Dualis adalah orang-orang yang percaya bahawa segala ciptaan terbahagi kepada dua sumber ciptaan dan berkata bahawa benda-benda baik dicipta oleh Yazdan dan yang buruk pula dicipta oleh Ahriman. Tujuan mereka dalam kepercayaan ini ialah untuk membuatkan Allah bebas dari segala ketidaksempurnaan, kekurangan dan keburukkan. Walau bagaimanapun mereka tidak mengetahui yang di dalam kepercayaan ini mereka telah melakukan kesalahan disebabkan oleh syirik yang telah pun disebutkan di dalam bab sebelum ini. Tambahan lagi
— baik dan buruk — kerana, jika seluruh susunan benda-benda yang ada ini dikaji dengan teliti, nyata bahawa tidak terdapat sebarang keburukkan di dalam dunia ini, kerana segala-galanya yang berada ditempatnya sendiri adalah kebaikan. Mereka juga percaya bahawa keujudan apa yang mereka panggil keburukkan adalah berasingan dari keujudan yang mereka panggil kebaikan, dengan itu mereka sampai kepada konklusi bahawa masalah ini boleh diselesaikan dengan memberikan dua sumber kepada
keujudan alam ini — sumber yang baik bagi benda-benda yang baik dan surnber yang jahat bagi benda-benda yang tidak baik. Pada hakikatnya, jika kita lebih berhati-hati, kita akan dapat memahami bahawa kedua-dua aspek ini tidak boleh diasingkan dari satu sama lain. Sebagai contoh hujan adalah baik kerana ia adalah berguna untuk pertanian, tetapi setengah-setengah orang mungkin berfikir yang hujan adalah tidak baik kerana ia merosakkan rumah-rurnah yang dibuat dari selut dan batang-batang gandum yang mana menjadi ternpat tinggal setengah-setengah orang di setengah-setengah bahagian dunia ini.
57 Terang sekali masalah dualis ini yang ditimbulkan oleh diri mereka sendiri tidak boleh diselesaikan, kerana keburukan hujan adalah tidak terpisah dari kebaikannya. Pada hakikatnya, terdapat dtta keujudan satu yang baik (dari Allah) dan yang lain ialah yang buruk (dari sumber yang lain). Sebenarnya, solusi kepada masalah ini boleh diperolehi di dalam A1 Quran dan hadis-hadis dan boleh ditegaskan lagi dengan menggunakan akal fikiran dan penyelesaian ini datang daripada mengambil berat tentang benda-benda itu yang rnana kebaikannya tidak boleh dilihat dalam sekelip mata, seperti dahaga, rasa lapar, masalah-masalah kehidupan, kesulitan-kesulitan rnental, sejuk dan panas yang berlebihan, binatang-binatang beracun dan lain-lain lagi. Kemudian kita akan melihat bahawa di dalam susunan Iengkap benda-benda, sernuanya adalah diperlukan dan baik.
Untuk pertimbangan yang lebih Ianjut kita kita akan mcngkaji contoh-contoh yang berikutnya.
Menjauhkan Diri Dari Bahaya
Badan manusia adalah terbina dari daging dan tulang, yang disubjek kepada serangan. Api saja tidak boleh membuatkan badan menjadi abu di dalam masa yang singkat dan badan yang sama ini tidak mempunyai halangan kepada potongan-potongan dan pukulan pukulan, satu pukulan, jika cukup kuat, boleh merosakkannya dengan teruk sekali.
Supaya manusia boIeh selamat daripada bahaya-bahaya yang besar,Allah telah mencipta beberapa agen.
1. Rasa lapar dan dahaga mungkin, dalam satu pandangan yang singkat muncul sebagai sesuatu yang tidaklah begitu baik, tetapi, sebenarnya, mereka rnemainkan peranan yang penting di dalam ekonomi badan manusia. perasaan ini menjamin kehidupan beribu-ribu juta sel. Jika manusia kekurangan perasaan ini, aktiviti sel-sel badannya akan menjadi lesu dalam jangka masa yang singkat dan akan berada berada di dalam bahaya kematian dan
58 sesungguhnya, akan rnati.
.2. Rasa sakit dan kepekaan urat-urat saraf adalah merupakan satu hadiah ciptaan. Sebenarnya, urat-urat saraf manusia membentuk satu kaitan komunikasi yang rumit. Dengan perasaan kurang selesa yang paling sedikit,mereka niembunyikan loceng amaran dan memberansangkan manusia supaya ia menjauhkan diri ataupun menentang bahaya yang akan dihadapi. Jika tidak disebabkan oleh rasa sakit, seorang yang sakit tidak akan berusaha untuk menyembuhkan dirinya sendiri. Jika urat-urat saraf ini tidak dapat merasa ketidakselesaan, ataupun mengenepikannya, kulit dan daging akan dimusnahkan oleh api dan bertukar menjadi abu, atau jika mereka ditekan oleh sesuatu yang tajam ataupun keras tulang-tulang pulalah yang akan dirosakkan. Dengan itu, jika kita menemui kesulitan dari rasarasa ini, kita perlu faham bahawa rnereka bertindak sebagai Iampu-lampu amaran dan atas sebab inilah manusia perlu memberikan perhatian kepada pengembangan hidupnya dan juga keselamatannya, supaya ia boleh menemui jalan yang selamat dan meneruskanhhidupnya.
Kesulitan-Kesulitan Dan Pengalaman.
Ahli-ahli sains percaya yang dunia tabii ini adalah merupakan satu alam pembesaran dan kesempurnaan, dan penomena-penomena ini adalah disambung dengan ketidakselesaan dan kepayahan, kerana kesulitan dan kepayahan-kepayahan memberikan pengalaman kepada roh dan menguatkan orang-orang manusia. Ketidakselesaan inilah yang melatih roh insan kerana di dalam api kesulitanlah seseorang itu akan diuji dan dikuatkan Iagi dan rohnya akan bertambah matang. Kesempurnaan manusia perlu dicapai menerusi pemecahan kepuasan hati, supaya ia boleh rnencari jalan keluar dari pengalaman batinnya ke dunia luar.
Orang-orang yang terkemuka adalah orang-orang yang telah banyak berhadapan dengan turun naik di
59 dalam kehidupan mereka dan mengalami banyak percubaan-percubaan dan kerumitan-kerumitan. Selagi kayu geharu tidak dibakar ia tidak akan rnengeluarkan bau Wanginya.Napoleon berkata yang kesulitan-kesulitan membangkitkan manusia dan memberikan pengalaman kepada fikiran manusia. Kesulitan-kesulitan dan kepahitan hidup adalah faktor-faktor yang membangkitkan potensi-potensi manusia yang telah lama tertidur. Malah manusia juga boleh meninggikan lagi pencapaian-pencapaiannya di dalam domain-domain material, spiritual dan intelektual.
Sebab mengapa kebanyakan orang-orang yang terkemuka, dapat diperhatikan yang, mereka datang daripada keadaan yang miskin ialah kerana orang-orang miskin terpaksa memerangi segala kesulitan-kesulitan hidup dan ini membuatkan mereka untuk menguatkan kepandaian.
Sejarah sains dan tamadun menunjukkah bahawa kemajuan di dalam bidang-bidang ini adalah disertai dengan kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan. Ketidakselesaan begini biasanya membawa kita untuk mencari jalan penyelesaian, dan kemudian memberansangkan kita untuk mencari solusi yang lebih digemarkan dan lebih baik. Dengan.itu, orang-orangyang jahil tentang sebab mengapa kita mengalami kesulitan dan ketidak selesaan dan seterusnya menganggap mereka sebagai jahat dan buruk adalah salah sama sekali.
Kriteria Baik Dan Buruk
Kesalahan yang dibuat oleh orang-orang lama Iran yang menganggap kepanasan, kesejukan yang berlebihan, binatang-binatang berbisa sebagai sesuatu yang buruk kerana mereka mengambil keadaan sekeliling fiziki mereka sebagai kriteria kebaikan dan keburukan bagi semua benda di dunia ini. hakikatnya ialah kebaikan dan kecelakaan tidak boleh dijadikan kriteria kebaikan dan keburukan sesuatu benda, tetapi sebaliknya, kita mesti perhatikan
60 peranan apakah yang dimainkan di dalam keseluruhan sistern ciptaan.
Kepanasan dan kesejukan yang sama ini, yang mana menurut fikiran merekatyang singkat dan anggapan mereka yang selah, adalah tidak baik, tetapi sebaliknya, menurut pandangan ahli-ahli sains tabii yang memerhatikan alam ini sebagai satu-satu unit kebaikan dan keujudan mereka adalah perlu untuk pembesaran tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang dan manusia-mafl usia.
Mereka yang menggunakan keuntungan dan keburukan mereka sendiri sebagai kriteria baik dan buruk di dalam dunia ini boleh dibandingkan dengan semut yang mungkin menganggap manusia sebagai tidak berguna melainkan untuk melenyek semut-sernut di bawah tapak kaki mereka, ataupun kapal terbang dan kereta, adalah tidak berguna bagi semut-semut tadi, dengan itu menganggapnya merbahaya dan sia-sia tanpa sebarang faedah.
Jika semut berfikir demikian rupa mengenai manusia dan rekaan-rekaannya. adakah mereka sedang membuat anggapan yang betul? Di manakah letaknya kesalahan ini? Bukankah ini disebabkan mereka telah hanya mengambil kita bagi situasi mereka sahaja dan apa yang berkaitan dengan mereka sewaktu mengukur tentang kebaikan dan keburukan sesuatu?
Sekali lagi, kita boleh membuat perbandingan dengan orang-orang yang baru saja datang ke negara-negara tropika dan menganggap kepanasan yang berlebihan yang menyebabkan mereka berpeluh dan merasa tidak selesa sebagai satu penomena yang negatif yang menghalang manusia daripada meneruskan kehidupan normal rnereka. Adakah penghakiman ini boleh diterima sebagai sesuatu yang benar?
Kita tahu, pada hakikatnya, wap air naik ke udara dengan angin yang datang dari pantai dan membawa air ke kawasan-kawasan yang kering dan panas yang
61 jauh dari lautan, dan dengan itu mernbawa kehidupan yang baru kepada pokok-pokok yang kedahagaan dan mensederhanakan kepanasan yang amat, supaya membolehkan berjuta-juta manusia untuk hidup di dalam kawasan-kawasan itu.
Kesalahan yang dibuat dalam cara berfikir yang dernikian ialah kerana orang-orang yang tinggal di tepi-tepi pantai hanya niemikirkan dengan situasi mereka dan. mengenepikan makhluk seluruh alamiini. Berkaitan deiigan apa yang telah kita katakan di sini, kita sarnpai kepada satu konklusi iaitu seseorang itu tidak boleh mengambil keputtisan hasil dari satu pandangan yang cetek, tetapi dia rnesti cuha untuk rnemaharni kesan-kesan ciptaan sebagai satu bahagian daripada sistern yang leiigkap bukan saja di masa kini tetapi jtiga berkaitan dengan rnasa lampau daii masa akaii datang. Dengan itu barulah seseorang itu boleh meletakkan dirinya unttik menghakimi sesuatu keadaan.
[13]