• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2019

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2019"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT RAMALAN DAN AMARAN BANJIR NEGARA

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2019

TAJUK PROJEK : INTELLIGENT FLOOD GAUGE

NAMA KUMPULAN : THE NEW WORLD ORDER

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

(2)

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

  2. PERINCIAN PROJEK

i. Latar Belakang a. Kumpulan

• Nama kumpulan

• Pejabat Alamat

• No. telefon

• E-mel b. Projek

• Nama projek

• Keterangan ringkas projek

• Bidang dan kategori projek

 

ii. Signifikan Pemilihan Projek a. Kriteria pemilihan projek b. Keterangan projek

iii. Tindakan Penyelesaian a. Kaedah

b. Prototaip c. Ujian/kajian

v. Keberhasilan Projek (Outcome)/Impak Projek a. Keberkesanan

b. Penjimatan kos c. Penjimatan masa d. Peningkatan output e. Kepuasan pelanggan

v. Potensi Pengembangan Projek

a. Pengkomersialan Perlindungan harta intelek b. Replikasi

c. Pertandingan inovasi Peringkat tempatan Peringkat antarabangsa

(3)

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara, Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi (PRABN) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberikan ramalan dan amaran banjir kepada agensi bencana dan orang awam. Ramalan dan amaran banjir diperlukan bagi melindungi nyawa dan harta benda orang awam dari bencana banjir. Bagi memastikan fungsi amaran banjir memenuhi keperluan semasa selaras dengan keperluan agensi bencana banjir dan orang awam dalam penerimaan amaran banjir, PRABN bertanggungjawab untuk menambahbaik Sistem Amaran Banjir sedia ada dari masa ke semasa. Sistem Amaran Banjir yang telah dibangunkan sehingga tahun 2018 terdiri daripada 477 stesen telemetri hujan dan aras air, 670 tolok lurus sungai, 769 tolok banjir kawasan, 440 siren amaran banjir dan 153 papan amaran banjir.

Tolok Banjir Kawasan merupakan salah satu mekanisme yang digunakan untuk menyukat paras banjir di sesuatu lokasi. Dengan menggunakan Tolok Banjir Kawasan, kakitangan JPS Negeri/ Daerah dikehendaki membaca paras banjir secara manual di lokasi tersebut. Bermula dari tahun 2017, PRABN telah mula mengkaji peluang penambahbaikan terhadap tolok banjir kawasan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan. Hasil inovasi terhadap Tolok Banjir Kawasan ini dinamakan sebagai Intelligent Flood Gauge.

Melalui inovasi yang dilaksanakan, Intelligent Flood Gauge merupakan hasil penambahbaikan dari aspek rekabentuk, material, kefungsian dan keupayaan dalam memberi amaran awal banjir yang berkesan. Salah satu fungsi tambah terhadap produk inovasi ini adalah dilengkapi dengan ciri-ciri kawalan dari jauh (network remoting).

(4)

2. PERINCIAN PROJEK i. Latar Belakang

a. Kumpulan

• Nama Kumpulan : The New World Order

• Nama Organisasi : Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

• Alamat : Kompleks JPS Cawangan Ampang, Jalan Air Bukit KM7, 68000 Ampang, Kuala Lumpur

• No. Telefon : 03-4289 5400

• E-mel : [email protected]

b. Projek

• Nama projek : Intelligent Flood Gauge

• Keterangan ringkas : Intelligent Flood Gauge merupakan suatu inovasi bagi penambahbaikan Tolok Banjir sedia ada serta penambahan elemen serta teknologi terkini menjadi produk ini berkeupayaan memberi amaran awal banjir bagi menyelamatkan nyawa orang awam dan menyelamatkan harta benda yang bernilai jutaan ringgit.

• Bidang inovasi : Penyampaian Perkhidmatan

• Kategori inovasi : Penciptaan

ii. Signifikan Pemilihan Projek a. Keterangan Projek

Kriteria Pemilihan Projek

• Keupayaan Intelligent Flood Guage memberi amaran awal banjir kepada orang awam melalui siren amaran banjir, lampu amaran dan papan tolok banjir yang lebih jelas.

(5)

• Rekabentuk yang ideal dapat membantu orang awam untuk melihat dengan lebih jelas ketinggian aras air semasa di sesuatu kawasan.

• Ketahanan material Intelligent Flood Gauge dari sebarang vandalisme serta kecurian.

• Dengan ciri-ciri mudah alih serta plug and play, Intelligent Flood Gauge dapat dipasang di kawasan-kawasan hot spot banjir.

• Pembinaan Intelligent Flood Gauge telah melalui fasa penambahbaikan serta komen-komen dari pihak pegawai hidrologi di seluruh Malaysia serta Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi .

iii. Tindakan Penyelesaian

a. Dengan menggunakan kaedah design thinking, rekabentuk yang ideal dapat diwujudkan dan disamping penambahbaikan fungsi Tolok Banjir dapat ditingkatkan.

b. Prototaip Intelligent Flood Gauge telah dibangunkan dengan gabungan beberapa teknologi iaitu modul siren, sistem solar dan float sensor.

c. Intelligent Flood Gauge merupakan alat mudah alih dan mudah diselenggara disamping ketahanan fizikal material yang terbukti dapat menggurangkan vandalisme dan kecurian.

d. Sebanyak tiga (3) kali ujian ketahanan fizikal Intelligent Flood Gauge dijalankan bagi memastikan keupayaan serta jangka hayat mencapai tahap yang lebih baik.

iv. Keberhasilan Projek (Outcome)/ Impak Projek  

a. Intelligent Flood Gauge telah dibangunkan dan dipasang di kawasan banjir sekitar Kuala Lumpur dan Kolej Telekom dan memberi Amaran Awal banjir kepada orang awam bagi persedian menghadapi banjr kilat.

b. Penjimatan masa pembinaan stesen siren amaran awal banjir dapat disingkat dengan menggunakan Intelligent Flood Gauge dengan hanya plug and play di lokasi hot spot banjir

c. Dengan gabungan teknologi masa kini, Intelligent Flood Gauge dapat diintegrasikan ke sistem telemetri pada masa akan datang.

(6)

d. Kajian dibuat berdasarkan kepuasan pelanggan iaitu Pegawai Hidrologi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memastikan fungsi dan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

e. Impak dari penghasilan inovasi ini adalah dapat menyelamatkan nyawa serta kerugian harta benda yang boleh mencecah ribuan ringgit serta dapat menjadikan JPS sebagai organisasi yang komited terhadap keselamatan dan kesedaran tentang bahayanya bencana banjir.

f. Penghasilan inovasi ini dapat membantu petugas-petugas banjir bagi mengetahui kedalaman banjir di sesuatu kawasan yang merupakan maklumat penting semasa operasi menyelamat.

v. Potensi Pengembangan Projek

a. Pada tahun ini, sebanyak 13 unit Intelligent Flood Gauge akan ditempatkan di 13 lokasi di Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

b. Rekabentuk serta fungsinya dapat dikormersilkan melalui pendaftaran harta intelek menjelang tahun 2020.

c. Hasil dari produk inovasi yang sangat berfaedah ini akan digunapakai kepada semua lokasi baru banjir di bawah Projek Ramalan Dan Amaran Banjir Fasa 1 dan 2 secara berperingkat-peringkat supaya penyampaian perkhidmatan kepada orang awam dapat digandakan serta pelaksanaan tugas pemantauan penyelenggaraan serta cara kerja yang lebih efisien dan menjimatkan masa.

d. Produk inovasi ini dapat dipertandingkan di peringkat tempatan berikutan fungsinya yang relevan di lokasi-lokasi banjir di seluruh Malaysia tanpa had disamping keupayaan peralatan ini mampu menerima cuaca yang ekstrem.

e. Penghasilan produk tempatan ini boleh di pertandingkan di peringkat antarabangsa berikutan konsep dan idea serta fungsi Intelligent Flood Gauge yang bukan sekadar memberi amaran banjir secara setempat namun boleh tambah nilai fungsinya kepada sistem pemantauan online dan ini membantu orang awam dari bahaya banjir, serta boleh menyelamatkan nyawa orang ramai.

(7)

Intelligent Flood Gauge di tapak

Referensi

Dokumen terkait

(c) Projek KIK hendaklah belum pernah dipersembahkan oleh kumpulan dari mana-mana konvensyen peringkat IPTA pada tahun-tahun sebelumnya (sekiranya projek yang sama

Bedasarkan laporan polis dan aduan pelanggan pihak kami telah mengenalpasti sebanyak 134 kes kecurian pada komponen penting peralatan mekanikal dan elektrikal di Jabatan Pengairan dan

Gambar Bucket ECO-BSM13 Gambar Bucket Prototaip ECO-BSM19 WHERE BOT SAMPAH ECO-BSM19 WHY MEREKABENTUK BARU YANG LEBIH SESUAI WHO MAHARANI RD WHEN APABILA MENJALANKAN