• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP raikan 122 penerima anugerah di AGS 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP raikan 122 penerima anugerah di AGS 2015"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Page 1 KENYATAAN MEDIA

1 April 2016 UniMAP Raikan 122 Penerima Anugerah di AGS 2015

Pauh Putra,1 April – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraikan 122 pelajar yang banyak memberi sumbangan kepada universiti itu sepanjang tahun lalu di Majlis Anugerah Gemilang Siswa (AGS) 2015, di sini, hari ini.

Majlis yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Fo’ad Sakdan.

Menurut Dr Mohd Foad, AGS dianjurkan sebagai inisiatif UniMAP bagi menghargai usaha keras dan sokongan padu pelajar-pelajarnya yang turut sama mendukung misi dan visi universiti.

“Pihak pengurusan percaya, tanpa adanya sokongan dan kejayaan yang diraih pelajar samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, adalah mustahil UniMAP berada di kedudukan sekarang.

“Di samping itu, penghargaan yang diberikan ini adalah dengan hasrat menjadi pendorong dan pemangkin kepada individu-individu lain untuk sama-sama bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti,” kata beliau ketika berucap merasmikan AGS 2015 berkenaan.

Hadir sama ke majlis itu ialah Pendaftar UniMAP, Zuber Haji Mohamad dan Dekan HEPA UniMAP, Prof Madya Razli Ahmad.

Menurut Dr Mohd Foad, sebanyak 36 anugerah dengan lapan kategori disediakan pada AGS 2015 ini termasuk satu anugerah baru diperkenalkan iaitu Anugerah Keusahawanan Khas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

(2)

Page 2

“ Anugerah ini adalah salah satu usaha pihak kementerian dan U niMAP sendiri bagi menggalakkan dan melahirkan pelajar yang berpotensi menjadi usahawan yang berjaya serta mampu meningkatkan ekonomi negara.

“Ia diberikan kepada pelajar terpilih dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menjalankan perniagaan atau aktiviti keusahawanan semasa tempoh mengikuti pengajian di universiti,” kata beliau.

Sementara itu, bagi Anugerah Utama AGS 2015 iaitu Anugerah Tokoh Terbilang diraih oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2014/2015, Farizah Abdul Rahman di atas sumbangan beliau ketika mengetuai kepemimpinan MPP UniMAP sebelum ini.

Dikeluarkan Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

Pegawai Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Terima 46 Buah Bas Baharu Bagi Kegunaan Pelajar PAUH PUTRA, 15 Ogos - Universiti Malaysia Perlis UniMAP menerima 46 buah bas dalam

Page 1 KENYATAAN MEDIA 21 Ogos 2016 KEJAYAAN SUKUM SUNTIK SEMANGAT KONTINJEN UniMAP KE KARNIVAL MASUM Pauh Putra,21 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP ke

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT UniMAP TOPS THREE CATEGORIES IN UniMAP WOODBALL OPEN 2016 Pauh Putra, 27 September 2016 – The Universiti Malaysia Perlis UniMAP team

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA UniMAP – MODENAS ESTABLISH MOU Pauh Putra, March 15 - Universiti Malaysia Perlis UniMAP is committed to help ensure the success of the National

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Sebanyak 7,388 Beg Darah Sumbangan Warga UniMAP Sejak 2010 Pauh Putra, 16 Mei- Kekerapan Universiti Malaysia Perlis UniMAP menganjurkan kempen

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP Community Donated 7,388 Blood Bags Since 2010 Pauh Putra, 16 May – Universiti Malaysia Perlis UniMAP which has been organising blood

UKK Page 1 KENYATAAN MEDIA UniMAP RECEIVES ROBOTS WORTH RM400 THOUSAND FROM WALTA ENGINEERING Pauh Putra, 31st October – Universiti Malaysia Perlis UniMAP received two Automatic

UKK Media Page 1 KENYATAAN MEDIA Kor SUKSIS UniMAP WINS SUTRA 2019 PAUH PUTRA 24 Feb – Universiti Malaysia Perlis UniMAP SUKSIS Corps Contingent won SUTRA SUKSIS Corps Sports