• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jenis Teleworking Mengikut Pernyataan oleh Ursula Haws. Jenis Teleworking

Sumber: Kelly, 1998, Goodrich, 1990.

Teleworking juga mampu memberi kelebihan dari pelbagai perspektif di mana ia berdasarkan kepada bidang yang terbabit samada alam sekitar, pengangkutan dan kekeluargaan. Jadual 2.4 di bawah menunjukkan kelebihan teleworking dari pelbagai perspektif.

Jadual 2.4: Kelebihan Teleworking Dari Pelbagai Perspektif.

Bidang Respon Teleworking

Alam Sekitar a. Mengurangkan pengeluaran bahan pencemar seperti asap kenderaan.

Pengangkutan a. Mengurangkan kesesakan bandar. b. Menjimatkan kos minyak dan penyelenggaraan. Kekeluargaan a. Merapatkan hubungan kekeluargaan.

b. Penjagaan anak-anak lebih sempurna serta memberi lebih perhatian.

Sumber: Kelly, 1998, Goodrich, 1990.

Pelbagai perspektif mengenai teleworking merupakan pandangan yang sering kontra samada dari pelbagai pihak. Ini kerana kebanyakan pihak terbabit mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berbeza mengenai konsep teleworking. Tambahan pula, penerimaan teleworking berpandukan kepada tahap pengetahuan mengenainya. 2.4.4 Jenis Teleworking.

Berdasarkan pernyataan oleh Ursula (1996), beliau mengklasifikasikan jenis teleworking mengikut kesesuaian lokasi, cara kerja dan jenis firma. Ia juga berdasarkan lokasi di rumah kepunyaan pekerja yang melibatkan kemahiran dan kepercayaan pofesional atau pekerja eksekutif serta sebagai pekerja yang diupah. (rujuk Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Jenis Teleworking Mengikut Pernyataan oleh Ursula Haws. Jenis Teleworking Multi locational teleworking lokasi di rumah dan melibatkan kemahiran dan kepercayaan Telehomeworking - lokasi di rumah dan melibatkan tahap kemahiran sederhana. - cara offline. Freelance Teleworking - lokasi di rumah dan diupah oleh pelbagai majikan dan pekerjaan. Mobile temeworking - pengunaan teknologi dengan bergerak. - eksekutif dengan

Sumber: Ursula Haws, (1996)

Jenis yang dinyatakan melalui rajah di atas merupakan kategori oleh Ursula Haws di mana beliau mengklasifikasikan mengikut jenis kerja dan firma yang telibat. Tambahan pula, bagi mengenalpasti jenis teleworking, ia bergantung kepada jenis kerja dan perkhidmatan yang diberi oleh seseorang pekerja kerana tidak semua jenis firma atau pekerja sesuai untuk melaksanakan teleworking. Kebanyakan jenis pekerja yang layak melaksanakan teleworking lebih kepada pekerja berasaskan perkhidmatan dengan berpandukan kepada penggunaaan teknikal.

Lokasi di pejabat tertentu - melibatkan jarak samada premis majikan atau telecottage. Telecenter

- ruang bekerja yang komersil dengan kemudahan teknologi tinggi jarak samada premis majikan atau telecottage.

- lokasi samada di rumah atau telecenter - Berasaskan jarak terdekat dengan pekerja. Telecottages - lokasi di pinggir bandar / kampung. - tumpuan dalam penyediaan teknologi dan kemahiran bersesuaian dengan kerja di pinggir bandar Televillages - cara membangunkan keseluruhan komuniti dengan cara kerja dan suasana rumah dengan sokongan teknologi maklumat. - individu yang

mementingkan kualiti dan hubungan jaringan

Jenis yang pertama ialah multi lokasi teleworking di mana kaedah kerja ini berasaskan lokasi di rumah kepunyaan pekerja dan melibatkan kemahiran serta kepercayaan pofesional atau pekerja eksekutif. Kebiasaannya cara kerja ini dilihat sebagai pekerja yang diupah. Jenis seterusnya ialah telehomeworking di mana kaedah kerja ini berasaskan lokasi di rumah. Ia juga melibatkan tahap kemahiran yang sederhana. Pekerja akan dibayar berdasarkan kemampuan dan kebiasaannya ialah pekerja perempuan. Kaedah kerja ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu pekerja yang bekerja di rumah sebagai sebahagian cara kerjanya, kedua ialah mereka yang sepenuhnya bekerja di rumah dan ketiga ialah pekerja yang bebas samada bekerja di rumah atau di mana sahaja. Kebiasaannya mereka mengamalkan cara “off-line teleworkers” iaitu pertalian pejabat utama hanya apabila perlu.

Jenis seterusnya ialah Freelance Teleworking di mana pekerja akan bekerja di rumah tetapi diupah oleh pelbagai majikan atau pekerjaan. Cara ini merupakan lanjutan dari cara kerja yang bebas seperti jurubahasa, penulis, pereka bentuk dan juruteknik komputer. Ia merupakan kontra dari tele-homeworker iaitu mereka yang bekerja dengan pelbagai pelanggan, dan bekerja secara berkumpulan samada berdua atau bertiga. Cara kerja mobile teleworking lebih menggunakan teknologi terkini dengan cara kerja bergerak seperti jurujual, inspektor dan jurutera penyelenggaraan. Ia juga melibatkan ramai eksekutif dengan sokongan komputer peribadi (laptop) dan telefon bimbit.

Mereka akan menggunakan kemudahan teknologi yang terkini seperti faxmailbox, perkhidmatan menghantar pesanan dan akses yang dikawal. Kebanyakan mereka adalah golongan lelaki dan bertindak selaku majikan. (Stanworth, 1998). Contohnya ialah pekerja British Gas yang bekerja dengan menaiki van dari satu tempat ke satu tempat.

Foto 2.2: Penggunaan Peralatan Komunikasi.

Sumber: www.homeworking.com

Foto 2.1: Peralatan komputer dalam cara kerja teleworking.

Terdapat juga cara kerja teleworking di lokasi pejabat tertentu dan jarak tertentu, samada premis di majikan subkontraktor atau telecottage. Ia melibatkan lokasi samada antara pusat kerja, bandar, wilayah atau lebih global. Antara jenis lokasinya ialah telecenter, telecottage dan televillage. Lokasi tertentu bekerja akan dipilih samada di kalangan pekerja sendiri ataupun pihak majikan. Namun begitu, kebiasaannya ia akan dipilih di kalangan pekerja.

Pusat kerja telecenter merupakan lokasi yang membolehkan pekerja bekerja tanpa pergi ke pejabat konvensional. Lokasi ini menyediakan ruang bekerja komersil yang diurus dengan baik, selamat dan tidak diganggu. Kemudahan yang berkeupayaan

tinggi seperti teknologi maklumat juga disediakan. Pekerja boleh berhubung dengan majikan, rakan sekerja dan pelanggan dengan mudah (Simmins, 1997) selain itu ia juga boleh memilih di rumah sendiri atau telecenter (Simmins, 1997). Mereka boleh ke lokasi yang paling mudah dengan pengangkutan awam. (ETO, 1997).

Pusat kerja telecottages pula merupakan lokasi kerja di pinggir bandar atau di kampung. Pergerakan telecottage bermula di Scandinavia dan kini menular di seluruh Eropah. Contohnya di Ireland, Perancis, England, Wales dan Scotland. Tumpuan utamanya ialah menyediakan teknologi dan kemahiran yang bersesuaian terhadap kerja di pinggir bandar. (TAI

Teleworking, 1995).

Konsep televillages pula merupakan lanjutan dari konsep telecottage dan perubahan cara hidup. Ide ini merupakan cara untuk membangunkan keseluruhan komuniti yang berasaskan cara kerja masa kini. Cara kerja ini disokong oleh suasana

Foto 2.3: Peralatan di telecenter

Sumber: www.homeworking.com

Foto 2.4: Penggunaan Komputer di Telecenter.

rumah yang mempunyai perabot dan peralatan teknologi maklumat. Kebiasaannya pekerja ini tergolong dalam individu yang mementingkan kualiti dan mempunyai hubungan dengan lebuhraya maklumat. (TAI Teleworking, 1995).

2.4.5 Jenis Pekerjaan Berasaskan Teleworking.

Secara amnya, konsep bekerja melalui teleworking tidak semestinya sesuai untuk semua jenis pekerja dan pekerjaan (Wood, 1993). Di samping itu, organisasi terutamanya pihak pengurusan harus memilih individu yang sesuai dan pekerjaan yang boleh dilakukan secara teleworking dan telecommuting (Goodrich, 1990). Berdasarkan beberapa kajian terdahulu di luar negara, beberapa ciri-ciri asas pekerjaan yang sesuai dengan konsep teleworking telah dikenalpasti, antaranya ialah pekerjaan yang menggunakan komputer, penggunaan telefon harian dan mingguan yang tinggi, sentiasa mengendalikan maklumat, keperluan bersemuka yang kurang dan keperluan untuk peralatan kompleks yang minimum. Selain itu cara kerja juga haruslah berorientasikan projek yang mempunyai tarikh akhir serahan. (Kelly, 1988; Goodrich, 1990). Seorang pengkaji, Susan L. Handy, (1995) pula berpendapat bahawa pekerjaan yang sesuai untuk teleworking dan telecommuting tertumpu kepada lima sektor utama iaitu eksekutif, pentadbiran dan pengurusan, profesional, teknikal, penjualan serta sokongan pentadbiran dan perkeranian (Handy, 1995). Berdasarkan kelima-lima sektor pekerjaan ini, syarikat Electronic Services Unlimited telah menyenaraikan 26 pekerjaan yang sesuai dengan teleworking. (rujuk Jadual 2.5)