• Tidak ada hasil yang ditemukan

Markah lembaran kerja 1 berbanding lembaran kerja 2

LING LEH PING 1 HU LAEY NEE2

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran murid Tahun 5 yang berpencapaian rendah dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak dengan mengumpul semula. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1983). Dalam kajian ini, satu Permainan Kotak Pengiraan dalam topik operasi tolak dengan mengumpul semula telah dibina dan diaplikasikan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dilaksanakan oleh guru secara terancang dan sistematik serta membangkitkan minat belajar dalam kalangan murid di samping membantu murid menguasai konsep kemahiran tersebut. Kesan penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Permainan Kotak Pengiraan ini diteliti. Instrumen kajian ini adalah menggunakan temu bual, hasil kerja dan pemerhatian. Responden kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah rendah aliran Bahasa Cina di Miri, Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan prestasi murid dalam kemahiran operasi tolak dengan mengumpul semula. Hasil kajian menunjukkan penggunaan Permainan Kotak Pengiraan dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran operasi tolak dengan mengumpul semula dalam kalangan murid sekolah.

ABSTRACT

This research was conducted to solve the problems in the teaching and learning of Year 5 students with low achievement in improving the mastery of subtraction with regrouping. This action research is based on the model of Stephen Kemmis (1983). In this research, an Counting Box Game has been constructed and applied to learning activities which can be carried out by teachers in a planned and systematic as well as generate interest in learning among students and help students master the concept of subtraction with regrouping. The efficiency of teaching and learning by Counting Game Box is examined. The instruments of this study using interviews, written exercise works and observation. The respondents consisted of 6 Year 5 students at a primary school in Miri, Sarawak. The findings indicate that there is an increase in student achievement of mastering subtraction with regrouping. The results of the study show that the use of Counting Box Game can increase the proficiency of students in mastering subtraction with regrouping among school children.

PENDAHULUAN

Seperti mana yang kita sedia maklumkan, matematik adalah asas bidang-bidang sains. Matematik bukan sahaja dapat memperkembangkan kemahiran penaakulan logikal seseorang juga merupakan satu mata pelajaran yang mempunyai nilai-nilai aplikasi seharian. Matematik adalah berkaitan rapat dengan kehidupan manusia (Mok Soon Sang, 1996). Saban hari, kita pasti akan menggunakan matematik dalam kehidupan seharian kita. Kita tidak boleh lari daripadanya tidak kira kita suka ataupun tidak. Tahap penguasaan pembelajaran murid akan

mempengaruhi masa depan mereka. Matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu dan seterusnya akan menentukan daya saing sesebuah negara dalam globalisasi ini. Guru harus berusaha menyelesaikan masalah pelajaran anak-anak murid beliau. Ini kerana Matematik amat mempengaruhi kehidupan seharian kita dari zaman nenek moyang kita sampai sekarang dan juga masa depan. Oleh itu, semua pihak haruslah berusaha untuk menjadikan dan melahirkan murid-murid kita sebagai pemikir matematik yang mempunyai keupayaan matematik yang baik.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Tague (2009), salah satu operasi asas Matematik yang menimbulkan masalah dalam kalangan murid ialah kemahiran menolak. Ini adalah sama seperti pemerhatian pengkaji, kelemahan utama murid-murid di kelas pengkaji dalam mata pelajaran Matematik adalah belum menguasai konsep operasi tolak mengumpul semula. Kelemahan operasi tolak dengan mengumpul semula kerap kali diperlihatkan setiap tahun. Ini adalah daya pembelajaran mereka agak lemah dan belum menguasai konsep asas. Oleh sebab penguasaan konsep yang lemah, banyak kesalahan telah didapati. Murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran matematik tertentu kerana kurang atau salah faham konsep atau kemahiran matematik yang diajarkan (Mok Soon Sang, 1996). Rajah 1 menunjukkan konsep yang salah ditunjukkan oleh murid dalam menjawab soalan penolakan dengan mengumpul semula.

Rajah 1: Konsep yang salah

Berdasarkan interaksi dan maklum balas dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran, adalah didapati mereka yang lemah ini juga menunjukkan minat yang rendah dalam belajar. Di samping itu, murid-murid juga kurang berminat belajar kerana kurang faham dan kerap kali melakukan kesalahan semasa membuat latihan sehingga kurang keyakinan.

Banyak kaedah dan pendekatan telah dicuba tetapi hasilnya kurang memuaskan. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pengkaji, murid didapati dapat belajar dengan lebih baik semasa bermain dan bekerjasama, timbullah idea untuk menggunakan kaedah permainan untuk membantu murid. Justeru, pengkaji merancang untuk membuat kajian tentang kaedah permainan.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penguasaan responden dalam kemahiran penolakan dengan mengumul semula dengan permainan Kotak Pengiraan. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2012) merumuskan bahawa murid yang melalui proses bermain akan mendapat pengalaman langsung yang pasti memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan.

Berdasarkan hasil dapatan kajian-kajian yang dibuat oleh Tan Moi Yen (2011) dan Elania Daniel (2010), pengkaji mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah permainan Kotak Pengiraan bagi tujuan membaiki pengajaran dan pembelajaran. Kaedah permainan Kotak Pengiraan adalah diubahsuaikan daripada carta nilai tempat. Kotak Pengiraan telah dihasilkan dalam bentuk 3 Dimensi (3D) supaya lebih menarik perhatian murid. Sebuah dadu digunakan untuk menentukan giliran dengan tujuan mewujudkan elemen permainan dan persaingan. Empat jenis warna iaitu merah, biru, hijau dan kuning telah digunakan untuk memudahkan murid membezakan nilai tempat sa, puluh, ratus dan ribu masing-masing dan setiap warna ada 20 biji pembilang seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2: Gambar Kotak Pengiraan

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif-objektif yang hendak dicapai dalam kajian ini adalah seperti berikut:

a. Menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran konsep operasi penolakan dengan mengumpul semula dengan menggunakan permainan Kotak Pengiraan.

b. Membantu meningkatkan penguasaan murid dalam konsep operasi penolakan dengan mengumpul semula dengan menggunakan permainan Kotak Pengiraan.

c. Membantu meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran topik penolakan dengan mengumpul semula melalui permainan Kotak Pengiraan. Soalan-soalan kajian ini adalah seperti berikut:

a. Adakah amalan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran konsep operasi penolakan dengan mengumpul semula dapat ditambahbaikkan dengan menggunakan permainan Kotak Pengiraan?

b. Adakah permainan Kotak Pengiraan dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam konsep operasi penolakan dengan mengumpul semula?

c. Adakah permainan Kotak Pengiraan ini dapat meningkatkan minat murid terhadap topik penolakan dengan mengumpul semula?

KUMPULAN SASARAN

Responden kajian ini terdiri daripada enam orang murid Tahun 5 yang agak lemah dalam konsep operasi tolak dengan mengumpul semula. Mereka ini dipilih berdasarkan pemerhatian, keputusan ujian dan hasil kerja semasa mereka mempelajari topik penolakan. Jadual 1 merupakan profil responden kajian.