Sejak hari pertama manusia menjejakkan kakinya ke atas muka bumi, dia sentiasa ingin mengetahui sebab-sebab dan sumber ciptaan dan perasaan ini muncul dari fitratnya yang mencari sebab-sebab dan sumber-sumber asli buat menyembahnya.
Apabila seseorang itu tinggal jauh dari kesibukkan masyarakat dan tabiat adat resamnya mernerhatikan dirinya sendiri buat kali pertama, dia akan menyedari bumi dan langit, siang dan malam, matahari dan bulan, terbit dan tenggelamnya, angin dan hujan, pertukaran musim, pokok yang mengeluarkan buah, pembiakan dan kelengkapan-kelengkapan yang telah diberikan dan disediakan di dalam hidup.
Dia berpaling kepada dirinya sendiri dan rnelihat tangan, kaki, mata, telinga, hidung, mulut, gigi dan bahagjan-bahagian badannya yang Iain, yang rnana setiap satu dari organ-organ ini mempunyai tugas-tugasnya yang tersendiri. Kesemua rnereka meneruskan tujuannnya, iaitu untuk hidup.
Dia seterusnya berfikir dari hal kaitan antara setiap satu dari orang-orang ini dan dia sedar bahawa di sini terdapat sejenis kaitan yang harmoni di antara mereka dalam satu cara di mana semua mereka mernbentuk satu unit harmoni di bawah satu peraturan. Di dalarn susunan harmoni yang unik ini, ciri-ciri yaiig khas ini perlu dinyatakan,
l. Ia pasti mempunyai pencipta kerana aturaii yang cantik dan harmoni ini tidak boleh dihasilkan oleh satu tujuan yang sia-sia dan tidak sengaja.
2. Terdapat satu tujuan di dalam alam penciptaan dan setiap habagiannya dan di tengah-tengahnva ialah manusia, tidak dicipta semata-mata untuk
51 membuang masa lapang,
3. Pencipta alam ini adalah Maha Berkuasa dan Maha Agung, patut dipuji dan dengan itu ia perlu diberikan penghormatan yang sempurna dan penuh dan disembah dengan keikhlasan.
4. Pencipta yang Agung ini mengetahui dan memahami dari hal seluruh alam dan apa-apa saja yang terjadi di dalamnya dan ini termasuk tindakan-tindakari manusia.
Dengan itu manusia tidak memerlukan sebarang perantaraan untuk beriman kepada Allah, ia mestilah satu aktiviti secara langsung di antara manusia dan AlIah. dan menyembah malaikat-malaikat dan orang-orang yang stici sebagai perantaraan adalah salah dan tidak selaras dengan hukum-hukum Islam.
Mengapa manusia Meninggalkan Penyembahan Allah.
Apa yang dinyatakan di atas adalah berkaitan dengan kecenderungan semuiajadi seorang manusia yang berfikiran waras yang mana fikirannya masih belum diwarnai dengan adat-adat sekelilingnya yang salah dan daripada mengikuti pengaruh-prngaruh keluarga yang tidak baik, ini adalah apa yang makstidkan bila kita katakan dari hal kecenderungan hati manusia untuk menyembah AIlah yang Esa. Terdapat sebab-sebab yang berbeza yang mengakibatkan manusia yang lupa untuk meninggalkan fitratnya sendiri dan berkeliaran ke sana sini mengikut jalan orang-orang yang tidak beriman yang mana sebahagiannya akan disebutkan di sini.
1. Setengah-setengah penyembah berhala berkata oleh kerana Allah adalah di luar fahaman dan pencapaian kita dan tidak ujud di sebarang tempat yang tertentu yang boleh membuatkan kita berpaling kepadaNya dan menyembahNya mengikut arah iut, dengan itu kita rnenyembah orang-orang yang dihorrnati olehNya. semuga mereka akan bergembira
52 dan berpuas hati dengan kita dan menjadi perantaraan di antara kita dan Dia dan mendekatkan kita dengan Dia.
Mereka telah mengenepikan kenyataan yang AlIah tidak mempunyai arah, Dia melengkongi segalanya dan sentiasa hadzir. Dengan itu, kita menoleh, Allah terdapat di situ, dan kita boleh bercakap denganNya tanpa sebarang perantaraan,
Di mana saja kamu berada di sana terdapat wajah Allah.
2. Sekali lagi adakalanya selepas kematian pembesar-pembesar satu kaum yang pernah dihormati oelh ahli-ahli kaum tadi, mereka membuat sebuah patung peringatan atas namanya dan membangga-banggakan serta menghormatinya dan memalingkan diri mereka kepadanya untuk beribadat, dan dengan itu ibadat dan penyembahan berhala pun meluas Dengan itu kita terbaca di dalam sejarah bahawa anak Qabil telah rnembuat sebuah patung untuk mengigati ayah mereka yang dipanggil Wadd, tetapi perlahan-lahan, demj untuk menghormati patung itu, mereka merebahkan diri mereka sendiri dihadapannya dan terus menyembahnya.
3. Manusia kadang kalanya menghormati seseorang kerana kelebihan yang mereka •perolehi dariNya dan mengiranya sebagai selah satu daripada rnanifestasi-manifestasi Allah. Penghormatan ini secara perlahanlahan berubah rnenjadi penyembahan. Sembahan api di kalangan orang-orang kuno Iran dan penyembahan matahari di kalangan orang-orang Aryan India Lama adalah di dalam kategori ini. Ini adalah asal usul kemunculan kepercayaan kepada banyak tuhan dan penyembahan berhala, dan disebabkan generasi-generasi yang datang sesudah itu tidak berfikir dengan berhati-hati dari hal idea-idea dan kepercayaan nenek moyang mereka, mereka juga jatuh ke lembah syirik dan seterusnya s~esat.
53
Konfrantasi Di Antara Ugama Yang Sebenar Dan Syirik
Ugama yang sebenar cuba dengan luas untuk memalingkan orang ramai daripada jalan syiyik yangsesat ini ke arah jalan Tawhid, kepercayaan dalam KeEsaan Allah. A1 Quran menyebut dan memuji peperangan yang tidak berakhir yang dilancarkan oleh Rasulullah untuk menghapuskan syirik dan untuk memimpin orang ramai ke ara Tawhid.
Sebagai contoh, dari hal Ibrahim (as) ia berkata yang Ibrahim telah berkata kepada warga negara-Warga negaranya seperti berikut;
Patung apakah yang kamu sembah ini?
Kami mengikuti jalan yang sama seperti yang dilalui oleh bapa-bapa kami, jawab mereka.
Kamu dan bapa-bapamu, kata Ibrahim, nyata sekali telah tersilap jalan. Dan Ibrahim mengambil keputusan untuk menyedarkan orang-orang yang jahil dengan perkataan dan contoh yang baik.
Satu hari beliau memasuki rumah berhala tadi dan memecahkan berhala-berhala di dalamnya dengan menggunakan kapaknya. Apabila orang ramai tahu yang Ibrahim telah berbuat demikian kepada tuhan-tuhan mereka, mereka menjadi sangat •marah dan
Adakah engkau yang melakukan perbuatan ini kepada tuhan-tuhan kami?
Ibrahim pun mengambil peluang ini di rnana beliau menjawab dalam satu cara yang mana mereka memahami kebodohan kepercayaan dan fikiran mereka ini. dan memberitahu mereka untuk bertanya berhala itu sendiri.
Orang ramai berfikir dengan banyak sekali tentang hal ini dan selepas memikirkan soalannya dengan segan silu mereka menjawab,
Kamu tahu yang berhala tidak bercakap.
Dengan itu mengapakah kamu rnenyembah makhluk yang lemah lagi tidak berdaya dan tidak
54 bertenaga walaupun untuk rnempertahankan dirinya sendiri. Mengapakah fikiran kamu begitu terganggti dan culang-caling? Jawab Ibrahim.
Pemimpin-pemimpin yang agung, Pesuruh-pesuruh AlIah, sentiasa mengingatkan manusia yang mereka boleh membuat pertalian terus dengan AlIah dan di sebarang masa dan tempat tanpa memerlukan sebarang perantaraan, dan megingatkan manusia bahawa dalarn menyembah Allah mereka tidak boleh memberikan perhatian kepada sesuatu benda ataupun sesiapa pun, untuk sebarang sebab. Ibadat mereka mestilah sematamata untuk Allah yang Esa. Jika di dalam ibadat mereka tadi terdapat walaupun sekecil-kecil niat yang selain dari
Allah — dengan itu ibadat itu adalah untuk dua — Allah dan yang lain — dan ini tidak akan diterima oleh AIlah
Akibat Tawhid
Seorang yang mengetahui bahawa Allah adalah satu dan percaya yang Dia Mengetahui segala-galanya, dan percaya yang semua makhluk adalah dibentuk dan dicipta olehNya, akan, kerana ini, tidak akan memberikan baiat kepada yang lain. Kuasa yang terbanyak dan kekayaan yang berlimpah-limpah tidak akan dapat memperhambakannya dan tidak akan mampu untuk membuatnya tunduk untuk sesuatuapa pun. Orang-orang yang begini hanya akan menyerah kepada Allah dan hanya akan sujud di hadapan Allah dan KebesaranNya.
Orang-orang Iran Lama percaya bahawa raja-raja mereka yang autokratik dan bongkak adalah merupakan manifestasi Allah, dan mereka tunduk dan menyerah diri kepada pemerintahan raja-raja ini tanpa bertanya sebarang alasan buatnya. Mereka tidak •memiliki kebebasan sosial manupun kebebasan individu. Apabila agen-agen Arab bertemu dengan general-general Iran sewaktu peperangan di antara orang-orang Islam Arab dan orang-orang Iran (16
55 S.H), dia (ejen-ejen Arab)duduk di atas tanah tanpa sebarang sambutan dan mengenepikan keadaan sekeliling kehidupan orang-orang Iran yang mewah ini. Apabila general-general berbangsa Farsi ini bertanya akan niat orang-orang Islam, ejen ini menjawab,
Allah telah membangunkan kami untuk memimpin orang ramai jauh daripada menyembah hamba-hamba Allah ke arah menyembah Allah itu Sendiri, dan untuk menyeru mereka daripada batasan-batasan dunia yang sempit ini ke arab dunia yang penuh dengan kebebasan, daripada kekejaman ugama-ugama lain kepada keadilan lslam.
Di dalam bayang Tawhid tidak terdapat sebarang pilihan vang lain bagi hamba—hamba Allah selain daripada mentaati undang-undang Ilahi menyebabkan peningkatan keadilan yang sebenar daii kekejaman serta kekerasan akan menjadi sia-sia dan kosong belaka
Sebaliknya penyembah-penyembah berhala, dan orang-orang yang tidak percava akan Satu Tuhan tidak akan langsung dapat mencipta keadilan yaiig sebenar di kalangan diri inereka sendiri. kerana setiap kumpulan ataupun kaum rnempunvai tuhannva sediri, yang berbeza antara satu sama lain, dan pegangan kepada tuhan ini akan menggalakkan orang-orang dari satu kumpulan untuk berpecah-belah dan melakukan kekejaman dalam perkataan dan perbuatan.
Sebagai konklusi, percaya kepada Satu Tuhan menurut makna yang sebenarnya-membuatkan manusia bebas, suci dan bersatu padu dan memberikan merka ketenangan fikiran. Dia tidak akan disubjek kepada kekerasan, penzaliman dan perpecah-belahan
Dengan itu barulah kita dapat memahami maksud sebenar rangkai kata:
Katalah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan kamu akan mendapat keuntungan.
56
[12]
DUALISMA DAN MONOTISME