• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.4 ISU-ISU BERKAITAN SYURGA DAN SIFAT-SIFATNYA

3.4.4 Kenikmatan Syurga Kekal dan Bertambah

Terdapat banyak ayat al-Qur‟an yang menunjukkan bahawa syurga, kenikmatan dan penghuninya kekal di akhirat. Antara ialah ayat dari Surah al-Nisa’ (4 : 122) yang berbunyi:













































Bermaksud: Orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, kelak akan kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah SWT telah membuat suatu janji yang benar. dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah SWT ?

Al-Razi dan ibn Kathir bersependapat dengan al-Tabari dalam menjelaskan bahawa syurga dan kenikmatannya adalah kekal selama-lamanya. Mereka juga menjelaskan bahawa lafaz al-khuld membawa maksud „penetapan pada satu-satu tempat bagi suatu tempoh masa yang lama‟ (tul al-makth) tanpa diketahui ia akan berakhir atau tidak. Namun, lafaz yang bermaksud „selama-lamanya‟ (al-ta’bid) yang didatangkan selepas lafaz al-khuld menjelaskan bahawa syurga dan

kenikmatannya kekal selama-lamanya.206

Al-Razi juga menegaskan bahawa jika lafaz al-ta’bid termasuk dalam pemahaman dan makna al-khuld, maka sebutan lafaz abada yang bermaksud

206Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 5. juz. 10: 142; j. 1. juz.1 :144, al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, j. 4: 286; j. 10: 157; j. 11: 429; ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, j. 1: 102. Lihat juga al-Razi, Ma‘alim, h. 91.

selama-lamanya hanyalah „pengulangan‟ (al-tikrar) lafaz semata-mata kerana ia membawa pengertian yang sama, dan ini adalah tidak wajar.207 Jika dilihat pada ayat yang menceritakan berkaitan „janji buruk‟ (al-wa‘id) bagi pelaku maksiat, kita dapati hanya lafaz al-khuld sahaja disebut tanpa disusuli dengan lafaz al-ta’bid,208 melainkan jika ayat tersebut menceritakan perihal orang kafir, maka kita akan dapati bahawa terdapat lafaz al-ta’bid yang menyusuli lafaz al-khuld.209 Ini juga menjadi hujah yang mengatakan bahawa orang fasik tidak kekal di neraka dan akhirnya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.210 Pandangan ini bercanggah dengan pendapat Jahm bin Safwan yang berpendapat bahawa kenikmatan syurga dan azab nereka akan berakhir.211

Selain itu, terdapat juga ayat lain yang menguatkan lagi bahawa kenikmatan syurga tidak akan berakhir. Ini dapat dilihat ketika al-Razi mentafsirkan ayat ke 58 dari Surah al-‘Ankabut iaitu „Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang yang beramal soleh‟ (ni‘m ajr al-‘amilin). Menurut beliau ayat tersebut merupakan berita gembira bagi orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat nikmat di akhirat. Nikmat tersebut akan berterusan kekal selamanya kerana ayat tersebut (ni’m

ajr al-‘amilin) tidak didatangkan dalam „bentuk suruhan‟ (sighah al-amr). Menurut

al-Razi, kaedah sighah al-amr tersebut membawa erti „terputus kaitan sesuatu perkara dengan sesuatu perkara selepasnya‟ (inqita‘ al-ta‘alluq ba‘dah). Jika diaplikasikan kaedah tersebut pada ayat berkenaan, ia membawa makna terputus kenikmatan syurga selepas berakhirnya kadar ganjaran amalan ahli syurga semasa di

207 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 1. juz. 1: 144. Lihat contoh ayat berkenaan dalam Surah al-Nisa’ (4: 122), al-Ma’idah (5: 119), al-Tawbah (9: 22) dan al-Talaq (65: 11).

208 Lihat contoh ayat berkenaan dalam Surah al-Tawbah (9: 67-68).

209 Lihat contoh ayat berkenaan dalam Surah al-Nisa’ (4: 169), al-Ahzab (33: 64-65) dan al-Jin (72: 23).

210 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 6. juz. 11: 51 .

dunia. Namun, apabila ayat tersebut tidak didatangkan dengan kaedah berkenaan, maka ayat tersebut menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku, malah kenikmatan syurga akan terus kekal.212

Al-Razi juga turut mengupas lafaz sighah al-amr yang terdapat dalam ayat berkaitan dengan azab bagi golongan kafir seperti ayat dari Surah al-‘Ankabut (29: 55):











Bermaksud: Rasalah kamu (balasan) apa yang kamu telah kerjakan.

Beliau menjelaskan bahawa sighah al-amr pada lafaz dhuqu tersebut bukan bermaksud azab neraka akan terputus setelah selesai dibalas semua kesalahan mereka, tetapi azab tersebut terus kekal dan berterusan. Namun, maksud sighah

al-amr tersebut membawa pengertian bahawa golongan kafir akan terputus hubungan

dengan saudara mara dan sahabat handai mereka setelah dimasukkan ke dalam neraka, manakala azab ke atas mereka tetap berterusan tanpa ada sedikit pun pengurangan.213

Di samping itu, al-Razi juga berpandangan bahawa kenikmatan syurga adalah kekal dan sentiasa bertambah pada setiap ketika. Ini dapat dilihat ketika beliau mengupas ayat dari Surah Yunus (10: 26) yang berbunyi:









...

212 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 13. juz. 25: 86-87.

Bermaksud: Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia.

dan ayat yang berbunyi:







Bermaksud: Dan di sisi Kami ada lagi tambahan.214

Manakala azab yang dihadapi oleh golongan kafir adalah berkekalan tanpa sebarang penambahan.215

Selain itu, al-Razi juga membawa dua pandangan sebagai justifikasi gambaran al-Qur‟an bahawa syurga adalah kekal.216 Pertama; ayat tersebut adalah sebagai perkhabaran dan maklumat awal kepada manusia di dunia bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi. Kedua; ianya sebagai menenangkan hati setiap mukmin agar mereka tidak khuatir dengan sejarah yang telah berlaku terhadap Nabi Adam dan Hawa semasa di syurga. Di samping itu juga ia mengisyaratkan bahawa zaman kegembiraan dan kebahagiaan di akhirat adalah berterusan217 dan ia

merupakan zaman penempatan yang kekal.218

Berdasarkan kupasan tersebut, al-Razi berpandangan bahawa syurga dan kenikmatannya adalah kekal selama-lamanya. Kenikmatan syurga tersebut sentiasa bertambah pada setiap ketika. Ini berdasarkan pemahaman al-Razi terhadap beberapa isyarat yang boleh difahami dari lafaz al-khuld, al-ta’bid, pengertian lafaz

214

Lihat juga al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 14. juz. 28: 182. Namun, al-Alusi mengatakan bahawa lafaz mazid tersebut adalah bermaksud tajalli Allah kepada penghuni syurga. Al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 14. juz. 25: 286.

215 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 13. juz. 25: 87.

216 Al-Qur‟an, Surah Qaf (50: 34).

217 Seperti mana kegembiraan yang dikecapi oleh pasangan suami isteri ketika mereka menyambut kelahiran anaknya, walau anak tersebut dilahirkan pada waktu malam sekalipun, namun kegembiraan tersebut tetap hadir di dalam diri mereka. Lihat al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 14. juz. 28: 181.

al-husna dan penggunaan sighah dalam menceritakan perihal ahli syurga yang

bukan dengan sighah al-amr. Kesemua sandaran tersebut menguatkan lagi pandangan bahawa syurga dan kenikmatannya adalah kekal selamanya dan sentiasa bertambah.