• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 5.11: Kategori Faedah Bersih dalam Tahun Pertama (Others)

5.7 Sumbangan Kepada Fleksibiliti Dalam Kerja

Isu fleksibiliti masih kurang diberi perhatian oleh firma-firma di Malaysia. Namun ia bukannya alasan untuk mengabaikan keselesaan dan kemudahan yang diperlukan oleh pekerja. Isu fleksibiliti ini telah hangat diperdebatkan di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Isu kemudahan dan keselesaan ini telah berjaya meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja yang terlibat dengan teleworking.

5.8 Rumusan.

Secara keseluruhannya, teleworking adalah sesuai dilaksanakan berdasarkan kos dan faedahnya yang diperolehi kepada SMEs di Lembah Klang, Ini berdasarkan kepada keupayaannya menawarkan fleksibiliti kepada jenis-jenis pekerjaan berasaskan maklumat. Namun begitu, penerapannya perlu merujuk kepada kesesuaian dan penerimaan firma kerana faktor kurangnya kefahaman majikan mengenai konsep teleworking dan cara kerja harian secara konvensional perlu diberi perhatian.

Kefahaman serta disiplin yang tinggi antara pekerja dan majikan merupakan asas utama bagi bekerja secara teleworking supaya dapat diimplimentasi dengan baik dan berkesan. Dengan penerapannya secara menyeluruh dapat membantu mengurangkan masalah bandar seperti kesesakan, pencemaran udara dan sedikit sebanyak menyumbang kepada kemampanan alam sekitar. Sekali gus sistem bandar akan lebih harmoni dan berfungsi dengan baik dan efisien. Senario ini dilihat mampu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi bandar yang lebih seimbang dan mampu bersaing dalam persaingan wilayah dan antarabangsa.

BIBLIOGRAFI

1. Ahmad Sobri Jaafar, (2000) “Mempertingkatkan K-ekonomi dan cabaran di Kuala Lumpur.” Kertas kerja: Pensyarah Jabatan Ekonomi, Universiti Utara Malaysia. Berita Harian, Jun 2000.

2. Andrew Bibby, (1999). “The Observer.” The article: An Introduction to Working at Home.

3. Asha a/p Rathina Pandi, (1996). “Telecommuting: Perspektif Ibu-Ibu Bekerja Terhadap Cara Kerja Masa Depan. Kajian kes: Firma Telekomunikasi Dalam Kawasan Metropolitan, Johor Bahru.” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

4. Azman Awang, (1995). “The Intelligent City: Concept and Its Implications on the Planning of future cities.” Pacific-Asian Congress of Municipalities: (PACOM) 12th Congress Kuala Lumpur, Malaysia. 14-15 Sep. 1991.

5. Balakrishnan Parasuraman, (1999). “Konsep Fleksibiliti dan Telekerja, Implikasi Kepada Pembangunan Sumber Manusia.” Kertas Kerja: Seminar ICT

Kebangsaan.

6. Blowers.A, Hamnett.C & Sarre.P (Ed.) (1981). “The Future Cities. Hutchinson Educational.” The Open University:.London.

7. Bolwell.L.C. (1986). “Town and Cities in The Future.” Wayland (Publisher) Ltd: England.

11. Bourne.L.S. (1975). “Urban System, Strategies for Regulation.” Clarendon Press:

Oxford.

13. Brotchie.J. B. M. & Newtown P. (1991). “Cities of the 21st Century-New Technologies and Spatial System.” New York: Halsted Press.

14. Castells, M. (1989). “The Information City.” Oxford, UK: Blackwell.

15. Chua Rhan See (1997/98). “Garis Panduan Pelaksanaan Pejabat Rumah Oleh Pekerja Berasaskan Maklumat. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

16. Checklist for employees (2000). www.telework.mirti .com. 17. City of Los Angeles Telecommuting Project. http://www.jala.com

18. Dicken P. (1998). “Global Shift, The Internationalization of economic activitiy.” 2nd edition: University of Manchester.

19. Dr. Surin Pitsuwan, (2000). “Mesyuarat Pasca peringkat menteri.” Berita Harian:, Ogos 2000.

20. Economic Research Services (2000). “K-ECONOMY-Special economy issue.” Volume 6: 2000.

21. European Community Telework Forum. <http://www.telework-forum.org. 22. European Telework On-line. <http://www.eto.org.uk.

23. Gaby S. / Hans J. W. (1993). “Case Study, IBM”, IUK Institute: MIRTI Consortium.

24. Goodrich, 1990, The European Comission.

25. Gordon B. (1990). “The Gordon Report.” Telecommuting Review: London. 26. Helten F. (1999). “International Seminar – Linking new ICT to urban

development.”.

27. Hizral Tazzif Hisham (2000). “MIMOS syor guna perisian terbuka.” Berita Harian: 23 Oktober 2000.

28. Home or away, Teleworking Today (1999). www.sfcox.com/teleworking/today. 29. I-Mei Llow (2000). “Software for SME’s, Business Computimes.” New Straits

Times: Ogos 2000.

30. I-Mei Low (2000). “NEC Offers Vision Man For Small Business.” New Straits Times: Ogos 2000.

31. Internet Kuasa Utama Pasaran Global (2000). “Berita Harian.” Komputer: 25 Oktober 2000.

32. ITAC, The International Telework Association. <http://www.telecommute.org. 33. Jack Niles (2000) “Benefits of Teleworking, 1999.” wessboss@telework.nf.ca. 34. Jamaluddin Helmi Hashim (2000). “K-Ekonomi, Era Perakaunan Model

Intelektual?.” Majalah Ekonomi: Ogos 2000.

35. John Corbett, (1999). “Getting Ready to Implement”, Telework Programs Administrator: State of Arizona.

36. Joanne H. Pratt, (1999). “The International Telework to Manage Worklife Responsibilities.” 1999 Telework America National: Telework Survey. 37. Khamis Awang, (2000). “Kajian Garis Panduan Perlaksanaan E-komuniti di

dalam kawasan kejiranan. Bandar Baru Subang Jaya, Selangor.” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

39. Linus Lai, (2001); Pengurus Penyelidik, Laporan Tahunan Hala Tuju Internasional Data (IDC).

40. Lynda Obst (1999). “Balancing Works and Family Strategy and Choices.” www.JALA.com.

41. Loh Chyi Jen (2000). “Providing SME’s with cheque-writing tool.” New Straits Times: Ogos 2000.

42. Makusen J.R. & Scheffman D.T. (1977). “Speculation and Monopoly in Urban Development.” Analytical foundations with evidence: Toronto.

43. Malaysia, (1996) “Rancangan Malaysia ke Tujuh” Percetakan Kerajaan, Kuala Lumpur.

44. Managing Telework. http://www.jala.com

45. Market Facts of Canada (1994). “Market Facts Survey as reported in June 13 1995.” Globe and Mail.

46. Merril Lynch (1995); “Telework Merril Lynch.” Merril Lynch & Co: Inc. 47. Mimos Digital Library, 1999. http://www.lib.usm.my/JEJAK/emaya.html. 48. Michael Bloch (1996). “On the Road Of Electronic Commerce.” Yves Pigneur

and Arie Segev: The, March 1996.

49. Mitchel M. (1999). “A Journal of policy development and research”. New York. 50. MIRTI. <http://www.euro-telework.org.

51. Mullins T.R. (1999). “Telework, The Changing Face Of Work.” Terry@hompage.com.

52. Murphy E. (1996). “Flexible Work, Simon & Schuster International Group, UK.. 53. Niles J. M. (1975). “Telecommunications and Organisational Decentralization”.

artikel IEEE Transactions and communication. Volume com 23:No 10. 54. Niles J.S. (1999). “The great debate of Telecommute 92”. Arlington, Virginia. 55. Norsaidatul Akmar Mazelan, (1999). “Multimedia Super Corridor, A Journey to

EXCELLENCE In Institutions of Higher Learning”, Multimedia Development Corporation.

56. Peter Johnston (1999). “Teleworking, A Viable Alternative.” apas@postman.dg13.cec.be.

57. Peter J. (2000). “TELEWORKING-Professional applications of the information society.” Email.apas@postman.dg13.cec.be.

58. Phil O.K. & Ben W. (1977). “Landuse and Development.” International African Institute:1977.

59. Profesor Dr. Mohammad Alias, (2000). “Prasyarat Untuk Jadi Negara

K-Ekonomi.” Kertas Kerja Seminar Kebangsaan: Malaysia’s Transformation into a K-Economy.

60. Reinhold V. N. (1973). “Centers for the urban environment, Survival of the cities”. 61. (Report of The Trade Union Congress, UK,1996.

62. Rigitte ozario (2000). “Bringing Work at Home. Work come home.” The Star, Intech: Ogos 2000.

63. Simmins, (1997). “Teleworking and Development In UK”.

64. Sudarkis M. (1999) “International Seminar ‘e-City 2001.” Linking new ICT to urban development.

65. William J. Clinton. (1999). “Telecommute America”. a journal for ICT development: United States.

66. Telework Workshop (2000). jala@ix.netcom.com 67. Telework CBA (2000). jala@ix.netcom.com. 68. Telework World '98. <http://www.telework.org.

69. The California Telecommuting Project: Final Report. http://www.jala.com. 70. Tiga Cabaran Hadapi E-Dagang (2000) Berita Harian.: 23 Oktober 2000. 71. Viability of Telework (2000). www.jala/mirti.com.

72. Yong Sun Yong, (1994). “Ke arah Pembentukan Model Peruntukan Gunatanah, Kajian kes: Bandar dalam kawasan RSJB.” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

ABSTRAK

Sejak kebelakangan ini, banyak telah dibincangkan tentang penyelerakan firma melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Skop Kajian ini telah difokus kepada tiga aspek utama. Aspek pertama merangkumi kajian literatur terhadap hasil kerja mengenai ICT dan penyelerakan firma. Kedua, menganalisa pertalian di antara faktor-faktor teknologi maklumat, lokasi pejabat dan keputusan firma untuk berselerak. Ketiga, memfokus kepada kesan teknologi ini terhadap penyelerakan pejabat dan polisi perancangan bandar. Kajian ini bertujuan meninjau pertalian di antara teknologi maklumat dan komunikasi dengan keputusan pejabat-pejabat di Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyelerak. Hasil kajian diharap dapat mendalami pemahaman tentang peranan ICT dalam mempengaruhi keputusan penempatan pejabat di bandaraya ini dan memberi petunjuk arah kepada polisi penyelerakan. Kajian ini diasaskan kepada hipotesis bahawa faktor ICT akan mempengaruhi keputusan pejabat di Kuala Lumpur berselerak. Faktor-faktor ini termasuk tahap penggunaan ICT di pejabat, tahap kecanggihan, jenis perniagaan dan saiz firma. Borang soal selidik telah diagihkan kepada responden daripada firma di sektor-sektor kewangan, perbankan, insuran, pengurusan hartanah, kejuruteraan, telekomunikasi dan teknologi maklumat yang berada di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Damansara, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak. Kajian pilot turut diadakan terlebih dahulu bagi menguji kesesuaian soalan soal selidik dan kaedah kajian lapangan. Kajian lapangan telah dijalankan selama tiga bulan dan data terkumpul telah diproses menggunakan perisian Software Packages for

Social Sciences. Kemudian, data dianalisa dengan menggunakan teknik kekerapan dan

jadual silang, bagi memahami ciri-ciri firma, keputusan penempatan pejabat, penggunaan ICT di pejabat dan persepsi responden terhadap teleworking. Seterusnya, ujian hipotesis dijalankan dengan menggunakan teknik Chi-Square. Hasil analisis menunjukkan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi ialah faktor yang mempengaruhi keputusan penempatan firma di bandaraya ini, Tetapi, faktor ini tidak semestinya menyebabkan penyelerakan pejabat. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa organisasi bersaiz besar seperti bank, firma kewangan, insuran, telekomunikasi dan teknologi maklumat cenderung menempatkan peiabat di pusat bandar, manakala firma kecil dan sederhana seperti firma pengurusan hartanah dan kejuruteraan cenderung untuk menempatkan pejabat di luar kawasan pusat bandaraya. Maka, adalah dicadangkan polisi perancangan berkaitan pembangunan pejabat perlu dirangka bagi pembangunan seimbang supaya pusat bandaraya tidak akan terus berkembang dan dominasi sehingga menyebabkan pembangunan pusat di luar pusat bandar terbabit. Langkah ini membolehkan objektif pembangunan sederhana melalui penyelerakan di bandaraya ini tercapai.