• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh hasil jawapan penolakan Katak Permainan

Markah lembaran kerja 1 berbanding lembaran kerja 2

Rajah 3: Contoh hasil jawapan penolakan Katak Permainan

Penggunaan permainan Kotak Pengiraan hanya digunakan oleh responden semasa membuat lembaran kerja yang pertama sahaja untuk memastikan responden-responden betul-betul dapat menguasai konsep penolakan dengan mengumpul semula. Satu penilaian pencapaian yang mengandungi enam soalan telah diberikan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi menilaikan pencapaian responden dalam konsep tersebut. Instrumen-instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah senarai semak pemerhatian, borang temu bual, lembaran kerja dan penilaian pencapaian. Pemerhatian dilakukan sepanjang proses penyelidikan ini manakala sesi temu bual secara berstruktur telah dijalankan pada akhir pelaksanaan kajian. Di samping itu, hasil lembaran kerja dan penilaian pencapaian juga dianalisis bagi mengumpul data. Dalam Kitaran 2 pula, tatacara perancangan adalah sama seperti

Kitaran 1. Seorang responden didapati kurang menguasai konsep penolakan dengan mengumpul semula dalam Kitaran 1. Oleh itu, pengkaji meminta responden melukiskan simbol bulatan sebagai pembilang.

Dalam peringkat tindakan ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan permainan Kotak Pengiraan dilaksanakan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kaedah permainan Kotak Pengiraan diperkenalkan kepada responden-responden untuk membantu menguasai konsep operasi penolakan dengan mengumpul semula. Dalam aktiviti pembelajaran, responden-responden dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu dua orang dalam satu kumpulan. Selepas pengajaran, lembaran kerja diedarkan kepada setiap responden secara individu untuk memastikan peningkatan dalam menguasai konsep operasi penolakan dengan mengumpul semula. Dalam Kitaran 2, kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan permainan Kotak Pengiraan masih dilaksanakan dengan seorang responden sahaja. Responden tersebut telah diajarkan penggunaan simbol sebagai pembilang. Pengumpulan data telah dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sama seperti dalam Kitaran 1.

Pada peringkat pemerhatian dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2, data-data yang diperolehi daripada kajian telah dianalisiskan. Data dari temu bual telah dianalisis dengan mengambil kira respon berdasarkan perkara yang ditetapkan. Tambahan lagi, data-data dari borang semak pemerhatian juga dianalisiskan dengan menandakan tingkah laku yang diingini diperhatikan. Hasil analisis temu bual dan hasil dapatan dari pemerhatian ini dapat menentukan minat responden, amalan pengajaran dan pembelajaran dan penguasaan konsep dalam kalangan responden. Sementara itu, data dari Lembaran Kerja dan Penilaian Pencapaian juga dianalisiskan berdasarkan jadual kategori pencapaian bagi menentukan penguasaan konsep responden.

Pada peringkat refleksi dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2, pengkaji membuat refleksi terhadap dapatan kajian bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perubahan amalan pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan yang dikenalpasti dalam Kitaran 1, iaitu Responden R1 berada dalam tahap kurang menguasai dan diatasi dalam Kitaran 2 dengan penggunaan simbol sebagai pembilang.

CARA MENGUMPUL DATA

Dalam kajian ini yang melihatkan dua kitaran, triangulasi kaedah telah digunakan iaitu pengkaji telah mengumpul data melalui 3 cara iaitu pemerhatian, temu bual dan dokumen (Lembaran Kerja dan Penilaian Pencapaian).

Instrumen yang digunakan untuk pemerhatian ialah borang senarai semak pemerhatian yang menyenaraikan tingkah laku, amalan dan minat responden. Senarai semak ini bertujuan untuk membolehkan pengkaji mencatatkan tingkah laku atau amalan yang telah ditentukan berlaku dan bersifat terarah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengkaji membuat tanda () pada perkara-perkara yang disenaraikan dan menulis catatan secara transkripsi semasa pemerhatian dijalankan.

Pada peringkat akhir kedua-dua kitaran masing-masing, pengkaji telah menjalankan sesi temu bual dengan responden-responden secara lisan tentang fikiran dan pandangan mereka tentang kaedah permainan Kotak Pengiraan. Tujuan temu bual ini adalah untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dengan menambahbaikkan amalan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan minat belajar dalam kalangan responden dan penguasaan konsep dalam kalangan responden. Temu bual mempunyai lapan soalan dan hasil temu bual dicatat secara transkripsi.

Instrumen yang digunakan dalam analisis dokumen ialah lembaran kerja dan penilaian pencapaian. Tujuan lembaran kerja adalah untuk mengesan penguasaan responden dalam konsep operasi tolak secara mengumpul semula. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam Kitaran 1, responden perlu membuat Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2 yang diberikan. Manakala dalam Kitaran 2 pula, responden perlu membuat Lembaran Kerja 3, Lembaran Kerja 4 yang diberikan. Dalam kedua-dua kitaran, satu penilaian pencapaian iaitu Penilain Pencapaian 1 dan Penilaian Pencapaian 2 masing-masing diberikan selepas tamat kesemua sesi pengajaran dan pembelajaran.

CARA MENGANALISIS DATA

Dalam kajian ini, data yang dikumpul dianalisis dengan tiga cara iaitu analisis pemerhatian, analisis temu bual dan analisis dokumen. Hasil data pemerhatian dianalisis berdasarkan pemerhatian pengkaji. Jawapan “Ya” dan “Tidak” dengan tanda () pada perkara-perkara yang disenaraikan telah dikira dan dicatatkan. Hasil data temu bual dianalisis berdasarkan maklum balas daripada setiap responden terhadap soalan temu bual. Bilangan responden yang menjawab “Ya” dan “Tidak” bagi setiap soalan temu bual telah dikira dan dicatatkan. Hasil Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2 serta Penilaian Pencapaian 1 telah disemak dan dianalisis oleh pengkaji sama ada mereka masih melakukan kesalahan-kesalahan yang sama lagi dan sejauh mana mereka telah menguasai konsep operasi tolak secara mengumpul semula. Status pencapaian responden ditunjukkan berdasarkan penunjuk kategori pencapaian yang ditetapkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Penunjuk Kategori Pencapaian Kategori Bilangan jawapan betul

(6 Soalan) Status

Menguasai 5-6 Lulus

Kurang menguasai 0-4 Gagal

Oleh sebab terdapat seorang responden diketegorikan sebagai kurang

menguasai, Kitaran 2 telah dilaksanakan dan hasil Lembaran Kerja 3, Lembaran

Kerja 4 dan Penilaian Pencapaian 2 telah disemak dan dianalisis oleh pengkaji.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan dan menghuraikan analisis daripada hasil dapatan daripada ketiga-tiga alat pengumpul data, iaitu senarai semak pemerhatian, temu bual dan dokumen (Lembaran Kerja dan Penilaian Pencapaian).

Menambahbaik Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Operasi Penolakan dengan Mengumpul Semula melalui Permainan Kotak Pengiraan

Instrumen yang digunakan bagi menganalisis soalan di atas ialah senarai semak pemerhatian dan temu bual. Item 1 dan Item 2 dalam senarai pemerhatian adalah berkaitan dengan amalan pengajaran dan pemberlajaran. Analisis Pemerhatian Item 1 dan Item 2 dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2 dengan Kotak Pengiraan (DKP) dan tanpa Kotak Pengiraan (TKP) dianalisis berdasarkan “Ya” (Y) dan “Tidak” (T) ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Analisis Pemerhatian Item 1 dan Item 2 dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2 dengan Kotak Pengiraan dan tanpa Kotak Pengiraan

Responden Item Kitaran 1 Kitaran 2 DKP TKP DKP TKP Y T Y T Y T Y T 1 Prestasi meningkat R1,R2, R3,R4, R5,R6 R1,R2, R3,R4, R5,R6 R1 R1 2 Berasa dimotivasikan R1,R2, R3,R4, R5,R6 R1,R2, R3,R4, R5,R6 R1 R1

Jadual 4 menunjukkan transkripsi temu bual bagi soalan 1 dan Soalan 2. Jadual 4: Transkripsi temu bual Soalan 1 dan Soalan 2 Soalan 1: Adakah permainan Kotak Pengiraan ini dapat membantu anda

memahami membuat penolakan dengan mengumpul semula? Transkripsi Temu Bual

“Ya” (R1, R2, R3, R4, R5, R6) Soalan 2: Adakah anda merasakan permainan Kotak Pengiraan lebih

mudah dipelajari dan difahami? Transkripsi Temu Bual

“Ya” (R1, R2, R4)

“Mudah” (R3)

(Mengangguk kepala) (R5) “Boleh” (R6)

Penguasaan Murid dalam Konsep Operasi Penolakan dengan Mengumpul Semula melalui Penggunaan Permainan Kotak Pengiraan

Dalam Kitaran 1, berdasarkan dapatan daripada senarai semak pemerhatian yang seperti ditunjukkan di dalam Jadual 5, dalam pengajaran dan pembelajaran dengan permainan Kotak Pengiraan, adalah diperhatikan bahawa terdapat 4 orang responden bermain dengan urutan langkah yang betul. Manakala kesemua responden diperhatikan dapat menunjukkan tingkah laku meletakkan pembilang dan nombor di nilai tempat yang betul dan juga berjaya mendapat jawapan yang betul. Dalam item 4b, kesemua responden dapat meletakkan nombor di nilai tempat yang betul. Dalam pada itu, semua responden diperhatikan dapat mencari jawapan yang betul kecuali responden (R1).

Dalam Kitaran 2, diperhatikan bahawa responden R1 bermain dengan urutan langkah yang betul dan diperhatikan dapat meletakkan pembilang, nombor dan simbol di nilai tempat yang betul. Responden R1 juga berjaya mendapat jawapan yang betul. Dalam item 4b dan 4c, responden R1 dapat meletakkan nombor dan simbol di nilai tempat yang betul dan dapat mencari jawapan yang betul.

Jadual 5: Analisis Pemerhatian Item 3 hingga Item 5 dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2 dengan Kotak Pengiraan dan tanpa Kotak Pengiraan

Responden Item Kitaran 1 Kitaran 2 DKP TKP DKP TKP Y T Y T Y T Y T 3 Bermain dengan urutan langkah yang betul R1,R4, R5,R6 R2, R3 (Tidak Berkenaan) R1 (Tidak Berkenaan) 4 Meletakkan a. Pembilang R1,R2, R3,R4, R5,R6 R1,R2, R3,R4, R5,R6 R1 (Tidak Berkenaan) b. Nombor R1,R2, R3,R4, R5,R6 R1,R2, R3,R4, R5,R6 R1 R1 c. Simbol di nilai tempat yang betul (Tidak Berkenaan) (Tidak Berkenaan) R1 R1 5 Mendapat jawapan yang betul R1,R2, R3,R4, R5,R6 R2, R3,R4, R5,R6 R1 R1 R1

Jadual 6 menunjukkan skor responden dalam ketiga-tiga hasil kerja sepanjang Kitaran 1. Semua responden telah berjaya mencapai kategori lulus kecuali responden R1. Setelah mengikuti Kitaran 2, responden R1 telah mencapai kategori menguasai dalam ketiga-tiga hasil kerja semasa Kitaran 2. Jadual 7, Jadual 8 dan Jadual 9 menunjukkan transkripsi temu bual Soalan 3, Soalan 4 dan Soalan 5.