• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.3 KENIKMATAN SYURGA

3.3.1 Bentuk-Bentuk Kenikmatan Syurga

3.3.1.4 Rezeki di Syurga

Kupasan berkaitan topik ini berkisar tentang rezeki yang mutashabih dan hidangannya sepanjang masa.

a) Rezeki yang Mutashabih.

Dalam membahaskan berkaitan kenikmatan yang dikecapi penghuni syurga, al-Razi turut mengupas persoalan berkaitan lafaz al-Qur‟an yang menggambarkan bahawa penghuni syurga membandingkan rezeki yang dihidangkan kepada mereka di syurga dengan rezeki yang pernah mereka lihat dan rasai di dunia. Perbandingan ini dapat dilihat pada ayat dari Surah al-Baqarah (2: 25):































Bermaksud: Tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu” dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya).

Di sini, timbul persoalan iaitu adakah „sesuatu yang dibandingkan dengannya‟

(al-mushabbah bih) adalah merujuk kepada rezeki yang pernah dilihat di dunia ataupun

merujuk kepada rezeki yang dihidangkan kepada mereka di syurga?

Al-Razi menjelaskan bahawa kedua-dua rezeki tersebut (sama ada rezeki di dunia atau di syurga) boleh dirujuk sebagai al-mushabbah bih. Bagi mensabitkan bahawa al-mushabbah bih ialah rezeki di dunia, al-Razi membawa dua hujah. Pertama: al-Razi membawa satu pendekatan psikologi di mana beliau menjelaskan bahawa apabila seseorang menjumpai sesuatu yang pernah diketahuinya sebelum ini, dan penemuan yang baru itu lebih baik, maka sudah pasti dia akan membandingkan sesuatu yang baru itu dengan apa yang pernah diketahuinya. Sebaliknya, jika dia menjumpai sesuatu yang tidak pernah dikenalinya, tentunya dia tidak menghiraukan perkara tersebut.121 Kedua; penghuni syurga sentiasa berulang-ulang dihidangkan rezeki di syurga. Ini berdasarkan lafaz „setiap kali dihidangkan rezeki kepada mereka‟ (kullama ruziqu). Maka pada setiap kali hidangan, pasti mereka mengungkapkan bahawa hidangan tersebut adalah serupa sepertimana hidangan yang pernah mereka kecapi sebelum itu. Maka, semasa hidangan yang

pertama, semestinya perbandingan yang mereka ungkapkan tersebut adalah perbandingan dengan hidangan yang pernah mereka temui, iaitu di dunia.122

Di samping dua pandangan di atas, al-Razi turut menukilkan pandangan dari

ahl al-Ma‘rifah. Mereka mentafsirkan ayat dari Surah al-Baqarah (2: 25)123 dengan

pengertian bahawa penghuni syurga membuat perbandingan di antara kebahagiaan yang mereka kecapi di akhirat adalah seperti mana kebahagiaan yang pernah mereka rasai semasa di dunia. Namun begitu, „kebahagiaan ruhani‟ (sa‘adah ruhaniyyah) hanya diperoleh setelah mereka meninggal dunia kerana kesempurnaan nikmat dan kebahagiaan terhalang oleh jasmani manusia. Apabila penghalang tersebut tiada, maka terhasillah „kebahagiaan yang sebenar-benarnya‟ (al-sa‘adah al-‘azimah wa

al-ghibtah al-kubra).124

Seterusnya al-Razi turut membawa dua hujah bagi menyokong pandangan yang mengatakan bahawa al-mushabbah bih ialah rezeki yang terdapat di akhirat. Pertama; rezeki yang dihidangkan di syurga adalah sama dari sudut kadar dan darjat pada setiap kali hidangan tanpa bertambah dan berkurang. Maka oleh sebab demikianlah mereka membuat perbandingan sebegitu dan perbandingan tersebut adalah dengan rezeki yang terdapat di syurga. Kedua; persamaan yang dimaksudkan oleh penghuni syurga adalah merupakan persamaan dari sudut „bentuk kenikmatan yang dilihat‟ (manzar). Dalam hujah kedua ini, al-Razi turut menukilkan pandangan yang mengatakan bahawa terdapat perselisihan pendapat dalam persoalan ini. Satu golongan menyatakan bahawa persamaan tersebut adalah dari sudut manzar dan

122 Ibid.

123 Ayat tersebut bermaksud: Mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”.

„rasa‟ (ta’m). Manakala satu golongan lagi berpendapat bahawa hanya terdapat persamaan dari sudut manzar sahaja, tetapi berbeza dari sudut rasa.125

Al-Tabari, al-Baydawi, ibn Kathir dan al-Alusi juga menukilkan kedua-dua pandangan di atas dalam karya masing-masing, namun al-Tabari dan al-Alusi mengatakan bahawa takwilan yang pertama iaitu al-mushabbah bih tersebut ialah rezeki di dunia adalah lebih awla.126 Manakala al-Razi dan ibn Kathir pula tidak mentarjihkan mana-mana pandangan, mereka hanya menukilkan kedua-dua pandangan tanpa sebarang bantahan.127

Kupasan di atas menunjukkan bahawa terdapat dua pandangan tentang al-mushabbah bih. Pertama; ia merujuk kepada rezeki di dunia dan perbandingan

tersebut adalah dari sudut pengalaman manusia semasa di dunia. Walaupun pandangan sebegini menimbulkan keraguan dari sudut ketepatan perbandingannya, namun ia adalah wajar kerana kenikmatan tersebut hanya dapat dikecapi di akhirat dan belum ada sesiapa yang pernah merasai makanan di syurga itu. Perbandingan

sedemikian adalah lebih mendekatkan kepada minda manusia untuk

menggambarkan kenikmatan di akhirat yang jauh lebih lazat. Pandangan pertama ini disokong oleh al-Tabari dan al-Alusi. Kedua: ia juga merujuk kepada rezeki di akhirat dan perbandingan sedemikian adalah berdasarkan kuantiti hidangan makanan tersebut dan bentuk zahir makanan tersebut dan rasanya. Pandangan ini tidak menimbulkan sebarang persoalan tentang kenikmatan dan kelazatannya kerana perbandingan ini hanya melibatkan makanan di akhirat semata-mata. Walaupun terdapat pandangan yang mengatakan bahawa terdapat perbezaan dari aspek

125 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 1. juz. 1: 142; al-Baydawi, Anwar al-Tanzil, j. 1: 42, ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, j. 1: 102; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 1. juz. 1: 326.

126 Al-Tabari, Jami‘ al-Bayan, j. 1: 210; al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, j. 1. juz. 1: 325.

tertentu, tetapi kenikmatannya adalah sama dan jauh lebih lazat berbanding kenikmatan di dunia.

Berdasarkan kupasan tersebut, al-Razi berpandangan bahawa kenikmatan yang dihidangkan di syurga mempunyai persamaan dengan kenikmatan yang terdapat di dunia tetapi berbeza dari sudut rasa dan kelazatannya. Namun begitu, beliau juga menyokong pandangan yang menjelaskan bahawa kenikmatan tersebut hanya terdapat di syurga sahaja dan tidak pernah tergambar dalam fikiran manusia.

b) Hidangan rezeki sepanjang masa

Setelah menjelaskan kenikmatan yang berbentuk makanan dan minuman, al-Razi mengupas berkenaan waktu penyediaan makanan tersebut kepada penghuni syurga. Kenyataan ini dapat dilihat ketika beliau mengupas ayat dari Surah Maryam (19: 62) iaitu:













Bermaksud: Dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang.

Al-Razi menukilkan pandangan yang mengatakan bahawa ayat tersebut merupakan rangsangan kepada masyarakat Arab terhadap sesuatu yang mereka sukai semasa di dunia.128 Ini kerana perkara yang menjadi kesukaan masyarakat Arab boleh dikategorikan kepada dua. Pertama; yang berbentuk makanan di mana mereka amat menggemari makanan yang dihidangkan pada „waktu tengahari dan petang‟

ghada’ wa al-’asha’). Kedua; yang berbentuk perhiasan, seperti gelang emas dan

perak serta pakaian sutera yang merupakan perhiasan yang disukai oleh golongan

al-‘Ajam. Begitu juga „gelang kaki‟ (al-hijal) yang mempersonakan apabila ia berbunyi

yang merupakan kesukaan „golongan atasan masyarakat Arab‟ (ashraf al-‘Arab) di Negara Yaman. Kedua-dua kategori tersebut dijanjikan oleh Allah SWT kepada penghuni syurga.129

Di samping itu, al-Razi turut membawa satu hujah logik ketika mengupas ayat dari Surah Maryam (19: 62) dengan mengatakan bahawa ayat tersebut turut membawa pengertian rezeki yang berterusan, sepertimana seseorang berkata “saya

bersama si fulan pada waktu pagi dan petang”. Beliau menjelaskan bahawa maksud

dari kata-kata tersebut ialah beliau bersama si fulan sepanjang masa dan bukan pada dua waktu tersebut sahaja.130 Namun, al-Tabari, ibn Kathir dan al-Alusi menjelaskan bahawa penghuni syurga mendapat rezeki pada tengahari dan malam secara kiraan waktu dan bukan bermaksud pada waktu tersebut secara khusus kerana tiada siang dan malam di syurga, kerana mereka sentiasa diterangi „cahaya‟ (nur). Mereka mengetahui kadar waktu malam dengan penurunan tirai dan penutupan pintu syurga dan mengetahui waktu siang dengan pembukaan pintu dan tirai tersebut.131

Jelas di sini, al-Razi menegaskan bahawa rezeki dan kenikmatan yang dikecapi oleh penghuni syurga adalah berterusan sepanjang masa dan bukan hanya dinikmati pada waktu-waktu tertentu sahaja. Walaupun Tabari, ibn Kathir dan al-Alusi mengatakan penghuni syurga mendapat rezeki pada kiraan waktu tengahari dan petang, namun itu hanyalah perbezaan dari sudut huraian sahaja kerana ini

129 Ibid.

130 Al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j. 11. juz. 21: 238.

merupakan perkara Sam’iyyat di mana tiada pendalilan yang thabit terhadap penjelasannya dari al-Qur‟an. Walau bagaimanapun, kesemua perkara tersebut adalah mudah bagi Allah SWT untuk menjadikanya kerana Allah Maha Berkuasa terhadap sesuatu.