• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUMBANGAN HAJI AHMAD FAQIR KEPADA PERKEMBANGAN ISLAM DI KERINCI

10. Pusat penerangan atau pembelaan agama

4.2.2.2. Mengasaskan Sekolah Agama

Bersamaan masuknya agama Islam ke Indonesia masuk pula kebudayaannya. Pengaruh kebudayaan Islam meliputi semua segi kehidupan, termasuk pendidikan. Tujuan pendidikan Islam adalah membentuk manusia muslim yang sholeh (berakhlak) yang baik. Ada dua lembaga pendidikan penting pada penyebaran agama Islam yakni langgar dan pesantren disusul kemudian adanya madrasah. Pendidikan agama Islam tidak terbatas, siapapun boleh mengikuti lembaga pendidikan Islam, sifat pendidikan demokratis dan pengajaran untuk rakyat271.

Kerinci merupakan satu daerah sempadan yang paling hamper dengan Sumatera Barat sistem pendidikan di Kerinci sama dengan system yang berlaku di Sumatra Barat iaitu tidak ada pemisahan antara langgar dan pesantren, di sini sekolah agama Islam disebut “surau”. Pendidikan seperti ini bertahan cukup lama. Kemudian sekolah-sekolah Islam berkembang dan mendirikan bangunan sekolah yang disebut madrasah.

Bermula dari pembelajaran di masjid dan surau inilah maka, timbul pemikiran baru untuk melahirkan sekolah agama dari sistem tradisi yang tidak formal menyerupai sekolah (madrasah). Idea cemerlang seperti ini beliau konsikan kepada seluruh lapisan masyarakat untuk membincangkan tindaklanjut pembinaan bangunan tersebut. Setelah ada kata sepakat dalam tahun 1953 M didirikanlah Madrasah Tarbiah Islamiah yang merupakan cawangan daripada Tarbiah Islamiah, di candung Bukit

271 Abdul Rahman Saleh, (2000), Pendidikan Agama dan Keagamaan, Visi, Missi, dan Aksi, Jakarta : Gema Windu Panca Perkasa, h. 84 – 85.

Tinggi.

Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah ini merupakan sekolah agama yang didirikan oleh ulama besar Syeikh Sulaiman al-Rasuli dan Syeikh Muhammad Jamil Jaho pada tahun 1928 M. Madrasah ini menganut dan mengembangkan mazhab Ahli Sunnah waljamaah, aqidah yang berimamkan Imam Abu Hasan al-Asy‟ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi, dan berdasar fikah Mazhab Imam Syafie. Madrasah Tarbiah Islamiyah ini diketuai lansung oleh syeik Muhammad Jamil Jaho.272

Menurut keterangan dari Kiyai Haji Muhammad Ismail Tengku Dji salah seorang murid Hjai Ahmad Faqir dan sekaligus penerus perjuangan beliau menyatakan,

”Kepemimpinan Tuan Guru Syeikh Jamil Jaho tidak lama kemudian di gantikan oleh Tuan guru Tengku Abu dan oleh Tuan guru Tengku Abu memberikan mandat sepenuhnya kepada beliau, pertukaran kepemimpinan ini berlaku sangat pantas dan setelah itu tidak terjadi lagi pertukaran kepemimpinan Madrasah tersebut”273.

Pendirian Madrasah ini mendapat sambutan dan galakan daripada masyarakat, dewan sekolah yang hanya satu lokal (ruang) dalam beberapa tahun sahaja pembinaan bangunan madrasah ini menjadi bangunan yang sempurna untuk layak menjadi sebuah institusi pendidikan yang terdiridari tujuh lokal. Ini sesuai dengan kebutuhan peruntukan tingkatan darjah yakni tujuh darjah, mengikut kelas Madrasah Diniah di Padang Panjang Sumatera Barat274.

Walaupun Madrasah ini terhad sampai tingkatan Ibtidaiyyah sahaja atau tingkatan dasar, dicadangkan bagi pelajar yang telah mendapat sijil kelulusan madrasah ini boleh melanjutkan ke tingkat yang lebih tinggi di mana-mana sekolah yang ada Sumatera Barat sama ada di Madrasah Thawalib atau

272 Temubual dengan Kiyai Haji Muhammad Ismail Tengku , pada 2 hb Julai 2006.

273 Ibid.,

Sekolah Diniah kerana pada awal abad ke-20 di Sumatera Barat Sekolah Adabiah, Sekolah Diniah, dan Sekolah Sumatera Thawalib merupakan pelopor di bidang pendidikan275.

Pada ketika itu, majoriti para pelajar berminat melanjutkan pengajian mereka ke sekolah Sumatera Tawalib. Ini dikeranakan Sumatera Thawalib memakai buku-buku keluaran Mekah dan sudah memakai sistem pendidikan secara nasional iaitu sampai darjah enam. Hanya Sekolah Diniah sahaja di Padang Panjang yang masih tetap memakai sistem pembelajaran sampai kelas tujuh. Tamatan Sumatera Thawalib merupakan orang yang dalam ilmunya tentang Islam, mereka merupakan pemimpin Islam yang kuat pendiriannya dan berpegang teguh pada ajaran Islam ahli Mekkah276.

Adapun para pelajar dari Kampung Pulau Tengah yang mendapat kelayakan menyambung keperingkat yang lebih tingggi di Padang Panjang setelah menamatkan Madrasah Tarbiah Islamiah Kerinci ialah. Kiyai Haji Ismail Tengku Dji, Haji Usman Razak bin Razak, Haji Abdullah Sani, Haji Yunus Kari b. Haji Kari, Mukhtar Syarif, Latifah Binti Haji Haji Ahmad Faqir, al –Ustadz Muhammad Lanjar, Haji Syafri bin Haji Laris, Kiyai Haji Saleh Jamil Murabbi dan banyak lagi para pelajar yang lain nya. Dan hanya al Uztad Haji Muhammad Surah Noor Sahaja yang menyambung di Jaho pada madrasah Tarbiyah islamiah dan banyak lagi yang lain dari luar Pulau Tengah.277

Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar dapat belajar ke padang kerana kemampuan kewangan yang tidak mencukupi. Di antara yang berhasil adalah Kiyai Haji Ismail Tengku Dji, Mukhtar Syarif, kedua- duanya sebagai guru pendidikan Madrasah Ibtidaiyyah dan Tsanawiyyah Pulau Tengah di Kerinci, Haji Muhammad Lizin Saleh sebagai guru di Madrasah Tsanawiyyah Koto Dian, Haji Usman

275

Arief Komarudin,“Tentang Sejarah Pendidikan”.http//pojokpenjas.wordpres.com/sejarah-pendidikan 10 hb Mac 2008

276 Ibid.

Razak di perbantukan kepada sekolah Menengah Kebangsaan Pertama (SMP) kemudian Haji Syafri bin Haji Laris pada Sekolah Menengah Kebangsaan Tekhnik Kejuruan ( STM) dan Kiyai Haji Saleh Jamil Murabbi seorang penceramah bebas yang cukup terkenal di Kerinci278.

Walaupun sudah banyak sekolah Islam yang mempergunakan sistem persekolahan, tidak berarti seluruh pendidikan Islam berubah semuanya. Masih banyak sekolah yang mempergunakan sistem surau (halaqah) dalam pengelolaan pendidikan, terutama yang berada di kampung-kampung termasuklah pendidikan yang diselenggarakan oleh beliau.

Pada tahun 1960 M, para pelajar yang terdiri dari pada kaum wanita menggesa beliau supaya mendidirikan tempat bagi kaum wanita yang juga ingin mendapatkan perkhidmatan beliau untuk belajar ilmu agama maka oleh pemerintah kampung didirikanlah sebuah dewan “Gedung Pemuna” untuk menampung desakan kaum wanita tersebut. Sedang pada waktu itu wanita terhad pada hal – hal yang berkenaan dengan aktiviti di luar rumah, sama ada yang bersuami atau masih bujang, oleh itu usaha pendidikan terhadap masyarakat melalui tablig, pidato, dan khotbah, beliau lakukan di sekolah pemuna ini.

Beliau menyadari bahwa tidak semua masyarakat dapat masuk ke surau untuk belajar, seperti orang dewasa yang selalu sibuk dengan usahanya. Di tambah lagi ajaran agama Islam yang dilaksanakan oleh mereka mengikut tradisi yang dilakukan oleh orang tua atau penduduk kampung. Kebanyakan mereka mengikuti amalan yang masih bersifat karut dan khurafat ditambah lagi ajaran Islam yang mereka praktekan adalah sebagai hasil pengetahuan dari mulut ke mulut, tidak langsung mengambil dari sumber yang asli iaitu kitab suci al-Quran dan al-Hadis. Memandangkan hal yang demikian,beliau menumpahkan

segala pengetahuan agama beliau untuk menyedarkan mereka dari amalan atau perkara yang bercanggah dengan tuntutan Islam.

Banyak praktek Islam yang mereka jalankan bertentangan dengan ajaran Islam menurut al-Quran dan hadis Nabi Muhammad, S.A.W. karena mereka tidak mengetahui mengenai ajaran Islam yang sesungguhnya Penganut Islam yang beginilah banyak terdapat di Kerinci pada ketika itu279.

Oleh hal yang demikian itu beliau mempergiatkan lagi usaha pengajaran bagi masyarakata di sekolah pemuna ini, hal ini tetap berlaku sampai sekarang. Tetapi bezanya sekarang ini hanya di lakukan sekali dalam seminggu setiap hari jum‟at dari pagi dan di lanjutkan lagi setelah sholat jum‟at. Sebelah pagi pembelajaran al–Qur‟an dan sebelah petang pendidikan ruhani yang di sampaikan oleh para guru atau ustaz jemputan yang sengaja di datangkan dari luar daerah memiliki kelayakan untuk memberikan ceramah atau kuliyah tentang pengetahuan agama280.

Semua sistem pembelajaran yang berlaku memakai sistem ceramah semua murid mendengar apa yang disampaikan guru, sebelum mengaji para anak didik di bekalkan dengan syair –syair nazom yang mengandungi nilai akidah dan akhlak sebagai salah satu cara memasukkan nilai akidah kepada para pelajar, biasanya syair itu ditulis atau buku teks dasar yang dipelajari pula adalah manzum

281

pembelajaran. Sehingga syair itu selalu mereka ucapkan di kala bersendirian dan sebagai buah bibir pelajar di waktu luang dan bersendirian.

279

Ibid.

280 Temubual dengan Haji Syafri Laris, seorang guru pada sekolah Menengah Kejuruan Tekhnik dan murid Haji Ahmad Faqir, pada 4 Oktober 2005.

281

Manzum iaitu pelajaran yang ditulis dalam bentuk sajak – sajak berirama (nazom) bagi mempermudah penghafalan. Lebih jelas lihat Kamarul Bakri bin Abd. Aziz (1999), Konsep Ilmu Tauhid dalam Kitab Jawi (tesis) Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Bahagian pengajian Ushuluddin APIUM, Kuala Lumpur h.90.

Hal ini membuktikan bahawa munculnya sistem madrasah pada pendidikan Islam tidak menghilangkan sistem surau sama sekali. Sesudah kemerdekaan Indonesia sistem surau mulai berangsur hilang, karena lembaga pendidikan Islam di Indonesia harus mengikuti sistem yang telah diatur oleh Pemerintah.

Ketika KH. Ahmad Wahid Hasyim menjabat sebagai Menteri Agama. Ia melakukan pembaruan pendidikan agama Islam melalui peraturan Menteri Agama No. 3 tahun 1950, yang menginstruksikan pemberian pelajaran umum di madrasah dan memberi pelajaran agama di sekolah umum negeri dan swasta. Di antara keduanya diberikan pelayanan yang sama.

Pada peringkat ini persaingan antara madrasah dan sekolah-sekolah umum, sangatlah ketara di tambah lagi paham masyarakat yang masih beranggapan bahawa sekolah umum itu adalah sekolah kafir, secara tidak lansung program pemerintah tidak terlaksana dengan baik. Untuk menyambut seruan pemerintah, di sinilah terbukti bahawa Haji Ahmad Faqir Sebagai seorang pendidik atau ”Ustaz” dan Da‟i tentu sahaja menggunakan metode pendidikan yang tidak jauh dari semangat ayat al-Qur‟an yang mengajak umat manusia dengan cara bil al-hikmah wal mau‟idzah al-hasanah iaitu memberikan penerangan kepada masyarakat tentang pentingnya pendidikan, semenjak itu para orang tua tidak bingung lagi memilih samada madrasah atau sekolah umum.

Pada tahun 1975, di saat akhir perjuangan beliau dikeluarkan Surat Keputusan Bersama (SKB) Tiga Menteri, yaitu Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Menteri Dalam Negeri, dan Menteri Agama tentang peningkatan mutu pendidikan pada madrasah. Melalui SKB ini, madrasah diharapkan memperoleh posisi yang sama dengan sekolah-sekolah umum dalam sitem pendidikan nasional sehingga lulusan dari madrasah dapat melanjutkan atau pindah ke sekolah-sekolah umum dari tingkat sekolah

dasar sampai Perguruan Tinggi karena tingkat mata pelajaran umum di madrasah sama mutunya dengan pelajaran umum di sekolah umum yang setingkat282.

Begitulah perjuangan dan kerja keras beliau dalam memperjuangkan pendidikan dari institusi pendidikan nonformal surau dan Masjid beralih menjadi institusi pendidikan moden mengikuti cara pembelajaran seperti sekolah yang ada pada zaman sekarang ini. Sehingga perjuangan beliau ini menjadi amal jariah sepanjang zaman.