• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skor responden hasil kerja dalam Kitaran 1

Markah lembaran kerja 1 berbanding lembaran kerja 2

Jadual 6: Skor responden hasil kerja dalam Kitaran 1

Responden

Hasil Kerja R1 R2 R3 R4 R5 R6

Lembaran Kerja 1 6 5 5 6 6 6

Lembaran Kerja 2 4 6 5 6 6 6

Penilaian Pencapaian 4 5 6 6 5 6

Jadual 7: Transkripsi temu bual Soalan 3

Soalan 3: Adakah anda pandai menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula sebelum ini?

Transkripsi Temu Bual “Tidak”

(Menggeleng kepala)

(R1, R2, R3, R4, R6) (R5) Jadual 8: Transkripsi temu bual Soalan 4

Soalan 4: Bolehkah anda meletakkan pembilang/nombor/simbol di petak nilai tempat yang betul?

Transkripsi Temu Bual “Boleh” “Ya”

(R1, R2, R3, R4, R6) (R5)

Jadual 9: Transkripsi temu bual Soalan 5

Soalan 5: Adakah anda pandai menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul semula sekarang ini?

Transkripsi Temu Bual “Pandai” “Boleh” (Mengangguk kepala) “Ya” (R1, R4) (R2, R3) (R5) (R6)

Minat Murid Terhadap Pembelajaran Topik Penolakan dengan Mengumpul Semula melalui Permainan Kotak Pengiraan

Dalam Kitaran 1, berkaitan dengan persoalan di atas, keputusan data daripada senarai semak pemerhatian dalam Jadual 10 menunjukkan analisis pemerhatian Item 6 hingga Item 8 dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2 dengan Kotak Pengiraan dan tanpa Kotak Pengiraan. Semua responden bertingkah laku bahawa mereka berasa seronok dan berminat semasa pengajaran dan pembelajaran dengan permainan Kotak Pengiraan. Dari segi penglibatan dalam aktiviti, 5 orang responden menunjukkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif tetapi seorang responden (R4) diperhatikan tidak menunjukkan penglibatan diri secara aktif. Sedangkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa permainan Kotak Pengiraan, dua orang responden (R1 dan R3) masing-masing tidak memperlihatkan keseronokan dan tidak melibatkan diri secara aktif. Hanya seorang sahaja R1 yang tidak menunjukkan minat yang positif tanpa permainan Kotak Pengiraan.

Dalam Kitaran 2 pula, responden R1 diperhatikan berasa seronok dan berminat semasa pengajaran dan pembelajaran dengan Permainan Kotak Pengiraan. Responden R1 juga diperhatikan melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif. Keadaan yang sama diperhatikan dalam pengajaran dan pembelajaran tanpa kotak pengiraan. Jadual 10: Analisis Pemerhatian Item 6 hingga Item 8 dalam Kitaran 1 dan Kitaran 2

dengan Kotak Pengiraan dan tanpa Kotak Pengiraan Responden Item Kitaran 1 Kitaran 2 DKP TKP DKP TKP Y T Y T Y T Y T 6 Berasa seronok R1,R2, R3,R4, R5,R6 R2,R4, R5,R6 R1, R3 R1 R1 7 Menunjukkan minat yang positif R1,R2, R3,R4, R5,R6 R2, R3,R4, R5,R6 R1, R1 R1 8 Melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif R1,R2, R3, R5,R6 R4 R2,R4, R5,R6 R1, R3 R1 R1

Jadual 11 menunjukkan kesemua responden memberikan jawapan yang positif kepada ketiga-tiga soalan yang berkaitan dengan aspek minat.

Jadual 11: Transkripsi temu bual Soalan 6 hingga Soalan 8 Soalan 6: Adakah permainan ini meningkatkan minat anda dalam belajar? Transkripsi Temu Bual

“Ya” “Ada”

(R1, R2, R4, R6) (R3, R5) Soalan 7: Adakah anda berasa seronok semasa menjalankan permainan

Kotak Pengiraan ini? Transkripsi Temu Bual

“Ya”

“Ada”

(R1, R2, R4, R5, R6) (R3) Soalan 8: Adakah anda berasa yakin untuk menjawab soalan selepas

bermain dengan permainan Kotak Pengiraan? Transkripsi Temu Bual

“Yakin” “Ya” “Ada” (R1) (R2, R3, R6) (R4,R5)

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menyatakan refleksi hasil daripada dapatan data dan kesimpulan yang dibuat berdasarkan persoalan kajian.

Menambahbaik Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Operasi Penolakan dengan Mengumpul Semula melalui Permainan Kotak Pengiraan

Dalam Kitaran 1, kesemua responden telah menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki dalam kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dengan Permainan Kotak Pengiraan atau tidak (Jadual 3). Keadaan yang sama diperhatikan dalam Kitaran 2 (Jadual 3), iaitu responden tunggal R1 telah menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki dalam kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dengan Permainan Kotak Pengiraan atau tidak. Responden telah dapat menunjukkan persepsi yang amat positif, sikap ingin belajar yang ketara dan menumpukan perhatian semasa pengkaji memberikan penerangan atau bimbingan. Ini menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran telah bertambah baik berbanding dengan yang sebelum itu. Hasil daripada transkripsi temu bual saoaln 1 dan Soalan 2 yang telah dijalankan (Jadual 4), data menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran dapat ditambahbaikkan yang mana kesemua responden berpendapat bahawa permainan Kotak Pengiraan dapat memberi bantuan kepada mereka dan bersetuju bahawa permainan tersebut membantu mereka memahami konsep penolakan dengan mengumpul semula. Ini menunjukkan bahawa amalan pengajarn dan pembelajaran amat efektif sekali dan keputusan ini adalah selaras dengan dapatan Mok Soon Sang (1991).

Justeru, berdasarkan temu bual yang dijalankan terhadap responden, jelas menunjukkan bahawa penggunaan permainan Kotak Pengiraan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah penting kerana dengan penggunaan permainan Kotak Pengiraan, guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan mudah dan menarik perhatian pelajar. Dengan ini juga, permainan Kotak

Pengiraan secara tidak langsung akan menjadikan pelajar lebih menumpukan perhatian seperti mana yang dinyatakan oleh kajian Allen (2010). Pendek kata, amalan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran konsep operasi penolakan dengan mengumpul semula dapat ditambahbaikkan dengan menggunakan permainan Kotak Pengiraan.

Penguasaan Murid dalam Konsep Operasi Penolakan dengan Mengumpul Semula melalui Penggunaan Permainan Kotak Pengiraan

Bagi menjawab soalan kajian di atas, data-data daripada senarai semak bagi Kitaran 1 dan Kitaran 2 (Jadual 5) menyatakan bahawa terdapat dua orang responden R2 dan R3 tidak bermain dengan urutan langkah yang betul. Ini kerana mereka tidak membuat tanda pangkah bagi pengumpulan semula. Bagaimana pun, mereka segera memperbetul kesalahan tersebut setelah ditegur. Hasilnya, pengkaji mendapati kedua-dua responden tidak lagi melakukan kesalahan yang sama lagi. Merujuk Jadual 5, boleh dikatakan terdapat dua responden (R2 dan R3) belum menguasai kemahiran yang dikehendaki tetapi mereka bertambah baik selepas itu.

Pada akhir Kitaran 1, cuma seorang responden R1 sahaja yang tidak dapat mencari jawapan yang betul kerana belum menguasai konsep. Sungguh pun demikian, responden R1 tersebut telah menunjukkan kesemua tingkah laku yang positif dalam Kitaran 2 (Jadual 5). Dalam Kitaran 2 ini, responden R1 telah diajarkan menggunakan simbol sebagai pengganti pembilang, dengan ini responden R1 lebih menumpukan perhatian semasa membuat aktiviti.

Di samping itu, hasil data yang dipamerkan oleh Jadual 6 telah ditelitikan. Dalam analisis dokumen, 5 daripada 6 responden (R2, R3, R4, R5 dan R6) dapat mencapai kategori menguasai dalam keenam-enam kali latihan kerja. Hanya seorang responden R1 sahaja yang gagal mencapai kategori menguasai dalam Kitaran 1. Bagaimana pun, responden tunggal ini akhir mencapai kategori menguasai dalam Kitaran 2. Ini membuktikan bahawa permainan Kotak Pengiraan dapat membantu mereka dalam menguasai konsep penolakan dengan mengumpul semula.

Tambahan pula, dalam tranksripsi temu bual bagi Soalan 3 hingga Soalan 5 (Jadual 7, Jadual 8 dan Jadual 9), semua responden memberikan jawapan “Ya” kepada ketiga-tiga soalan yang dikemukakan. Mereka mengakui bahawa tidak pandai membuat pengumpulan sebelum itu tetapi mereka sudah pandai meletakkan nombor di nilai tempat yang betul. Ini secara tidak langsung menyatakan mereka telah menguasai asas operasi tolak iaitu nilai tempat. Mereka juga menyatakan keyakinan membuat pengumpulan semula. Dengan kata lain, mereka menguasai konsep penolakan dengan mengumpul semula yang mereka tidak pandai sebelum itu. Justeru itu, boleh dikatakan bahawa mereka telah memperlihatkan perubahan yang positif dalam pembelajaran. Secara rumusannya, permainan Kotak Pengiraan dapat membantu meningkatkan penguasaan responden dalam konsep operasi penolakan dengan mengumpul semula.

Minat Murid Terhadap Pembelajaran Topik Penolakan dengan Mengumpul Semula melalui Permainan Kotak Pengiraan

Dapatan daripada senarai semak pemerhatian (Jadual 10), semua responden menunjukkan rasa keseronokan serta menunjukkan minat belajar yang positif semasa menggunakan Permainan Kotak Pengiraan dalam Kitaran 1. Bagaimana pun, responden R4 kurang melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif. Semasa ditemu bual kemudian, R4 mengatakan bahawa dia berasa malas kerana perlu mengatur pembilang banyak kali tetapi bersetuju bahawa permainan dapat menarik minatnya.

Apabila tanpa Permainan Kotak Pengiraan, unsur permainan dikurangkan maka tidak hairan ada dua orang responden R1 dan R3 tidak berasa seronok tetapi 4 orang responden lain (R2, R4, R5 dan R6) masih berasa seronok tanpa permainan Kotak Pengiraan. Hal yang sama berlaku apabila seorang responden R1 sahaja menunjukkan kurang minat dan dua orang responden R1 dan R4 menunjukkan penglibatan diri yang kurang dalam aktiviti. Ini adalah kerana unsur permainan telah disingkirkan. Dalam Kitaran 2 pula (Jadual 10), responden R1 menunjukkan tingkah laku yang positif bukan sahaja dengan Kotak Pengiraan tetapi juga tanpa Kotak Pengiraan. Walau bagaimana pun, keputusan data daripada transkripsi temu bual bagi Soalan 6 hingga Soalan 8 (Jadual 11) telah menunjukkan kesemua responden memberikan maklum balas secara langsung yang positif terhadap tiga aspek soalan yang berkaitan dengan peningkatan minat, berasa seronok dan berasa yakin. Lantaran itu, permainan Kotak Pengiraan terbukti dapat meningkatkan minat responden mempelajari konsep Matematik.

Secara amnya, pengkaji mendapati sikap belajar responden telah berubah. Responden yang berasa takut dan kurang yakin telah menjadi berani mencuba. Berdasarkan hasil data daripada temu bual, minat dan motivasi belajar telah meningkat dalam kalangan responden. Mereka berasa yakin dan cekal semasa menyelesaikan masalah lembaran kerja. Permainan Kotak Pengiraan juga telah menggalakkan sikap berbincang dan bekerja sama.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Sungguh pun dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan permainan Kotak Pengiraan telah menunjukkan kesan yang positif dan amat berkesan sekali dalam pengajaran dan pembelajaran, tetapi adakah Permainan Kotak Pengiraan dapat diaplikasikan dalam topik Matematik yang lain?

Topik yang dicadangkan adalah Operasi Tambah dengan mengumpul semula. Operasi tambah merupakan empat operasi asas yang mula-mula sekali dipelajari oleh responden-responden di sekolah rendah. Langkah-langkah menggunakan permainan Kotak Pengiraan adalah lebih kurang sama kerana konsep bermainnya lebih kurang sama. Selepas menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati ada responden meletakkan pembilang di sebelah kanan petak nilai tempat. Ini akan menyebabkan kekeliruan apabila melibatkan pengumpulan semula. Oleh itu, satu garisan berputus-putus sepatutnya dilukiskan di dalam setiap petak bagi memastikan murid meletakkan pembilang di sebelah kanan terlebih dahulu.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, permainan Kotak Pengiraan telah menambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran kerana ciri-ciri permainan yang tersendiri. Kaedah ini juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam konsep operasi penolakan dengan mengumpul semula. Tambahan lagi, permainan tersebut dapat menarik minat dan membangkitkan motivasi belajar dalam kalangan murid.

RUJUKAN

Allen. J. (2010 Jun 17). How do math games affect student engagement and achievement? Diperoleh daripada http://jacquiallen.weebly.com/uploads/1/2/7/7/1277093/jacquis_thesis.pdf

Elania Daniel. (2010). Aplikasi permainan untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam topik pencahan setara. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan 2010 September 22-23. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. 1-9.

Ho Ho Tong, Rahmah Murshidi, Gan We Ling, Zaliha Musa, Ahap Awal, Lee Hou Yew, …Stanley Abang. (2014). Asas penyelidikan tindakan teori dan amalan. Sarawak: Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Mok Soon Sang. (1991). Pedagogi 2: Strategi pengajaran-pembelajaran pengajaran mikro persediaan untuk pengajaran pratik. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (1996). Pengajian matematik untuk diploma perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rosinah Edinin. (2013). Penyelidikan tindakan-kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Free Mind Horizons.

Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid dan alam belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tague. H. (2009). Teaching basic subtraction for mastery and fun. Diperoleh daripada https://suite.io/ hildra-tague/1fqr2hh

Tan Moi Yen @ Aisya Humaira Tan. (2011). Meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab melalui permainan domino. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan 2011. September 14-15. Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. 63-70.

Jabatan Matematik

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak.

PENGGUNAAN TEKNIK TEMAN 10 DALAM MENINGKATKAN