• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMIKIRAN HAJI AHMAD FAQIR AL-KERINCI DALAM ISU-ISU PEMIKIRAN ISLAM

5.3. Pandangan dan fatwa yang dikeluarkan

5.3.3. Majlis pembacaan Yā-Sīn Malam Nisfu Sya’ban

Amalan pembacaan Yasin pada malam Nisfu Sya`ban di Kerinci amat mendapat sambutan daripada orang ramai. Aktiviti pembacaan yā-sīn, malam nisfu Sya‟ban ini diikuti oleh semua lapisan masyarakat, di mana mereka datang berpusu – pusu ke masjid pada malam Nisfu Sa‟ban untuk mengadakan upacara pembacaan surah Yā-Sīn sebanyak tiga kali dengan niat pada bacaan yang pertama, agar Allah S.W.T memanjangkan umur, pada bacaan yang kedua, dimurahkan rezeki, dan bacaan yang terakhir, agar Allah S.W.T menetapkan dan memperkuatkan iman.

Menurut para ulama, bulan Sya‟ban mempunyai sejarah tersendiri dalam kehidupan nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam. Dalam bulan ini banyak berlaku peristiwa yang membangkitkan kegemilangan perjuangan nabi Muhammad s.aw khasnya dalam penyebaran Islam. Sejarah mencatat bahawa dalam bulan ini telah berlaku perubahan kiblat orang Islam dari Bait Maqdis ke Bait al-Haram di Makkah iaitu setelah hampir 17 tahun berkiblat ke Bait al-Maqdis363.

Ahli-ahli hadis dan penyelidik telah sependapat bahawa pertukaran kiblat itu berlaku pada 17 Sya‟ban tahun ke-2 H semasa solat Zohor364. Dalam bulan Sya‟ban tahun 4 Hijrah telah berlaku peperangan Badar kedua atau perang yang dikenal dengan nama “Ekspedisi Sawiq” yang berlaku antara Abu Sufyan bersama dua ratus orang (ada yang mengatakan empat puluh orang) dengan Nabi Muhammad s.a.w serta beberapa orang sahabat. Pihak Quraish membuang Sawiq sejenis tepung jelai

363 Ahmad Salabi (1976), Kehidupan Sosial dalam Pemikiran Islam, . Muhammad Labib (terj.) cet. 2, Singapura: Pustaka Nasional, h. 137.

364 Shekh Ahmad al-Bayūnī (1973), “Yawm Khalid Fi Sya‟bān”,dalam Mimbar Islam, September 1973, bil.8,Mesir: Majlis al-`Ala li al-Ssyu‟ūn al-Islamiyyah, h. 98

atau gandum disebabkan kekalahan mereka365.

Pada tahun ke-5 H pula berlaku pula peperangan “Muṣ ṭ aliq” antara kaum muslimin dengan Bani Muṣ ṭ aliq. Percubaan Kaum Bani al-Muṣ ṭ aliq untuk membunuh Nabi S A.W dan berusaha untuk mencabar orang-orang Islam diketahui oleh Baginda, lantas Rasulullah S.A.W bersama tentera Islam menyerang perkampungan mereka dan pihak Islam telah memperolehi kemenangan dalam peperangan ini366.

Berasaskan keterangan di atas, secara umum Allah S.W.T telah memberikan kelebihan-kelebihan yang banyak di bulan Sya‟ban kepada hamba-hambanya. Kebanyakan ulama mengatakan, bulan Sya‟ban adalah bulan yang sunat diperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w, bulan Rejab pula sunat diperbanyakkan istighfar dan pada bulan Ramadan pula sunat diperbanyakkan amalan membaca al-Qur‟an. Islam menggalakkan umatnya mengekalkan solat berjemaah di sepanjang bulan Rejab, Sya‟ban dan Ramadan di samping menunaikan solat Tahajjud dan bertasbih367

.

Bulan Sya‟ban dianggap sebagai bulan yang paling istimewa bagi Rasulullah s.a.w dan bulan yang paling disayangi oleh Baginda sebagaimana telah dijelaskan sendiri oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Suyuti:

Terjemahan:

365 Muhammad Husain Haikal (1993), Sejarah Hidup Nabi Muhammad (s.a.w), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan pustaka, h. 294.

366 Osman bin Jantan (1990), Hari- Hari Penting Dalam Islam, Singapura. Time Book International, h. 91.

“Daripada Nabi s.a.w bersabda: Rejab adalah bulan Allah, Sya‟ban adalah bulanku, dan Ramadan adalah bulan ummatku”368

Sya‟ban juga dikatakan bulan Nabi s.a.w kerana di bulan ini Rasulullah memperbanyakkan amalan ibadat baginda berbanding bulan yang lain terutama dengan melakukan amalan berpuasa sunat dan beribadat di waktu malam, sehingga „Aisyah menyangka bahawa Baginda S.a.w berpuasa pada bulan itu seluruh harinya. Hal ini diceritakan dalam satu hadis:

Terjemahan:

”Dari „Aisyah Ummul Mu‟minin berkata: Rasulullah S.a.w berpuasa sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka dan Baginda berbuka sehingga kami menyatakan beliau tidak berpuasa. Tidaklah aku lihat Rasulullah berpuasa sebulan kecuali pada bulan Ramadan dan tidak ada yang lebih banyak Baginda berpuasa kecuali di bulan Sya‟ban”369

.

Pada malam Nisfu Sya‟ban dituntut agar umat Islam memperbanyak amal ibadat. Ini berdasarkan kepada hadis-hadis yang menunjukkan tentang kelebihan-kelebihan itu walaupun kebanyakan hadis tersebut da‟if. Ini kerana beramal dengan hadis da‟if untuk mendapat fadilat tidaklah menjadi kesalahan370. Antara kelebihannya ialah Allah mengampunkan dosa-dosa hamba-hamba-Nya pada malam itu. Ini dijelaskan menerusi sebuah hadis daripada Saiyiditina Aisyah r a:

368 Al-Suyuti, Jalal Dīn Abd. Raḥ mān Ibn Bakr (1980), Jami‟ Saghīr Fī Ahādith Basyir

al-Nazir, j 2, Beirut : Dār al-Fikr, h. 22.

369

Muslim, Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim b al-Hajj b. Muslim al-Qusairy (2000 ), Saīh Muslim,

kitab al-Siyām, Bab Siyāmu Nabi s.a.w Fī ghayri Ramaḍ ān, j. 7, h. 863.

370 Temubual dengan K.H.Saleh Jamil Murabbi, di rumahnya Jln.Kemboja, Koto Dian, Pulau Tengah Kerinci, pada 9 hb November 2005.

Maksudnya:

“Daripada „Aisyah berkata: Pada suatu malam aku dapati Nabi hilang, aku keluar mencarinya, tiba-tiba aku jumpa Baginda di Baqī‟ (kawasan perkuburan), kepalanya mendongak ke langit maka Rasulullah berkata: Ya „Aisyah adakah kau takut Allah dan RasulNya akan melakukan kezaliman terhadapmu? „Aisyah berkata: Wahai Rasulullah aku menyangka kau pergi kepada isteri-isteri kau yang lain. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya Allah turun pada malam Nisfu Sya‟ban ke langit dunia lalu mengampunkan dosa-dosa hambaNya sekalipun lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Kaum Kalb”371

Dalam hadis yang lain diceritakan:

Maksudnya:

“Apabila tiba malam Nisfu Sya‟ban, maka bangunlah (solat) dan berpuasalah pada siang harinya. Sesungguhnya Allah S.W.T turun ke langit dunia ketika terbenam matahari, lalu Dia bertanya:“ Adakah seseorang yang memohon keampunan, maka Aku akan mengampuninya? Adakah sesiapa yang memohon rezeki, maka aku akan memberiNya ? Adakah seseorang yang dibalakan dengan kesakitan, maka aku akan mengafiatkanNya ? Adakah seseorang yang begitu dan begini....sehingga naik fajar”.372

Hadis di atas menggalakkan umat Islam agar menghidupkan Malam Nisfu Sya‟ban dengan melakukan berbagai macam ibadat terutama dengan melakukan ibadat solat fardu secara berjamaah, berdoa, membaca al-Qur‟an dan bersalawat kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai suatu kegiatan

371

Al-Turmudhi, Abu „Isa Muhammad Ibn „Isa, (2000), Sunan lt-Turmudhī; Kitab al-siyām; Bab Mā jā a Fī Laylatul nisfu Sya‟ban, j.2, Madinah: Matba‟at al-Madani, h. 1720.

372 Ibn Majah, Abi Abdillah Muhammad b. Ar-Rab‟ī Ibn Majah (1975), Sunan Ibn Mājah; Kitab Iqāmat al-Salāt wa al-Sunnah Fīhā; Bab Mājā a Fī Laylatul Nisfu Sya‟bān, j. 1, h. 444.

ibadat bersiri dan sambungan kepada amalan-amalan ibadat di malam-malam sebelumnya.

Sambutan dan amalan di malam itu dilakukan dengan cara berkumpul di masjid antara maghrib dan isyak untuk membaca doa “Nisfu Sya‟ban”. Sebelum itu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Yāsīn dan solat sunat yang disebut “Solat Nisfu Sya‟ban”.373

Menurut Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar, pada malam Nisfu Sya‟ban, kitab catatan amal manusia dihantarkan ke Luh al-Mahfuz pada setiap tahun. Kitab yang telah penuh dengan catatan ditinggalkan dan diambilkan kitab yang baharu untuk dicatat pada tahun hadapan. Begitulah setiap tahun bertukar ganti sehingga manusia menemui ajalnya. Pertukaran itu terjadi pada waktu maghrib menjelang Isyak di malam nisfu Sya‟ban.374

Menurut al-Ustaz H.M. Surah Noor, beliau bersetuju dengan amalan yang dilakukan pada malam itu kerana menghidupkan malam nisfu Sya‟ban dengan ibadat-ibadat dikira sebagai amalan sunat dan mendapat pahala dari Allah, bahkan hal ini merupakan amalan ahli tasawuf dalam bermunajat kepada Allah S.W.T. 375,

Demikianlah amalan yang dilakukan oleh masyarakat Kerinci pada malam Nisfu Sya‟ban. Sesetengah masyarakat akan bersedia lebih awal untuk datang ke masjid pada malam tersebut, kalaupun ada kalangan mereka yang tidak pernah hadir ke masjid pada hari-hari biasa. Manakala bagi mereka yang tidak sempat menghadirkan diri ke majlis tersebut, mereka akan mengerjakan solat dan membaca

373 Amran Kasimin, Dr.(1991), Taqarrub:Amalan Menghampiri Diri Pada Allah, cet. 1,Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd, h. 71.Lihat juga Kamaruddin Mahmood (1984), Himpunan solat-solat

Sunnat ,Kuala lumpur: Pustaka Ilmu Raya Sdn. Bhd, h. 47.

374 Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar, (1990), “Nisfu Sya‟ban malam Penentuan”. Majalah al-Islam, Mac. 1990, h. 13.

375 Beliau ialah seorang ahli majlis Ulama Kerinci mewakili kampung Pulau Tengah, bekas pesara guru dan murid Haji Ahmad Faqir, temu bual, di rumah beliau di Jalan Pasar Mambo Utara, PulauTengah Kerinci, pada 18 hb November 2007.

surah Yā-sīn di rumah masing-masing376.

Jadi menurut penulis, walaupun malam Nisfu Sya‟ban ini, ada perselisihan pendapat dalam kalangan ulama, sebahagian mereka mengingkari sambutan itu dan sebahagian lagi menyetujuinya dengan menganggap umat Islam boleh berpegang dengan hadis daif (lemah) dalam perkara menggalakkan amalan yang mempunyai keutamaan “fadī‟il „amal”, ia adalah amalan yang baik dan tidaklah menjadi kesalahan menghidupkan malam ini dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan melakukan berbagai ibadat seperti solat, berzikir, membaca al-Qur‟an dan berdoa dengan doa yang ma`thur daripada Rasulullah S.A.W. Amalan tersebut diharapkan akan diterima dan mendapat keredaan dari Allah S.W.T.