Sejak dari awal lagi Islam telah menegaskan yang ia adalah resalat yang akhir, dan orang-orang Islam juga telah menerima kenyataan ini dengan hikmah dan rasa cinta, dan mengetahui yang Islam adalah manifestasi wahyu yang akhir, Nubuwat dan penyempurnaan ugama suci yang sebelumnya. Juga, semua orang-orang Islam, berasaskan ayat-ayat A1 Quran dan Hadis-hadis percaya yang Rasul Islam (saw) adalah Pesuruh Allah yang terakhir dan juga merupakan penutup bagi pemimpin manusia.
Kitab Suci Al-Quran telah menerangkan universaliti kesucian ugama Islam di dalam banyak ayat-ayat dan telah menunjukkan Muhammad (saw) sebagai pesuruh yang terakhir yang telah dihantar oleh AlIah.
“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”(33:40)”
Telah diriwayatkan di dalam hadis daripada Rasulullah kepada Ali (as) Di dalam segala aspek pertalian di antara aku dan engkau adalah seperti Harun kepada Musa (Harun adalah saudara Musa, aku juga mengambilmu sebagai saudaraku mengikut hukum-hukum persaudaraan, jika dia adalah pengganti Musa, Engkau juga adalah penggantiku). Melainkan tidak lagi terdapat nabi selepasku, dan aku adalah yang terakhir.
Baginda juga bersabda,
“Aku adalah bata terakhir di dalam bangunan nubuwah. Dengan kedatanganku nabi-nabi pun telah berakhir.”
172 berkata,
“Dengan adanya Nabi Islam Muhammad SAW, berakhirlah wahyu.”(Khutbah 133)
Imam Sadiq (as) telah menerang falsafah perkahwinan ini seperti berikut,
“Rasulullah melakukan perbuatan ini untuk membawa perkahwinan luar dari rangka formaliti, berkelas, dan supaya orang-orang lain juga mengikuti langkah yang telah dibuat oleh Rasulullah ini, dan sedar bahawa individu-individu yang paling terhormat di sisi Allah ialah orang-orang yang paling suci.” (Kafi, jilid 5, ms. 344)
Marilah kita melihat contoh yang lain di dalam kehidupan Imam yang keempat (as), Abdul Malik ibn Marwan mendapati yang Imam telah membebaskan seorang gadis dari hamba-hambanya dan kemudian telah mengahwininya, di dalam pandangan (Abdul Malik) adalah tidak sesuai bagi seseorang yang berkedudukan sebagai seornag Imam untuk mengahWini hambanya yang telah dibebaskan, dengan itu dia telah menghantar sepucuk surat yang mengandungi teguran kepada lelaki yang agungini.
Kemudian dalam menjaWab suratnya Imam berkata,
Suratmu telah sampai.. Kamu rasa yang mengahWini gadis dari kaum Quraish akan mengakibatkan ketinggian maruahku. Ini adalah satu kesalahan, kerana tidak ada yang lebih baik dari rasul Islam yang mana aku telah datang darinya. Aku mengahwini hamba ini kerana dia adalah seorang yang suci dari pandangan ugama, dan ia bukanlah sesuatu untuk dikecil-kecilkan. Allah dengan rahmat Islam, telah menghilangkan khayalan-khayalan yang beiat sebelah, ketinggian dan kelebihan yang sebenar ialah iman dan takwa. Teguran yang kamu tuliskan ini adalah sesuai bagi zaman jahilliyah dan ia adalah zaman sebelum zuhumya Islam. Wassalam.”
(Kafi, jilid 5, ms. 344) Imam yang kelapan, Iman yang benar, Hazrat
173 Reza
— semuga Allah merahmatinya telah berkata,
“Ugama suci Muhammad ini tidak akan diubah suai hinggalah ke Hari Kiamat dan tidak ada nabi yang akan datang sesudahnya.” (Bihar al Anwar, jilid 2, ms. 34)
Apa yang telah kita berikan sebagai contoh ini hanyalah sebahagian kecil dari berpuluh-puluh hadis yang dengan jelasnya dan nyata sekali telah menerangkan status konklusif Nabi Muhammad (saW) dan keabadian ugamanya yang suci ini, dan tidak terdapat sebarang ruang pun untuk keraguan.
Universal Islam.
Salah satu daripada sebab-sebab terbesar kepada keabadian Islam ialah kelengkapannya.
Islam adalah satu projek yang komprehensif berasaskan pergerakkan-pergerakkan manusia, dan ia merangkumi semua aspek-aspek kehidupan, individu, sosial, material, spiritual, doktrinal, emotional, ekonomik, berasaskan undang-undang dan lain-lain lagi, dan ia menerangkan asas setiap satu dari hal-hal ini dalam cara yang boleh diterima, paling realistik, untuk semua orang dan untuk semua peringkat manusia, di setiap masa dan tempat.
Pakar-pakar darihal Islam dari Eropah, setiap seorang daripada pandangan dan kajian yang mendalam tentang Islam, telah mengakui undang-undang Islam yang menyeluruh dan universal ini.
Sekarang marilah kita selidiki setengah-setengah dari aspek-aspek univesaliti ini.
174
Tuhan Islam Dan Al-Quran
Tuhan Islam adalah penjaga semua yang di dalam alam ini. Dia bukanlah tuhan untuk kaum ataupun kumpulan yang tertentu sahaja. Di dalam sembahyang kita berkata alhamdu Iillahi rabbil alamin — segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Setiap ketika, dalam setiap tempat, di mana saja Dia mahu Dia mengujudkan apa saja yang dinginkanNga, tidak terdapat sebarang limitasi pada zatNya. Dia berhak ke atas segala-galanya.
“Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kimu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati.” (64:4)
Adalah mungkin bagi kita untuk bersama-sama denganNya disetiap tempat, adalah tidak perlu bagi kita untuk mengembara ataupun melintasi seorang penjaga pintu. Dia adalah lebih dekat kepada kita dari segalagalanya.
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya.” (50:16)
Dia adalah satu realiti tanpa bandingan, melebihi semua sifat-sifat dan persamaan-persamaan dengan manusia. Dia bukanlah seperti tuhan-tuhan dari ugamaugama yang lain yang ada kalanya menyerupai manusia ataupun dicipta seperti bentuk sesuatu benda. Dengan itu Dia tidak bertempat. Dia juga tidak berteman dan Dia juga tidak mempunyai perrtiulaan dan pangakhiran. Dengan itu, Dia tidak mempunyai persamaan ataupunperbandingan.
“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan
Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (42:11)
ZatNya adalah jauh daripada rasa tidur, letih, kesal dan sebagainya.
“Tidak mengantuk dan tidak tidur.” (2:255)
“Katakanlah, Dialah Allah Tuhan yang Esa.” (112:1)
175 Dia adalah Tuhan yang Esa yang tidak terdapat sebarang perbandingan, Dia tidak mempunyai anak, ibu ataupun bapa ataupun sahabat-sahabat. Terdapat realiti di dalam surah Tawhid yang dibacakan oleh orang-orang Islam berulang-ulang kali di dalam salat supaya jauh dari kemungkinan untuk mensyirikkan Allah.
Tuhan Islam adalah Tuhan dengan segala sifat-sifat suci, kata-kata suci A1 Quran, dengan pemahaman yang lebih luas, lebih kemuliaan, lebih banyak dari apa yang dapat dilihat oleh kebijaksanaan. Bebas dari keinginan, tiada syarik, jelas, terseinbunyi, Maha Tinggi, Maha Pemurah, Yang paling penyayang, boleh ditemui dan diperolehi oleh semua orang supaya semua orang. di sebarang tempat dan masa boleh bercakap denganNya, menyatakan keinginan-keinginan mereka kepadaNya, meminta apa saja yang dicita-citanya, dan Dia akan memberikan apa saja yang baik dan bersesuaian seperti yang dikatakan olehNya sendiri,
“ Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha
Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu.” (5 7:9)
Semua Orang Adalah Sama Di Dalam Islam
Ketinggian bangsa atau pengasingan bukanlah sahaja dibuang dan dibatalkan di dalam Islam, tetapi persamaan manusia adalah realiti yang mutlak daripada pandangan Islam, dan ia berkata yang semua manusia adalah sama, semuanya,. adalah dari satu bapa dan satu ibu dan adalah ahli satu keluarga, dan dari sudut kemuliaan, asal-usul dan kaitan mereka adalah sama sahaja. Tidak ada seorang pun yang Iebih baik ataupun lebih tinggi dari seorang yang Iain melainkan di dalam iman dan takwa.
"Hai manusia, sesungguhnya. Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia. di antara
176
kamu disisi A!Iah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (49:13)
Islam Dan Kebebasan Berfikir
lslam meriyokong logik, hujah-hujah rational dan kebebasan berfikir dengan hebat sekali. Menyenakan atau memaksa satu-satu pendapat atau kepercayaan, atau menindas suara tidak pernah wujud di dalam Islam.
“Tidak ada paksaan uniuk
(memasuki) ugima (Islam) sesungguhnya telah jelas jalan yang benar.” (2:256)
Di dalam Islam, siasatan tentang asas kepercayaan adalah merupakan tugas setiap individu dan adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk tidak menerima sesuatu apapun tanpa bukti, dan jika setengah-setengah arahan-arahan dan ajaran-ajaran adalah diwajibkan dan perlu diterima tanpa sebarang soalan mengapa dan bagaimana, ini adalah disebabkan yang arahan-arahan ini adalah sebenarnya datang secara lansung dari sumber wahyu, yang tidak boleh tersilap sama sekali, dan kerana mereka juga telah diriwavatkan daripada Rasulullah dan Imam-Imam yang Suci.
Islam mengecilkan orang-orang yang rncngikut kepercayaan-kepercayaan ibubapa dan nenek moyang mereka dengan membuta-tuli dan mengarahkan kita untuk menyelidiki dengan sendirinya dan mengadakan ujian-ujian yang rnendalam. Ia menolak fikiran-fikiran kosong dan spekulasi yang sia-sia dan menekankan kita supaya menuntut ilmu dan keyakinan.
“Dan janganlah kanzu mengikuti apa yang kmuu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya Sesungguhnya pandangan,
177 penglihatan dan haii semua itu akan diminta pertanggungjawabnya.” (17:36)
“Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang-orang yang benar.” (2:111)
Inilah sebabnya mengapa ramai orang-orang Yahudi, Nasrani dan orang-orang dari kumpulan yang Iain yang mengambil pendirian menentang Islam, datang kepada Rasulullah dan Imam-Imam yang suci dan duduk bersama-sama untuk membincangkan idea-idea ugama mereka.
Islam Dan Seruan Kepada Fikiran Dan Pelajaran
Islam memberikan nilai yang banyak kepada berfikir. Ia menyuruh orang-orang yang terpelajar dan waras untuk berfikir dan berfikir sekali lagi dari hal penciptaan, masa, malam dan siang, langit, bumi, binatang-binatang hidup, manusia dan alam ini dan apa saja yang di dalamnya.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, saling bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang
berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air; lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan-haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan aturan langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kesan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.”(2:164)
Juga ia menyuruh orang-orang yang terpelajar tadi untuk mengkaji kehidupan orang-orang yang datang sebelum mereka, fikiran-fikiran mereka dan sebab-sebab kemunduran dan kejatuhan mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada jurang
178 kemusnahan.
“Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan. Ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk, serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (3:137-138)
Dengan ringkasnya, Islam inginkan manusia untuk berfikir dengan mendalam dan bebas dan mengembara merentasi ufuk-ufuk fikiran dan ilmu yang jauh dan mengambil segala-gala yang paling baik untuk kemajuan manusia.
Atas sebab inilah Islam menghargai penemuan-penemuan dan reka cipta saintifik yang merupakan
bantuan kepada orang ramai dan inilah juga sebabnya mengapa ahli-ahli sains dan terpelajar-terpelajar bangun di dalam abad-abad sebelum kedatangan Islam untuk menghiasi jalan-jalan tamadun manusia yang tinggi dengan permata-permata dari usaha-usaha saintifik mereka, dengan begitu hebat sekali hinggakan nama-nama mereka yang agung ini akan bersinar untuk selama-Iamanya di dalam summit-summit sejarah saintifik. Mereka termasuklah Jabir ibn Hayyan, Razi, Ibn Sina dan Khwajah Nasir ad Din Tusi, yang telah diraikan di dalam semua jenis pengetahuan di dalam zaman mereka, pengetahuan-pengetahuan intelektual, astronomi, alchemi (ilmu kimia Zaman Pertengahan) dan lain-lain lagi.
Buku-buku Ibn Sina juga diajar di universiti-universiti Eropah hinggalah ke akhir abad yang lalu. Jurji Zaydan seorang penulis yang berugama kristian dari Lebenan, di dalam muka surat 589 dari bukunya Sejarah Tamadun Islam berkata, Sebaik saja Tamadun Islam bertapak dan pengetahuan-pengetahuan yang baru berkembang di kalangan orang-orang Islam, terpelajar-terpelajar Islam yang mana fikiran-fikiran mereka ini adalah lebih penting daripada penemu-penemu beberapa bidang sains pun muncul. Pada hakikatnya
179 pengetahuan-pengetahuan ini mengambil warna yang baru dan lebih segar dengan ujikaji-ujikaji baru yang dibuat oleh ahli-ahli sains Islam, dan kemajuan ini adalah disebabkan oleh tamadun Islam.
Konsep Hidup Islam
Dari sudut pandangan Islam, tidak terdapat sebarang tentangan di antara kehidupan material dan spiritual, dunia dan ugarna. Begitu juga, orang-orang yang tidak memikirkan sesuatu apa pun melainkan kebaikan diri sendiri dan penggunaan tenaga orang Iain dan keuntungan begini juga dihina dari sudut pandangan Islam. Imam Sadiq (as), Imam yang keenam berkata,” Orang yang meninggalkan dunia ini untuk alam yang akan datang - iaitu orang yang menarik diri dari aktiviti-aktiviti kehidupan untuk nama zuhud - dan dia yang meninggalkan alam yang datang untuk dunia ini. kedua-duanya bukanlah dari kami.” (Wasa il as shia,jilid 2, ms. 49).
Degan itu bolehlah dikatakan yang di dalam hal ini orang-orang Islam patut mengubah tindak tanduk mereka dengan pergerakkan yang sama di dalam dunia ini, maju dengan kegembiraannya, dan di dalam alam maknawi. Dengan itu di dalam Islam tidak terdapat monatisisme (sistem kehidupan yang dikawal oleh rahib-rahib dalam biara), menjadi beban kepada masyarakat, penarikan sosial, egotisme dan pemencilan diri. Rasulullah (saw) bersabda,” Tidak terdapat monatisisme bagi kami, monatisisme bagi pengikut-pengikut kami ialah jihad di dalam jalan Allah.” (Bihar al Anwar, jilid 70 ms. l 14)
Arahan-Arahan Islam Dan Kemajuan Masa
Transformasi, evolusi dan pembangunan sumber-sumber kehidupan dan kemajuan elemen-elemen tamadun yang pelbagai tidak mempunyai sebarang
180 jenis ketidakseimbangan dengan kekekalan ajaran-ajaran Islam, kerana ketidaksesuaian undang-undang dengan kernajuan yang begini ialah kerana undang-undang bergantung kepada sumber-sumber fundamental dan faktor faktor khas. Sebagai contoh, jika seseorang itu mcmbuat sesuatu undang-undang; hanya tangan sajalah yang mesti digunakan ketika menulis, hanya kaldai sajalah
yang boleh digunakan untuk mengembara, dan lain-lain lagi. Undang-undang yang begini tidak boteh dipraktikkan bila sains dan tamadun semakin maju. Tetapi jika ia tidak berlawanan dengan sumber-sumber fundamental, dan sewaktu membuat undang-undang ini mereka hanyalah digunakan sebagai contoh ia tidak akan berlanggar dengan sumber-sumber dan alat-alat yang baru dan kemajuan tamadun. Undang-undang Islam adalah dari kategori yang akhir ini, iaitu ia tidaklah hanya terhad kepada satujangka masa yang tertentu di dalam sejarah. Sebagai contoh, mereka berkata, Seseorang mestilah tidak boleh ditawan berkaitan dengan kuasa-kuasa asing demi untuk mempertahankan kehidupan dan hak-hak keman usiaan seseorang. Undang-undang ini, walaupun ia telah diumumkan di dalam zaman pedang, tidak bergantung kepada alat-alat pada waktu itu, iaitu, Islam tidak pernah berkata, Jihad di dalam Islam hanyalah perlu dijalankan dengan enggunakan pedang. Dengan itu ia (alat-alat moden) boleh dipraktikkan hari ini. Begitulahjuga dengan.. perniagaan, kerja, menguruskan perdagangan dan lain-lain lagi. Dengan itu, walau bagaimana banyaknya tamadun dan sumber-sumber serta elemen-elemennya berkembang, ia tidak akan meninggalkan domain kemasukkan di dalam undang-undang Islam, dan ini adalah satu dari rahsia-rahsia keabadian Islam.
181
Adakah Islam Membahagikan Antara Ideologi-Ideologi Masa Kini Dan Sistem Berfikir.
Tiada keraguan yang manusia telah maju begitu jauh sekali di dalam ilmu pengetahuan, tetapi ahli-ahli sains sendiri mengakui yang pengetahuan mereka tentang dunia ciotaan ini tidak dapat dibandingkan dengan apa yangmereka tidak ketahui. Dan pada asasnya, oleh kerana pahdangan tnereka adalah terbatas, mereka tidak dapat mencari sernua rahsia-rahsia alam ini.
Tamahan lagi, setiap langkah kehadapan yang dibuat oleh manusia adalah tidak kebal dari kesilapan. Dengan itu, di dalam bidang aspirasi manusia, tidak semua benda yang datang, dalam setiap bidang, boleh secara seratus peratus diliputi dengan ketepatan, dan keyakinan, kerana adalah mungkin yang faktor-faktor keadaan sekeliling dan lain-Iain benda yang tidak dijangka mempunyai kesan ke atas fikiran dan pandangan manusia dan dengan itu membawanya jauh dari realiti.
Tetapi projek fundamental Islam. oleh kerana ia membesar dari akar wahyu, tidak terdapat sebarang kemungkinan sama sekali untuk melakukan sebarang kesalahan, dan dengan itu boleh memberikan pimpinan yang jujur dalam setiap masa.
Sudah tentu, dengan syarat yang undang-undang suci ini tidak di dalam rangka-rangka sistem-sistem terkelencong yang lain, yang mana mereka secara langsung tidak akan mampu untuk menarik kebaikan-kebaikannya.
Penyambungan Bantuan Ilahi
Setengah-setengahnya memikirkan yang maksud tabiat penutup misi Rasulullah ialah sesudannya, kaitan dengan dunia yang tersembunyi dan suci telah terpotong dan dengan itu berhenti disitu saja. Ini adalah tidak benar kerana makna penutupannya ialah hanyalah selepas Rasulullah tidak ada nabi ataupun
182 agama yang akan dataiig, dan tidak pula membawa erti yang kaitan dengan alam ghaib akan terganggu.
Kerana dengan pemahaman kami orang-orang shiah,
yang mempercayai a.kan Imamat dan wilayah dua belas Imam yang suci, kaitan ini adalah kekal dan disambung menerusi orang-orang yang suci ini. Dan ini adalah merupakan satu daripada faktor-faktor kelebihan maktab shia. Mulla Sadra di dalam Muftih a1-Ghayb (kunci kepada yang ghaib) telah menulis seperti berikut, Wahyu iaitu turunnya malaikat ke mata-mata nubuwat, telah dipotong untuk selama-Iamanya tetapi pintu inspirasi dan penerangan .belum dan tidak akan ditutup, dan adalah tidak mungkin untuk mengganggunya.
Bagaimana Islam Boleh
Diprakikkan Di Dalam Masa Dan Zaman Sekarang?
Walaupun kekacauan di dalam dunia kita hari ini adalah lebih hebat, dan walaupun dalam perjalanan waktu ia menjadi lebih besar, dan akhirnya lebih banyak kemusnahan dan penghinaan, kita perlu ingat yang rasa pemurah dan rasa penyanyang sentiasa bertambah di dalam kesulitan. Dan dengan itu kebebasan dan individualiti mengkehendakkan kita supaya berusaha dalam kesengkatan waktu.
Pada asasnya, tamadun dan pembentukan semula keadaan .boleh dianggap sebagai satu tanggungjawab yang paling menekan. Nabi juga dengan kehidupan mereka telah mengajar kita untuk bergelut merempuh kependekan masa. Mereka tidak pernah mengikut nafsu yang salah dan berlawanan ataupun keinginan-keinginan keadaan yang pelbagai, akhirnya mereka menjadikan keadaan itu, keadaan mereka sendiri.
Rasul Islam - semuga AIlah merahmatinya, dengan hebatnya telah bergelut menentang adat rcsam zaman jahilliyah yang korup dan salah itu,
183 hinggalah baginda membina sebuah masyarakat dengan keadaan sekeliling yang Iain.
Perbezaan kelas, taraf wanita yang rendah, penyembahan berhala, peperangan perkauman dan berpuluh-pjzluh Iagi perbuatan yang tidak selaras dengan moral adalah dikalangan adat resam, kepercayaan dan perhimpunan orang ramai pada masa itu, tetapi semangat Rasulullah telah menentukan yang semua kesalahankesalahan ini perlulah dihapuskan.
Setengah-setengah daripada ketua-ketua orang-orang Quraish, daripada kumpulan Utbah adalah begitu tidak gembira sekali dengan metod Rasulullah, dengan itu mereka merancangkan satu mesyuarat dan setelah mereka berkumpul dengan baginda, mereka Ialu menawarkan hadiah-hadiah perjanjian dan membuat ugutan-ugutan, tetapi Rasulullah menjawab seperti berikut;” Ini adalah apa yang telah diamanahkan dan diarahkan kepadaku untuk dilaksanakan olehku. Aku bersumpah demi Allah yang walaupun matahari diletakkan di dalam satu dari tapak tanganku ini dan bulan pu•la ditempatkan di dalam tapak tangan yang lain, aku tidak akan menyeleweng dari jalanku, ataupun meninggalkan imanku hinggalah aku memperolehi kejayaan ataupun maut menghampiriku.”
Dengan itu marilah kita ikuti jalan pemimpin yang keras seperti besi ini dan memuaskan AIlah.
184
[24] IMAMAH