• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rajah 2.7: Taburan Peratusan Teleworkers di Eropah pada tahun 1999

2.9 Analisa Kos dan Faedah

penerbitan, pembangunan perisian dan telekomunikasi. (Murphy, E. 1996) Dari kajian terdahulu, hanya tiga pertubuhan sahaja yang menggunakan kaedah teleworking. Namun begitu, di dalam kajian kes tertentu seperti di Austria, terdapat beberapa konsep teleworking secara formal di rumah. Dalam beberapa sektor seperti perbankan, kewangan dan telekomunikasi, lokasi paling lazim yang mengaplikasikan teleworking ialah di dalam pusat-pusat panggilan di mana kebiasaanya berada berhampiran dengan tempat induk syarikat berkaitan.

Di dalam penggunaan perisian, lazimnya teleworking dilaksanakan untuk pembangunan sesuatu perisian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan SMEs menganggap bahawa teleworking dapat memberikan manfaat dari segi kemudahan dan fleksibiliti. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti serta mengurangkan masa perjalanan. Bagaimanapun, konsep teleworking mempunyai potensi ketara dalam ekonomi Malaysia kerana pada keseluruhannya, penerapan teleworking berbanding jumlah pekerja dalam SMEs masih amat sedikit, namun begitu pada asasnya, nisbah pekerja yang bersabit dengan teleworking adalah tinggi iaitu 128 jenis firma bagi setiap 1,000 pekerja dalam pertubuhan yang menggunakan kaedah teleworking.

Naib Presiden MIMOS, Dr. K.J. John, (1999) berpendapat bahawa konsep teleworking akan mampu melahirkan satu kumpulan tenaga kerja yang bersifat dinamik dan maju dengan sifat yang mempunyai nilai tambah tinggi berdasarkan tuntutan semasa. Penggubal dan pelaksanaan dasar menyedari bahawa teleworking dapat memberi keanjalan kerja dan mengurangkan masa perjalanan. Disamping itu, ia juga mampu mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti. Halangan utama bagi pelaksanaan teleworking ialah kekurangan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran. Maka, penggerak utama teleworking haruslah datangnya dari sektor swasta. Bagaimanapun, pengurus korporat menyatakan bahawa kerajaan merupakan penggerak utama untuk menggalakkan teleworking dalam sektor swasta.

2.9 Analisa Kos dan Faedah.

Analisis kos faedah merupakan kaedah yang digunakan bagi mengenal pasti kesan langsung daripada pelaksanaan teleworking terhadap firma-firma yang dikaji.

Penekanan secara pendekatan kuantitatif membolehkan kos dan faedah langsung dan tidak langsung yang terlibat dalam pelaksanaan teleworking dinilai dalam bentuk kadaran wang. Ia merangkumi beberapa data-data asas bagi sesebuah firma seperti kadar gaji pekerja, kadar penggunaan perkakasan komputer dan kadar sewa bulanan bagi ruang lantai pejabat, termasuk juga perkara lain yang tidak langsung seperti kesan kesesakan lalulintas dan peningkatan keberkesanan organisasi terbabit dalam penggunaan teknologi maklumat.

Di dalam kajian analisis kos faedah yang dijalankan terhadap firma-firma SMEs, kumpulan pengkaji menggunakan kriteria-kriteria yang digunakan oleh kajian terdahulu yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, terutama yang telah dibuat oleh Jack M.Niles dalam perisian JALA’s Simple Telework Cost-Benefit Analysis. Antara analisis yang terdapat di dalam perisian berkenaan ialah Telework Cost-Benefit Worksheets, Employer’s View-Home Based, Employer’s View-Telecentre dan Home- Based Employee’s View.

Kumpulan pengkaji pada amnya memberi tumpuan kepada kriteria-kriteria di dalam Employer’s View-Home Based kerana kajian yang dijalankan lebih menumpukan kepada pandangan majikan terhadap bekerja secara teleworking.

Data asas diperolehi dengan menggunakan kaedah soal selidik ke atas firma- firma terpilih berdasarkan sampel yang dibuat. Walaupun dalam keadaan sebenar, agak sukar bagi mengandaikan kos-kos yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung, kaedah soal selidik yang dilakukan telah mengenal pasti beberapa kos asas yang perlu sebagai panduan bagi permulaan pelaksanaan teleworking.

2.9.1 Kos Langsung.

Di dalam kategori ini, kos yang terlibat secara terus dengan pelaksanaan teleworking bagi sesebuah firma diambil kira. Ia berdasarkan andaian kos permulaan (marginal) terutama dalam penyediaan peralatan dan kemudahan awalan. Antara kos langsung yang terlibat dalam kategori ini adalah latihan tambahan, telekomunikasi, komputer dan sebagainya.

a) Latihan Tambahan

Latihan ini merangkumi latihan-latihan khusus yang diberikan kepada pekerja oleh pihak majikan terutama dalam latihan asas komputer dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat selain dari yang terlibat dalam pekerjaan seharian. Antara latihan yang diberikan ialah pengoperasian Windows 95, Windows 98 dan juga perisian Microsoft Office dan AutoCad.

b) Telekomunikasi

Kategori ini merangkumi kos penyediaan talian telekomunikasi baru yang diperlukan. Pada kebiasaannya talian telekomunikasi yang berasingan diperlukan supaya talian dibuat kepada sistem yang lebih khusus seperti ISDN, Intranet, internet, LAN dan sebagainya kerana di dalam pelaksanaan teleworking, jaringan telekomunikasi merupakan tunjang utama dalam cara bekerja di mana kerja-kerja harian pejabat dapat dilakukan secara interface dan on-line.

c) Komputer

Kos komputer merupakan segala kos yang terlibat di dalam penyediaan perkakasannya bagi sesebuah firma termasuk kos pembelian komputer baru tahunan dan penyelenggaraan komputer jika berlaku kerosakan dan sebagainya.

d) Penyelengaraan Komputer

Kos penyelenggaraan komputer lebih kepada aspek perkhidmatan yang perlu bagi pengoperasian komputer bagi sesebuah firma berkenaan. Contohnya ialah bayaran lesen tahunan bagi perisian-perisian yang digunakan.

e) Kos Perpindahan

Kos perpindahan pula merupakan kos-kos yang terlibat dalam segala aspek perpindahan di mana andaian terhadap perlunya firma-firma ini membuka pejabat baru di telecenter yang berdekatan dengan kawasan kediaman pekerjanya.

f) Sewaan Peralatan

Kategori ini cuba mengaitkan kos yang terlibat dalam sewaan peralatan di pejabat. Walaubagaimana pun, kategori ini agak sedikit kerana pada kebiasaannya firma-firma terbabit membeli peralatan-peralatan yang digunakan.

g) Pembinaan

Kos pembinaan pula melibatkan kos-kos pembinaan sesebuah tele-centre. Walaubagaimanapun, agak sukar bagi melihat secara keseluruhan kos ini kerana pada ketika ini masih tidak ada tele-centre yang telah dibuat di sini.

h) Sewaan dan Pembelian Perabot.

Kategori ini hampir sama dengan sewaan peralatan di mana ia cuba mengaitkan kos yang terlibat dalam sewaan dan belian perabot di pejabat. Walaubagaimana pun, kategori ini agak sedikit kerana pada kebiasaannya firma-firma terbabit membeli perabot yang digunakan pada tahun awal pembukaannya dan kos sewaan serta belian perabot secara tahunan dibuat secara tidak tetap.

i) Insuran

Pada kebiasaannya, sesebuah firma menyediakan insuran bagi perniagaan yang dijalankan. Ini sebagai persediaan bagi kemungkinan seperti berlaku kebakaran dan sebagainya. Selain itu, sesetengah firma juga turut menyediakan insuran kepada para pekerjanya. Ia merangkumi perlindungan kepada pekerja dalam masa bekerja, di mana sekiranya seseorang pekerja berkenaan ditimpa kemalangan dalam masa bekerja, kos perubatannya akan ditanggung oleh insuran yang disediakan oleh syarikat.

2.9.2 Kos Tidak Langsung

Secara amnya kategori kos tidak langsung merangkumi segala kos-kos lain yang terlibat secara tidak langsung dengan pelaksanaan teleworking bagi sesebuah firma diambil kira. Kos-kos ini wujud mengikut kepentingan sesebuah firma itu sendiri dan

ianya tidak dapat dikategorikan di dalam kos langsung. Antara contoh yang mungkin difikirkan sesuai dalam kategori ini seperti kos pengiklanan yang mungkin wujud hanya bagi firma-firma tertentu sahaja.

2.9.3 Faedah Langsung.

Di dalam kategori ini, faedah yang difikirkan terlibat secara terus dengan pelaksanaan teleworking bagi sesebuah firma diambil kira. Pada amnya faedah-faedah ini terhasil dari aspek self-motivation kepada para pekerja dan kepada firma itu sendiri. Antaranya ialah peningkatan keberkesanan pekerja. Ia merupakan pengertian kepada peningkatan kualiti kerja yang dihasilkan oleh keselesaan dalam melakukan kerja kepada pekerja. Selain itu, faedah langsung juga dilihat dari segi penurunan kadar cuti sakit. Perkara ini berkait rapat dengan keselesaan dalam melakukan kerja seharian. Dalam suasana kerja yang selesa dan kurang tekanan, pekerja lebih mampu menumpukan kepada pekerjaan yang dilakukan.

Kos langsung juga dikaji dari aspek menurunkan kos perubatan. Penurunan kos perubatan juga secara amnya berkait rapat dengan penurunan kadar cuti sakit yang diambil oleh pekerja. Di mana pada kebiasaanya para majikan menanggung segala perbelanjaan kos perubatan. Peningkatan keberkesanan organisasi lebih merujuk kepada peningkatan kualiti kerja yang dihasilkan oleh keselesaan dan fleksibiliti dalam melakukan kerja kepada pekerja. Andaian dibuat sekiranya setiap pekerja dapat melakukan kerja dalam keadaan dan kualiti yang terbaik, kesan dan faedah langsungnya ialah terhadap peningkatan kepada keberkesanan organisasi itu sendiri.

Dalam melakukan penilaian terhadap aspek ini, perkaitan rapat yang boleh dilihat ialah pada keselesaan dalam melakukan kerja. Dapat disimpulkan dalam suasana kerja yang selesa, tumpuan yang lebih dapat diberikan dan secara nalurinya pekerja kurang memikirkan untuk berhenti kerja dan mencari peluang kerja di tempat lain. Pelaksanaan teleworking juga membolehkan hanya sebilangan kecil pekerja bekerja di pejabat manakala sebahagian lagi boleh bekerja dari rumah atau pun tele-centre. Pada kebiasaannya majikan akan membayar sewa penyediaan tempat letak kereta, dan dalam keadaan pekerja yang bekerja di pejabat dengan bilangan yang kecil, semestinya kadar sewa yang perlu adalah rendah. Dari segi penurunan penggunaan ruang pejabat,

pelaksanaan teleworking membolehkan hanya sebilangan kecil pekerja bekerja di pejabat manakala sebahagian lagi boleh bekerja dari rumah atau pun tele-centre. Perkara ini mengaitkan ruang lantai pejabat yang perlu disediakan dalam ruang yang lebih kecil. Faedahnya sewa yang perlu dibayar adalah rendah.

2.9.4 Faedah Tidak Langsung.

Di dalam kategori ini, faedah tidak langsung yang terlibat dengan pelaksanaan teleworking bagi sesebuah firma diambil kira. Pada amnya faedah-faedah ini terhasil dalam kadar yang agak sukar untuk dinilai, antaranya ialah penurunan kadar penggunaan tenaga. Perkara ini berkaitan dengan ruang lantai pejabat yang perlu disediakan dalam ruang yang lebih kecil. Jadi dalam keadaan ruang kerja yang kecil dan pekerja yang sedikit, penggunaan tenaga elektrik adalah pada kadar yang rendah.

Pelaksanaan teleworking juga membolehkan hanya sebilangan kecil pekerja bekerja di pejabat manakala sebahagian lagi boleh bekerja dari rumah atau pun tele-centre. Di dalam situasi eadaan ini, bilangan kenderaan persendirian yang digunakan oleh pekerja dapat dikurangkan, dan penurunan bilangan kenderaan yang memasuki pusat bandar dapat mengurangkan kadar pelepasan asap kenderaan yang menjadi antara punca pencemaran udara.

Pelaksanaan teleworking juga membolehkan sebahagian pekerja bekerja dari rumah atau pun telecenter. Senario ini tidak memerlukan pekerja melakukan trip perjalanan harian yang biasanya dibuat dengan tempat kerja sekarang. Dalam kadar perjalanan yang rendah, iaitu hanya dalam lingkungan kejiranan yang terletaknya telecenter, pekerja dapat mengurang kos perjalanan. Senario bekerja secara teleworking tidak memerlukan pekerja melakukan trip perjalanan harian yang biasanya dibuat. Di mana, bilangan kenderaan persendirian yang digunakan oleh pekerja dapat dikurangkan, dan penurunan bilangan kenderaan yang memasuki pusat bandar dapat mengurangkan kadar kesesakan lalulintas.

BAB III