• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rajah 2.1: Asas Talian Komunikasi Secara Global

2.4 Konsep Teleworking dan Perkembangannya

Jadual 2.1: Perkembangan Ruang Pejabat di Lembah Klang (2002-2008)

Tahun Kenaikan (Kaki Persegi) Peratus %

2002 28,247 0.00 % 2003 43,147 52.75 % 2006 50,347 16.69 % 2007 556,947 1006.21 % 2008 1,057,047 89.81 % Jumlah: 1,735,735

Sumber:- Rahim & Co Research Sdn Bhd, 1997.

Pertambahan ruang pejabat di atas mencatatkan kenaikan antara tahun 2002 hingga tahun 2008. Dianggarkan pada tahun 2002 akan mencatat kadar ruang pejabat sebanyak 28,247 kaki persegi dan akan meningkat setiap tahun. Unjuran menunjukkan pada tahun 2008 pula akan mencatatkan kadar kenaikan kadar ruang pejabat sehingga 1,057,047 kaki persegi.

2.4 Konsep Teleworking dan Perkembangannya.

2.4.1 Definisi.

Pada awalnya Teleworking dikemukakan oleh Jack Niles, Pengarah IT di Centre for Future Research, University of Southern California, U.S. (Goodrich,1990). Kemudian konsep ini dipopularkan oleh Francis Kinsman melalui bukunya “The Telecommuters (John Willey & Sons, 1987). Ia semakin popular di Eropah melalui penggunaannya oleh beberapa perwakilan Eropah.

Teleworking membawa maksud penggunaan komputer dan telekomunikasi untuk melakukan kerja pejabat di luar kawasan pusat bandar dan pejabat utama. (Robert E. Kraut, 1991). Selain itu terdapat juga pernyataan lain mengenai ide teleworking iaitu cara kerja yang dihasilkan oleh individu samada majikan, pekerja sendiri dan pekerja di rumah serta keutamaan kepada faktor lokasi berbanding cara kerja sedia ada yang mementingkan cara kerja bersemuka. (Trade Union Congress, UK, 1996). Maka ia boleh didefinisikan sebagai cara kerja jarak jauh dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi di lokasi tertentu.

; Telecommuting atau Teleworking adalah merujuk kepada pilihan bekerja untuk pekerja berasaskan maklumat mampu bekerja di luar dari pejabat utama sama ada bekerja secara tetap atau sementara.

; Teleworking juga ialah sebarang pertukaran maklumat melalui sistem telekomunikasi iaitu kerja datang kepada pekerja, bukannya pekerja yang datang mencari kerja.

; Teleworking ialah bekerja bukan pada tempat lazimnya iaitu di pejabat utama, sehari dalam seminggu, sama ada di rumah atau di pusat kerja (telecenter).

a. Definisi Pekerja Berasaskan Maklumat.

Secara umumnya, pekerja berasaskan maklumat merupakan pekerja-pekerja yang secara asasnya menggunakan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi seperti komputer, faks, e-mail, modem dan lain-lain lagi.

b. Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Teknologi maklumat dan komunikasi pula merupakan permulaan dari satu proses dan teknologi bersepadu untuk memperolehi, memproses, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam bentuk suara, gambar, teks dan maklumat berangka (berdigit) dengan menggunakan peralatan elektronik dan telekomunikasi. Teras ICT ialah teknologi elektronik, penggunaan komputer dan teknologi komunikasi. Terdapat tiga bentuk perhubungan ICT iaitu melalui satu hala, dua hala dan sebaran umum. Hubungan ini merujuk kepada hubungan manusia dengan mesin, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.

c) Kawalan Berasingan (Remote Location).

Konsep ini termasuk di dalam senarai pejabat satelit yang berkemungkinan jauh dari tempat terletaknya organisasi induk, telecenter yang biasanya ditempatkan di kawasan-kawasan perumahan, bergerak atau pelbagai tempat sebagaimana yang dilakukan oleh jurujual dan kakitangan teknikal.

Terdapat beberapa penggunaan teknologi yang penting di dalam memastikan penerapan teleworking dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya ialah “Open e-mail” yang menggunakan internet untuk menghubungkan dunia digital luar dan ke pejabat. Konsep World Wide Web pula merupakan matlamat asas untuk perkongsian maklumat yang menggunakan halaman web. Penggunaan seterusnya ialah Online Discusssion Conferencing di mana perbincangan secara terbuka dilaksanakan dengan menggunakan e-mail, video-sidang, tele-sidang dan bersemuka melalui teknologi komunikasi.

2.4.2 Perkembangan Teleworking.

Secara umumnya, teleworking merujuk kepada penggunaan maklumat asas seperti pemprosesan peralatan (PC, modem dan pencetak) yang menghubungkan antara syarikat dan individu dan mampu mencapai sehingga beratus malahan beribu kilometer jaraknya melalui rantauan tempatan mahupun antarabangsa. (Peter Johnston, 1995). Kini terdapat lebih dari satu juta pekerja berasaskan teleworking di United Kingdom dan dijangkakan akan meningkat sehingga 52% dari keseluruhan populasi penduduk menjelang tahun 2010. (Peter Johnston, 1995).

Di Amerika Syarikat pula terdapat sebanyak tujuh juta pekerja berasaskan teleworking, 150,000 di Jerman, 560,000 di Britain, 215,000 di Perancis dan 80,000 di Itali. (Peter Johnston, 1995). Penerapan ide teleworking ini telah berkembang dengan pesatnya di Amerika Syarikat, Eropah dan Australia. Di Amerika Syarikat, dianggarkan terdapat sebanyak 24.5 juta bekerja secara teleworking, ini termasuk mereka yang bekerja secara tetap dan sementara. Jumlah ini merangkumi 10 peratus dari jumlah pekerja di Amerika Syarikat. (Simmins, 1997). Di United Kingdom pula terdapat sebanyak 1.2 juta pekerja yang bekerja secara teleworking iaitu merangkumi 5 peratus dari jumlah pekerja. Di Belanda pula terdapat 537,400 bekerja secara teleworking yang merangkumi 2.1 peratus dari tenaga kerja keseluruhan. (Simmins, 1997)

Terdapat beberapa tanggapan bahawa teleworking hanya merupakan kaedah kerja untuk individu perseorangan secara terasing. Namun begitu kenyataan ini adalah tidak benar kerana bentuk kerja yang sedang muncul masa kini lebih menjurus ke arah kerjasama melalui jaringan bekerja. Perhubungan pekerja dengan pejabat utama adalah menjadi kelaziman dan perhubungan dengan pelanggan juga berjalan dengan biasa.

Berdasarkan kajian terdahulu juga menunjukkan beberapa fakta mengenai perkembangan teleworking.

a) Terdapat 41 juta pekerja di Amerika Syarikat yang bekerja di rumah (home-based workers). (Gordon Report, 1994). Seorang pengkaji bernama Ken Roberston pula meramalkan bahawa terdapat seramai 9 juta pekerja berasaskan teleworking di Amerika Syarikat.

b) Terdapat melebihi 1.5 juta surirumah di Kanada yang merangkumi 14.7% dari keseluruhan surirumah bekerja di rumah. Ini menunjukkan peningkatan sehingga 118,000 dari tahun 1993. Separuh atau 57% dari bilangan tersebut merupakan ketua keluarga yang berumur antara 25 hingga 44 tahun. Kebanyakan mereka menetap di kawasan populasi yang tinggi (> 100,000) atau di luar bandar (<1,000). (Globe and Mail, Jun 1995)

c) B.C. System merupakan sebuah Syarikat British Columbia Crown yang menggalakkan pekerjanya bekerja di rumah dalam tempoh masa tertentu. Dengan purata 1.67 hari per minggu, seorang pekerja akan terlibat dalam kerja teleworking dengan jarak antara 2,500 hingga 3,000 setahun. (Globe and Mail, Jun 1995)

d) IBM Kanada juga menawarkan cara kerja teleworking melalui pelaksanaan lokasi kerja fleksibel dengan melibatkan bilangan pekerja sebanyak 1,000 dalam tempoh dua tahun. (Gaby Speaker/Hans-Juergen Weissbach, 1993)

2.4.3 Ciri-Ciri dan Panduan Teleworking.

Merril Lynch, (1995) telah menyatakan beberapa ciri-ciri mengenai pemilihan sektor pekerjaan yang sesuai dengan penerapan teleworking. Ciri-ciri tersebut ialah menjalankan urusan dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat. Pekerja juga kerap menggunakan urusan melalui telefon dan hampir sepenuhnya kerja dijalankan dengan menggunakan komputer. Ciri-ciri kerjanya juga kurang melibatkan pertemuan dengan pihak atasan dan berorientasikan projek iaitu mempunyai rangka kerja. Selain itu, sektor pekerjaannya tidak memerlukan sokongan yang kompleks dan memadai dengan sedikit pengawasan dan penggunaan pelbagai peralatan. Cara kerjanya juga boleh diselesaikan dengan cara perseorangan.

Bagi seorang pekerja sebuah firma samada swasta mahupun kerajaan, untuk melaksanakan teleworking, mereka perlu berteraskan kepada ciri-ciri pekerja yang sesuai dengan cara kerja teleworking serta mampu menghasilkan kualiti kerja yang sempurna. Jadual 2.2 di bawah menunjukkan ciri-ciri pekerja yang melaksanakan teleworking dan kualiti pekerja berasaskan teleworking.

Jadual 2.2: Ciri-ciri dan Kualiti Pekerja Berasaskan Teleworking. Ciri-ciri Pekerja Teleworking. Kualiti Pekerja Teleworking. Selalu inginkan pembaharuan Mempunyai disiplin yang tinggi Mempunyai motivasi yang tinggi dan

Kendiri yang teguh

Mempunyai motivasi

Kreatif Mampu membuat kerja dengan sedikit

pengawasan dari majikan

Selalu mencipta benda baru (inovatif) Komited dengan pekerjaan di rumah Selalu respon kepada perubahan

semasa

Membuat kerja secara teratur

Tidak cerewet Dapat menyeimbangkan antara urusan kerja dengan urusan harian

Berorentasikan pencapaian keputusan Seorang penghubung yang baik Berpendidikan tinggi

Tidak bergantung dengan orang lain Mudah dihubungi

Sumber: Kelly, 1998, Goodrich, 1990.

Selain dari senarai di atas, pelaksanaan teleworking juga mampu memberi beberapa kelebihan terutama kepada seseorang pekerja mahupun organisasi. Ia bergantung kepada jenis dan tahap keupayaan pekerja tersebut kerana cara kerja teleworking perlu selaras dengan cara kerja semasa sesebuah firma. Maka, jadual 2.3 di bawah menunjukkan kelebihan melaksanakan teleworking yang mampu diperolehi samada kepada pekerja mahupun firma tersebut.

Jadual 2.3: Kelebihan Teleworking Dari Perspektif Pekerja dan Organisasi.