• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN SISTEM LEDOMEX KEPADA PENSYARAH KURSUS, PENGGUBAL KURIKULUM DAN MENGUBAL ITEM POLITEKNIK

Norbaya Bt Mhd Simin Norazlina Bt Abdul Rahman

Haryati Bt Daud

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan ABSTRACT

The purpose of the study is to get feedback on the effectiveness of the Learning Domain Extractor (LeDoMex) which is a system of software applications to access information relating to Bloom's Taxonomy that has been developed as a reference system that is fast, easy and accurate to users of the lecturing course, the curriculum and drafter’s items. This study focuses on four objectives, namely; to study the usefulness of the system LeDoMex as a system of applications to access information quickly, easily and accurately, to study LedoMex as a system of applications access to information that can determine the appropriate work and dominant syllabus in the curriculum, to study LeDoMex as a system of applications to access information that can determine the choice of delivery methods corresponding domain-based learning and to study the application LeDoMex as an information retrieval system which can determine the choice of verb in the construction process . The item questionnaire was used to achieve the objectives of this study. The questionnaire consists of 12 items that cover all the objectives have been distributed to 41 LeDoMex users which are the Malaysian Polytechnic Lecturer Experts, representing 100% of the study population.

The results were tested for descriptive use of quantitative methods. Data analysis methods for conducting this research are descriptive statistics (mean and standard deviation). The reliability of the instrument was α = 0.866. Data analysis was performed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for Windows version 19.0. The results of the data obtained and the mean value obtained overall objective is 4:09 to 4:40. The mean value obtained is on scale as well. The value of the standard deviation obtained for all the objectives to be achieved is less than 1. This shows that the dispersion of the answers given by respondents was balanced and stable for the entire item in question in this study. Results of the analysis showed that respondents gave good feedback on this LeDoMex system. This refers to the overall mean for each objective to be achieved, which is more than 4. Overall, it can be concluded that all the respondents in Polytechnic Malaysia welcome the LeDoMex system. Therefore it is expected for LeDoMex to be accepted and applicable in all TVET institutions in Malaysia.

Keywords: Bloom's Taxonomy, Software Applications

1. PENDAHULUAN

Pendidik perlu merancang pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk

menghasilkan P&P yang berkesan.Perancangan P&P ini adalah dari segi pemilihan

objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yang sesuai untuk pelajar

(2)

dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar.Kejayaan proses P&P adalah berdasarkan kepada pencapaian hasil pembelajaran kursus (Course Learning Outcome, CLO) yang menyumbang kepada pencapaian hasil pembelajaran program (Programme Learning Outcome, PLO). Justeru itu, pengetahuan terhadap domain pembelajaran sangat penting terutama dalam menentukan hasil P&Pyang ditetapkan tercapai selaras dengan perlaksanaan Pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (Outcome Based Education, OBE). Domain pembelajaran juga menjadi tonggak kepada proses pengukuran dan penilaian hasil pembelajaran.

Menurut Abdul Rahim (1992), guru kurang menggunakan soalan dan rangsangan yang sesuai dengan tahap perkembangan kognitif pelajar. Sesetengah guru memberi soalan dan contoh yang kurang bersesuaian dengan tahap kognitif mereka sehinggakan pelajar hanya menerima tanpa mampu untuk berfikir dengan lebih jauh.Ini menunjukkan P&P guru adalah tidak berkesan.Selain itu, kaedah P&P hendaklah menarik dan memberi kesan kepada pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yang betul dan terkini akan dapat menghasilkan P&P yang berkesan.

2. PERNYATAAN MASALAH

Sistem LeDoMex yang telah dibangunkan ini merupakan sistem aplikasi perisian untuk capaian maklumat berhubung dengan Taksonomi Bloom.Ianya telah dibangunkan sebagai satu sistem rujukan yang sangat pantas, mudah dan tepat kepada pengguna iaitu pensyarah kursus, penggubal kurikulum dan penggubal item.Dengan menggunakan sistem LeDoMex ini, pengguna iaitu penggubal kurikulum dapat menentukan kata kerja yang tepat dan dominen silibus dalam menghasilkan CLO yang boleh diukur dan dinyatakan dengan jelas. Selain itu, pensyarah kursus boleh menggunakan sistem LeDoMex ini untukmenentukan pilihan kaedah penyampaian (delivery methods) yang bersesuaian berasaskan domain pembelajaran dan penggubal item boleh menentukan pilihan kata kerja dalam proses pembinaan item. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengesan keberkesanan, mengesan masalah dan membuat penambahbaikan kepada sistem LeDoMex ini sebelum ianya dibentang dan digunapakai di semua institusi TVET di Malaysia.

3. KAJIAN LITERATUR

(3)

3.1. Pengenalan

Pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (Outcome Based Education, OBE) menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Ini sejajar dengan maksud OBE oleh Spady dan William G dalam Outcome-Based Education : Critical Issues and Answersiaitu memberi tumpuan dan mengatur semua aspek dalam sistem pendidikan untuk memastikan semua pelajar boleh melakukan dengan jayanya di akhir pembelajaran mereka. Hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar adalah secara menyeluruh dengan mengambilkira semua aspek iaitu kecerdasan kognitif, kemahiran psikomotor dan afektif sepanjang pengajian mereka.Oleh itu, setiap penyataan dalam hasil pembelajaran mestilah boleh diukur dan dinyatakan dengan jelas serta mengandungi elemen ‘SMARTO’ iaitu specific, measureable, achievable, realistic, time frame dan observable.Kesemua aspek penilaian yang diambilkira diharap dapat diaplikasikan dalam kerjaya mereka kelak.

3.2. Taksonomi Bloom

Taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan telah lama dikembangkan, dan tokoh yang begitu terkenal dengan konsep taksonominya adalah Benjamin, S. Bloom.

Sehingga taksonomi pendidikan yang cetuskannya diabadikan dengan sebutan nama penemunya yaitu Taksonomi Bloom. Pada awalnya, Benjamin S. Bloom menawarkan konsep taksonomi pendidikannya pada tahun 1948 di Boston.Dan perkembangan selanjutnya, Bloom sendiri hanya mengembangkan domain kognitif pada tahun 1956.Sedangkan domain afektif dikembangkan oleh David Krathwohl bersama dengan Bloom dan Bertram B. Masia.Selanjutnya disempurnakan lagi oleh Simpson dengan melengkapinya dengan psikomotor domain. Secara teoritis, menurut taksonomi Bloom ini, tujuan pendidikan dibahagi ke dalam tiga domain iaitu Cognitive Domain (Ranah Kognitif), Affective Domain (Ranah Afektif) dan Psychomotor Domain (Ranah Psikomotor). Keberkesanan dan kejayaan proses P&P di Politeknik yang berasaskan OBE akan diukur berdasarkan sejauhmana pencapaian terhadap domain pembelajaran oleh pelajar. Taksonomi P&P yang dicadangkan oleh JPP dan bersandarkan kepada Taksonomi Bloom telah dipilih sebagai panduan penentuan aras pembelajaran di politeknik. Bagi pengajian diploma di Politeknik, tahap yang perlu dikuasai ialah kognitif pada tahap ketiga (C3), psikomotor pada tahap keempat (P4) dan afektif pada tahap ketiga (A3).

3.3 Sistem Capaian Maklumat

(4)

Taksonomi P&P menjadi rujukan kepada warga pendidik di Politeknik dalam memastikan objektif P&P dicapai.Kebanyakan warga pendidik membuat rujukan menggunakan kaedah secara manual iaitu dengan merujuk terus kepada nota, carta atau jadual.Carian secara manual ini kadangkala mengambil masa dan memerlukan helaian dokumen untuk dibawa bersama.Justeru itu, kaedah yang lebih mudah iaitu pembangunan dalam bentuk aplikasi perisian dibangunkan bagi menggantikan kaedah manual.Menurut Tolfer, A (1990), kita sekarang berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat atau disebut juga era maklumat iaitu suatu era di mana kebanyakan pekerja terlibat dalam penciptaan, pengagihan dan penggunaan teknologi maklumat. Dari tahun ke tahun penggunaan teknologi maklumat semakin berkembang pesat seiring dengan kemajuan negara.Perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi masyarakat di seluruh dunia, termasuklah Malaysia (Mariam, 2007).Penggunaan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan terutamanya di Malaysia sangat meluas pada masa kini.Oleh itu, pengetahuan terhadap domain pembelajaran yang merupakan nadi kepada hasil P&P di Politeknik dan juga segala maklumat dapat dicapai dengan mudah (Mohd Yusri bin Mahadi, 1996).

4. METODOLOGI

Melihat kepada kepentingan dari pelbagai sudut terutama dalam melaksanakan

proses P&P dengan lebih berkesan, sistem LeDoMextelah dibangunkan menggunakan

Perisian Microsoft Access. LeDoMex adalah aplikasi sistem capaian maklumat yang

pantas, mudah dan tepat.Sistem LeDoMex bolehmenentukan kata kerja yang tepat dan

dominen silibus dalam penggubalan kurikulum.Dengan fungsi ini, LeDoMex boleh

membantu penggubal kurikulum menghasilkan CLO yang boleh diukur dan dinyatakan

dengan jelas.Selain itu, LeDoMex juga boleh menentukan pilihan kaedah penyampaian

(delivery methods) yang bersesuaian berasaskan domain pembelajaran.Dengan fungsi

ini, LeDoMex boleh membantu pensyarah kursus mempelbagaikan kaedah P&P untuk

memastikan P&P adalah lebih berkesan. LeDoMex juga boleh menentukan pilihan kata

kerja dalam proses pembinaan item. Dengan fungsi ini, LeDoMex boleh membantu

penggubal item memantapkan kualiti pembinaan item penilaian berterusan mengikut

Aras pembelajaran dan pembinaan item penilaian akhir mengikut Final Examination

Item Specification Table (FEIST) yang telah disediakan.

(5)

Rajah 4.1: Contoh paparan LeDoMex bagi subjek Engineering Drawing yang boleh menentukan dominen silibus dalam penggubalan kurikulum

Rajah 4.2: Contoh paparan LeDoMex yang boleh menentukan pilihan kaedah penyampaian (delivery methods) yang bersesuaian berasaskan domain pembelajaran

dan boleh menentukan pilihan kata kerja dalam proses pembinaan item

(6)

4.1. Borang Kaji Selidik

Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan keberkesanan sistem LeDoMex ini ialah borang soal selidik.Borang soal selidik ini digunakan untuk mencapai kesemua objektif kajian.Terdapat 12 soalan dimana 11 soalan diukur menggunakan skor Skala Likert dan 1 soalan adalah pandangan respondan berkenaan penambahbaikan sistem LeDoMex.

Jadual 4.1: Skala Likert

Skor Tafsiran

1 Sangat Lemah

2 Lemah

3 Sederhana

4 Baik

5 Sangat Baik

Sumber:Wikipedia. 2010. “Likert Scale.” Online, 31 Oktober 2010.

Melalui kajian rintis yang telah dijalankan, nilai alpha Cronbanch yang diperoleh untuk semua soalan dalam borang kaji selidik, α = 0.866. Hasil dapatan telah diuji secara deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif.Data yang telah diperolehi dinilai secara deskriptif.Analisa data adalah berdasarkan nilai min dan sisihan piawai bagi melihat kecenderungan memusat dan serakan.Pengiraan kecenderungan memusat berdasarkan tafsiran julat min seperti Jadual 4.1 di bawah (Ismail Bin Lias, 2006) manakala pengiraan serakan adalah sisihan piawai menurut Uma (1992) dalam Laila Musa (2001).

Jadual 4.1: Tafsiran Julat Min

Bil. Skor (min) Tafsiran

1. 1.00 – 3.50 Lemah

2. 3.51 – 3.60 Sederhana

3. 3.61 – 5.00 Baik

Sumber: Diubahsuai daripada Lendell (1997)

(7)

5. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Hasil daripada pembangunan sistem LeDoMex, suatu kajian telah dibuat bagi mendapatkan maklumbalas terhadap keberkesanan sistem ini.Sistem LeDoMex ini telah dibentang dan digunakan di Mesyuarat Penyelarasan Kurikulum di Hotel Residen, UNITEN Bangi.Putrajaya.Data yang diperolehi adalah daripada 41 orang Pensyarah Pakar Politeknik Malaysia iaitu 100% ahli mesyuarat yang hadir.

5.1 Analisis

Pungutan data telah dibuat setelah pembentangan dilaksanakan bagi mengkaji keberkesanan sistem LeDoMex ini.Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package ForSocial Science (SPSS) for Windows versi 19.0. Jadual 5.1, Jadual 5.2, Jadual 5.3 dan Jadual 5.4 dibawah adalah hasil dapatan kajian maklumbalas terhadap sistem LeDoMexyang telah dikategorikan mengikut objektif kajian.

Jadual 5.1:Analisis item yang mengkaji LeDoMex sebagai aplikasisistem capaian maklumat yang pantas, mudah dan tepat LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang

pantas, mudah dan tepat Min Sisihan Piawai 1. LeDoMex merupakan aplikasi sistem capaian maklumat

yang pantas 4.37 0.488

2. LeDoMex merupakan aplikasi sistem capaian maklumat

yang mudah 4.68 0.471

3. LeDoMex merupakan aplikasi sistem capaian maklumat

yang tepat 4.15 0.422

Jadual 5.2:Analisis item yang mengkaji LedoMex sebagai aplikasisistem capaian maklumat yang boleh menentukan kata kerja yangtepat dan dominen silibus dalam penggubalan kurikulum

LedoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh menentukan kata kerja yangtepat dan dominen

silibus dalam penggubalan kurikulum

Min Sisihan Piawai 1. LeDoMex merupakan aplikasi sistem capaian maklumat

yang boleh membantu membina CLO yang jelas dalam penggubalan kurikulum

4.07 0.264 2. LeDoMex merupakan aplikasi sistem capaian maklumat

yang boleh membantu membina CLO menggunakan kata kerja yang tepat supaya ianya dapat diukur dan dinilai

4.10 0.300

(8)

Jadual 5.3: Analisis item yang mengkaji LeDoMex sebagai

aplikasisistem capaian maklumat yang boleh menentukan pilihan kaedah penyampaian (delivery methods) yang bersesuaian berasaskan domain

pembelajaran

LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh menentukan pilihan kaedah penyampaian (delivery methods) yang bersesuaian berasaskan domain pembelajaran

Min Sisihan Piawai 1. LeDoMex merupakan aplikasi sistem capaian maklumat

yang boleh menentukan pilihan kaedah penyampaian (delivery methods) yang bersesuaian berasaskan domain pembelajaran

4.22 0.419

2. LeDoMex merupakan aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh membantu pensyarah mempelbagaikan kaedah penyampaian (delivery methods) yang bersesuaian

berasaskan domain pembelajaran

4.17 0.495

Jadual 5.4: Analisis item yang mengkaji LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh menentukan pilihan kata kerja dalam proses

pembinaan item

LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh menentukan pilihan kata kerja dalam proses

pembinaan item

Min Sisihan Piawai

1. LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh menentukan pilihan kata kerja yang sesuai dalam proses pembinaan itemmengikut aras pembelajaran

4.05 0.590

2. LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh membantu pensyarah memantapkan kualiti

pembinaan item penilaian berterusan mengikut aras pembelajaran

4.12 0.331

3. LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh membantu pensyarah memantapkan kualiti

pembinaan item penilaian akhir (mengikut FIEST yang telah disediakan)

4.12 0.331

Hasil analisis yang ditunjukkan dalam Jadual 5.1, Jadual 5.2, Jadual 5.3 dan Jadual 5.4

telah di ringkaskan mengikut objektif kajian seperti dalam Jadual 5.5.Nilai Min dan

Sisihan Piawai dalam Jadual 5.5 di bawah adalah secara purata.

(9)

Jadual 5.5: Purata min dan sisihan piawai setiap objektif kajian

Objektif Kajian Min Sisihan

Piawai 1. Mengkaji LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian

maklumat yang pantas, mudah dan tepat 4.40 0.460 2. Mengkaji LedoMex sebagai aplikasi sistem capaian

maklumat yang boleh menentukan kata kerja yang tepat dan dominen silibus dalam penggubalan kurikulum

4.09 0.282

3. Mengkaji LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh menentukan pilihan kaedah penyampaian (delivery methods) yang bersesuaian berasaskan domain pembelajaran

4.20 0.457

4. Mengkaji LeDoMex sebagai aplikasi sistem capaian maklumat yang boleh menentukan pilihan kata kerja dalam proses pembinaan item

4.10 0.417

Hasil daripada keseluruhan data yang diperolehi, nilai min bagi kesemua objektif yang diperolehi ialah antara 4.09 hingga 4.40. Berdasarkan Jadual Tafsiran Min (Jadual 4.2), nilai min yang diperolehi adalah pada skala baik. Nilai sisihan piawai yang diperolehi bagi kesemua objektif yang hendak dicapai adalah kurang daripada 1.Ini menunjukkan bahawa serakan jawapan yang diberikan oleh responden adalah seimbang dan stabil bagi keseluruhan itemdalam soalankajian ini.

Kesemua responden bersetuju untuk mencadangkan sistem LeDoMex ini kepada rakan sekerja mereka.Daripada data yang dikumpul juga, menunjukkan 100%

responden bersetuju bahawa LeDoMex yang dibangunkan membantu urusan kerja mereka.

6. RUMUSAN

Hasil daripada analisis deskriptif yang diperolehi menunjukkan responden

memberi maklumbalas yang baik terhadap sistem LeDoMex ini.Ini merujuk kepada min

keseluruhan bagi setiap objektif yang hendak dicapai, iaitu melebihi 4.Secara

keseluruhan, dapatlah disimpulkan bahawa kesemua responden menerima baik hasil

inovasi ini.Pembangunan LeDoMex ini dapat membantu proses P&P secara langsung

(10)

ataupun tidak langsung berdasarkan peranannya sebagai rujukan yang efektif terutama kepada warga pendidik. Secara keseluruhan, dapatlah disimpulkan bahawa kesemua responden di Politeknik Malaysia menerima baik sistem LeDoMex ini.Oleh itu adalah diharapkan agar LeDoMex ini dapat diterima dan digunapakai di semua institusi TVET di Malaysia.

RUJUKAN

Nooraishah bt kasiran (2004). “Penguasaan aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam mata pelajaran sains KBSM dikalangan pelajar tingkatan empat daerah Kuala Langat.” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda

Spady, William G. (1994). “Outcome-Based Education: Critical Issues and Answers.”

American Association of School Administrations, Arlington, VA=

John W. Santrock (2007). “Psikologi dan Pendidikan terj. Tri Wibowo, Jakarta

Kementerian Pengajian Tinggi (2011).Modul Kursus Asas Pembelajaran dan Pengajaran Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi

Mohd. Yusri Mahadi (1996). “Sistem pendaftaran matapelajaran Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat.”UTM, Sekudai

Laila Musa (2001). “Persepsi Pelajar Diploma Akauntasi Terhadap Program Latihan

Industri; Tinjauan Di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra,

Kedah Darul Aman.” Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis Ijazah

Sarjana

Referensi

Dokumen terkait

Umumnya, mahasiswa yang masuk PTS adalah tidak hanya mereka yang tidak lolos seleksi pada perguruan tinggi negeri (PTN) dan umumnya memiliki nilai rata-rata akademik

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran satu slot aktiviti pentaksiran formatif yang dijalankan pelbagai dan kemahiran berfikir bermula dari aras rendah hingga ke

Oleh itu, kajian mengenai persepsi murid terhadap penggunaan filem dalam pembelajaran sejarah, penerapan elemen KPS dalam kalangan murid melalui penggunaan filem

Dapatan kajian mendapati penggunaan bahasa komunikasi guru pelatih mengikut kecenderungan pelbagai kategori bahasa adalah pelbagai dan tidak tertumpu kepada satu kategori

Kajian tersebut juga boleh digunakan sebagai panduan kepada guru pembimbing semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka seperti guru pembimbing boleh mengatasi

Pelajar yang pasif dan kurang respon menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi hambar.Tengku Zawawi et al (2009) menyatakan bahawa pelajar didedahkan

Artikel ini akan membincangkantentang program pengintegrasian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam memperkasakan pemikiran saintifik murid.Pengintegrasian

Kehebatan tokoh-tokoh Islam silam dalam pelbagai bidang terutama sains dan teknologi boleh dijadikan motivasi, penggerak dan cabaran kepada pelajar agar mereka berusaha