal termasuk masa untuk menulis laporan, jumlah jam pembelajaran adalah 3 jam. Namun, bagi disiplin tertentu, misalnya Bioperubatan, Sains Kesihatan dan Kejuruteraan, 3 jam waktu makmal memerlukan 2 — 3 jam untuk menyediakan laporan. Projek tahun akhir pada peringkat kepujian sama ada berdasarkan makmal, kerja amali atau kajian literatur atau kedua-duanya memerlukan kira-kira 240 — 400 jam. Bagi penilaian sumatif yang mengambil masa 3 jam, 3 jam diperlukan untuk persediaan. “Credit the agreed-upon value’ digunakan untuk mengukur beban kerja pelajar dalam bentuk masa pembelajaran yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kursus. ( UNESCO, 2004)

Minat dalam program penambahan masa pembelajaran yang disampaikan di luar masa pembelajaran biasa mula (Stonehill et al., 2011). Program-program ini menyediakan latihan tambahan dalam English language arts,matematik dan lain-lain subjek bagi meningkatkan minat dan kejayaan akademik pelajar. (Redd et al., 2012). Dalam kajian menunjukkan terdapat 30 kes di mana program ini memberi kesan positif terhadap hasil pembelajaran pelajar. Namun tidak ada satu pun program yang sesuai dengan semua kumpulan pelajar. Ini menunjukkan orang yang mahu menggunakan program ini perlu membangunkan aktiviti yang sesuai dengan keperluan pelajar mereka dan apa yang hendak dicapai melalui program tersebut.

3.0 Metodologi

Soal selidik keberkesanan program ‘SLT Abacus’ merangkumi maklumbalas dari responden yang terdiri dari kumpulan penggubal di Bengkel pemurnian kurikulum MMAP, JPP di MS Garden, Kuantan, Pahang pada 11 September 2013 yang menggunakan sistem ini mendapatkan input secara telus dan komprehensif mengenai gambaran sebenar sejauh mana keberkesanan sistem ini. Kaedah yang digunapakai adalah melalui edaran soal selidik dan temuduga secara bersemuka terhadap responden. Instrumen kajian adalah dengan :

(4)

ii) Kajian soal selidik – golongan sasaran penggubal kurikulum Politeknik Malaysia

Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumbalas tersebut ialah melalui edaran borang soal selidik. Borang soal selidik ini digunakan untuk mencapai kesemua objektif inovasi. Hasil dapatan telah diuji secara deskriptif dengan

menggunakan kaedah kuantitatif. Data yang telah diperolehi dinilai secara deskriptif. Analisa data adalah berdasarkan nilai min dan sisihan piawai bagi melihat

kecenderungan memusat dan serakan. Pengiraan kecenderongan memusat termasuklah min manakala pengiraan serakan adalah sisihan piawai menurut Uma (1992) dalam Laila Musa (2001).

4.0 Dapatan Dan Perbincangan

Pemprosesan dan penganalisaan data dalam kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Hasil analisis kajian bagi Bahagian A dipersembahkan dalam format peratusan dan keterangan analisis. Bagi menganalisa bahagian B dan C, statistik deskriptif telah digunakan. Statistik deskriptif iaitu skor min dan sisihan piawai digunakan bagi menjawab objektif kajian. Taksiran min bagi skala likert dikategorikan seperti jadual 1.

Jadual 1 : Taksiran Min bagi Skala Likert

(Sumber: adaptasi daripada Landell, 1997) 4.1 Tahap Pencapaian Keberkesanan Sistem “SLT Abacus”

SLT Abacus telah pun dibentangkan serta digunapakai oleh kumpulan penggubal kurikulum MMAP. Bagi mengkaji keberkesanan penggunaan bahan inovasi ini, pungutan data telah dibuat setelah pembentangan dan penggunaannya dilaksanakan. Jadual 6.1 menunjukkan hasil dapatan kajian maklumbalas terhadap sistem inovasi yang dibangunkan.

Jadual 6.1 : Analisis Deskriptif Maklumbalas Pengguna Terhadap Sistem “SLT Abacus” semasa Bengkel Pemurnian Kurikulum MMAP di MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang pada 12 September 2013.

Objektif yang dinilai Min Sisihan Piawai Sebagai bahan rujukan pantas, mudah dan tepat. 4.38 0.0699

Skor Min Taksiran 1.00-2.33 Rendah 2.34-3.66 Sederhana 3.67-5.00 Tinggi

(5)

Menggunakan “SLT Abacus” sebagai bahan untuk mengira SLT semua aktiviti pembelajaran termasuk jenis kerja kursus dan jenis penilaian yang sesuai bagi sesuatu kursus yang ditawarkan samada face to face atau non face to face.

4.72 0.03108

Menggunakan “SLT Abacus” sebagai bahan untuk mengira jumlah kredit kursus (course credit) yang bersesuaian..

4.73 0.0489

“SLT Abacus” sebagai bahan yang boleh membantu penggubal untuk mencadangan kaedah penyampaian P&P (suggested delivery method) berdasarkan tempoh masa yang sesuai untuk melaksanakan setiap aktiviti tersebut.

4.68 0.0386

Data yang diperolehi adalah daripada 20 sampel iaitu 100% penggubal kurikulum yang hadir semasa bengkel berkenaan. Hasil daripada keseluruhan data yang diperolehi, nilai min keseluruhan objektif yang diperolehi ialah 4.38 hingga 4.73. Berdasarkan Jadual Tafsiran Min (Jadual 5.1), nilai min yang diperolehi adalah pada skala baik. Nilai sisihan piawai yang diperolehi bagi kesemua objektif yang hendak dicapai adalah kurang daripada 1. Ini menunjukkan bahawa serakan jawapan yang diberikan oleh responden adalah seimbang dan stabil bagi keseluruhan item dalam soalan kajian ini.

Kesemua responden bersetuju untuk mencadangkan SLT Abacus ini kepada penggubal kurikulum dan pensyarah di tempat kerja. Daripada data yang dikumpul juga, menunjukkan 100% responden bersetuju bahawa SLT Abacus yang dibangunkan sangat membantu dalam pembangunan kurikulum Politeknik, JPP.

5.0 Kesimpulan

Satu inovasi SLT Abacus berjaya direkabentuk menggunakan perisian MS Office Assess 2007. Dengan terbinanya inovasi SLT Abacus ini, para penggubal kurikulum dan pensyarah dapat menggunakannya dengan penuh yakin, cepat, pantas dan mudah mengikut garispanduan MQA dalam penetapan SLT. Hasil daripada analisis deskriptif yang diperolehi menunjukkan responden memberi maklumbalas yang baik terhadap pembinaan inovasi ini. Ini merujuk kepada min keseluruhan bagi setiap objektif yang hendak dicapai, iaitu melebihi 4.38. Secara keseluruhan, dapatlah disimpulkan bahawa kesemua responden menerima baik hasil inovasi ini. Pembangunan SLT Abacus ini, memberi impak yang sangat tinggi kepada Seksyen

(6)

Latihan dan Pembangunan Kurikulum, JPP dalam pengiraan SLT. Adalah diharapkan, SLT Abacus ini dapat di muat turun dalam CIDOS dan digunapakai di Politeknik Malaysia.

Rujukan

Bengkel Kebangsaan Pemantapan Sistem Kredit MQF. Anjuran Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Seminar for MQA Assessors, Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan 27 May 2013, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MQA Assessor Training, Eastin Hotel, Petaling Jaya, Selangor. 1 june 2013, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bengkel garispanduan CQI kurikulum Fasa 3/2012, Hotel Residence, 1 jun 2012, Ministry of Higher Education (Malaysia)

Referensi

Dokumen terkait

Umumnya, mahasiswa yang masuk PTS adalah tidak hanya mereka yang tidak lolos seleksi pada perguruan tinggi negeri (PTN) dan umumnya memiliki nilai rata-rata akademik

Oleh itu, kurikulum Sejarah dilihat sebagai medium yang sangat signifikan dalam merealisasikan hasrat ini.Sungguhpun begitu, perpaduan yang jitu ini jika tidak

Oleh itu, kajian mengenai persepsi murid terhadap penggunaan filem dalam pembelajaran sejarah, penerapan elemen KPS dalam kalangan murid melalui penggunaan filem

Kerajaan harus menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang pendidikan dari negara luar supaya pendidikan bagi pengajian tinggi dapat memberi peluang kepada semua

Kajian tersebut juga boleh digunakan sebagai panduan kepada guru pembimbing semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka seperti guru pembimbing boleh mengatasi

Dengan Standar Kompetensi yang diharapkan siswa mampu memahami, dan menerapkan konsep- konsep CE, hukum dan HAM dalam menganalisis tentang kasus, dan mempunyai keterampilan

Disamping itu, sistem pendidikan teknik dan vokasional (PTV) juga, berfungsi sebagai asas awal dalam menghasilkan modal insan yang flesibel, kompeten terhadap kerja, berdaya

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan keupayaan mengingati konsep Sejarah dan pencapaian pelajar dalam kalangan murid yang mengikuti dan tidak