2.4 PANDANGAN AL-RAZI MENGENAI NAMA-NAMA SYURGA
2.4.2 Lafaz-Lafaz yang Membawa Pengertian Syurga
2.4.2.3 Al-Husna
Lafaz husna disebut sebanyak sebelas kali dalam Qur‟an iaitu pada Surah
al-Nisa’ (4: 95), Yunus (10: 26), al-Ra‘d (13: 18 & 29), al-Nahl (16: 62), al-Kahf (18:
88), al-Anbiya’ (21: 101), Fussilat (41: 50), al-Hadid (57: 10) dan al-Layl (92: 6). Pada Surah al-Ra‘d (13: 18), lafaz tersebut berbunyi:
Bermaksud: Bagi orang yang memenuhi seruan Tuhannya, (disediakan) pembalasan yang baik, dan orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi bersertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang itu disediakan baginya perhitungan yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.
Al-Razi tidak mengupas lafaz al-husna dari semua surah tersebut, sebaliknya beliau hanya mentafsirkan sebahagiannya sahaja. Berdasarkan pemerhatian terhadap tasiran tersebut, didapati al-Razi menjelaskan bahawa kalimah al-husna mempunyai beberapa pengertian.
Pertama; ia merujuk kepada syurga. Terdapat dua pandangan yang membawa pengertian yang pertama ini, iaitu:
i. Ia dapat dilihat dalam kupasan lafaz tersebut dalam Surah al-Ra‘d (13: 18) dan Surah al-Lail (92: 6 & 9). Pandangan ini adalah selari di antara al-Tabari, al-Razi dan al-Qurtubi.100 Begitu juga pada kupasan kalimah
al-Husna dalam Surah Yunus (10:26), didapati al-Baydawi
bersependapat dengan al-Razi mengatakan bahawa al-Husna
merupakan „suatu tempat yang mempunyai suasana dan persekitaran yang disukai‟ (al-halah al-mahbubah wa al-khaslah al-marghub
fiha).101
ii. Pandangan kedua ini menghuraikan al-husna dengan maksud mendapat
pahala iaitu memperoleh syurga yang „berlainan tingkatan‟ (tafawut
al-darajat). Pengertian sedemikian adalah kerana ekoran daripada ayat
sebelumnya yang menjelaskan bahawa golongan yang keluar berperang dan „membelanjakan harta‟ (infaq) ke jalan Allah SWT sebelum „pembukaan Makkah‟ (al-fath) adalah lebih besar pengorbanan dan sumbangannya berbanding golongan yang melakukan perkara sedemikian selepas pembukaan Makkah. Namun kedua-dua golongan ini mendapat ganjaran syurga di sisi Allah SWT tetapi tingkatan mereka di dalamnya adalah berbeza. Ini dapat dilihat dalam kupasan lafaz tersebut yang terdapat dalam Surah al-Hadid (57: 10)..Pandangan ini
100 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 11. 19: 44; j. 10. juz. 20: 63; al-Razi, Mafatih al-Ghayb 2, j. 16. juz. 31: 181; al-Tabari,
Jami‘ al-Bayan, 7: 373; al-Qurtubi, al-Jami‘, j. 5. juz. 9: 201.
dinukilkan oleh Tabari, Razi, Baydawi, Ibn Kathir dan al-Alusi.102
Kedua; ia merujuk kepada ganjaran pahala. Terdapat tiga pandangan berkenaan pengertian kedua ini, iaitu:
i. Al-husna bermaksud „manfaat atau faedah terbesar‟ (manfa‘ah
al-uzma) daripada kebaikan yang dilakukan dan tidak bercampur dengan
sebarang kemudaratan serta ianya bersifat kekal selamanya. Pandangan ini diutarakan oleh al-Razi, al-Baydawi dan al-Alusi.103
ii. Al-husna bermaksud „pahala yang wajib diperoleh‟ (thawab
al-mustahaq) dari kebaikan yang dilakukan. Pandangan ini dinukilkan oleh
al-Razi dari pendapat al-Jubba’i sepertimana disebut dalam kitab Tafsir
al-Kashshaf.104
iii. Al-husna bermaksud gandaan pahala, pendapat ini dinukilkan oleh
al-Razi dari al-Qaffal. Pendapat ketiga dan keempat ini dapat dilihat ketika al-Razi mentafsirkan lafaz al-husna yang terdapat dalam Surah al-Lail (92: 6 & 9).105
iv. Al-husna bermaksud janji Allah SWT untuk ‟menggantikan semula
segala yang manusia belanjakan ke jalanNya‟ (al-khalf al-ladhi
102 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 29: 220; al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, 11: 673-675; al-Baydawi, Anwar al-Tanzil, 2:
468; ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, 2: 1493 & 4: 2771; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 15. juz. 29: 264. Terdapat pandangan lain
yang dibawa oleh al-Alusi dan al-Qurtubi terhadap lafaz tersebut di mana beliau berpendapat bahawa al-husna bermaksud kemenangan dan „harta rampasan perang‟ (ghanimah) yang diperoleh di dunia. Lihat al-Qurtubi, al-Jami‘, j.5 juz.9: 201 & j. 9. juz. 17: 157; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 15. juz. 29: 264.
103 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 10. juz. 19: 44; al-Baydawi, Anwar al-Tanzil, 1: 298 & 433; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 8. juz. 13: 199.
104Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 9. juz. 17: 82; al-Zamakhshari, al-Kashshaf, 2: 232.
105 Al-Razi, Mafatih Ghayb 2, j. 16. juz. 31: 181; Alusi, Ruh Ma‘ani, j. 16. juz. 30: 266-267. Al-Qurtubi mengupas
wa‘adahu Allah). Pandangan ini dinukilkan oleh al-Tabari dan juga
turut dinukilkan oleh al-Razi, Ibn Kathir dan al-Alusi.106
Ketiga; ia merujuk kepada kalimah tauhid, „anak-anak lelaki‟ (al-banun) dan agama yang benar. Antara pandangan yang menjelaskan pengertian tersebut ialah:
i. Al-husna bermaksud kalimah „Tiada Tuhan melainkan Allah‟ (la ilaha
illa Allah). Ini membawa pengertian bahawa barangsiapa yang
membelanjakan hartanya ke jalan Allah SWT, bertaqwa dan membenarkan ketauhidan Allah SWT dan para rasul-Nya, maka dia akan mendapat kebaikan (al-husna). Pandangan ini telah disebut oleh Tabari dan turut dikemukakan oleh Razi, Baydawi dan al-Alusi.107
ii. Al-husna bermaksud „anak-anak lelaki‟ (al-banun). Ini berdasarkan
tafsiran al-Razi terhadap lafaz tersebut dalam Surah al-Nahl (16: 62) di mana golongan kafir mendakwa bahawa Allah SWT mempunyai „anak-anak perempuan‟ (al-banat) dan mereka mendakwa diri mereka sebagai „anak-anak lelaki‟ (al-banun) Allah SWT. Pandangan ini juga turut dibawa oleh al-Qurtubi.108
iii. Al-husna bermaksud agama yang benar. Pendapat ini juga dinukilkan
al-Razi dalam tafsirannya terhadap lafaz al-husna dalam Surah al-Nahl (16: 62) di mana orang kafir mendakwa bahawa mereka telah berjaya
106 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb 2, j. 16. juz. 31: 181; al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, 12: 611-615; ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, 4: 3048; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 16. juz. 30: 267.
107Al-Razi, Mafatih al-Ghayb 2, j. 16. juz. 31: 181; al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, 12: 612-615; al-Baydawi, Anwar al-Tanzil, 2:
601; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 16. juz. 30: 266.
mendapat keredhaan Allah SWT dengan mengatakan Allah SWT
mempunyai anak-anak perempuan.109
Begitu juga dalam huraian al-Razi terhadap lafaz al-husna yang selebihnya, tidak terdapat tafsiran atau pendapat yang mengatakan al-Husna bermaksud syurga, cuma terdapat kupasan yang mengatakan ianya bererti kebahagian, pengampunan
Allah SWT dan hidayah dariNya.110
Berdasarkan pengamatan terhadap pandangan-pandangan yang dibawa oleh al-Razi di atas, al-husna turut ditafsirkan dengan pengertian syurga, selain dirujuk sebagai manfaat terbesar yang kekal iaitu pahala dan lain-lain, bergantung kepada pemahaman dan kandungan ayat-ayat yang disebut padanya lafaz al-husna. Ini menjelaskan bahawa al-husna juga merupakan nama syurga berdasarkan huraian di atas, di mana lafaz al-husna turut membawa pengertian sifat syurga yang mempunyai tingkatan berdasarkan amalan penghuninya semasa di dunia.