• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.4 ISU-ISU BERKAITAN SYURGA DAN SIFAT-SIFATNYA

3.4.1 Syurga Jasmaniyyah dan Syurga Ruhaniyyah

Ketika mentafsir Surah al-Rahman (55: 46) iaitu:













Bermaksud: Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga.

al-Razi dan al-Baydawi bersependapat dalam menghuraikan lafaz „dua syurga‟ (jannatan). Terdapat tiga pandangan yang dinukilkan. Dua pandangan yang pertama hanya menyentuh berkenaan syurga jasmani. Pertama; satu syurga untuk golongan manusia dan satu lagi untuk golongan jin. Kedua; seseorang itu dianugerahkan kedua-dua syurga tersebut kerana beliau melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan meninggalkan maksiat. Ini kerana kedua-dua tanggungjawab ini memang ditaklifkan. Manakala pandangan ketiga menyebut bahawa kedua-dua syurga merujuk kepada syurga jasmaniyyah untuk dikecapi nikmat fizikal di dalamnya dan syurga ruhaniyyah bagi kenikmatan roh.188 Di samping itu, terdapat pandangan yang keempat yang hanya dinukilkan oleh al-Alusi iaitu „satu syurga yang khusus bagi akidah ahli syurga dan satu lagi bagi amalan-amalan mereka‟ (jannah li

‘aqidatih wa jannah li ‘amalih).189

188 Al-Razi, Mafatih Ghayb, j. 15. juz. 29: 124; Razi, Mafatih Ghayb 2, j. 16. juz. 32: 52 & 56; Baydawi, Anwar

al-Tanzil, j. 2: 455.

Merujuk kepada empat pandangan di atas, penulis tidak menemui sebarang pandangan lanjut dari al-Razi kecuali pandangan yang ketiga kerana ia adalah

pandangan yang sahih menurut beliau.190 Dalam konteks ini iaitu syurga

jasmaniyyah dan ruhaniyyah, al-Razi menegaskan jika diandaikan bahawa

kedua-dua syurga tersebut ialah syurga jasmaniyyah, maka setiap satu dari syurga tersebut mempunyai sifat-sifat dan kenikmatan-kenikmatan yang digambarkan oleh al-Qur‟an antaranya terselamat dari segala kecacatan dan kekurangan, indah dan nyaman, terdapat sungai yang mengalir, pepohon serta buah-buahan, bidadari, istana dan lain-lain.191

Namun al-Razi turut menjelaskan bahawa jika dua syurga ini merujuk kepada syurga jasmaniyyah dan ruhaniyah, kedua-duanya mempunyai segala kenikmatan tersebut. Di samping itu beliau juga menyatakan bahawa syurga

ruhaniyah ini turut dilengkapi dengan kenikmatan yang khusus untuk nikmat roh

seperti keredhaan Allah SWT.192

Seterusnya ketika membahaskan syurga ruhaniyyah ini, al-Razi menukilkan pandangan dari para hukama‟ yang menjelaskan bahawa syurga ruhaniyyah merupakan maqam syurga yang lebih tinggi berbanding syurga jasmaniyyah. Ia merupakan ibarat mengenai tajalli nur Allah SWT ke dalam ruh hambaNya lalu mereka tenggelam dalam „mengetahui dan mengenali‟ (Ma‘rifat)Nya. Syurga

190 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 29: 124. Lihat juga huraian al-Razi terhadap ayat dari Surah Fussilat (41: 31) di mana beliau menjelaskan bahawa ayat tersebut juga mengisyaratkan kepada terdapatnya dua syurga tersebut iaitu syurga

jasmaniyyah dan syurga ruhaniyyah. Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 14. juz. 27: 124. Selain dari lafaz jannatan, al-Qur‟an juga

turut menyebut syurga dengan lafaz jannah yang merujuk kepada satu syurga dan jannat yang merujuk kepada kuantiti yang banyak. Namun al-Razi menghubungkaitkan lafaz-lafaz tersebut antara satu sama lain dan menjelaskan bahawa ia segala kelazatan yang terdapat di syurga yang terdiri dari pelbagai kenikmatan dapat dikecapi oleh jasad dan roh seolah-olah terdapat dua jenis syurga iaitu syurga jasmani dan syurga rohani. Lihat perbahasan ini dalam bab kedua berkaitan pengertian al-jannah dari segi istilah pada halaman 36.

191 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 29: 128; j. 1. juz. 2: 141. Lihat juga Hassan Ayub, Tabsit, h. 199. Lihat juga hadith seumpamanya dalam al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tafsir, Surah al-Sajdah, Bab Qaulihi Fala Ta„lam Nafsun ma Ukhfiya lahum min Qurrata A„yun, hadith no. 4779, h. 405.

ruhaniyyah ini bermula dari „keredhaan hambaNya dengan segala ketetapan Allah

SWT‟ (radian ‘an Allah) dan berakhir setelah mereka peroleh „keredhaan dari Allah SWT‟ (mardiya ‘inda Allah).193

Tambahan lagi, al-Razi, al-Baydawi dan ibn Kathir turut menjelaskan bahawa kenikmatan syurga yang diperoleh oleh penghuni syurga merupakan tanda keredhaan Allah SWT kepada mereka, dan keredhaanNya adalah „lebih baik‟ (afdal) dari syurga jasmaniyyah iaitu dari aspek „kekekalan‟nya

(al-khulud).194

Di samping itu, timbul satu persoalan iaitu adakah penghuni syurga boleh berada pada mana-mana syurga yang dikehendaki memandangkan segala hajat dan kehendak mereka akan ditunaikan oleh Allah SWT di syurga? Di sini, al-Razi menukilkan pandangan dari hukama‟ Islam yang menjelaskan bahawa mereka akan mendapat syurga jasmaniyyah „tanpa perkongsian‟ (la tahtamil al-musharakah fiha) kerana setiap mereka mendapat syurga mengikut tingkatan masing-masing tanpa berhajat kepada syurga yang lain. Tetapi mereka dapat menikmati dan mengecapi nikmat syurga ruhaniyyah sepertimana penghuni syurga yang lain kecapi.195 Kenikmatan syurga ruhaniyyah iaitu mendapat keredhaan Allah SWT adalah nikmat yang Allah SWT janjikan kepada setiap penghuni syurga dan mereka dapat merasai kenikmatan tersebut berdasarkan tingkatan syurga jasmaniyyah masing-masing.196 Penulis beranggapan sedemikian adalah kerana jika semua penghuni syurga dapat

193 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 4. juz. 7: 217.

194 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 16. juz. 31: 122; juz. 32: 56, al-Baydawi, Anwar al-Tanzil, j. 1: 152; ibn Kathir, Tafsir Ibn

Kathir, j. 4: 3073.

195 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 14. juz. 27: 24. Al-Razi juga menjelaskan bahawa jika kedua-dua syurga tersebut ialah syurga jasmaniyyah, kedua-dua syurga tersebut terletak pada bahagian kanan dan kiri ahli syurga dan mereka boleh menikmati buah-buahan dari kedua-dua syurga tersebut. Manakala jika salah satu syurga tersebut ialah syurga jasmaniyyah dan satu lagi ialah syurga ruhaniyyah, maka setiap syurga tersebut disediakan kenikmatan seperti buah-buahan dan tilam yang selayak dengan kemuliaan syurga tersebut. Penulis beranggapan bahawa kenikmatan yang terdapat dalam syurga ruhaniyyah adalah lebih indah dan tidak dapat digambar, apatah lagi hendak dibandingkan dengan kenikmatan syurga jasmaniyyah kerana kemuliaan syurga ruhaniyyah adalah lebih tinggi berdasarkan kenyataan al-Razi berkenaan perkara sedemikian. Lihat al-Razi,

Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 29: 128.

memperoleh kenikmatan syurga ruhaniyyah yang setaraf, maka apakah yang membezakan antara kenikmatan syurga ruhaniyyah yang dikecapi oleh para rasul,

siddiqqin dan shuhada’ dengan kenikmatan syurga ruhaniyyah yang dirasa oleh

golongan awam? Ini kerana dari sudut syurga jasmaniyyah, tingkatan mereka sudah berbeza. Penulis juga menganggap bahawa syurga ruhaniyyah adalah merujuk kepada syurga tertinggi dalam setiap tingkatan syurga jasmaniyyah dan kenikmatan syurga ruhaniyyah ini adalah berbeza mengikut tingkatan syurga jasmaniyyah. Semakin tinggi tingkatan syurga jasmaniyyah, semakin tinggi tingkatan syurga

ruhaniyyah tersebut. Walaupun dari sudut zahir keredhaan yang diterima oleh

penghuni syurga pada setiap tingkatan adalah sama, namun berkemungkinan dari sudut hakikatnya berbeza. Ini kerana keredhaan dan kemuliaan yang Allah SWT kurniakan kepada para rasul, siddiqin dan shuhada‟ adalah berbeza dengan orang awam. Ini menjelaskan bahawa setiap penghuni syurga dapat menikmati syurga

ruhaniyyah iaitu mendapat keredhaan Allah SWT, namun tahap keredhaan tersebut

berbeza mengikut tingkatan syurga jasmaniyyah yang mereka peroleh.

Berdasarkan pendapat yang diutarakan di atas, al-Razi berpandangan bahawa terdapat dua jenis syurga iaitu syurga jasmaniyyah dan syurga ruhaniyyah. Syurga

jasmaniyyah dapat dimiliki oleh setiap penghuni syurga untuk kenikmatan jasadi.

Manakala syurga ruhaniyyah pula merupakan „tingkatan‟ (maqam) syurga yang tertinggi yang dikecapi oleh semua penghuni syurga mengikut tingkatan syurga

jasmaniyyah masing-masing untuk kenikmatan roh.