JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN | PTI JPS 2019-2020 1 LAMPIRAN 3 (ii)-A INISIATIF NO.3 (ii): PEREKAYASAAN
BAHAGIAN/NEGERI: BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL (BPME)
TAHAP 1 (KENAL PASTI BPR SEDIA ADA)
Tajuk Perekayasaan:-
SELF PRIMING END SUCTION PUMP COMPLETE WITH MOBILE TRAILER
Proses Perekayasaan:-
• Adakah proses yang dipilih melibatkan bidang/perkhidmatan utama pejabat?
Proses yang dipilih merupakan salah satu perkhidmatan utama Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal. Khidmat penghantaran dan pemasangan pam bergerak dibuat untuk bantuan kecemasan mengepam air banjir temenung dan ketiadaan air untuk pengairan semasa bencana kemarau. Pam begerak adalah inisiatif jabatan untuk memberi bantuan awal dalam kejadian banjir di kawasan bandar, perumahan serta jaringan laluan jalanraya.
Seterusnya, pam bergerak dapat mengurangkan kesan banjir secara langsung kepada orang ramai.
Selain daripada itu, pam bergerak juga dapat membantu dalam proses membekal air bagi skim pengairan ketika musim kemarau. Seterusnya peralatan ini dapat mengimbangi keperluan air untuk tanaman.
• Senario proses sebelum BPR (tempoh masa, kos)
Tempoh masa untuk penghantaran dan pemasangan pam bergerak ke lokasi bantuan kecemasan banjir dan bantuan pengairan mengambil masa sehingga 2 hari. Ini kerana terdapat kesukaran kaedah penyediaan dan penghantaran pam bergerak serta pemasangan di tapak sehingga proses mengepam air berjaya. Berikut adalah proses penyediaan dan kelengkapan pam sebelum BPR :
Proses penyediaan kelengkapan pam di bengkel sebelum BPR
Pam bergerak (pam jenis end suction) sedia ada tidak mempunyai trailer dan perlu diangkat ke atas lori jabatan untuk bergerak ke lokasi pemasangan. Proses penyediaan pam bergerak dan kenderaan lori ini mengambil masa dalam tempoh 3 jam.
Aksesori-aksesori seperti paip, bend dan peralatan yang disusun di dalam stor perlu diangkut ke atas lori. Proses penyediaan aksesori-aksesori ini mengambil masa dalam tempoh 2 jam.
Proses penghantaran kelengkapan pam sebelum BPR
Penghantaran kelengkapam pam akan menghadapi kesukaran sekiranya keadaan laluan masuk ke lokasi pemasangan adalah kecil dan sempit untuk dilalui oleh lori jabatan yang besar. Proses penghantaran kelengkapan ini mengambil masa dalam tempoh 2 jam bagi jarak lingkungan radius 30 km.
Sekiranya kren jabatan tidak dapat menurunkan pam dari atas lori kerana faktor, penempatan pam yang jauh, pihak jabatan perlu mengeluarkan kos untuk menyewa kren bergerak pihak swasta dengan anggaran kos sebanyak
RM1, 500.00.
Sekiranya kren bergerak daripada pihak swasta diperlukan, tempoh masa untuk penghantaran boleh menjadi sehingga 4 jam.
Proses pemasangan kelengkapan pam sebelum BPR
Pemasangan pam dan aksesori paip mengambil masa selama 4 jam kerana kesukaran daripada segi rupabentuk paip sedia ada yang memerlukan pemasangan fitting bolt dan nut pada setiap paip.
Jumlah tenaga kerja yang diperlukan untuk operasi pemasangan kelengkapan pam dan paip adalah seramai 7 orang bagi mempercepatkan proses pemasangan sehingga selesai.
Peratalan kerja yang banyak juga amat diperlukan bagi menampung operasi pemasangan pam dan paip.
Sistem pam jenis end suction yang sedia ada memerlukan manual priming dimana setiap kali untuk mengepam air, proses priming secara manual dengan mengisi air perlu dilakukan. Setelah pam telah mula dihidupkan, pengujian dan pemerhatian selama 1 jam diperlukan bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul seperti bunyi pam luar biasa, kadar luahan air tidak stabil, paip tersumbat dengan sampah dan kebocoran paip.
Nota:
Adakah proses yang dipilih melibatkan bidang/perkhidmatan utama pejabat?
Senario proses sebelum BPR (tempoh masa, kos)
Kumpulan yang terlibat dalam proses perekayasaan:-
Bil. Nama Jawatan
1. AYASING BIN LONG J54
2.
BUSLIMA BIN CHE WE / IR. MAHAT A/L MAT DONG
J48
3. LOKMAN HAKIM BIN AMRAN J41
4. MEGAT MUHAMMAD HANIFF BIN MEGAT ZAINAL JA29
5. MOHD ZUNAIDI BIN ZAHARI H22
6. MOHD KAMIL BIN ALIAS H22
7. ABD. RAHMAN BIN BADARUDIN H19
*BPR : Business Process Reengineering