Terdapat beberapa kajian berbentuk tesis dan disertasi berkenaan al-Razi dan kitabnya Mafatih al-Ghayb, antaranya:
1. Kajian Ph.D oleh „Abidin al-Sayyid „Abd Allah „Abd al-Halim68 bertajuk
al-Naz‘ah al-‘Aqliyah ‘Ind Fakhr al-Din al-Razi fi al-‘Ulum al-Diniyah. Kajian
ini mengupas tentang kecenderungan akal dalam perbahasan berkaitan disiplin ilmu fiqh, ilmu kalam dan ilmu-ilmu keagamaan lain menurut al-Razi.
2. Kajian Ph.D oleh Hanapi bin Hj Mohd Nor69 bertajuk Pemikiran Fakhr
al-Din al-Razi Tentang Ilmu dan Hubungannya Dengan Kesejahteraan Sosial.
Kajian ini menyentuh berkaitan epistemologi ilmu dan kaitannya dengan keharmonian sosial.
68
„Abidin Sayyid „Abd Lah „Abd Halim (1995), Naz‘ah ‘Aqliyah ‘Ind Fakhr Din Razi fi ‘Ulum
al-Diniyah. (Ph.D, Universiti Janub al-Wadi)
69 Hanapi bin Hj Mohd Nor (2000), Pemikiran Fakhr al-Din al-Razi Tentang Ilmu dan Hubungannya Dengan Kesejahteraan
3. Kajian Ph.D oleh Aswadi70 bertajuk Konsep Syifa’ Dalam Tafsir Mafatih
al-Ghayb karya Fakhruddin al-Razi. Kajian ini memfokuskan tentang konsep
„penyembuhan‟ (syifa’) menurut pandangan al-Razi. Hasil dari kajian ini, penulis mendapati bahawa hanya enam kali lafaz Syifa’ yang terdapat dalam al-Qur‟an dan Syifa’ tersebut diklasifikasikan kepada tiga iaitu penyembuhan berkaitan penyakit jasmani, gangguan spiritual dan pembaikan diri bagi mencapai kesempurnaan hidup zahir dan batin sebagai khalifah Allah SWT. 4. Kajian Ph.D oleh Farouk Muhammad „Arif Hasan71 bertajuk Ittijah
al-Fiqhi fi Tafsir al-Razi. Kajian ini melihat pendekatan fiqh dalam pentafsiran
al-Razi. Pengkaji mendapati tafsir Mafatih al-Ghayb mempunyai ciri-ciri khusus dari sudut kaedah pentafsiran ayat-ayat hukum. Hujah-hujahnya adalah berasaskan kepada ilmu-ilmu al-Qur‟an seperti asbab al-nuzul, bacaan
qira’at yang mutawatirah untuk mengisbatkan hukum-hukum tertentu.
Pandangan keempat-empat mazhab dan yang lain diambil dan dirai manakala ketaksuban kepada mazhab-mazhab tertentu pula ditolak dan ia kelihatan lebih cenderung kepada pendapat yang bercorak umum.
5. Kajian Ph.D oleh Ahmad Dimyati72 bertajuk Klarifikasi Ayat-ayat al-Qur’an
yang terkesan kontradiktif: Kajian terhadap Tafsir Mafatih al-Ghayb karya Imam ar-Razi. Kajian ini membahaskan berkenaan pandangan al-Razi dalam
menangani permasalahan tentang ayat-ayat al-Qur‟an yang pada zahirnya didapati „bertentangan‟ (tanaqud) dan hasil kajian mendapati bahawa tiada pertentangan di antara ayat-ayat suci al-Qur‟an. Walaupun pada zahirnya kelihatan terdapat tanaqud, namun ianya dapat ditangani oleh para mufassir,
70 Aswadi (2007), Konsep Syifa’ Dalam Tafsir Mafatih al-Ghayb karya Fakhruddin al-Razi, (PhD, Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta)
71 Farouk Muhammad Arif Hasan (2010) al-Ittijah al-Fiqhi fi Tafsir al-Razi, (Ph.D, Universiti Malaya).
72 Ahmad Dimyati, Klarifikasi Ayat-ayat al-Qur’an yang terkesan kontradiktif: Kajian terhadap Tafsir Mafatih al-Ghayb karya
antaranya ialah al-Razi dengan mengemukakan hujah-hujahnya sendiri ataupun dengan menukilkan hujah-hujah dari mufassir sebelumnya.
6. Kajian Sarjana oleh Shalahudin Kafrawi73 bertajuk Fakhr al-Din al-Razi’s
Methodology In Interpreting The Qur’an. Kajian ini menyentuh berkenaan
manhaj al-Razi dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Qur‟an dan hasil kajian ini mendapati bahawa al-Razi turut menggunakan kaedah rasional ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Kajian ini juga menjelaskan bahawa al-Razi dapat mengupas sesuatu persoalan yang terdapat dalam satu-satu ayat dengan terperinci dan komprehensif melalui pembahagian sesuatu kupasan kepada beberapa masalah dengan menggunakan isitilah seperti mas’alah, su’al,
bahth, qawl, ihtimal dan riwayah. Beliau juga tidak mengetepikan huraian
mengenai asbab al-Nuzul dan juga menekankan kupasan berkenaan ayat-ayat
muhkamat dan mutashabihat.
7. Kajian Sarjana oleh Najat Sa„d Ahmad Jad al-Rab74 yang bertajuk Mafhum
al-Sa‘adah Bayn Ibn Sina wa Fakhr al-Din al-Razi. Kajian ini menyentuh
persoalan kebahagiaan menurut Ibn Sina dan Fakhr al-Din al-Razi dari sudut maksud kebahagiaan, klasifikasinya, jalan-jalan mendapatkannya, hubungan antara kebahagiaan dengan kebaikan, kaitan antara kebahagiaan dengan kelazatan dan hubungan antara kebahagiaan dengan „pengetahuan‟ (ma‘rifah).
8. Kajian Sarjana oleh Siti Norzidah Abd Basir75 bertajuk Analisa ayat-ayat
Mutashabihat di dalam kitab Tafsir Kabir Karangan Imam Fakhr
73 Shalahudin Kafrawi (1998), Fakhr al-Din al-Razi’s MethodologyIn Interpreting The Qur’an, (Master of Arts, McGill University).
74
Najat Sa„d Ahmad Jad al-Rab (2003), Mafhum al-Sa‘adah Bayn Ibn Sina wa Fakhr al-Din al-Razi, (Disertasi Sarjana, Universiti Almania)
75 Siti Norzidah Abd Basir (2003), Analisa ayat-ayat mutashabihat di dalam kitab Tafsir Kabir karangan Imam Fakhr
Din Razi. Kajian ini tertumpu kepada ayat-ayat mutashabihat di dalam
al-Qur‟an menurut pandangan al-Razi.
9. Kajian Sarjana oleh Ahmad Nazri bin Zainol76 bertajuk Tafsiran Ayat-ayat
Sifat: Perbandingan antara Fakhr al-Din al-Razi dan Ibn Taymiyyah. Kajian
ini menyentuh berkenaan metodologi al-Razi dan Ibn Taymiyyah dalam karya masing-masing ketika membahaskan mengenai ayat-ayat sifat.
Selain itu, terdapat juga beberapa artikel dan yang membicarakan berkaitan al-Razi, antaranya:
1. Artikel tulisan Frank Griffel77 yang bertajuk On Fakhr al-Din al-Razi Life
and The Patronage He Received.
2. Artikel oleh Shalahudin Kafrawi78 yang bertajuk The Nation of Necessery
Being in Fakhr al-Din al-Razi’s Philosophical Theology.
3. Artikel oleh Mohd Fauzi bin Hamat79 yang bertajuk Mantik Aristotle Dalam
Karya Ulama: Satu Analisis Terhadap Beberapa Bahan Penulisan al-Imam Fakhr al-Din al-Razi.
4. Kertas kerja oleh Mohd Farid Mohd Shahran80 bertajuk Asas-asas Akliyah
dalam Teologi Islam: Analisa Terhadap Beberapa Pemikiran Kalam Fakhr al-Din al-Razi.
76 Ahmad Nazri bin Zainol (2010), Tafsiran Ayat-ayat Sifat: Perbandingan antara Fakhr al-Din al-Razi dan Ibn Taymiyyah. (Disertasi Sarjana, Universiti Malaya)
77 Frank Griffel “On Fakhr al-Din al-Razi Life and The Patronage He Received”, Journal of Islamic Studies, Bil 18: 3, 2007, h. 313-344.
78 Shalahudin Kafrawi, “The Nation of Necessery Being in Fakhr al-Din al-Razi‟s Philosophical Theology”, Islam and Christian – Muslim Relations, Bil. 15: 1, Januari 2004, h. 125-133.
79
Mohd Fauzi bin Hamat “Mantik Aristotle Dalam Karya Ulama: Satu Analisis Terhadap Beberapa Bahan Penulisan al-Imam Fakhr al-Din al-Razi”. Jurnal Usuluddin, Bil. 11, Julai 2000, h. 1- 12.
80 Kertas kerja ini d i bentang dalam Seminar Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam, anjuran ASASI pada 21 Febuari 2009, betempat di UIAM.
Kesemua artikel di atas membincangkan tentang biografi dan pemikiran al-Razi berkaitan ilmu kalam tanpa menyentuh berkenaan persoalan Sam‘iyyat.
Di samping itu, terdapat beberapa buah buku yang ditulis sama ada berkaitan dengan al-Razi dan syurga, antaranya:
1. Buku tulisan Dr Muhsin Abd al-Hamid81 bertajuk al-Razi Mufassiran. Buku
ini menyentuh tentang ketokohan al-Razi sebagai seorang mufassir dengan melihat sumber dan manhaj al-Razi dalam mentasirkan ayat-ayat al-Qur‟an serta penilaian terhadap kitabnya (Mafatih al-Ghayb) di kalangan mufassir yang datang selepas beliau.
2. Buku tulisan Dr Muhammad al-„Arabi Bu„zizi82 yang membahaskan
mengenai pemikiran al-Razi berkaitan epistemologi ilmu yang merupakan salah satu cabang disiplin ilmu falsafah.
3. Buku siri penerbitan Ta‟dib Islami oleh Farid Shahran.83 Dalam buku ini, penulis turut mengketengahkan analisa secara ringkas pemikiran al-Razi mengenai aspek ketanzihan ketuhanan di samping mengkaji hujah-hujah beliau mengenai persoalan tashbih dan peranan ta’wil dalam memberi jawapan kepada persoalan tersebut.
4. Karya Dr al-Sayyid al-Jamili84 bertajuk Ghayah Munnah fi Na‘im
al-Jannah yang membicarakan tentang sifat-sifat penghuni syurga di dunia
seperti yang digambarkan al-Qur‟an, sifat-sifat syurga dan kenikmatannya. 5. Karya Mahir Ahmad al-Sufi85 (2004) berjudul Mausu‘at al-Akhirat, Janan
al-Khuld Na‘imuha wa Qusuruha wa Hurruha yang membahaskan
81 Muhsin Abd al-Hamid (1974), al-Razi Mufassiran, Baghdad: Dar al-Hurriyah li al-Taba„ah. Buku ini merupakan hasil tesis Doktor Falsafah yang bentangkan di Kuliah al-Adab, Universiti Kaherah pada 1972.
82 Muhammad al-„Arabi Bu„zizi (1999), Nazariyyah al-Ma‘rifah ‘Ind al-Razi min Khilal Tafsirih, Beirut: Dar al-Fikr al-„Arabi.
83 Farid Shahran (2008), Isu-isu Dalam Pemikiran Islam, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.
nama syurga, sifat-sifat dan kenikmatannya dengan mendatangkan dalil-dalil daripada al-Qur‟an dan al-Hadith serta huraian.
6. Karya Abd Malik bin Habib Silmi Qurtubi berjudul Kitab Wasf
Firdaus karangan; Ibn Qayyim Jauzi berjudul Hadi Arwah ila Bilad al-Afrah; Wahid Abd al-Salam Bali kitab berjudul Wasf al-Jannah wa al- Nar min Sahih al-Akhbar. Karya-karya ini menceritakan tentang syurga dan
neraka berdasarkan hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w.
Berdasarkan kepada tinjauan terhadap kajian-kajian terdahulu dan karya-karya di atas, penulis mendapati bahawa penemuan kajian berkaitan al-Razi dan
Mafatih al-Ghayb adalah berkisar berkenaan metodologi pentafsiran al-Qur‟an
menurut beliau yang merangkumi manhaj pentafsiran ayat-ayat mutashabihat, penyelesaian al-Razi terhadap ayat-ayat yang kelihatan tanaqud pada literalnya, konsep al-shifa’ dan epistemologi ilmu (al-nazariah al-ma‘rifah) menurut beliau.
Berkaitan kitab-kitab yang membahaskan tentang syurga pula, penulis mendapati bahawa perbahasan tentang syurga hanyalah secara umum berdasarkan al-Qur‟an, Hadith dan pandangan ulama tanpa memfokuskan kepada satu pemikiran tokoh mufassir yang khusus. Begitu juga tulisan-tulisan berkaitan al-Razi, ia lebih bersifat komprehensif tentang ketokohan beliau dalam pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu kalam, tafsir dan falsafah.
Penulis mendapati bahawa tiada kajian secara khusus yang dilakukan oleh para sarjana berkenaan pandangan al-Razi mengenai syurga. Begitu juga karya-karya ilmu kalam beliau, tiada perbincangan yang khusus menurut al-Razi berkaitan syurga. Justeru, penulis merasakan kajian ini amat penting dan ia merupakan satu
kajian baru yang perlu dilakukan bagi memberi gambaran berkaitan syurga menurut al-Razi berdasarkan tafsiran beliau terhadap ayat-ayat berkaitan syurga dalam
Mafatih al-Ghayb, di samping menghasilkan satu dapatan yang khusus berkenaan
syurga menurut seorang ulama kalam yang juga merupakan seorang mufassir yang unggul.