• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISLAM DI KERINCI SEBELUM ZAMAN HAJI AHMAD FAQIR AL-KERINCI

3.11. Aliran dan Mazhab

Perkataan Aliran dan mazhab merupakan dua kata yang merujuk kepada pengertian yang sama. Menurut Teuku Iskandar, “aliran” bererti “haluan pemikiran” (pendapat), Mazhab pula bermakna (politik, pandangan hidup)229. Justeru itu, dapatlah diambil suatu pengertian bahawa yang dimaksud dalam kajian ini ialah cabang ajaran agama Islam yang diikuti oleh majoriti suatu masyarakat Kerinci.

Huraian dan penafsiran hukum Islam yang tersebar di Nusantara adalah berdasarkan mazhab Syafi‟ie. Ini disebabkan Islam yang tersebar di Nusantara dibawa oleh muballigh yang bermazhab Syafi‟ie. Oleh itu, dengan sendirinya muballigh tersebut membawa buku-buku fekah yang ditulis oleh para ulama Syafi‟iyyah untuk dijadikan rujukan dalam menyelesaikan permasalahan individu dan masyarakat yang timbul, dan untuk dijadikan panduan dalam menjalankan praktik-praktik yang bersifat keagamaan230.

Begitu juga halnya dengan apayang berlaku di Kerinci pada awal masuknya Islam ke Kerinci. Sebahagian besar masyarakat Kerinci mengikuti mazhab Syafi‟íe bersandarkan kepada riwayat yang menyatakan bahawa pada awal masuknya Islam ke Kerinci, ia dibawa oleh para ulama yang walaupun mereka mengamalkan ajaran tarekat yang berbeza-beza, namun para ulama tersebut seperti Haji Abdul Latif (awal abad ke 17) dan Syeikh Abdul Rauf Singkil (m. 1105/ 1693) berpegang dengan faham mazhab Imam

229

Tengku Iskandar et.al (1970), op. cit., h, 100.

230 Abdul Hadi b. Ky. H. A. Muthahar (1995),“Mazhab Syafi‟I dan Pengaruhnya di Asia Tenggara”, kertas kerja Internasional Seminar on Islamic Studies In South East Asia, 20 – 23 November 1995, Brunei Darussalam: Fakulti Pengajian Islam , Universiti Brunei Darussalam, h. 27.

Syafi‟ie231

.

Kemudian dari segi sejarahnya, organisasi Islam yang julung kali masuk ke Kerinci ialah Persatuan Tarbiyah Islamiyah (PERTI) yang turut dipelopori oleh Tuan Guru Haji Ahmad Faqir. Organisasi ini diasaskan di Sumatera Barat oleh Syeikh Sulaiman al-Rasuli dan rakannya. Menurut Wan Mohd. Shaghir Abdullah PERTI ini merupakan suatu organisasi Islam yang secara tegas dan berani mempertahankan dan berpegang dengan satu mazhab iaitu, mazhab Imam Syafi‟ie232.

Ini bererti PERTI agak berbeza dengan Nahdhatul Ulama (NU) yang diasaskan oleh Kiyai Haji Hasyim Asy'ari dan kawan-kawan di Jawa Timur. Dasar Nahdhatul Ulama (NU) adalah berpegang pada salah satu mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali)233tidak menegaskan para pengikutnya mesti berpegang pada Mazhab Syafie seperti pengikut PERTI yang berpegang pada satu mazhab sahaja.

Kemudian perkembangan mazhab di Kerinci ketika ini turut terkesan dengan pertubuhan Muhammadiyyah yang berpegang kepada kaedah tarjih iaitu berusaha untuk mencari nas yang paling hampir dengan al-Qur‟an dan hadis dalam menafsirkan persoalan agama. Kemudian NU dengan fahaman aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah tidak terikat kepada satu mazhab Syafi‟ie sahaja. Manakala organisasi Islam seperti PERTI hanya berpegang teguh dengan satu mazhab iaitu mazhab al-Syafi‟ie sahaja. Walaupun umat Islam di Kerinci menganut faham fikah yang berbeza-beza, disebabkan faktor yang

231

Yunasril Ali. Et. al. (2005), op. cit., h. 64.

232 Wan Mohd. Shaghir Adullah, “Syeikh Sulaiman al-Rasuli Pahlawan mazhab Safi‟ie”, http://ulama- nusantara.blogspot.com,28 hb Mach 2009.

dimainkan oleh organisasi Islam yang berkembang dengan pantas di Kerinci, namun secara garis besarnya atau dengan kata lain majoriti penduduk Kerinci mengikut Aliran fahaman Ahl Sunnah wa Jamaah dengan menganut faham fikah mazhab Imam al-Syafi‟ie.

Hal ini nampak jelas pada pelaksanaan hukuman hudud bagi pesalah yang melakukan perzinaan, di mana pelakunya dikenakan hukum cambuk atau hukum dera sebanyak seratus kali ke atas tubuh badan penzina. Kemudian bagi seseorang individu yang didapati tidak berpuasa di bulan Ramadan, mereka diwajibkan membayar denda sebanyak 30 kg beras untuk kali pertama melakukan kesalahan tersebut. Keberkesanan pengaruh mazhab ini dapat ditemukan di Kerinci, khususnya di Pulau Tengah, berkemungkinan ada sebahagian penduduk di beberapa kampung yang berpegang dengan mazhab yang lain kerana pengaruh organisasi Islam yang masuk ke daerah Kerinci.

3.12. Kesimpulan

Berdasarkan maklumat yang telah dihuraikan di atas dan maklumat yang berhasil dikesan oleh penulis dapat dibuat suatu kesimpulan bahawa Islam masuk ke Kerinci pada abab akhir abab ke 16 dan awal abab ke 17. Sebelumnya masyarakat Kerinci menganut ajaran agama animisma iaitu percaya kepada benda-benda keramat dan arwah leluhur. Setelah kedatangan Islam ke Kerinci segala bentuk kepercayaan khurafat yang pernah ada dihapuskan dan amalan masyarakat disesuaikan dengan ajaran Islam. Ini dapat dilakukan menerusi perana yang dimainkan oleh oleh para ulama terutama kehadiran ulama yang belajar di Mekah seperti Haji Ahmad Faqir yang berperan aktif dalam menghapuskan

bentuk kepercayaan khurafat masyarakat dengan cara mendidik dan mengajarkan agama Islam sesuai dengan tuntunan Allah S.W.Tdan Rasulullah s.a.w.

Kemudian pada masyarakat banyak menerapkan perundangan Islam yang sesuai dengan kemajuan dan perkembangan semasa dengan berlandaskan akidah alhi sunnah wa al-Jamaah dengan menganut faham mazhab Syafi‟ie. Yang pada gilirannya tetap dipertahankan oleh Haji Ahmad Faqir dan penerusnya hingga ke hari ini.

Adapun peranan pertubuhan organisasi islam di Kerinci ialah membantu usaha dakwah dan meningkatkan aktiviti keilmuan dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu pendidikan bagi pengikutnya sesuai dengan arus perkembangan semasa dengan jalan mengadakan silaturahmi antara ahli perkumpulan yang diadakan, terutama sekali dalam meraikan hari-hari besar agama di Kerinci.

Kajian mendapati bahawa sebelum Haji Ahmad Faqir, kehidupan beragama di Kerinci sudahpun berlaku. Namun pelaksanaannya masih terdapat penyimpangan akidah yang dilakukan oleh masyarakat, disebabkan amalan peninggalan nenek moyang yang berpegang dengan kepercayaan karut dan khurafat. Didapati bahawa pada zaman Haji Ahmad Faqir, tidak begitu ramai ulama muncul di Kerinci. Tetapi perkembangan Islam di Kerinci sangat pantas. Ini jelas menunjukkan peranan Haji Ahmad Faqir adalah sangat besar dalam menyebarkan Islam kepada masyarakat terutama dalam berusaha membendung unsur-unsur negatif yang dibawa oleh arus moden. Tentu sahaja usaha ini membutuhkan tindakan yang konkrit, sehingga pelaksanaan amalan keagamaan sesuai

dengan tuntutan Islam.

Berdasarkan maklumat yang berjaya dikesan oleh penulis, usaha Haji Ahmad Faqir sangat nyata dan berkesan. Majoriti masyarakat Kerinci mengikuti fahaman akidah yang jelas iaitu mengikuti Ahl sunnah wa Jamaah dan menganut fahaman ajaran Imam al-Asy‟ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Sedangkan menyangkut sufisme atau ajaran tasawuf, mereka mengikuti ajaran Imam al-Ghazali dan Imam Abu Qasim al-Bagdadi.

Dalam mazhab fikah, masyarakat Kerinci menganut faham yang berbeza-beza. Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, hal ini adalah pengaruh daripada kemasukan organisasi Islam yang berkembang di Kerinci seperti PERTI yang berpegang kepada mazhab Syafi‟e sahaja, NU yang tidak berpegang pada salah satu mazhab tertentu dan Muhammadiyyah yang ternyata lebih cenderung memilih fahaman tarjih dalam mentafsirkan sesuatu persoalan keagamaan. Namun demikian, sebabahagian besar penduduk Kerinci lebih berpihak kepada mazhab fikah mengikut Imam al-Syafi‟ie.

BAB IV

SUMBANGAN HAJI AHMAD FAQIR KEPADA PERKEMBANGAN ISLAM DI