• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Latihan 2 Responden Skor Latihan 2

Rajah 2: Temu bual antara R1 dengan pengkaji

Dari temu bual yang telah dibuat, didapati bahawa responden secara keseluruhannya dapat menerima Model Mengumpul Semula yang baru diajar kepada responden.

Kitaran 2

Analisis Kitaran ke-2 mengambil kira Latihan 2 sebagai Latihan 1, dengan mengambil kira hanya tiga orang responden yang tinggal dan kurang berjaya dalam kitaran pertama.

Jadual 5: Analisis Latihan 2 Responden Skor Latihan 2

( /4)

R 1 3

R 4 3

R 6 4

Dari jadual didapati bahawa kesemua responden dapat menjawab tiga dari empat soalan yang diberikan. Perbandingan skor bagi melihat peningkatan responden setelah membuat latihan 1 dan latihan 2 ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah.

Rajah 3: Perbandingan skor Latihan 1 dan 2 bagi kitaran 2.

Rajah 3 menunjukkan perbandingan skor latihan 1 dan latihan 2 bagi ketiga-tiga responden. Didapati bahawa kesemua responden dapat menguasai operasi tolak

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 R1 R4 R6 Latihan 1 1 1 2 Latihan 2 3 3 4 Ju m lah sk or Kitaran 2

R1 dapat menguasai tolak dengan mengumpul semula dengan bantuan Model Mengumpul semula.

R1 menerima dan seronak menggunakan Model Mengumpul Semula yang telah diajar.

dengan mengumpul semula dengan menggunakan Model Mengumpul Semula yang telah diajar. Rajah 3 juga telah menunjukkan peningkatan yang ketara bagi ketiga-tiga responden, maka ini membuktikan bahawa Model Mengumpul Semula dapat meningkatkan penguasaan murid dalam operasi tolak dengan mengumpul semula.

Melalui pemerhatian dalam kitaran kedua, iaitu setelah responden masuk ke Tahun 5. Didapati bahawa murid tidak menggunakan Model Mengumpul Semula dalam menyelesaikan operasi tolak. Ini dapat membuktikan bahawa dari segi penerimaan Model Mengumpul Semula dalam pengajaran dan pembelajaran responden tidak berjaya. Responden hanya menggunakan medel dalam tempoh pengajaran penggunaan model sahaja, tetapi tidak diaplikasikan dalam latihan dalam kelas biasa. Rajah 4 menunjukkan petikan dari latihan responden setelah masuk ke Tahun 5.

Rajah 4: Pemerhatian pengkaji setelah responden di Tahun 5.

Dari pemerhatian yang telah dibuat, amat menyedihkan dan mengejutkan bahawa responden tidak mengaplikasikan Model Mengumpul Semula dalam latihan kelas biasa apabila responden masuk ke Tahun 5.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Hasil pengumpulan data awal dan juga semasa latihan yang ditadbir menunjukkan teknik tradisional mengira tidak sesuai dengan murid yang kurang menguasai menyebabkan mereka mudah melakukan kesalahan. Daripada analisis yang telah dibuat ke atas latihan 1 yang diuji terhadap responden bagi topik operasi tolak nombor bulat yang melibatkan pengumpulan semula, didapati terdapat dua jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh responden iaitu tidak dapat melakukan pengumpulan semula dan keliru untuk menolak nombor yang lebih besar. Ada dalam kalangan murid dapat membuat pinjaman namun tidak dapat membuat proses mengumpul semula setelah meminjam. Hasil kajian ini menunjukkan ada yang menganggap nombor yang ditolak dengan kosong akan menghasilkan nombor yang sama tanpa memikirkan tentang pengumpulan semula.

Hasil analisis telah menunjukkan masalah sebenar yang dihadapi oleh keenam-enam responden. Setelah sesi intervensi dijalankan dan instrumen-instrumen pengukuran digunakan dan dianalisis, pengkaji berpendapat bahawa Model Mengumpul Semula yang digunakan sebagai kaedah alternatif kepada responden

R2 tidak menggunakan Model Mengumpul semula dalam menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dalam latihan yang diberi.

R4 tidak menggunakan Model Mengumpul semula dalam menjawab soalan tolak dengan mengumpul semula dalam latihan yang diberi.

dalam kajian ini memberi manfaat dan berjaya mengatasi masalah digariskan pada tajuk kajian ini.

Selain itu, latihan yang dilaksanakan telah sedikit sebanyak membantu responden menguasai kemahiran dalam penolakan. Melalui latihan ini, responden dapat meningkatkan daya ingatan apabila mereka melakukan langkah-langkah yang berulang kali yang terdapat dalam Model Mengumpul Semula. Latihan yang dilaksanakan sekurang-kurangnya dapat mengelakkan respoden daripada melakukan kesalahan dalam pengiraan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.

Antara kelemahan yang dapat pengkaji kenalpasti sepanjang menjalankan kajian ini ialah antaranya intervensi yang pengkaji laksanakan tidak mempunyai alat bantu mengajar yang pelbagai. Selain itu, masa interaksi yang terhad juga menyumbang kepada masalah untuk melaksanakan perkara yang telah dirancang.

Kesimpulannya, melalui kajian tindakan ini dapat dikatakan bahawa Model Mengumpul Semula ini telah berjaya membantu murid-murid yang bermasalah dalam operasi tolak terutamanya yang melibatkan pengumpulan semula. Kajian ini sekaligus dapat membantu pengkaji dalam meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran seharian semasa di sekolah.

Dari aspek penerima murid agak kurang. Hal ini telah dibuktikan bahawa murid tidak manjawab menggunakan teknik ini dalam latihan mereka. Mereka hanya menggunakannya bila disuruh berbuat demikian. Dapatan dari lisan juga, kebanyakan mereka faham akan teknik berkenaan tetapi lambat kerana banyak melibatkan lukisan gundalan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan kajian tindakan yang dilaksanakan ini, pengkaji telah mengenalpasti cadangan-cadangan yang boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan.

Penggunaan Model Mengumpul Semula dapat dilaksanakan dengan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan pelbagai. Penggunaan ABM dan BBM akan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan membantu meningkatkan kefahaman dalam kemahiran yang digunakan. Penggunaan juga perlu mengambil kira kos penyediaan bahan yang sebaik-baiknya tidak begitu tinggi.

Cadangan seterusnya ialah menambah instrumen pengumpulan data. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan analisis dokumen seperti skrip jawapan latihan 1 dan Latihan 2. Selain itu, saya juga telah menjalankan sesi temu bual bersama keenam-enam responden untuk mendapatkan maklumat sokongan berkaitan pandangan mereka tentang Model Mengumpul Semula.

Pada masa akan datang, pengkaji perlu mempelbagaikan lagi cara pengumpulan data seperti menjalankan soal selidik dan temu bual yang lebih terperinci. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan tepat tentang pandangan murid-murid terhadap teknik yang diajar kepada mereka.

RUJUKAN

Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad. (2007). Trend pengajaran dan pembelajaran matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Krafel A., Glenn S. and Carpenter S. (2007). Patterns in arithmetic: book 3. California: Pattern Press.

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar. (2006). Isu-isu dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Shamsina Shamsuddin. (2013). Panduan melaksanakan kajian tindakan di sekolah. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Shapiro E.S. (2011). Academic skills problems: direct assessment and intervention. New York: The Guilford Press.

Sharipah Ab. Rahman, Nor Hawan Misran, Rubaidah, Murugiah Velayutham. (2009). HBMT 1103 Introduction to mathematics education. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Ting Len Siong, Ahmad Sabry bin Othman, dan Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan tindakan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Dill M., and Wistrom E. (2010). Carry-over or borrowing subtraction strategies. Diperoleh pada 1 Mac 2013, daripada http://www.special-ed-teaching-tips.html

Jabatan Matemaik,

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN NOMBOR BERCAMPUR