• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISLAM DI KERINCI SEBELUM ZAMAN HAJI AHMAD FAQIR AL-KERINCI

3.6. Sejarah Kemasukan Islam Ke Kerinci

Namun demikian, purata orang Kerinci adalah berani, mereka tidak takut terhadap makhluk halus dan sejenisnya malah sebahagian daripada mereka menjalin persahabatan dengannya (zaman sebelum masuknya Islam)180.

Walaupun ketika ini Islam telah menjadi agama dan kepercayaan hampir semua masyarakat Kerinci, kebudayaan yang bersifat bawaan/turunan dari pendahulu-pendahulu sebelumnya masih dapat dilihat jelas diamalkan dalam setiap upacara adat, seperti pemanggilan makhluk halus yang dipercaya sebagai roh nenek moyang, kepercayaan terhadap benda pusaka/azimat yang dapat memberikan keberkatan dan sebagainya. Namun seiring dengan perjalanan waktu, kebudayaan itu perlahan-lahan mulai ditinggalkan dan pudar. Dalam hal ini, Islam sebagai agama yang melarang hal-hal di atas memainkan peranan penting dalam hal ini. Namun demikian, masih banyak daerah di Kerinci yang masih membudayakan kebudayaan di atas dan mempastikan ia berjalan seiring dengan kebudayaan dan ajaran Islam.

3.6. Sejarah Kemasukan Islam Ke Kerinci

179

Mohd. Taib Osman (1982), Masyarakat Melayu : Struktur dan Manifestasi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 38.

180 Pemerintah Kabupaten Kerinci, lihat web. http://fly2Kerinci.com/bahasa-Kerinci.htm, 25 hb April 2000.

Setakat ini belum ada sejarawan atau pun penulis yang boleh menyatakan bilakah dan di mana Islam itu masuk ke daerah Kerinci. Hal ini bukan disebabkan kurangnya penelitian dibuat terhadap aspek ini, tetapi disebabkan banyak pendapat yang diutarakan kurang mengandungi nilai validiti dan masih bersifat rekaan daripada para peneliti yang mengkaji tentang objek berkenaan. Oleh kerana itu penulis cuba meneliti maklumat berasaskan bukti sejarah yang sudah sedia ada, melalui pendekatan arkeologis iaitu dengan meneliti Berdasarkan sejarah dan budaya, lembah Kerinci juga dikenal sebagai tempat bermukimnya masyarakat Melayu Tua dan lembah ini terlibat dengan proses penyebaran agama Islam. Buktinya banyak peninggalan-peninggalan sejarah yang ditemui menunjukkan bukti wujudnya penyebaran agama Islam berlaku di daerah ini, antaranya ialah adanya kubur batu, batu-batu prasejarah dan beberapa masjid tua, antara lain, Masjid Keramat Pulau Tengah dan Masjid Agung PondokTinggi Sungai Penuh.

Masjid Keramat misalnya dibangun pada tahun 1785 M. Ia merupakan masjid terbesar dan tertua di Kerinci dengan seni bina yang mengagumkan serta mengandungi nilai keislaman yang tinggi. Ukurannya luas iaitu 28 x 28 meter persegi yang boleh menampung jemaah seramai 3000 orang. Uniknya seni bina bangunan ini terdiri dari gabungan atau paduan seni bina yang berasal dari Jawa dan seni tempatan. Kesan ini jelas kelihatan pada atapnya yang tumpang tiga, yang melambangkan iman, Islam dan ihsan181

Masjid Keramat ini juga memiliki kubah kecil yang terdapat di bahagian depan yang dijadikan sebagai mihrab, tempat imam berehat atau mengerjakan aktiviti lain sebelum mengimami solat berjamaah. Ciri khas ini adalah ciri utama corak bangunan

masjid kuno di seluruh Nusantara182.

Masjid Keramat terletak di Desa Koto Tuo, Pulau Tengah, Kecamatan Keliling Danau, sekitar 12 km dari Sungai Penuh. Masjid ini diasaskan oleh para ulama yang menjadi pengikut Tarekat Samaniah iaitu Haji Rahei dan Haji Ratih dan seorang juru ukir, bernama Tengku Beruke. Merekalah yang merancang seni bina Masjid Keramat ini183. Seperti juga bangunan-bangunan yang dibina pada zaman dahulu, konstruksi masjid ini didominasi oleh kayu tanpa menggunakan paku184.

Menurut Haji Abdul Jalil @ Syarifudin185masjid ini memiliki 25 tiang yang melambangkan 25 rasul dengan ukiran yang unik pada tiap sudut. Ia ditopang oleh tiang tengah sebagai soko guru. Pada zaman dahulu, tiang utama di tengah (pada ketinggian ± 6 m) digunakan sebagai tempat azan yang dihubungkan oleh jambatan dari sebelah kiri masjid.

Terdapat 3 tabuh di masjid ini yang memiliki fungsi yang berbeza. Dua tabuh terletak di dalam masjid yang berfungsi sebagai penanda waktu solat (tabuh kecil) dan tabuh yang lain sebagai penanda adanya penduduk yang meningggal dunia. Tabuh yang paling besar (tabuh larangan) terletak di luar masjid, ia dibunyikan bila berlaku bencana

182

Yulianto Sumalyo (2000), Arsitetur Masjid dan Munumen Sejarah Muslim, Yogyakarta: Gajah

Mada University Press, Anggota IKAPI.h. 68.

47 Thahar Ramli (1999), op. Cit., h. 8.

48

Ibid.,

49 Temubual dengan Abdul Jalil, seorang tokoh masyarakat dan tokoh adat, pada 21 hb November 2007.

seperti kebakaran atau bencana alam lainnya.

Ukiran tiangnya yang bermotifkan tumbuhan menceriakan lagi hiasan dalaman masjid ini. Selain itu di dalamnya terdapat hiasan bermotifkan buah-buahan, seperti manggis melambangkan kelezatan sebagai hasil bagi para jamaah yang beribadah. Disamping itu masjid ini terdapat pula tiang penyangga disekelilingnya sebanyak 25 buah melambangkan 25 rasul, manakala mihrab tempat khatib membaca khutbah menjorok kedepan sebagai mencontohi mihrab Masjid al-Haram di Mekah186.

Masjid ini melambangkan perjuangan rakyat Pulau Tengah dalam menentang pencerobohan bangsa Belanda. Masjid ini telah melewati oleh berbagai masa ianya sering diziarahi para pelancong dari Malaysia, singapura bahkan dari negara Arab. Sebahagian penziarah tidak segan – segan untuk menginap beberapa hari sahaja di rumah penduduk tempatan sekedar untuk dapat beribadah di masjid ini187.

Nama masjid ini dikekalkan sebagai Masjid Keramat berdasarkan latar belakang beberapa peristiwa dasyat yang berlaku terhadap bangunan ini. Pada tahun 1936, terjadi kebakaran hebat di Desa Pulau Tengah, semua rumah habis terbakar, namun hanya masjid saja yang tidak terbakar. Pada tahun 1995, terjadi gempa bumi yang berkekuatan 7.5 skala richter yang mengguncang bumi Kerinci, namun masjid ini tetap berdiri kukuh. Ketika berlaku banjir karena limpahan Danau (Tasik) Kerinci yang berlaku hampir setiap tahun, airnya tidak pernah masuk ke dalam masjid ini. Kejadian seperti inilah yang menjadikan

186 Ibid.,

nama masjid ini kekal dengan sebutan Masjid Keramat188.

Berdasarkan pengamatan penulis, di Nusantara ini terdapat tiga masjid yang memiliki seni bina, yang sama dengan Masjid Keramat (Kerinci). Antara lainya ialah Masjid Agung (Pondok Tinggi Kerinci), Masjid Agung (Demak) dan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri, Kelantan, Malaysia. Dua bangunan tua yang terdapat di Kerinci iaitu Masjid Agung dan Masjid Keramat sarat dengan nilai sejarah ini cukup menjadi legenda dan bukti keberadaan Islam di Kerinci.

Berasaskan dua bukti arkeologi di atas, jelaslah bahawa Islam masuk ke Kerinci lebih kurang pada pertiga akhir abad ke 16 atau pada tahun 1785 M atau lebih awal lagi. Kedatangan Islam ke Kerinci adalah dari Minangkabau atau Pagaruyung. Ini karena daerah Kerinci awalnya merupakan sebahagiaan dari kerajaan negeri Minangkabau189.

Menurut Tambo Alam Minangkabau, Daerah Rantau Pesisir Barat, pada masa Kerajaan Alam Minangkabau meliputi wilayah-wilayah sepanjang pesisir barat Sumatera Bahagian Tengah mulai dari Sikilang Air Bangis, Tiku Pariaman, Padang, Bandar Sepuluh, Air Haji, Inderapura, Muko-muko (Bengkulu) dan Kerinci. Dengan demikian Kerinci merupakan daerah Minangkabau190.

Pengaruh Islam di Pagaruyung berkembang kira-kira pada abad ke-16, iaitu

188

Temubual dengan Encik Jamaluddin, ketua adat dan tokoh masyarakat Desa Pulau Tengah, di rumahnya, Jalan Masker RT I. Pulau Tengah, pada 20 hb November 2007.

189 Tahar Ramli (1999), op. cit, h 23.

melalui para musafir dan guru agama yang singgah atau datang dari Aceh dan Malaka. Salah seorang murid ulama Aceh yang terkenal, Syaikh Abdurrauf Singkil (Tengku Syiah Kuala), iaitu Syaikh Burhanuddin Ulakan, adalah ulama pertama yang menyebarkan agama Islam dan beliau disebut sebagai peletak dasar Islam di Minangkabau191. Berdasarkan pendidikan suraunya, Burhanuddin mengembangkan tradisi keislaman, bersama dengan murid-muridnya yang telah selesai belajar. Mereka mendirikan surau di tempat lain atau di kampung halamannya. Transmisi dan difusi agama ketika itu banyak dilakukan oleh murid-murid Burhanuddin. Ini menyebabkan terjadinya revivalisme ajaran seorang ulama yang tersebar di berbagai daerah, termasuk di Kerinci, pada ketika itu masih mengamalkan ajaran yang dibawa oleh ulama ini iaitu tradisi Rabu Safar masih diamalkan hingga kini192.

Dengan masuknya agama Islam ke Kerinci, maka aturan adat yang bertentangan dengan ajaran Islam mulai dihilangkan dan hal-hal yang pokok dalam adat diganti dengan aturan agama Islam. Di Kerinci pula, Haji Ahmad Faqir, tokoh yang menjadi objek kajian ini berusaha menghapuskan tempat pemujaan dan khurafat yang merupakan peninggalan budaya silam berupa upacara ritual keagamaan masyarakat Kerinci sebelum Islam. Pembersihan ini dilakukan terutama sekali di kampungnya sendiri iaitu di Pulau Tengah193. Tindakannya ini selari dengan apa yang telah diperjuangkan oleh para ulama yang menyeru umat Islam supaya kembali kepada ajaran tauhid dan menjauhi perbuatan

191 Silfia Hanani, (2006), Difusi Ajaran dan Pemikiran Ulama Dalam Sejarah Islam Minangkabau, Padang (t.t.p), h. 18.

192 Syeikh Burhanuddin Ulakan”, oleh. Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah, http//www. Ulama Nusantara. http//ulamanusantara.blogspot.com/2008/07/.htmlhtm, pada 28 hb Mei 2008.

serta kepercayaan yang berbau syirik kepada Allah S.W.T194.

Dengan latar belakang sejarah Islam yang sangat kuat di Lembah Kerinci, ungkapan “segempal tanah surga yang terhempas ke bumi” adalah tepat bagi menggambarkan bumi Kerinci. Ini kerana selama seseorang berada di Kerinci, dia akan menikmati kesejukan alam semulajadi yang damai dan tenteram. Majoriti masyarakat Kerinci pula masih kuat beribadah kepada Allah S.W.T di masjid dan surau. Tidak hairanlah, apabila didapati pagi hari atau petang, pengunjung Kerinci akan melihat warganya, khususnya kaum wanita sering memakai kain mukena (pakaian solat) dari rumah menuju ke masjid dan surau, sehingga seseorang akan terasa suasana sangat tenteram dan Islami, apatah lagi di bulan Ramadan.