• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sumber: Michael Bloch, (1996) On the Road Of Electronic Commerce.

3.9.3 Ciri-ciri Sistem E-dagang.

Sistem e-dagang berasaskan kepada beberapa ciri-ciri yang menjadi agen penggerak utama di dalam penyusunan strategi pengurusan pelanggan. Di antaranya ialah aspek hubungan terus di antara pelanggan dan pembeli. Sistem ini juga memberi sokongan sepenuhnya terhadap pertukaran maklumat digital di antara pelanggan dan pembeli. Di samping itu, sistem e-dagang juga memberi sokongan terhadap tindak balas dinamik ke atas tingkah laku pelanggan. Sistem ini mampu dikemaskini mengikut

Kenalpasti Keperluan Mencari Sumber Menyusun masa/jangka waktu Perbelanjaan Mengguna. Mengekal, mengatur Mengatur dan Melengkapkan Mendapatkan pelanggan Menyusun masa/jangka waktu Memenuhi pesanan Sokongan pelanggan Aliran Proses Model E-Dagang (Perspektif Bersepadu) Penjual: Pertukaran Pembeli

kesesuaian masa dan mengikut perkembangan perubahan sekitar semasa. Secara keseluruhannya, sistem e-dagang lebih berorientasikan pengguna yang menggunakan sistem perdagangan elektronik (electronic commerce system). Sistem ini akan berhubung secara terus dengan pengguna akhir (end-customer) yang lebih dikenali sebagai sistem antara perniagaan dengan perniagaan (Business to Business System).

3.9.4 Skop E-dagang.

Secara amnya, pasaran e-dagang meliputi enam skop atau bidang utama iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, profesional dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan e-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998, jumlah pendapatan pengiklanan menerusi internet telah mencecah sehingga AS1.3 billion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah sebanyak AS$420billion. Dalam bidang pendidikan pula, jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini telah meningkat sehingga 2.2 juta penuntut pada tahun 1999. (Michael B, 1999)

Di dalam bidang professional pula seperti perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat sebanyak 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang kewangan pula menunjukkan pembelian aplikasi perbankan internet pada kadar AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini telah meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999.

Dari segi jaminan keatas pelanggan, antara setiap pengguna kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapai sebarang masalah apabila mereka menggunakan kad kredit mereka untuk membeli-belah menerusi internet. Dengan kehadiran penggunaan teknologi, barangan IKS akan lebih mudah dipasarkan dan dipasarkan melalui internet. Kehadiran teknologi enkripsi data seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET) membolehkan pengguna lebih selesa untuk melakukan pembelian menerusi internet. Antara alternatif lain pula ialah menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti net Trader, Cybercash dan Digicash yang membolehkan penghantaran wang menerusi talian tanpa menggunakan sebarang nombor kad kredit.

Selain itu, terdapat juga teknologi yang menyokong dan menambahkan keselamatan transaksi e-dagang termasuklah sistem kiptografi Public Key Infrastructure (PKI) dan sijil digital. Sijil digital ini bertindak seperti kad pengenalan yang akan mengesahkan identiti penjual dalam setiap transaksi e-dagang.

3.9.5 Faedah E-dagang.

Pelaksanaan e-dagang mempunyai pelbagai faedah samada kepada pembeli mahupun peniaga. Bagi sesebuah syarikat, pelaksanaan e-dagang membolehkan mereka melakukan transaksi jual beli dengan lebih cepat dan mudah. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan e-dagang ialah pemilikan kelengkapan ICT bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Selain itu, faedah penggunaan e-dagang dijangka akan melonjak tahun demi tahun sesuai dengan peningkatan penerimaan ICT di kalangan masyarakat. Namun begitu, terdapat halangan terhadap penerimaan e-dagang di kalangan pihak awam kerana pandangan yang menyatakan bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai sepenuhnya dari segi keselamatan berbanding cara asal manual perniagaan. (Goldmark, 1995)

Selain daripada pelaksanaan perniagaan yang lebih cepat, faedah lain ialah integrasi perniagaan. Pada pertengahan tahun 1990, e-dagang telah digunakan secara meluas di kalangan masyarakat negara-negara barat. Kini, e-dagang telah diakui sepenuhnya oleh beberapa syarikat antarabangsa dan pakar pemasaran sebagai salah satu aspek dalam perniagaan dan pemasaran. Segala kebaikan dan keuntungan menggunakan e-dagang merujuk kepada perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang saling berinteraksi.

Secara umumnya, pelaksanaan e-dagang mampu dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat dan tidak akan dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (imcompatibility) atau piawaian (standard) teknologi komunikasi. beberapa perkhidmatan telah ditawarkan oleh teknologi internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP. (Linus Lai, 2001) Teknologi ini telah diterimapakai sebagai piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer saling berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah menggunakan sebuah perisian Pelayar Web ( Web Browser) seperti Netscape Navigator dan Internet Explorer. (Linus Lai, 2001)

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat juga dapat membantu mengintegrasikan semua perkhidmatan syarikat tersebut dengan transaksi perniagaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan. Contohnya, apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut akan dihantar serta-merta kepada beberapa bahagian dalaman berkenaan seperi bahagian penjualan, logistik dan bahagian pembuatan.

3.9.6 Jenis-jenis E-dagang.

Berdasarkan pernyataan oleh Linus Lai, (2001), e-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu konsep di antara perniagaan dan perniagaan (Bussines to Business) dan perniagaan dan pengguna (Business to Customer).

i) Perniagaan dan Perniagaan (Business to Business).

Jenis perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan syarikat. Dalam konsep ini, hanya satu pihak bertindak selaku pembekal kepada pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar industri kecil dan sederhana seperti poduk makanan akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses pesanan barangan, penghantaran dan pembayaran.

ii) Perniagaan dan Pelanggan (Bussines to Customer).

Jenis yang kedua ialah perniagaaan dan pelanggan. Jenis ini melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk. Contohnya, sebuah pasaraya yang ingin menjual produk-produk kepada pengguna di mana mereka akan memesan satu atau dua produk melalui e-dagang. Secara tidak langsung konsep ini akan meningkatkan penggunaan e-dagang di kalangan pengusaha bagi memperkembangkan sesuatu produk syarikatnya. (Linus Lai, 2001)

Dari segi pelaksanaan transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis peniagaan dan perniagaan paling banyak memberikan faedah kepada sesebuah syarikat kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali dalam kuantiti yang banyak dan kerap berbanding konsep perniagaan dan pengguna akhir. Walaubagaimanapun perkara ini mungkin akan berubah apabila lebih ramai pengguna menggunakan e-dagang untuk berurusan dalam pembelian barangan seharian dan lain-lain keperluan.

3.9.7 Saiz Pelaksanaan Konsep E-dagang.

Menurut kajian oleh syarikat penyelidikan IntelliQuest’s Worldwide Internet/Online Tracking Service di Amerika Syarikat, (1999) hanya 12% pengguna internet menggunakan dagang di negara Asia. Bilangan ini agak mengecewakan kerana e-dagang berpotensi untuk diperkembangkan lagi pada masa hadapan. Tambahan pula, menurut kajian oleh Computer Intelligence di Amerika Syarikat, (1996) hanya 2% daripada 4.8 juta perniagaan yang berkomputer di seluruh dunia menggunakan e-dagang untuk menjalankan kesemua atau sebahagian transaksi perniagaannya.

Menurut perangkaan terkini oleh IDC, (2001) saiz pengguna internet di seluruh Asia akan meningkat kepada lebih 200 juta pengguna melalui sambungan dail terus dan seramai 17.5 juta lagi dijangka akan menggunakan sambungan tetap seperti talian sewa (leased line). Dua syarikat penyelidik iaitu Forester Research dan Cowles Simba di United Kingdom telah melaksanakan penyelidikan mengenai profil pengguna yang menggunakana e-dagang menerusi internet. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan pembeli terdiri dari kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan sebanyak RM50,000 setahun dan berusia lebih dari 30 tahun. Hasil kajian yang sama juga menjangkakan bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat 10 peratus setiap tahun bermula daripada AS$800 juta pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion pada tahun 2002. (Linus Lai, 2001)

Kesedaran oleh beberapa syarikat besar mengenai e-dagang membolehkan jangkaan nilai faedah pada tahun 2002 melonjak kepada AS$4546 bilion dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat setiap tahun. Di samping itu, sokongan daripada media amat penting dalam memperkenalkan e-dagang menerusi internet dan juga kaedah elektronik seperti televisyen interaktif dan telefon berskrin. Situasi ini dibuktikan oleh tahap penjualan komputer di mana pada tahun 1998, jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris dijual dengan menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.2 juta dikuti oleh produk pengguna (AS$186 juta), majalah dan buku (AS$38.3 juta) dan produk hiburan muzik (AS$35 juta). (Michael Bloch, 1999)

3.10 Kesimpulan.

Berdasarkan perkembangan semasa ICT dan penerapan terkini e-dagang, dapat dirumuskan bahawa penerapan teknologi maklumat mampu dilihat dalam perspektif makro iaitu dalam rangka pencapaian dasar pembangunan seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar. Perkembangan dalam e-dagang membolehkan firma-firma SMEs lebih berdaya saing. Melalui konsep ini, firma SMEs mampu memperkembangkan pasaran dan memudahkan urusan penghantaran dan pembelian barangan yang sering menjadi halangan kepada syarikat. Teknologi ini membolehkan firma-firma melampaui sempadan geografi dan masa serta meningkatkan fleksibiliti. Konsep e-dagang juga dianggap semakin diterima sebagai satu kaedah yang menarik aktiviti-aktiviti ekonomi berteraskan teknologi komunikasi maklumat ke kawasan luar bandar dan sekaligus akan memperkembangkan SMEs selaras dengan perkembangan industri utama. Secara tidak langsung, perkembangan ICT dapat memberi sumbangan kepada pembangunan kawasan tertentu.

BAB IV