• Tidak ada hasil yang ditemukan

KENYATAAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KENYATAAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian Media, UKK Page 1

KENYATAAN MEDIA

AL – ANDALUS KEKALKAN KEJUARAAN FESTIVAL NASYID ANTARA JABATAN UniMAP

Arau, 21 Jun – Kumpulan Al – Andalus dari Fakulti Teknologi Maklumat (FTK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada Festival Nasyid Antara Jabatan UniMAP yang diadakan baharu-baharu ini.

Mereka berjaya mengenepikan persaing terdekat kumpulan Ar – Raeez dari Jabatan Canselori untuk kekal ditempat pertama dan seterusnya membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor, wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan.

Malah kumpulan Al-Andalus turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori pakaian terbaik dan membawa pulang wang tunai RM200.

Ar – Raeez yang sekadar berpuas hati ditempat kedua membawa pulang wang tunai RM700 beserta sijil penyertaan.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Ar - Rijal dari Jabatan Bendahari yang turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori persembahan terbaik membawa pulang hadiah, masing-masing wang tunai RM500 dan RM200 serta sijil penyertaan.

Ketua Juri, Mohd. Fitri Alawee Mohamad dalam ulasannya berkata, secara keseluruhannya kualiti persembahan peserta pada tahun ini adalah yang terbaik.

Bagaimanapun, ujar beliau, ada kumpulan yang melakukan kesilapan dalam pemilihan lagu yang tidak membantu dari segi markah kerana tidak bersesuaian dengan nada penyanyi solo atau lagu tidak bersesuaian dalam pertandingan.

“Untuk mendapat markah yang tinggi, lagu yang dipilih haruslah mencabar kemampuan suara, namun sekiranya lagu yang dipilih itu tidak mencabar tetapi

(2)

Bahagian Media, UKK Page 2 dengan modulasi dan susunan muzik yang baharu akan memberi kelebihan kepada markah yang tinggi,” katanya.

Tambahnya lagi, “Saya juga ingin mencadangkan kepada Naib Canselor untuk menghantar kumpulan Nasyid UniMAP ke Pertandingan Nasyid peringkat Kebangsaan sebagai wakil Perlis dan buktikan UniMAP berada diperingkat tertinggi di Malaysia.

“Hal ini kerana, kualiti kumpulan nasyid pada hari ini adalah kualiti juara di peringkat kebangsaan dan kesimpulannya, pemenang-pemenang pada pertandingan ini adalah antara yang terbaik sepanjang festival yang pernah diadakan sejak dari dahulu lagi”.

Bagi Naib Canselor UniMAP, Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang yakin bahawa Festival Nasyid yang dianjurkan saban tahun ini mampu dijadikan wadah untuk melatih staf-staf UniMAP.

“Melatih mereka demi menjamin kerjasama berpasukan, kreatif, berharmonis dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak selain merapatkan lagi hubungan antara Jabatan/PTj di UniMAP,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Festival Nasyid Antara Jabatan, di sini.

Festival tersebut yang merupakan anjuran bersama Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari UniMAP disertai oleh 14 jabatan dan diadakan bersempena Ihya’ Ramadhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2017.

Dikeluarkan Oleh :

Nurul Aida Othman ([email protected]) Penolong Pegawai Media UniMAP

Tel : 04-9798522 / 012-2210095

Referensi

Dokumen terkait

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RESEARCHERS EXCEL AT SIIF 2018 SOUTH KOREA KANGAR, 14 Nov - Universiti Malaysia Perlis UniMAP Researcher achieved 100 per cent

Info Psikologi- Wan Saniah iKOM – Bahagian Media UKK -Aini pelaksana Program Pesta Kebudayaan UniMAP 2018 dan Majlis Perwakilan Pelajar MPP UniMAP.. Ia adalah program berbentuk

KENYATAAN MEDIA DUA PRODUK INOVASI UniMAP RAIH ANUGERAH PLATINUM DI POLAND Poland, 12 Oktober – Dua penyelidik Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau CEGeoGTech

In the nasyid competition organised by the UniMAP School of Manufacturing Engineering and the Centre for Information and Communication Technology ICT, the Al-Andalus group representing

Bahagian Media, UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RAIH EMAS ACARA TENPIN BOLING DI SUKANUN Kangar, 26 Julai – Pasukan Tenpin Boling Universiti Malaysia Perlis UniMAP mencipta

Page 1 KENYATAAN MEDIA NEW UniMAP MPP BUILDING STRENGTHEN STUDENT UNION PAUH PUTRA – A building in the Universiti Malaysia Perlis UniMAP Permanent Campus was bestowed to the

Unit Komunikasi Korporat UniMAP Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP STUDENT RECEIVES SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION PROGRAMME LEADERSHIP AWARD AT ATS 2018 Nilai, 30 Mac – A Universiti

Bahagian Media UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA 16 Mei 2017 UniMAP RAIH 100 PERATUS PINGAT DI ITEX 2017 Kuala Lumpur, 16 Mei – Delegasi penyelidik Universiti Malaysia Perlis UniMAP terus