• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.4 PANDANGAN AL-RAZI MENGENAI NAMA-NAMA SYURGA

2.4.1 Nama-Nama Khas bagi Syurga

2.4.1.7 Dar al-Salam

2.4.1.7 Dar al-Salam

Perkataan dar al-salam disebut sebanyak dua kali dalam al-Qur‟an iaitu dalam Surah al-An‘am (6: 127) dan dalam Surah Yunus (10: 25). Pada Surah al-An‘am, ayat tersebut berbunyi:























69 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 15. juz. 30: 113; al-Razi, Mafatih al-Ghayb 2, j. 16. juz. 31: 141; al-Qurtubi, al-Jami‘, j. 10. juz. 29: 23; al-Baydawi, Anwar al-Tanzil, 2: 522 & 591; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 16. juz. 30: 205 & juz. 29: 82.

Bermaksud: Bagi merekalah Syurga Dar al-Salam di sisi Tuhan mereka, dan Dialah penolong mereka disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.

Menurut al-Razi, para mufassir bersepakat menyatakan bahawa al-salam ialah nama syurga, namun terdapat perselisihan pendapat berkaitan kesesuaian penggunaan nama al-salam tersebut.70 Berdasarkan pemerhatian terhadap tafsiran al-Razi berkaitan lafaz dar al-salam, didapati beliau membawa beberapa idea bagi menjelaskan tentang kesesuaian penggunaan lafaz tersebut.

Pertama; pandangan pertama ini lebih menyentuh berkenaan kaitan antara lafaz al-salam dengan Allah SWT. Mereka mengatakan bahawa al-Salam ialah Allah SWT, manakala dar ialah syurga. Beberapa mufassir lain juga turut menukilkan pandangan ini antaranya al-Qurtubi, al-Baydawi dan al-Alusi.71 Antara hujah yang dibawa bagi menyokong pandangan pertama ini ialah:

i. Al-Salam merupakan antara 99 nama-nama Allah SWT, maka ia

seolah-olah hanya sandaran sahaja seperti mana Ka‘bah yang disebut sebagai bait Allah, begitu juga khalifah yang terdiri dari manusia dan jin yang disebut ‘abd Allah, dan syurga Allah SWT disebut Dar

al-Salam. Al-Baydawi dan al-Alusi menambah penjelasan bahawa

sandaran itu adalah bertujuan untuk menunjukkan kemuliaan dan keindahan tempat tersebut.72

70 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 9. juz. 17: 78.

71Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 9. juz. 17: 78; j. 7. juz. 13: 198; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 6. juz. 8: 35; al-Qurtubi, al-Jami‘, j. 4. juz. 7: 55 & juz. 8: 210.

72 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 9. juz. 17: 78. dan j. 7. juz. 13: 198; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 6. juz. 8: 35; al-Baydawi,

ii. Syurga itu dinamakan al-Salam kerana Allah SWT itu „bersifat salam‟ (dhu al-Salam).73

iii. Zat Allah SWT yang wajib al-wujud itu „sejahtera‟ (salam) dari sifat „binasa‟ (fana’) dan „berubah-ubah‟ (taghayur).74

Begitu juga perihal keadaan syurga yang mana Allah SWT menjanjikan suasana dan

kenikmatannya yang kekal selamanya.75

iv. Al-salam juga membawa pengertian bahawa semua makhluk terselamat

dari kezaliman Allah.76

Kedua; pandangan kedua pula lebih menceritakan sifat syurga di mana ia merupakan tempat yang terdapat di dalamnya pelbagai jenis „kesejahteraan‟

(al-salamah) dan penghuninya terselamat dari segala „penyakit‟ (al-afat) seperti

kematian, sakit, musibah, kufur, bid‘ah, tipu daya syaitan dan keletihan sepertimana yang dirasai oleh penghuni neraka. Kesejahteraan tersebut diperoleh kerana ketaatan mereka mengikut perintah dan jejak langkah pesuruh Allah SWT semasa di dunia. Pandangan ini turut dinyatakan oleh al-Qurtubi, ibn Kathir dan al-Alusi.77

Ketiga; pandangan ini pula berkaitan suasana dan komunikasi di kalangan penghuni syurga. Al-Razi, al-Qurtubi, al-Baydawi dan al-Alusi bersepakat menyatakan bahawa dar al-salam merupakan tempat yang dipenuhi dengan suasana

73 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 9. juz. 17: 78. dan j. 7. juz. 13: 198.

74 Sifat fana’ dan taghayur itu adalah sifat „lemah‟ (iftiqar) sedangkan mustahil terdapat pada Allah SWT sifat-sifat kelemahan tersebut.

75 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 9. juz. 17: 78. dan j. 7. juz. 13: 198.

76 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 9. juz. 17: 78. dan j. 7. Juz. 13: 198. Sifat zalim hanya terdapat pada zat yang lemah, jahil dan berhajat kepada yang lain sedangkan semua sifat itu iaitu lemah, jahil dan berhajat adalah sifat yang mustahil bagi Allah SWT, maka sifat zalim juga merupakan sifat mustahil bagi Allah SWT, dan wajib kita beriktikad bahawa „mustahil Allah SWT bersifat dengan sifat mustahil tersebut‟ (istihalah al-mustahil). Lihat „Abd Allah Hijazi al-Sharqawi (1955), Hashiyah Sheikh

al-Islam wa al-Qudwah al-Anam al-Sheikh ‘Abd Allah Hijazi al-Sharqawi ‘Ala Sharh al-Imam al-‘Allamah Muhammad bin Mansur al-Hudhudi, Qaherah: Sharikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Auladih, h. 79-96.

77 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 7. juz. 13: 198; al-Qurtubi, al-Jami‘, j. 4. juz. 7: 55 & juz. 8: 210; ibn Kathir, Tafsir Ibn

yang mesra di mana para penghuni syurga saling memberi salam antara satu sama

lain dan mereka juga menerima ucapan salam dari Allah SWT dan para malaikat.78

Di samping itu, al-Razi juga turut membawa pandangannya secara aqli berkaitan lafaz tersebut. Beliau mengemukakan empat pandangan yang mana

menurut beliau ia merupakan faktor penamaan syurga dengan dar al-Salam:79

i. Aktiviti manusia seharian adalah semata-mata sebagai bekalan untuk hari esok, dan mereka mempunyai dua keesokan hari; keesokan di dunia dan keesokan di akhirat. Al-Razi menjelaskan bahawa keesokan hari di akhirat adalah lebih baik daripada keesokan hari di dunia berdasarkan empat hujah, yang pertama; manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada keesokan hari di dunia tetapi telah mengetahui apa yang akan dihadapinya di akhirat.80

ii. Jika ditakdirkan seseorang itu mendapat kesenangan di dunia, maka setiap kenikmatan dan kemudahan yang diperoleh hasil usahanya di dunia tidak akan dapat dimanfaatkan keseluruhannya, kerana dia mungkin kehilangan harta tersebut atau mungkin juga kerana masalah kesihatan yang dihadapi menghalangnya untuk memanfaatkan hartanya, akan tetapi setiap hasil usaha yang dilakukan untuk akhirat akan dapat dimanfaatkan semuanya di sana.

78 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 9. juz. 17: 46 & 78; al-Qurtubi, al-Jami‘, j. 4. juz. 8: 210; al-Baydawi, Anwar al-Tanzil, 1: 321 & 433; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 6. juz. 8: 35 & j. 7. juz. 11: 148.

79 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 9. juz. 17: 78-79.

80 Manusia mengetahui apa yang bakal dihadapi di akhirat berdasarkan kepada muhasabah amalan yang mereka lakukan di dunia dan membandingkannya dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya di mana Allah SWT akan memberi ganjaran yang baik (syurga) kepada hamba-Nya beriman dan melakukan kebajikan semata-mata kerana-Nya dan memberikan azab neraka kepada hamba-Nya yang mengingkari perintah-Nya. Sesungguhnya Allah SWT tidak memungkiri janjiNya.

iii. Jika ditakdirkan dia mendapat kebahagiaan di dunia dan mampu memanfaatkan seluruh hartanya, namun di dalam mengecapi kenikmatan tersebut, dia terpaksa berhadapan dengan keletihan dan kemudaratan kerana kebahagiaan di dunia tidak terlepas dari sebarang musibah dan „penyakit‟ (al-afat). Manakala ketika menikmati kebahagiaan di akhirat ia terselamat dari keletihan, kesukaran dan kesedihan.

iv. Jika ditakdirkan manusia itu mendapat kenikmatan di dunia tanpa

bersusah payah sekalipun, tetapi kenikmatan tersebut akan semakin berkurangan, berbanding dengan kenikmatan di akhirat yang kekal tanpa sebarang pengurangan. Maka jelaslah bahawa kebahagiaan di dunia tidak terlepas dari empat keaiban dan kekurangan tersebut, manakala di akhirat semuanya „terselamat‟ (salam) daripadanya.

Berdasarkan penelitian terhadap huraian Razi di atas, jelas bahawa

al-Salam merupakan salah satu dari nama-nama Allah SWT yang menunjukkan kepada

sifatNya yang kekal dan tidak berubah-ubah. Justeru itu, dar al-Salam pula merupakan nama salah satu syurga dan kenikmatan yang terdapat di dalamnya terselamat dari sebarang pengurangan. Penghuninya terselamat dan sejahtera dari segala bencana dan kesengsaraan seperti mana yang dihadapi oleh ahli neraka. Selain itu, suasana dar al-Salam juga tidak sunyi dari ucapan salam antara mereka dan mereka juga mendapat ucapan salam dari Allah SWT dan para malaikat.