• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAWHID DI DALAM KUASA DAN KEKUATAN

Dalam dokumen Usuluddin Aqidah Islam (Halaman 45-51)

Alam Yang Luas Dan Bermisteri

Sedikit perhatian yang diberikan kepada ciptaan setiap satu daripada objek-objek yang ujud akan menunjukkan kepada fikiran kita dari hal Kuasa Pencipta yang unik. Sebagai misal, perhatikanlah contoh-contoh yang berikutnya.

1. Sistem pertahanan badan telah begitu lama sekali menarik perhatian ahli-ahli fisiologi. Sistem pertahanan badan ini adalah begitu kompleks yang terdiri daripada glan-glan cecair yang tak berwarna,

45 timus, limpa dan tulang sumsum. Sel badan manusia, di samping perbezaan di dalam struktur, mempunyai satu tujuan, iaitu, mempertahankan badan dari elemen-elemen luar seperti mikrob-mikrob dan racun-racun. Di dalam tugas ini, selsel darah putih yang boleh ditemui di dalam glan cecair tak berWarna, memainkan peranan yang sangat penting. Apabila benda-benda luar memasuki organisma, sel-sel darah putih, yang terdapat sebanyak lebih kurang tujuh hingga tiga puluh mikron di dalam garis pusat, meluru dengan serta merta sebaik saja dicerobohi, degan cara berbeza menghalang pertarnbahan bahaya untuk membantu sel-sel ini badan akan mengikuti jalan-jalan yang berbeza dalam memerangi elemen-elernen luar yang telah menembusinya tadi, dan untuk mengkombat setiap satu dari bahan-bahan luar ia akan menghasilkan antibodi-antibodi. Antibodi yang dibuat di dalam badan adalah dari jenis yang berbeza. Setengahsetengah dari antibodi-antibodi ini menuetralkan binatang-binatang, serangga dan racun-racun kirnia. Setengah-setengahnya pula menghentikan aktiviti kurnan dan yang lainnya pula mengasingkan bahan beracun di dalam kuman dan lain-lain badan-badan yang merbahaya. Ada juga yang bertindak bila darah daripada jenis yang tidak seraksi memasuki badan.

2. Direktor Observatori (bangunan untuk mernerhati bintang) di Bukit Palomar di Arizona berkata,

Selagi teleskop obsevatori ini tidak direka, jarak alam yang dapat diperhatikan adalah tidak lebih daripada Iima ratus tahun cahaya, tetapi teleskop ini telah menarnbah jaraknya ke seribu juta tahun cahaya. Akibatnya, berjuta-juta galaxi yang baru telah pun ditemui dan setengah dari ini adalah seribu juta tahun cahaya dari kita. Tetapi melebihi jarak ini ialah satu ruang yang Iuas, gelap lagi menakutkan dan tidak sesuatu apa pun yang dapat dilihat. Iaitu tidak ada cahaya yang datang daripadanya yang

46 meninggalkan kesan di atas plate-plate photografik teleskop. Tetapi tanpa ragu-ragu, terdapat beratus-ratus juta galaxi yang mana dengan tenaga gravitinya seluruh alam ini berada di tempat masing-masing.

Seluruh alam yang dapat dilihat ini, juga begitu besar dan luas, yang mengandungi beratus-ratus ribu juta galaxi adalah tidak apa-apa pun tetapi hanyalah satu bintik kecil di dalam alam yang lebih luas lagi terbenang dan saya tidak pasti yang kita akan menemui melebihi alam ini Satu alam yang lain.

Ali ibn Abu Talib as, Imam yang pertama berkata,” Kita tidak mampu untuk mengukur betapa dalamnya kebesaran Allah, tetapi kita tahu yang Dia Hidup dan Abadi, dan Dia tidak mengantuk ataupun tidur."

Tidak ada pandangan yang dapat melihatMu, tiada mata yang dapat mengekoriMu, tetapi Kamu melihat mata-mata ini dan mengira usia yang akan dilalui oleh setiap satu benda. Kepala-kepala dan kaki-kaki manusia berada di dalam GenggamauMu.

Apakah yang kami lihat dari ciptaaMu? Kuasa apakah yang membuatkan kami untuk berfikir? Apakah yang dapat kami huraikan tentang PemerintahanMu? Bahagian-bahagian kami yang, tersembunyi yang tidak boleh dicapai oleh mata, yang tidak boleh difahami oleh fikiran, yang diseliputi oleh tirai-tirai, adalah lebih penuh kegemilangan dan keindahan.

Sebenarnya, Kuasa Allah yang Unik ini telah membawa segala-gala kepada keujudan dan tidak ada satu apa pun yang terkeluar dari kawasan PemerintahNya. Alam ini ujud dengan Kehendak Allah, dan ia akan terus ujud selagi diinginkan olehNya. Bintang-bintang, bulan, matahari dan lain-lain lagi benda di angkasa bergerak di sekitar KuasaNya dan susunan alam yang bila saja diinginkanNya. Dia tidaklah mencipta alam ini dan kemudian meninggalkannya, putaran, pembesaran,

47 keujudan dan rezeki setiap satu itu datang dari kehendak Ilahi. Tidak ada sesuatu apa pun yang boleh berlaku tanpa kehendakNya, dan tidak ada sesuatu pun yang akan kekal jika Dia tidak inginkan pengekalannya. Dengan itu, makhluk yang mengujudkan segala benda, Penjaga dan Perlindung, dan yang memerintah segala-galanya adalah Allah.

Yang Lebih Tinggi Dari Hukum Tabii.

• Adakah benar yang AlIah telah meletakkan satu hukum tabii bagi alam ini, yang mana menurutnya adalah mungkin untuk menjangka masa depan. Tetapi dalam halhal yang tertentu, Allah menunjukkan KuasaNya yang luas clan dengan KehendakNya mencipta satu hukum yang lebih tinggi yang boleh mengusai hukum-hukum tabii yang sedia ada. Kejadian-kejadian dari• hukum-hukum yang Iebih tinggi ini boleh dilihat dari sejarah dan kehidupan sehari-hari.

Di dalam hal-hal ini kita boleh melihat bagaimana tangan AIIah mengawal dan menguasai alam ini, ada kalanya Dia membangunkan yang telah, jatuh dan ada kalanya menjatuhkan yang telah maju dan tinggi.

Inilah sebabnya mengapa orang-orang yang mempunyai iman yang kukuh kepada kuasa Allah tidak akan terperanjat dan berduka cita di dalam hidupnya. Di dalam apa saja keadaan, di dalam kegelapan kecelakaan, bahang dan cahaya harapan dan mereka yakin yang mereka akan memperolehi keselamatan menerusi bantuan Allah.

Kita telah pun mendengar ataupun membaca cerita darj hal Musa dan Firaun. Firaun tidak ada taranya di dalam kekejaman. lDia telah membunuh anak-anak lelaki Bani Israil supaya anak lelaki yang dijanjikan dari golongan Bani Israil, yang telah sampai kepada pendengarannya, yang akan datang untuk memusnahkan takhta dan kerajaannya tidak akan dapat diselamatkan. Dia berfikir yang dengan helah-helah ini dengan berkeras kepala dan menerusi

48 hukum-hukum tabii dia boleh menandingi Kuasa Allah. Tetapi tenaganya ini adalah sia-sia belaka. Akhirnya yang dijanjikan itu pun lahir.

Ibu kepada anak Ielaki tadi telah diilhamkan untuk menempatkan anayknya ke dalam sebuah kotak dan membiarkannya ke dalam sungai Nil. Air sungai itu membawanya hingga ke istana Firaun, dan isteri Firaun telah terlihat akan kotak itu, dan dia telah mengeluarkannya dari air. Apabila dia melihat bayi di dalam kotak itu, dia telah menyuruh Firaun supaya mengambil anak lelaki yang telah dihanyutkan air tadi sebagai anak mereka sendiri, dan Firaun pun bersetuju. Tangan AIlah yang berkuasa ini telah melindungi anak kecil yang sangat-sangat ditakuti oleh Firaun di dalam ribanya sendiri hinggalah dia dewasa, gagah dan seterusnya menjatuhkan takhtan Firaun. Begitu jugalah, kuasa Allah telah mensia-siakan tenaga dan tipu daya saudara-saudara Yusuf. Yusuf jatuh ke dalam telaga, tetapi dia telah mendapat tempat yang tinggi di Mesir. Orang-orang kafir Mekah telah bergandingan tangan untuk menghapuskan Rasulullah. Mereka mula memberikan pelbagai kesulitan kepada orang-orang Islam dan juga mengenakan sakatan ekonomi kepada Rasulullah dan pengikut-pengikut Baginda untuk beberapa tahun di lembah gunung-gunung Abu Talib. Akhirnya mereka mengambil tindakan untuk membunuh Rasulullah, berfikir yang dengan perbuatan buruk ini mereka boleh mencapai matlamat mereka. Tetapi Kehendak dan Kuasa Allah telah menyelamatkan Rasulullah dan telah membawa kepada perkembangan Islam dari hari ke hari dan menjatuhkan orang-orang Quraish dan orang-orang kafir.

Contoh contoh ini dan contoh-contoh yang lain membawa kita kepada kebenaran yang hukum dan peraturan alam ini berada di dalam tangan Allah, dan

49 apabita ia selaras dengan kehendakNya, Dia pun menghasilkan hukum yang baru untuk rnengaturi susunan yang sedia ada ini.

Dengan itu, fikiran dan kesedaran kita menuntut kita untuk merendahkan diri dan memperharnbakan diri di hadapafl Kuasa yang Agung dan Pemurah ini, mentaati Pencipta alam ini dan menjauhkan diri dari bertindak berlawanan dari apa yang diperintahkan olehNya. Tangan Allah yang Perkasa ini telah menggerakkan kita menerusi peringkat-peringkat yang berbeza dan telah membawa kita kepada kepandaian dan kebolehan yang ada sekarang ini. •Adakah waras bagi kita untuk melupakanNya?

Seorang yang mengenali Allah, mengakui yang dia mempunyai pembantu yang begitu berKuasa dan Waras. tidak akan risau sama sekali bila berhadapan dengan kesulitan. Masalah yang paling kompleks dan rumit boleh diselesaikan olehNya dan seterusnya dia boleh cuba untuk mencapai cita-citanya dengan keyakinan yang tidak berganjak dari keimanannya kepada AlIah, dia tidak akan risaukan sebarang halangan, kerana dia mengetahui yang dia berada di dalam perlindungan AIlah yang Maha Berkuasa yang akan membolehkannya untuk mengatasi sebarang masalah.

Beriman kepada Allah dan KuasaNya yang Tawhid membolehkan Rasulullah untuk memerangi kumpulankumpulan yang besar dengan sendirinya, untuk berdiri tegas di hadapan situasi-situasi yang sulit, supaya ia dapat membentuk struktur Tawhid dan program yang teratur untuk kehidupan• Dengan cara ini, dia berjaya menubuhkan kemanusiaan dan kemuliaan serta kebaikan.

Seorang manusia yang mana hatinya dipenuhi dengan keimanan kepada Pencipta alam ini, dan hati yang dipenuhi dengan rasa cinta kepada yang Haq tidak akan

sama sekali berasa keseorangan, bersedih diri, ataupun kekurang harapan dan Nur Ilahi sentiasa bersinar di sudut hatinya. Nyata sekali, manusia yang

50 begitu akan menyediakan dirinya sendiri untuk kehidupan yang lebih baik dengan tenaga yang tidak putus dan tanpa berasa letih sama sekali.

[11]

Dalam dokumen Usuluddin Aqidah Islam (Halaman 45-51)