• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISLAM DI KERINCI SEBELUM ZAMAN HAJI AHMAD FAQIR AL-KERINCI

3.10. Ajaran Tarekat

Ajaran tarekat merupakan salah satu ajaran yang sangat mendapat perhatian daripada kalangan pencinta agama apatah lagi tarekat dianggap sebagai amalan sunnah batin nabi S.A.W. Ahli tasawuf sudah pasti menjadikan amalan ibadat baginda S.A.W sebagai amalan hidup harian mereka untuk mencapai matlamat kehidupan di sepanjang hayat mereka.

Sebelum baginda menjadi rasul, amalan berkhalwat atau beruzlah itu terus diamalkan oleh nabi Muhammad S.A.W. Baginda S.A.W sentiasa berzikrullah dan bermurāqabah terhadap Allah S.W.T, kerana amalan tersebut telah diwajibkan ke atas diri baginda sebagaimana firman Allah dalam al-Qur‟an:













Terjemahan:

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai”

al-A‟raf (7): 205

Dalam usaha mencari kesempurnaan ibadah, dengan menunaikan solat dan zikir, ia telah memberikan kesan yang mendalam dalam membentuk dan membersihkan jiwa dan hati nurani manusia. Allah S.W.T telah memberikan pedoman dalam melakukan ibadat ini kepada Rasulullah, sabda baginda S.A.W:

Terjemahannya:

“Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Meskipun kamu tidak melihat-Nya seakan-akan Dia melihatmu”219.

Implikasi daripada perintah ayat di atas didapati amalan zikir yang diamalkan oleh nabi Muhammad s.a.w dan diajarkan kepada para sahabat r.a. Menurut Syeikh „Abd. al-Wahhab al-Sha‟rani, nabi s.a.w mengajar dan mentalkinkan zikir kalimah “La Ila ha Ila Allah” kepada para sahabat secara beramai-ramai dan juga secara perseorangan dan sanad salasilah mereka itu bersambung-sambung hingga ke hari ini220.

219 Al-Nisaburi, al-Imam al-Hafiz Abi al-Husain Muslim b. Al-Hajjaj b.Muslim al-Qusyairi (2000),

Sahih Muslim, Riyadh : Dar al-Salami li al-Nasyri wa al-Tawzi, h. 681.

Mengenai perkembangan tarekat di Kerinci, Yunasril Ali menyatakan bahawa perkembangan Islam di Kerinci menampakkan makna yang signifikan pada zaman Haji Abdul Latif (awal abad ke- 17). Dia dikatakan salah seorang murid dari Syeikh „Abdul Rauf Singkil (m. 1105/ 1693M ) yang mengamalkan ajaran Tarekat Syattariyyah dan bermazhab Syafi‟i221

.

Dikatakan dalam berdakwah, beliau tidak hanya mengajarkan Islam melalui pengajian-pengajian agama dalam bidang fekah dan tarekat sahaja, bahkan beliau turut mengajarkan dan mengembangkan aktiviti seni dan budaya, seperti zikir rebana (sike), marhaban, qasidah dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga mengajarkan seni bela diri (pencak silat) dengan tujuan untuk mempertahankan diri dalam berdakwah222.

Manakala menurut Kiyai Haji Ismail Tengku Dji, dikatakan Haji Malim Kali Raja telah mendirikan Masjid Keramat, kampung Pulau Tengah, Kerinci. Masjid ini dibangun pada abad ke-17. Beliau merupakan seorang ulama yang mengamalkan ajaran Tarekat Qadariah dan bermazhabkan imam syafi‟ie223.

Berdasarkan maklumat di atas, jelas menunjukkan bahawa di Kerinci telah wujud ajaran tarekat seawal abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak didapati dengan jelas keterangan tentang susur galur perkembangan tarekat yang diamalkan oleh ulama-ulama

221 Yunasril Ali, et. al.(2005), op. cit., h. 64.

222 Ibid.,

tersebut di atas berdasarkan maklumat yang didapati, berdasarkan sumber dan data yang terhad. Pendapat lain menyatakan bahawa pendiri Masjid Keramat iaitu Haji Rateh dan Haji Rahe merupakan para penganut ajaran Tarekat al-Sammaniyah yang diterima mereka ketika menunaikan ibadah haji di Mekah dalam abad ke-17224.

Dari beberapa pandangan di atas tentang perkembangan tarekat di Kerinci, dapatlah diambil suatu kesimpulan bahawa ajaran tarekat telahpun wujud di Kerinci dalam abad yang ke-17 M, Namun demikian kewujudannya dalam masyarakat tidak mengalami perkembangan yang signifikan. Ini mungkin disebabkan kerana beberapa faktor dalaman seperti keengganan kelompok pengajian tarekat itu sendiri untuk mendedahkan kewujudannya pengajian mereka.

Menurut Mohd. Rosdi Mohd Yusof, berbagai faktor yang menyebabkan penyebaran tarekat tidak meluas antara lain ialah, ajaran tarekat hanya diambil kira sebagai amalan tambahan bagi mereka yang berhasrat untuk menambah amalan dan mendampingkan diri kepada Allah S.W.T bukan sebagai amalan yang wajib. Kemudian amalan zikir sesuatu tarekat sufi, hanya diijazahkan kepada murid-murid kanannya sahaja225.

Pendapat lain ada menyatakan bahawa bermula dari kurun ke-8H/14M. hingga ke hari ini, tasawuf tidak lagi mendapat perhatian yang sewajarnya daripada masyarakat kerana kebanyakan orang terlalu sibuk dengan mengejar ilmu-ilmu lain sehingga

224 Tahar Ramli, (1999), op.cit., h. 8.

225 Mohd Rosdi Mohd. Yusof (2004), Tarekat Naqsabandiyyah al-Khalidiyyah di Malaysia : Satu

merupakan ilmu tasawuf226. Ini juga berlaku di Kerinci kerana berdasarkan kajian penulis, tidak didapati pengajian ilmu tarekat secara rasmi yang diiktirafkan oleh kerajaan negeri atau pemerintah daerah dilaksanakan di Kerinci. Kalaupun ada pengajian ilmu tersebut, ia hanya bersifat pengajian secara bersendirian seperti pengajian sifat dua puluh.

Walau bagaiamanapun berdasarkan pemantauan Tim Pengawas Aliran Kepercayaan Masyarakat (Pakem) Provinsi Jambi belum berhasil mengidentifikasi ajaran tarekat di Kerinci dan tidak ditemukan data yang lengkap tentang perkembangan pengajian amalan tarekat ini di Jambi. Menurut mereka, ada tujuh aliran tarekat yang ada di Jambi iaitu Lembaga Dakwah Islam Indonesia (LDII) yang ajarannya diduga mirip dengan Lemkari (Lembaga Karyawan Islam), Sapto Darmo yang tersebar di Tanjab Timur, Shalawat Wakhidiyah, yang tersebar di Batanghari, Tarekat Nahsyahbandiyah yang terdapat di Tebo, dan Muslim Indonesia yang terdapat di Tanjung Pinang, Kota Jambi. Selanjutnya, aliran Jamiatul Islamiyah dan Persatuan Perjuangan Tarekat Islam (PPTI), yang terdapat di Sungai Penuh Kerinci227.

Akhirnya dapatlah diambil suatu kesimpulan bahawa aliran tarekat yang wujud di Kerinci hingga ke hari ini adalah Aliran Tarekat Jamiatul Islamiyah dan Persatuan Perjuangan Tarekat Islam (PPTI). Kedua-dua tarekat ini berpusat di ibu negeri daerah Kerinci di Sungai Penuh228.

226

Che Zarrina Sa‟ari (2003), “Tasawuf : Sejarah dan Perkembangannya hingga Kini”, dalam Wan Suhaimi Wan Abdullah dan Che Zarrina Sa‟ari (eds), Tasawuf dan Ummah, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam APIUM, h. 34.

227

Chaerul Amir, “Pakem Belum Identifikasi Pengurus Tujuh Aliran”, Sekretaris Pakem yang juga Asintel Kejati Propinsi Jambi, lihat laman Web. http//Jambi-independent.co.id/home. 8 hb April 2009.