• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbandingan Penggunaan Internet antara Negara Asia. % Populasi

Negara 1997 1998 Australia 6.7 24.2 China 0.001 0.1 Hong Kong 7.9 13.4 Japan 6.32 11.1 Malaysia 0.15 0.3 New Zealand 9.1 15.8 Philippines 0.01 0.03 Korea Selatan 1.53 3.9 Taiwan 5.0 12.9

Sumber: NUA Internet Surveys, 1999.

3.8 Dasar-dasar Berhubung Perkembangan ICT di Malaysia.

Di negara Malaysia, terdapat beberapa dasar berhubung dengan perkembangan ICT seperti Undang-Undang Siber, Dasar Telekomunikasi, Dasar Teknologi Maklumat dan Pelan Pembangunan.

3.8.1 Undang-Undang Siber.

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu rangka perundangan yang komprehensif untuk menggalakkan pelaburan dan perniagaan dalam industri multimedia dan penggunaan aplikasi multimedia di dalam perkembangan Koridor Raya Multimedia. Dalam tahun 1997, tiga akta siber telah digubal di bawah peruntukan Akta Hakcipta 1997. Akta-akta tersebut ialah Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Teleperubatan 1997. (Norsaidatul Akmar Mazelan, 1999)

Akta Tandatangan Digital 1997 telah menyediakan satu sistem pengesahan di mana tandatangan digital boleh diterima bersamaan dengan tandatangan bertulis, cap jari atau pengenalan lain bagi pengesahan sesuatu transaksi elektronik atau komunikasi. Akta Jenayah Komputer 1997 pula menyediakan peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh rakyat atau penduduk tetap negara Kemudian, pada tahun 1998, dua lagi akta telah diluluskan iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA 1998) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Kedua-dua akta ini digubal bagi menggantikan Akta Komunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988.

CMA 1998 bertujuan untuk menyediakan satu set peruntukan-peruntukan kawalan yang berasaskan kepada definisi mengenai perkhidmatan dan aktiviti yang berangkaian. Akta ini juga menyediakan beberapa peruntukan khas berkaitan dengan media tradisi yang mungkin memberikan kesan produktif kepada pembangunan industri komunikasi dan multimedia.

3.8.2 Dasar Telekomunikasi di dalam Rancangan Malaysia ke Tujuh (RM 7).

Kerajaan Malaysia juga telah menggariskan beberapa dasar berkaitan telekomunikasi terutama di dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT). Tujuan dasar ini ialah mempercepatkan pertumbuhan serta kecekapan produktiviti bagi memenuhi permintaan pengguna. Selaras dengan perkembangan pesat teknologi maklumat, tumpuan perkembangan telekomunikasi juga telah berubah daripada menyediakan telefon asas kepada perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah seperti integrasi pelbagai media, suara, teks, data, grafik dan gambar. Contoh paling asas yang diaplikasikan ialah pengeluaran lesen kepada pengusaha baru untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian asas, laluan antarabangsa, radio awam darat bergerak, satelit dan Very Small Aperture Terminal (VSAT). Di samping itu, peraturan bagi perkhidmatan alat kelui, selular dan perkhidmatan nilai tambah lain telah dilonggarkan untuk menggalakkan persaingan dan meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan tersebut.

3.8.3 Dasar Teknologi Maklumat di dalam Rancangan Malaysia ke Tujuh.

Di dalam tempoh RM7, usaha yang lebih bersepadu telah diambil bagi memperkukuhkan asas membentuk masyarakat dan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Memandangkan peranan ICT yang strategik untuk mencapai matlamat ini, beberapa langkah dan daya usaha utama akan diambil untuk memperluaskan rangkaian dan perkhidmatan infrastruktur maklumat yang terdapat di seluruh negara. Contohnya dengan pelaksanaan Dasar Teknologi Maklumat bagi memperkembangkan lagi penggunaan teknologi maklumat di Malaysia terutama kepada sektor awam dan swasta.

3.8.4 Pelan Tindakan ICT Nasional.

Bagi memastikan perancangan dan pengurusan teknologi maklumat selaras dalam pembangunan ICT di negara ini, Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (MTMK) telah merangka satu pelan tindakan nasional. Pelan ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan di negara Malaysia sebagai pusat ICT serantau dan menggariskan skop,

saiz serta jadual ke atas rancangan dan program semasa. Selain itu, pelan tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti infrastruktur sokongan yang diperlukan dari segi pendidikan dan latihan serta rancangan pembangunan sektor awam dan swasta. (RM7)

3.8.5 Perjanjian Teknologi Maklumat Antarabangsa ( ITA )

Selain melaksakan beberapa dasar dan pelan tindakan, kerajaan Malaysia juga telah bersetuju untuk menyertai satu perjanjian Teknologi Maklumat Antarabangsa (ITA) pada bulan Mac 1997. Selepas memperolehi komitmen daripada Quads dan rakan perdagangan, Malaysia bersetuju bahawa fleksibiliti dari segi tempoh perkembangan yang lebih panjang sehingga tahun 2005 akan diberi kepada kemasukan barangan perisian dan produk ICT dalam negara. Sehingga kini, terdapat sebanyak 40 buah negara menjadi peserta perjanjian ini. Kebanyakannya merupakan negara perdagangan yang merangkumi lebih 90% daripada jumlah perdagangan ICT di dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Taiwan, Hong Kong, Iceland, Indonesia, Korea, Norway, Singapura, Switzerland, Republik Slovak, Turki, Thailand, Romania, Macau, Republik Czech, India, New Zealand, Estonia dan Israel.

Perjanjian ini juga melibatkan penghapusan tarif duti menjelang tahun 2000 terutama barangan yang berkaitan dengan produk ICT yang merangkumi komputer, semikonduktor, kelengkapan telekomunikasi, kelengkapan pembuatan semikonduktor, kelengkapan sains berasaskan komputer dan bahagian perisian. Secara tidak langsung, Malaysia telah memperolehi kecenderungan dalam potongan ta’rif sehingga tahun 2003 bagi barang semikonduktor dan potongan tarif sehingga tahun 2005 bagi gentian optik dan kabel kuprum dan juga beberapa alat telekomunikasi. WTO telah menganggarkan bahawa jumlah perdagangan produk ICT secara global adalah kira-kira US$600 bilion dan negara Malaysia merupakan antara pedagang penting dalam produk ICT dengan jumlah eksport Malaysia pada tahun 1998 ialah RM73.1 bilion sementara jumlah import ialah RM59 bilion.

3.9 Konsep E-dagang di Malaysia.

Konsep e-dagang di Malaysia merupakan satu konsep pelaksanaan aspek perdagangan dengan menggunakan talian komunikasi terkini seperti talian internet dan fiber optik. Terdapat beberapa definisi yang dikeluarkan oleh pihak tertentu mengenai konsep e-dagang.

3.9.1 Definisi E-dagang.

Pelbagai definisi e-dagang yang telah dibuat mengikut pandangan sektor dan agensi tertentu dan tiada garis panduan yang menyeluruh bagi menyatukan definisi e-dagang ini. Definisi tersebut dikeluarkan oleh pihak tertentu mengikut kesesuaian perkhidmatannya.

i. Inter-Agency Task Forceon Electronic Commerce (ISTFEC), Malaysia

Syarikat ini merupakan sebuah firma berasaskan ICT dan mengaplikasikan cara kerja e-dagang sebagai perniagaan transaksi dengan menggunakan jaringan komputer, pemprosesan elektronik dan perpindahan data. Secara umumnya, ia merupakan cara perniagaan melalui pelaksanaan pengurusan menggunakan jentera kawalan secara elektronik (jaringan komputer).

ii. Center for Information Technology and Management, University of California, Berkeley, USA

Pusat teknologi maklumat di Amerika Syarikat ini pula menyatakan bahawa e-dagang sebagai satu bentuk pembelian dan penjualan maklumat, barangan dan perkhidmatan melalui jaringan komputer. (Michael Bloch, 1996)

iii. The World Trade Organization (WTO)

Selain definisi di atas, pertubuhan dunia WTO pula mendefinisikan e-dagang sebagai satu bentuk kemudahan untuk mengeluarkan barangan, pengiklanan, jualan dan pengagihan pasaran barangan menggunakan jaringan telekomunikasi seperti internet. Penggunaan teknologi elektronik dalam sektor industri juga diaplikasikan khusus seperti telefon, televisyen, pembayaran elektronik dan sistem pemindahan wang dan Pemindahan data Elektronik (Elektronic Data Interchange).

Secara keseluruhannya, perdagangan elektronik ataupun e-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya “Electronic Commerce” adalah sebuah sistem perniagaan yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya komunikasi canggih yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan pengeluar sijil pengesahan digital.

E-dagang juga terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri. Contohnya seperti Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), internet, Pensijilan Digital (Digital Certificate), Tandatangan Digital (Digital Sign), wang digital (Digital Money), Tabung Kewangan Elektronik (Electronic Funds Transfer), Katalog Elektronik (Electronic Catalogs), Jaringan Dalaman (Intranets) dan Kod Bar (Bar code).

3.9.2 Model E-Dagang

Secara keseluruhannya, pelaksanaan e-dagang berasaskan kepada pembentukan model e-dagang. Model e-dagang merupakan model yang diaplikasikan dari perspektif pembeli dan penjual yang menggunakan model kitaran. Pelaksanaan model ini bergantung sepenuhnya kepada pusingan kitaran dari penjual dan pembeli dan dilaksanakan secara proses aliran.

hidup dan ia boleh digunakan dalam fasa-fasa transaksi perdagangan.