• Tidak ada hasil yang ditemukan

RAHSIA PERBEZAAN DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Dalam dokumen Usuluddin Aqidah Islam (Halaman 65-72)

Sebab Perbezaan Di Dalam Makhluk-Makhluk Alam Ini

Sudah tentu sekali kamu telah mendengar dari hal kapal angkasa Apolo satu contoh yang sangat baik dari hal kemajuan manusia yang begitu menarik dan di dalam bidang sains dan teknolog. Ia membawa manusia tinggi dari awan di luar angkasa, dan

65 membenarkannya untuk menjejakkan kaki ke permukaan bulan dan membuka pintu ke dunia yang sebelum ini tidak diketahui daii dikenali oleh manusia. Memerhatikan bentuk kapal angkasa ini, kita akan melihat selonggok besar skru-skru dan warshe, kecil dan besar dan pelbagai alat-alat yang cantik, halus dan rumit, kapal angkasa pemberi arahan, kapal angkasa asli, kapsul asing yang mendarat ke permukaan bulan, bahagianbahagian untuk mendarat dan berlepas, sumber-sumber tenaga, alat-alat keselamatan dan kekalan makanan yang mencukupi, air dan Iain-lain keperluan. Setiap satu dari bahagian-bahagian ini mempunyai peranan-peranann ya yang tersendiri. Nyata sekali, jika tidak disebabkan oleh bahagian-bahagian yang berbeza ini, Apollo pasti tidakakan ujud dan ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rnanusia dalam perjalaiian ke bulan.

Contoh ini menunjukkan bahawa di dalam keseluruhan yang mana bahagian-bahagiannya adalah bersarnbung dengan satu sama lain dan berharmoni, perbezaan tidak dapat diketepikan.

Sekarang marilah kita lihat akan makhluk-makhluk alam ini untuk menunjukkan bahawa beraneka jenis bukanlah sia-sia belaka ataupun tanpa sebab yang jelas. Tanpa ragu-ragu. kecantikan dan kerumitan alam ini adalah disebabkan kepada bahagian-bahagian yang berbeza-beza dan beraneka dan kita tidak boleh rnenganggap jenis-jenis yang beraneka ini sebagai kosong dan tidak adil.

Di dalam pelajar yang sebelurn ini kita telah pun rnenunjukkan bahawa ketidakadilan ujud apabila semua mernpunyai hak-hak yang sama untuk menggunakannya dengaii saksama. tetapi perbezaan dibuat di antara mereka dan yang Iain-lainya. Walau bagaimanapun, bahagian-bahagian dunia ini Iangsung tidak ujud sebelum mereka dicipta, dengan itu mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk ujud sebelum mereka ujud yang membolehkan kita untuk berkata bahawa perbezaan di antara mereka rnenunjukkan

66 ketidakadilan. Sebenarnya, alam ciptaan ini berhutang kepada beranekajenis dalam keujudannya, dan jika tidak terdapat sebarang pelbagai jenis pasti tidak akan terdapat sebarang alam pun, apa yang akan ujud hanyalah satu uniformiti yang besar. Perbezaan ialah yang telah mengujudkan atom-atom, sistern-sistem solar, galaxi, pokok-pokok. turnbuhan-tumbuhan dan binatang-binatang.

Berpaling kepada kehidupan manusia yang berbagai jenis ini, kita dapat melihat bahawa manusia juga tidak dikecualikan dari prinsip asas pelbagai jenis dan bentuk ini. Jika kita memerhatikan kebolehan kepandaian dan kefahaman manusia yang berbeza-beza, dan bertanya mengapa mereka ini tidak sarna di dalam semua manusia dan sebelum ini kita perlu bertanya mengapa tumbuh-tumbuhan dan mineral-mineral tidak memiliki fakultifakulti yang tinggi. Kemudian barulah kita dapat lihat yang tidak satu pun daripada soalan-soalan ini yang dapat dibincangkan dengan baik, kerana soalan-soalan ini hanyalah boleh dtimbulkan bila hak-hak individu telah dijijak. Di dalam kes ini, tidak satu pun daripada syarat-syarat ini ujud sebelum ciptaan rnereka untuk membolehkan kita melihat perbezaan yang ujud di antara mereka sebagai sesuatu yang tidak adil.

Satu lagi faka untuk diberikan perhatian ialah Allah menuntut dari setiap orang menurut kebolehannya dan tidak seorang pun yang dirninta lebih daripada kuasa-kuasa fizikal dan mentalnya. Ini dengan sendirinya adalah keadilan.

Sebagai contoh, jika guru besar memberikan kertas peperiksaan kelas yang lebih tinggi kepasa salah satu daripada kelas-kelas yang lebih rendah ini adalah merupakan satu ketidakadilan. Walah bagaimanapun, jika beliau memberikan soalan yang mudah kepada kelas yang rendah dan soalan yang lebih susah kepada kelas yang tinggi, dengan itu tidak seorang pun yang boleh mengadu yang dia telah berlaku tidak adil. Sebaliknya perbuatan ini boleh dianggap adil dengan

67 sebarang maksud dari kata-kata itu.

Dengan itu, jika sernua benda-benda yang ujud diberikan perhatian dari satu pendapat, dan tugas-tugas mereka juga adalah sama, membezakan mereka dari sudut ciptaan adalah ketidakadilan. Tetapi kita tahu yang setiap tanggungjawab adalah selaras dengan kebolehan-kebolehan individu, dan dengan itu tidak akan terdapat ketidakadilan sebagai contoh,jika sebatang skru di dalam sebuah mesin patut menjalankan kerja yang sama sepertimana yang dijalankan oleh gigi-gigi roda yang besar yang menggerakkan roda yang lain untuk menjalankan mesin, maka ini adalah tidak adil, tetapi jika setiap bahagian perlu bekerja menurut bentuk dan kemungkinannya, dengan itu tidak terdapat sebarang ketidakadilan.

Tambahan lagi, kita percaya yang Allah adalah Maha Bijaksana dan Dia tidak melakukan sesuatu apa pun tanpa sebarang sebab ataupun untuk tujuan yang tidak baik, dan kita percaya yang alam ini mempunyai bentuk yang khas seperti tidak satu bintik kecil pun yang diujudkan tanpa pengiraan yang telah dibuat terlebih dahulu ataupun tanpa bentuk vang tertentu seperti yang telah kita terangkan dengan terperinci sebelum ini bila kita menunjukkan bahawa tidak ada sesuatu benda pun vang tidak terletak ditempatnva sendiri dan tiada terdapat sebarang kegunaan. Jika, di dalam heberapa hal, sesuatu benda itu pada zahirnva kelihatan tidak herguna langsung ataupun tiada berfungsi, sebenarnva ini adalah disebabkan oleh fitrah fikiran kita yang terbatas ini. fidak mengetahui akan sesuatu tidak pula bererti yang benda itu tidak ujud.

Kita boleh rnernbuat kesimpulan daripada ini, bahawa semua perbezaan di dalam benda-benda mempunyai beberapa tujuan yang baik, dan mereka semua adalah keseluruhannya berguna dan diperlukan di dalam sistem alam ini, walaupun kita rnungkin tidak dapat memahami hal ini dengan fikiran kita yang sempit lagi

68 terbatas ini. Mungkin ini dibangkang dan pembangkang.. pembangkangnva berkata yang semua individu-individu boleh memiliki ciri-ciri, kemahiran-kemahiran dan kebolehan-kebolehan yang sama, tetapi disebabkan oIeh kehendak-kehendak masvarakat, mereka terpaksa membahagikan pekerjaan-pekerjaan mereka di antara satu sama lain. jawaban yang dapat diberikaii ialah jika inilah halnya, orang-orang yang menginginkaii kehidupan yang mudah sudah tentu akan memilih pekerjaan yang paling mudah. dan pekerjaan-pekerjaan yang susah, buruh kasar dan tugas-tugas yang berat akan ditinggalkan dan tidak seorang pun yang ingin menjalankannya, kerana tidak seorang pun yafig bersedia untuk melaksanakannya, kerana semua mereka berfikir dengaii cara yang sama.

Roh manusia mesti melalui peringkat-peringkat yang tertentu demi untuk memperolehi kesempurnaan moral. perlahan-lhan, dengan tenang dan tidak tergopoh gapah, menerusi kesulitan daii kemudahan, merasai kepahitan dan kemanisan, rohnya kan menjadi sempurna.

Turun naik inilah yang mengajar manusia untuk bersabar. adakalanya dia adalah raja di dalam istana dan adakalanya dia terhurnban ke dalam lembah yang dalam Kegembiraan ialah seorang yang menggunakan apa saja situasi yang dihadapi oleh seseorang untuk menvembpurnakan jieanya. Jika dia seorang yang kaya, dia boleh mengikuti jalan kesempurnaan detigan niembantu orang-orang miskin dan anak-anak yatim dengan itu akan mamperolehi, jiWa kemanusiaan yang baik, walaupun dia boleh menggunakan kekayaanya untuk hidup dengan bersenang-lenang dan mewah tanpa menggunakan mereka untuk sebarang kegunaan spiritual.

Begitu juga, jika dia adalah seorang yang miskin selain daripada melanggar hak-hak ataupun harta benda orang lain, dia boleh berpuas hati dengan bahagiannya, bersabar dan menanam penghormatan diri sendiri, dengan itu menolak jauh

kesulitan-69 kesultian hidup dengan tangan yang aktif dan sabar. Dengan itu semua perbezaan-perbezaan di dalam kehidupan adalah merupakan cara-cara kesempurnaan dan kita perlu mengikuti jalan ini samada jalannya adalah sempit ataupun luas.

Ini tidak bermaksud yang kita mesti membebankan diri kita sendiri dengan kesulitan-kesulitan dan kesengsaraan-kesengsaraan. Adalah nyata yang ini mungkinlah begitu sulit kerana tidak akan menggunakan kebolehan-kebolehan tabii kita yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Apa yang kita maksudkan di sini ialah,jika kita mencuba dengan sedaya-upaya, tetapi tidak sampai kepada objektif kita, ataupun daripada kegembiraan kepada kemasghulan, kita tidak boleh menganggap diri kita sebagai tidak bernasib baik. Tetapi sebaliknya kita patut menganggap perbezaan, kesenangan, kesulitan, sebagai bidang-bidang yang baru untuk pembinaan jiwa dan dalam menggunakan akal untuk menahan dan memerangi kesulitan-kesulitan. Dengan cara ini kita boleh memperolehi keuntungankeuntungan yang paling besar untuk kekuatan spiritual kita. Seorang yang berkatakan begini tidak akan di dalam hidupnya menemui sesuatu yang berlawanan dengan prinsip keadilan dan tujuan, dan di mana sahaja dia, menoleh dia akan menemui kemenangan dan kegembiraan. Berkaitan dengan hal ini Al-Quran berkata:

“Dia meninggikan sebahagian daripada kamu ke atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikannya kepadamu.” (6:165)

Erti untuk mengujimu di sini ialah kita perlu menggunakan keadaan sekarang untuk kebaikan kita sendiri dan dengan itu, apa saja yang berlaku kepada manusia, ia adalah untuk pembesaran dan pendidikan jiWanya dan ini adalah merupakan Rahmat dan Keadilar Allah.

70 Inilah falsafah perbezaan dan berlainan jenis yang tidak Iangsung berlawanan dengan keadilah. Jika kita gagal untuk memahami setengah-setengah daripada kejadian-kejadian yang terjadi di dalarn dunia ini kita tidak boleh menganggapnya sebagai sesuatu yang salah dan tidak adil, kerana sistem ciptaan telah dibina dengar kukuhnya oleh tangan Allah yang Berkuasa yang mana langsung tidak terdapat sebarang ketidakadilan, dan apa saja yang dituntut olehNya dari kita adalah dari rasa cintaNya kepada sekelian makhlukNya.

Ini adalah satu kenyataan yang telah kita Iihat banyak kali dengan jelasnya di dalam benda-benda yang telah terjadi kepada kita danjuga kepada yang Iain. Adakalanya kita menganggap sesuatu itu buruk, tetapi selepas seketika kita sedar bahawa ia bukan sahaja tidak merbahaya, tetap:

ia juga adalah sangat baik. A1 Quran berkata;

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)

71

[15]

PERANAN NABI-NABI DALAM

Dalam dokumen Usuluddin Aqidah Islam (Halaman 65-72)