3.3 KENIKMATAN SYURGA
3.3.1 Bentuk-Bentuk Kenikmatan Syurga
3.3.1.5 Pemakaian Penghuni Syurga
Kupasan berkenaan kenikmatan syurga berdasarkan gambaran al-Qur‟an yang
seterusnya ialah berkaitan pemakaian penghuni syurga. Penulis akan
mengketengahkan berkaitan kategori pemakaian penghuni syurga berserta huraian contoh bagi setiap kategori tersebut.
Al-Razi mengklasifikasikan pemakaian penghuni syurga kepada dua kategori, pertama; pemakaian yang berbentuk perhiasan dan kedua; pemakaian yang menutupi tubuh badan. Beliau menjelaskan bahawa perkataan „mereka dihiasi‟ (yuhallaun) yang disebut tanpa dijelaskan „pembuat‟ (fa’il)nya pada kategori pemakaian yang pertama adalah menunjukkan bahawa ianya merupakan kurniaan serta menggambarkan kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Manakala lafaz „mereka memakai‟ (yalbasun) yang disandarkan perbuatan tersebut kepada penghuni syurga pula adalah mengisyaratkan bahawa ia adalah kewajipan
mereka untuk memakainya sendiri.132
Ketika menghuraikan pemakaian kategori pertama iaitu pemakaian yang berbentuk perhiasan, al-Razi menjelaskan bahawa penghuni syurga dihiaskan dengan perhiasan yang berbentuk „gelang‟ (asawir) yang diperbuat daripada tiga
jenis sumber yang berlainan iaitu „emas‟ (dhahab), „perak‟ (fiddah) dan „permata‟ (lu’lu’).133 Menurutnya lagi, al-Qur‟an menggambarkan perhiasan yang terdapat di syurga dengan jenis yang berlainan adalah berdasarkan kehendak dan minat manusia terhadap perhiasan tersebut adalah berbeza semasa di dunia, sama ada minat terhadap gelang emas atau gelang perak. Namun, terdapat juga mereka yang meminati kedua-dua jenis gelang tersebut dan al-Razi menjelaskan bahawa mereka boleh memakai kedua-duanya di syurga kelak. Pandangan sedemikian dapat dilihat ketika beliau mengupas ayat dari Surah al-Rahman (76: 21) iaitu wa hullu asawir
min fiddah.134 Tambah beliau lagi, gambaran tersebut sebenarnya adalah sebagai
dorongan dan motivasi kepada setiap manusia agar berlumba-lumba mendapatkan syurga Allah SWT dengan menjelaskan bahawa setiap keinginan mereka terdapat di sana.135
Seterusnya, beliau turut menukilkan satu pandangan yang mengatakan bahawa gelang perak itu merupakan perhiasan bagi wildan atau khadam di syurga, manakala gelang emas pula khusus bagi penghuni syurga.136 Ini menunjukkan bahawa perhiasan tersebut dikecapi di syurga berdasarkan tingkatan kemuliaan penghuninya. Justeru, didapati al-Baydawi juga bersependapat dengan al-Razi di mana beliau menyatakan bahawa nilai perhiasan penghuni syurga adalah berperingkat berdasarkan amalan mereka semasa di dunia sepertimana adanya peringkat nilaian emas dan perak.137
133 Ibid.
134 Bermaksud: Dan mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak.
135 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 30: 255. 136 Ibid.
Selain itu, al-Razi juga menjelaskan bahawa gelang emas dan perak tersebut merupakan nama kepada amalan-amalan mujahadah yang mereka lakukan semasa di dunia semata-mata untuk mencapai „pengenalan dan cahaya ketuhanan‟ (al-Ma‘arif
al-Ilahiyyah wa al-Anwar al-Samadiyah.) Ini kerana kebanyakan amalan-amalan
manusia semasa di dunia dilakukan dengan tangan, maka amalan baik terhasil daripada tangan-tangan tersebut diumpamakan sebagai emas dan perak yang akan dipakaikan sebagai perhiasan mereka di syurga. Menurut al-Razi, tafsiran sebegini hanya tergambar difikirannya sahaja.138
Di samping itu, al-Razi turut menjelaskan bahawa perhiasan yang dipakai oleh penghuni syurga seperti „gelang tangan‟ (asawir) emas, perak dan permata adalah menggambarkan mereka berada dalam keadaan yang selesa dan tidak berada dalam kesibukan seperti mana di dunia, kerana kesibukan tersebut menghalang mereka daripada berhias diri.139 Ia juga menerangkan bahawa penghuni syurga mampu memiliki setiap perkara dan kemewahan, di mana sesuatu yang sukar diperoleh di dunia seperti permata, emas dan perhiasan lain, semuanya menjadi perhiasan mereka di sana.140
Namun, timbul persoalan bahawa gelang merupakan perhiasan wanita dan bukannya perhiasan lelaki bahkan aib bagi golongan lelaki memakainya selagimana perhiasan tersebut bukan diperbuat dari emas. Di sini al-Razi membawa beberapa pandangan, pertama; penghuni syurga adalah remaja dan tidak akan berlaku proses kelahiran yang menyebabkan wujudnya nasab dan keturunan, maka penghuni syurga
138 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 30: 255. Namun, al-Alusi mengatakan bahawa perhiasan tersebut berkait dengan tangan kerana ia merupakan ganjaran kepada amalan yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka semasa di duina. Al-Alusi,
Ruh al-Ma‘ani, j. 16. juz. 29: 281.
139 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 13. juz. 26: 28.
lelaki boleh memakai gelang di sana. Kedua; perhiasan gelang tersebut hanya untuk wanita dan kanak-kanak syurga sahaja.141
Di samping itu, al-Alusi turut mengutarakan pandangannya berkaitan persoalan ini. Beliau menjelaskan bahawa pemakaian gelang bagi orang lelaki adalah aib bagi sesuatu kaum dan sebaliknya bagi sesuatu kaum yang lain. Justeru beliau tidak menghukumkan secara aqli bahawa pemakaian tersebut adalah aib bagi golongan lelaki pada setiap masa, tempat dan kaum.142 Ini menunjukkan bahawa pandangan ini menjadi tambahan kepada jawapan yang dikemukakan oleh al-Razi. Ini kerana kedua-dua pandangan ini tidak bertentangan antara satu sama lain di samping tiada bantahan dari al-Alusi terhadap tafsiran al-Razi tersebut.
Manakala dalam kupasan berkaitan pemakaian kategori kedua pula iaitu pemakaian yang menutupi tubuh badan, al-Razi menggambarkan bahawa penghuni syurga berpakaian dengan pakaian sutera yang berwarna hijau yang diperbuat daripada „sutera yang halus‟ (sundus atau disebut al-dibaj al-raqiq) dan „sutera yang tebal‟ (istabraq atau disebut al-dibaj al-safiq).143
Walau bagaimanapun, al-Razi hanya mengupas persoalan ini secara ringkas sahaja tanpa penjelasan yang lebih terperinci.
Daripada kenyataan yang dinyatakan di atas, al-Razi mengklasifikasikan pemakaian penghuni syurga kepada dua iaitu, pertama; berbentuk perhiasan yang terdiri daripada gelang emas, perak dan permata. Kedua; pakaian daripada sutera yang menutupi tubuh badan manusia. Pakaian dan perhiasan tersebut
141 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 30: 255.
142 Al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 9. juz. 15: 390.
143 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 11. juz. 21: 123; j. 15. juz. 30: 254. Lihat al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, j. 8: 221; j. 12: 371; ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, j. 4: 2966. Al-Baydawi menjelaskan bahawa pakaian tersebut berwarna hijau dan ia adalah secantik warna. Al-Baydawi, Anwar al-Tanzil, j. 2: 11; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 16. juz. 29: 279.
menggambarkan bahawa mereka berada dalam keadaan yang lapang dan gembira menikmati setiap ganjaran yang disediakan bagi mereka. Beliau juga menjelaskan bahawa gambaran kenikmatan sedemikian adalah sebagai pendorong dan motivasi kepada manusia agar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan ganjaran syurga di akhirat.